Semester 1 UiTM Jengka

Hai,

Sebelum aku nak bercerita kisah mistik aku, aku kenalkan diri aku dulu. Cukup la korang kenal aku sebagai TZ. Aku merupakan pelajar diploma UiTM Jengka (2011-2014). Sape tak tahu Jengka kat mana? alaaa kat Pahang la. Budak2 yang belajar situ tahu la mcm mane dalamnye kawasan Jengka tu, keliling hutan. Itu dulu la, sekarang da up sikit Jengka tu.

So, apa yang aku nak cite ni pengalaman aku mase sem 1 dekat UiTM Jengka Khazanah Alam. Banyak kisah seram kat jengka ni tau. Tapi, aku bagi intro yang ni dulu. Lebih kurang sebulan aku dekat UiTM, aku mula rasa yang ada sesuatu yang aneh dengan bilik dan blok yang aku duduk tu. Pada mulenye aku just ignore je sbb satu dpt roomate jenis penakut. Kedua sebab fikir diri sendiri pun takut jugak.

Nak dijadikan cite, satu malam tu aku tak boleh tido dan nak pergi ke tandas. Aku jenis kesian nak kejut roomate semata2 nak teman gi tandas. Tibe-tibe aku dengar bilik sebelah macam tak tido lagi n takdela seram sangat. So, aku pergi la sorang. Waktu aku keluar dari tandas (jauh dari bilik), ada sorang budak perempuan jalan sorang nak gi tandas sambil peluk patung buruk (kot). Aku ingat adik budak bilik depan sebab siang tadi family die datang jenguk. Kot2 la tumpang tido kan sebab budak tu memang kelua dr pintu bilik depan bilik aku tu.Aku tanya la ” adik nak gi mana?”. Dia senyap je. Biasa la budak kan.

Tak sampai berapa saat aku jalan melepasi dia, aku pusing, budak tu takde weh. Tapi aku x fikir pelik lagi time tu, maybe die da masuk tandas. So, nak dijadikan esok pagi tu aku terserempak dengan SS (budak bilik depan). Lebih kurang camni la aku tanye:

Aku: SS, family da balik ke? semalam jumpe adik kau g tandas. Aku tegur, die x layan pun. Mamai gamaknya.
SS: Ha? Eh family aku da balik la petang semalam. Kau ni silap orang ni.

Aku percaya pandangan aku tak salah malam tadi. So, aku malas nak panjang cite, berhuuhuu balik bilik.

Dalam minggu tu jugak, roomate aku semua balik rumah dorang (maklumla roomate orang pahang). Tinggallah aku sorang. Maghrib tu lepas solat maghrib, aku ada terdengar macam bunyi kaki orang yang berantai loceng. Alaaa yang kadang2 perempuan atau orang india suke pakai gelang kaki loceng. Yang pelik, bunyi tu macam ke hulu kehilir depan bilik aku je sebab bunyi die tak berganjak jauh. Pastu dia macam cakar2 pintu bilik tu. Aku pun da start takut, last2 terus baring kat katil. Katil aku jenis double decker kayu (tingkat atas). Sebab da takut sangat, aku selubung kat katil bawah tu (kan semua roomate takde).

Tibe-tibe, aku rase macam ada sesuatu berat kat badan aku tekan sampai susah nak bernafas. Aku hadap dinding, pastu aku nampak macam ade tangan berbulu hitam kat bahu aku. Aku tak fikir apa da, aku baca surah yang aku ingat (tunggang terbalik jugak la ayat), bende tu tak berganjak. Benda tu terus hilang tibe2 bile jiran bilik sebelah ketuk bilik ajak gi makan. Malam tu aku tak berani nak tido kat bilik sorang2 , tumpang la bilik jiran sampai la roomate2 aku balik. Aku pernah cite kat makcik2 cleaner, dorang cakap benda tu memang ada dekat blok tu.

.

