Senda Senja

Hi geng. Wo shi Ahmeng. This round aku nak share huru-hara yang berlaku lagi kat geng rumah sewa aku. Cerita ni akan ada kaitan sikit dengan kes rumah sewa lama sebelum ni (refer Potret Silam). So aku suggest korang baca dulu cerita tu supaya korang kenal watak yang terlibat dan mudahkan faham jalan cerita. Cerita ni akan ada beberapa dialog. Harap korang tak pening. Okay here we go. Be seated and ready for take off.

Rumah aku ada penambahan seorang ahli, Mal. Dia join bilik master dengan Zack dan Ijat. Yang lain masih dalam kondisi ahli bilik yang sama. Aku dengan Ajib duduk common room. While Adul stay sorang dalam bilik yang lain. Kitorang pindah ke rumah ni sekitar bulan March 2021. Sebulan pertama, tak ada apa yang pelik berlaku dan kitorang pon bahagia selama tempoh tersebut sampai Adul selamber tengok citer hantu sorang-sorang dengan jayanya.

One day Ijat cakap kat aku dengan Zack yang dia nampak Ajib makan dalam kondisi merangkak meratah lauk kat lantai macam kucing. Tangannya dibuka luas, kepala tersengguk-sengguk meratah dengan sangat rakus. Waktu tu Ijat baru balik kerja lebih kurang pukul 7pm. Then Ijat cuba tegur Ajib. Sekali bila Ajib palingkan muka, wajahnya tak sama macam Ajib yang kitorang kenal. Matanya merah. Bertaring. Ijat tau ni bukan Ajib. Sudahnya dia keluar semula dan tido rumah kawan dia.

Selang beberapa hari kemudian si Mal pulak cakap benda yang hampir sama. Dia kata dia nampak Ajib berdiri tepi tingkap dapur menghadap ke luar. Sekali sekala Ajib mendengus. Bagi salam tak dijawab. Hanya menoleh dan melemparkan senyuman tanpa ekspresi mata. Mal sangkakan Ajib tengah melayan perasaan so dia takde rasa curiga tapi pelik bila muka Ajib nampak lebih tua dari biasa dengan kulit agak berkedut.

Hari yang lain, masa Zack tengah kemas rumah. Petang tu dia sapu lantai dari depan sampai ke dapur. Bila dia datang balik ke depan, dia perasan ada air tumpah kat lantai. Member pulak jenis OCD, membebel lah dia sorang-sorang marahkan semua benda sampai pokok kaktus pon dia salahkan dek kerana air kat lantai. Kebetulan waktu tu Adul baru sampai rumah. Tercengang dia tengok Adul muncul kat pintu. Adul jadi blurr tengok Zack memandangnya terpinga-pinga. Zack baru tersedar yang dia duduk rumah sorang-sorang so siapa pulak yang tumpahkan air kat lantai. Keruh pulak tu. Yang pasti itu bukan air baja siram pokok. Sambil diorang kemas air busuk tu, tiba-tiba diorang terdengar bunyi budak ketawa. Sayup je bunyi. Nak sedapkan hati, diorang anggap bunyi tu datang dari rumah jiran so diorang teruskan kemas rumah macam biasa. Dah settle kemas rumah, diorang lepak kat ruang tamu sampai kawan yang lain balik. Malam tu kitorang buat bacaan yaasin dan solat hajat. Rumah kembali tenang seketika.

Ramadhan menjelma. Ramadhan kedua di perantauan. Sepanjang bulan puasa ni ada dua tiga kali kejadian aneh berlaku. Salah satunya terjadi ketika kitorang terawih berjemaah. Kat sini kalau nak pergi masjid nak kena booking slot. Ada rezeki dapat, tapi selalunya tak dapat sebab slot masa tu sangat terhad. 5 minit dah sold out. So kitorang solat kat rumah je berjemaah, bergilir menjadi imam. First terawih, aku imam, zack bilal. Sejurus takbir diangkat, bau wangi tiba-tiba muncul menusuk hidung. Terganggu jugak lah nak focus tapi tetap teruskan solat. Habis al-fatihah, kedengaran suara “amin” bergema. Suaranya tak berapa kasar dan tak halus sangat namun cukup jelas untuk didengari. Gema dia seperti ada makmum di setiap pelusuk rumah. Dari dapur, dari ruang bilik, macam penuh satu rumah. Masa ni kaki aku dah mula gigil. Just kentalkan hati, tenangkan diri hingga selesai memandangkan ini bukan kejadian pertama bagi aku (refer Malam Misteri). Memang tak khusyuk dah lepas tu. Sama jugak waktu sujud. Bunyi lutut ke lantai beramai-ramai sangat jelas kedengaran.