Adik Manis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

68 comments

  1. Banyak2 hantu kt uitm jengka tu, aku lagi seram kalau terserempak dgn pak mustar..” sticker mana sticker !! “..hmm kenangan (2010-2013)

  2. Aku duduk dalam uitm jengka hampir 23 tahun…duduk dlm kwsn perumahan drp umur 2 tahun-17 tahun….situ mmg byk cerita…rumah aku sendiri pon ade..jiran2 cerita dorang pernah kene kacau..byk sgt ceritanye…lepas tu pindah duduk kt banglo 3 biji dekat dgn rumah tamu uitm..rumah mane toksah cite…terang2 kene kacau haha….byk jugak dgr cerita drp staff yg kene kacau kt blok lecturer lama, bangunan makmal lama and dewan kuliah lama sebelah makmal tu…

  3. Wah..seronok plak baca pasal tmpt kenangan diploma dulu… 2006-2009 mmg uitm jengka tgh2 felda..hutan dn kelapa sawit je ada, dulu la.. Tp byk jgk kenangan manis ms blaja kat sne… Join kesatria smp la dpt jd mpp.. Hutan simpan blakang tu msk join kem kesatria byk kali, tak kira lg kem2 yg kos buat..sume nk bkemah blakang tu.. Main burung hantu kene tinggal sorg2 dkt pokok, pastu kne jln sorg dlm gelap, kne tutup mata jln dlm lumpur mlm2, dgr bunyi kluarga cik.ba*i..hoho..sape join kesatria taw la..ms join mpp pom penah masuk ladang n hutan blakang tu saje2 tgk kwsn.. Tp walaupun seram ak suke suasana kat sne, tenang je blaja.. Alhamdulillah.. Spjg 3 tahun kat sne Allah lindung ak dr benda2 ghaib tu… Ad la rs2 meremang kdg2 bile mlm n ms jd Oc minggu orientasi tgk bdk kne histeria, syukur x kne teruk2 kat diri sendiri…tp overall byk knangan kat sne best2… Yg penting duk kt mne2 btolkan niat, klu rs x sedap tu jgn ikotkan perasaan..jgn brani sgt, jgn takot sgt…jgn sengaja cr pasal.. ? hehee…

  4. dah lama baca kisah2 FS….lum jumpa lagi kisah seram UITM Dungun Terengganu bertahun2 dahulu….UITM Dungun pun ada kisah seram sendiri…belakang kampus bukit dan tasik…depan kampus ada lautan yang luas…tasik dibelakang penah student part time mengandung mati bunuh diri…dilaut penah student mati lemas dan mayat tak jumpa2…sudahnya…hantu menyerupai arwah merayau2 malam2 dan balik bilik..tilamnya basah….lum lagi kisah student yg tgh belajar dlm kelas sorang2 di blok paling ujung (study week) tiba2 ada beberapa lelaki berjubah putih masuk kelas tu dan peringatkan supaya elak maksiat…

  5. hai adik2 junior uitm jengka pahang…akk ni super senior korang…study kt jengka dr 93-96…kiranya akk ni antara pioneer kat kampus. Masa memula masuk…student tak ramai, 500 org je utk semua course. So boleh bygkan betapa sunyinya kampus tu…

    Alhamdulillah, spjg 3 tahun kat situ takde pengalaman yg menakutkan. Setakat dengar harimau mengaum pukul 2-3 pagi tu perkara biasa. Skrg ni rasanya kampus jengka tu dh byk facility berbanding zaman akk study dulu…

    apa-apa pun buat adik2 yg masih belajar kat sana…good luck ye. enjoy your campus life….

  6. Aq pon student jengka jugak…..baru nak masuk tahun ke 2 …… pernah la jugak duduk kat ktf tapi blok A …. Alhamdullillah sepanjang 2 bulan duduk kat situ tak pernah la ada apa2 gangguan cuma ada satu la tapi xtahu la tu cuma perasaan je ke ataupun btul2… mase tu baru hbis mds patu cuti seminggu .. nak balik tu abah ambik ….. abah sampai malam, rumate pulak ptg tu lpas hbis mds dah coww dah blik rumah … aq pon tunggula sampai malam kat bilik. jiran2 sebelah pon dah balik .. adela sorang dua xbalik lagi .. mase nak solat isyak tu terasa tau kat telinga macam ada hembusan angin yg cukup kuat kat telinga tambah lagi dgan rase macam ada org kat bilik tu trus xleh nak solat dan trus kluar dari bilik .. aq pi jlan2 dekat sekitar blok C sementara nak hilang rase takut patu aq balik bilik trus solat isyak .. selesai je solat , abah aq sampai , terus turun pi sambut abah aq .. tulah antara pengalaman duduk kat blok A ktf sebelum pindah ke kolej baru