Usai habis memberi salam, aku pandang je belakang rupanya makmum semua dah hilang. Tau-tau je semua tengah bersidang kat meja makan. Muka ketakutan, tunduk membisu satu sama lain. Diorang first time experience kejadian macam ni so diorang terkejut. Aku cuba tenangkan, explain apa yang berlaku baru diorang okay. Kitorang sambung terawih sampai habis. Btw, kejadian ni berlaku sekali tu je. Tak berlaku dah pada terawih-terawih seterusnya.

Then, hari raya pon tiba. Memandangkan kitorang stranded tak boleh pulang ke tanah air so kitorang plan pergi sambut raya pertama kat satu taman tema. Masing-masing pakai baju melayu complete bersampin hingga menjadi tumpuan ramai masa naik roller coaster. Ditambah seri dengan tiket express, dengan poyonya kami tak perlu beratur untuk main setiap game. Kaw-kaw jadi perhatian tatkala melintas dengan bangga muka suci sesuci lebaran melewati barisan menunggu. Turut tak ketinggalan para media yang membuat liputan. Sempat jugak lah kena interview depan camera. Mana lah tau menjadi pengalaman sekali seumur hidup sambut raya macam ni.

Sementara tunggu member lain tengah main game, aku berjalan sorang-sorang sambil perhatikan game yang lain. Masa aku berjalan tu aku banyak kali rasa macam tangan aku dicuit. Aku tak berani nak kata ni tangan pengunjung lain tak sengaja tercuit tangan aku sebab semua orang practice penjarakan sosial. Sampai la kat satu area ni yang mana aku berjalan seorang dan takde pengunjung lain. Tangan aku terasa dicengkam dengan sesuatu yang tajam. Waktu aku tarik tangan aku masa tu aku sempat nampak ada tangan berdarah dengan kuku panjang sedang melarikan tangan dia jugak. Tak tau lah apa benda tu. Aku jadi panic.

Aku kembali mendapatkan kawan-kawan yang lain. Kitorang teruskan main game sampai penat. Masa makan Mal bilang dia nampak ada sorang budak kecik berjalan dengan Adul. Dia tanya kalau aku nampak yang sama. Aku perhatikan keliling mencari-cari kalau ada kelibat budak yang mencurigakan. Tapi yang aku nampak adalah satu kelibat wanita yang dah sebati dengan dunia mistik aku. Dia memberikan isyarat tangan. Tapi aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Aku bilang Mal yang dia nampak tu maybe pengunjung lain. Just nak tutup cerita. Malam tu kitorang sampai rumah dalam pukul 9pm. Masuk je rumah Mal cakap rumah berbau busuk. Hanyir sampai termuntah Mal kat depan pintu. Yang peliknya kitorang takde rasa apa-apa.

Ada satu hari, kitorang semua off dan spend masa kat rumah. Kitorang semua ni kerja berlainan waktu so bila dapat je hari semua orang cuti most of the time kitorang lepak rumah masak-masak makan besar. Masa ni lah senda gurau ni menggila. While kitorang tengah syok tengok tv, satu kerusi kat meja makan tiba-tiba terjatuh seolah ditolak dengan kasar. Terkejut masing-masing dek bunyi kuat kerusi kayu menghempas lantai. Padahal takde orang pon kat meja makan masa tu. Ajib bangun tegakkan semula kerusi yang jatuh.

Belum sempat Ajib nak duduk, tirai langsir balkoni pulak direntap kuat. Adul si berani pergi tutup semula langsir tu. Lepas langsir ditutup, bunyi paip bilik air pulak terbuka. Satu per satu paip air terbuka. Mal dengan Ijat pergi check setiap bilik air tapi apa yang berlaku, paip air tertutup elok. Lantai kering. M Ajib bersuara menegur,

“Seandainya ada makhluk lain kat sini, blah kau dari sini”.

Silap langkah. Gurauan tu tak berhenti malah semakin parah. Kali ni setiap pintu yang terbuka dihempas kuat. Karpet tempat aku dengan Zack baring ditarik-tarik. Zack kena tepuk dari belakang sedangkan belakang dia cuma ada almari. Kipas geleng tiba-tiba jahanam short circuit sampai berasap. Terus satu rumah black out. Dan gangguan masih belum berhenti.

“Zack, bahu kau ada tangan!” – Mal

“Meng, tahan kerusi tepi kau tu!!” – Ijat

“Kipas berapi weh!! Kipas!!” – Zack

“Ajib! Kau apahal gelak?!!” -Ijat

“Damnn! Siapa cakar aku” – Adul

“Geng lari geng!! Keluar! Keluar!” Aku berikan arahan.

Gedegang sana. Gedegang sini. Huru-hara keadaan. Kitorang keluar dan lepak bawah blok sementara tenangkan diri. Lepas setengah jam baru kitorang masuk rumah. Keadaan kembali reda. Suis elektrik dihidupkan. Waktu tu, takde siapa berani ke bilik masing-masing. Sudahnya semua tido depan bergelimpangan. Esoknya, semua tak pergi kerja.

Another day, aku dengan Ijat kebetulan pulang ke rumah pada waktu yang sama. Kitorang terserempak dalam train then balik rumah sekali. Dari mrt station jalan kaki ke rumah lebih kurang 2km sambil berbual pasal kejadian yang berlaku recently. Satu demi satu perkara pelik berlaku sampai kitorang dah habis idea nak ikhtiarkan jalan penyelesaian. Sampai kat bawah blok, Ijat perasan pintu cermin balkoni terbuka luas macam ada orang dekat rumah. Padahal semua orang kerja masa tu. Aku roger kat chat group tanya siapa cuti hari ni. Reply yang aku terima adalah selfie masing-masing kat tempat kerja. Bergegas kami naik ke atas risau rumah melopong. Sampai je atas kitorang tengok pintu tertutup siap berkunci.

Kunci dibuka, pintu ditolak perlahan. Bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Ijat tutup semula pintu. Dia pandang aku, aku pandang dia. Banyak persoalan bermain di minda tapi mulut terkunci tak terluah. Kami bukak semula pintu dan melangkah masuk. Seriously terkejut bila kitorang tengok rumah dah macam tongkang pecah. Alas meja koyak rabak, langsir jatuh ke lantai, cushions berterabur. Waktu ni aku dengan Ijat dah takde rasa takut tapi lebih kepada sakit hati. Rumah tak pernah bersepah sebelum ni. Semenjak dua menjak ni selalu je rumah jadi tak terurus. Apa boleh buat. Kitorang kemas jelah balik apa yang makhluk ni dah sepahkan. Alas meja makan aje dah tiga kali tukar setahun ni. Dalam sekilas pandang, aku macam ternampak satu budak kecik mengintai di sebalik dinding dapur. Bila dia sedar yang aku ternampak dia, cepat-cepat dia larikan diri.

Malam tu kitorang plan untuk tido bilik masing-masing. Even Ijat tengah takut, dia terpaksa bersetuju. Aku nak tengok jauh mana benda ni boleh kacau. Yes malam tu memang ada macam-macam bunyi dari dapur. Kejap kang dia ketuk pintu bilik aku, pastu ketuk pintu bilik Ijat. Bila kitorang bukak pintu, bunyi-bunyi tu hilang. Kemudian bunyi tu muncul lagi dengan bunyi tapak kaki berlari. Sekali sekala dengar dia ketawa. Perasaan malam tu bercampur-baur. Takut, marah, tapi penat nak layan. Bila kitorang dah tak datang tengok, dia main cakar-cakar pintu pulak. Aku on bacaan mengaji kat phone. Lepas tu dia menangis. Pada pendapat peribadi aku, kalau betul benda tu nak kacau untuk menyakitkan, gangguan tu takkan berhenti selagi objektif dia tak tercapai. Dia sepatutnya mengamuk bila dibacakan ruqyah. Sudahnya masing-masing tertidur ditemani bacaan ruqyah kat phone tanpa pedulikan budak kecik tu.

In the end, December 2021 kitorang jemput pengamal perubatan Islam untuk melihat keadaan rumah. Ustaz tu scan setiap bilik. Sampai bilik Adul, ustaz panggil kitorang semua jenguk ke dalam. Part ni aku agak terkejut. Budak kecik yang aku pernah nampak tu sedang duduk di katil Adul sambil buai-buai kaki. Muka tersenyum bagai menyambut kedatangan kami. Budak tu nampak aku, makin besar senyuman dia. Psiko sehh budak ni. Memandangkan kawan yang lain tak faham apa yang sedang berlaku. Ustaz bilang dia akan masukkan makhluk ni ke dalam badan penolong dia untuk bersoal jawab. Maka bermula lah dialog antara ustaz dengan ‘si kecil’ bersaksikan kami serumah.

“Siapa kau? Dari mana kau datang?” Ustaz mulakan soalan.

“Aku puteri” jawab makhluk tu dengan nada tertawa sambil tunjuk ke satu arah.

“Apa hajat kau ke sini? Adakah kau dihantar?”

“Dia bawak aku” jawabnya dengan nada gedik sambil memandang Adul.

Kepalanya bergoyang perlahan. Mata dia merenung tepat dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Cuak Adul kena pandang macam tu.

“Kenapa kau ganggu orang di rumah ni?”