    1. ktf mmg byk benda benda tu. rumet aku pun kena masa duk blok I sem 1 dulu lepas pada aku mimpi benda benda pelik dlm bilik tu. pastu masa otp dgn member yg ada sixth sense tu dia la yg cakap dlm bilik tu ada lebih dua penghuni. sem 2 kat blok c kawan aku khusyuk sgt main rambut masa tgh mlm sampai benda tu yg control dia. aku pun kunci pintu bila dia keluar bilik. dia duk cakar2 pintu humming lagu benda entah pastu bila buka je pintu sikit nampak pandangan tajam dari benda tu 😂😂

  7. Hai.. aku bukan student uitm tapi aku busak jengka. aku banyak dengar citer seram uitm ni..sekolah agama sebelah tu pun banyak juga citer seram..

  8. hi jengkarians, aku batch 2011-2014 dan stay dekat kolej kediaman baru sebelah ladang kelapa sawit tuh. Selama tinggal kat situ yang pernah aku nampak adalah makhluk seakan-akan kelawar besar bagak tapi duduk atas bumbung kolej yang menghadap padang, matanya merah bersinar gitu. Lepastu selalu dengar tangisan perempuan mendayu-dayu dan waktu dia mula nangis adalah jam 1-3 pagi. Kat kolej baru ni jugak selalu ada penampakan kelibat2 hitam lalu lalang dekat koridor hostel. Pocong plak penampakan dia pertama kali aku nampak dekat hutan seri gading tuh. Dekat TJM tak pernah nampak lagi tapi aura kawasan tuh sangat lain sebab time tu rumah masih banyak yang kosong. Tak tau la kalo sekarang dah meriah.

  9. aq pelajar uitm jengka sekarang ,bru sem 3.selama aq stay kat kolej dari sem satu hingga sem 2 ni xdela plk dngr atau nmpk benda2 pelik even aq sorang2 kat blok.alhamdulilah .sem satu aq stay kat kolej tun fatimah dkt blok yg hujung skli yg dah 4 tahun xde penghuni tiba2 kitaorg masuk kena stay sana.

  10. Saya batch 2015-2017 baru habis diploma. Dulu sem 1 duduk ktf blok I paling hujung. Depan dia blok H time tu blok H kosong. Katanya tak ramai pelajar. Tapi entah dengar khabar angin 2,3 tahun takde student duduk blok H tu. Musim exam subject ctu first paper. Deal dngan roomate nak bangun study pukul 4 pagi. Saya bangun dulu ambik wudhuk kejut roomate tak bangun2. Solat dulu, lepas bagi salam kiri dengar mcam ada bunyi cakaran kuku landing kat atap zink tingkap. Mula fikir kucing.. Tapi duduk level 2. Tak jadi study . Paksa diri tido semula atas katil. Duduk katil atas 😂 jantung time tu tak tau lah tak cukup nafas 😆 kenangan sangat sbab lepas pada tu duduk blok depan sekali. Start sem 3 smpai habis duduk kat kolej baru. 😎

    1. Tok gajah tu dulu hutan rimba…cer bayangkan…tun fatimah bawah tu…kawasan dia blok h ke yg hujung sekali tu ..kawasan dia ada padang tapi padang tu elok je…tok gajah…fefahamlah…kem gading lalu situ…tapi tulah…kalau nk cari x jumpa…jgn carik…tok gajah…rasanya kalau xdak yg pecahkan pagar kat situ xde masalah rasanya…tp kalau yg bawak dari luar tu x tahulah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.