“Suka” jawabnya perlahan

“Dia. Dia melihat” sambungnya sambil menuding jari ke arah aku. Giliran aku pulak cuak.

Masa ni semua tertanya apa yang Adul dah buat sampai mengundang budak ni. Then ustaz ajak Adul berbincang privately. Kitorang pon tak tau apa yang diorang bincangkan. Habis bincang barulah ustaz brief kitorang yang budak ni makhluk sesat. Adul ni pulak badan dia dah macam portal untuk makhluk-makhluk sesat menumpang tanpa dia sedar. Kes ni bermula dengan makhluk yang ikut dia dulu (refer Potret Silam). Lepas tu dah banyak makhluk keluar masuk badan dia jadikan perumah untuk kemana-mana. Mujur takde yang menumpang lama. Biasanya makhluk yang menumpang tu akan keluar sendiri. Tapi budak ni degil. Dia ‘tumpang’ Adul sampai ke rumah. So lepas kaitkan dengan gangguan-gangguan yang berlaku kat rumah ni aku boleh kata yang dia ni punca rumah bersepah. Pastu kitorang kemas. Then dia sepahkan balik, kitorang kemas lagi dan lagi. Sepah menyepah ni macam permainan bagi dia.

Okay geng, jom perah otak sikit. Kat mana yang dia kata Adul bawak dia. Benda ni jadi masa Adul balik kerja. Dia nampak ada budak duduk dekat seat bawah blok tempat kerja dia. Kebetulan Adul ada makanan extra, dia sedekahkan kat budak ni. Siapa sangka budak tu sebenarnya bukan manusia. Esoknya Adul duduk rumah sorang-sorang. Masa tu dia tengok tv kat depan. Budak kecik tu dah start menyakat dengan main pintu, tolak kerusi, jatuhkan barang and so on. Adul terperasan kelibat budak kecik berlari masuk ke bilik dia. Bila Adul masuk ke bilik, dia tengok takde orang. Kemudian dia tegur “Dik, pakcik dah tua. Pakcik tak larat nak main”. Okay take note this.

Next, tadi aku ada mentioned Ajib tegur makhluk tu masa rumah tengah huru-hara. Bagi budak kecik ni, teguran dari Adul dan Ajib adalah response kepada permainan dia. Disebabkan Adul tegur dulu, dia anggap Adul is playing along with her. Sebab tu dia jadi berani bila ditegur Ajib. Dia ingatkan kitorang nak turut bermain. Actually dialog antara budak tu dengan ustaz panjang lagi tapi aku tarik point penting je. Lepas sesi dialog, Adul terima rawatan. Rumah didinding and budak tu ‘diusir’ ke tempat asal dia. Maka terjawablah siapa yang kacau rumah sebelum ni, siapa yang main baling-baling barang dan yang paling penting, siapa yang tumpahkan air masa Zack kemas rumah. Kaktus aku terbukti tak bersalah.

Part Ajib pulak. Aku rasa korang dah boleh teka tu makhluk apa. Satu rumah dah nampak kewujudan clone Ajib. Sekali pandang memang nampak macam copy-ori. Bila perhatikan betul-betul baru perasan ada kelainan antara yang real dengan yang halus ni. Plus, yang halus ni kalau hulur coffee dia tak layan (refer Potret Silam). Kitorang pernah bincang dengan Ajib pasal ni and Ajib mengaku bahawa makhluk tu adalah spesis hantu raya. Tapi bukan milik dia. Benda tu diturunkan oleh keturunan yang terdahulu tapi Ajib taknak terima. So benda tu muncul sekali sekala untuk tunjukkan diri kat Ajib yang kononnya dia ‘menjaga’ Ajib. Ini lebih kepada urusan Ajib dengan keluarga dia so kitorang tak anggap tu gangguan. Cuma semak jugaklah bila nampak tak kena waktu.

Part tangan aku dicengkam masa kat taman tema tu, sampai sekarang aku takde jawapan. Aku anggap kejadian tu takde kena mengena dengan gangguan rumah. Tapi pelik bila Mal kata dia nampak budak kecik berjalan dengan Adul. Then dia sorang je boleh bau busuk masa sampai rumah.

Anyway kesan gangguan ni tak habis kat sini. Recently in January kitorang berkesempatan pulang ke tanah air setelah dua tahun stranded di negara orang. Kepulangan yang singkat tapi cukup bermakna. Kitorang sempat dapatkan rawatan untuk diri masing-masing. Dalam dua minggu tu jugak aku sempat uruskan hal aku dengan ‘manusia’ alam lain yang aku selalu selit-selit dalam setiap luahan aku termasuk yang muncul kat taman tema tadi. Ada masa nanti aku ceritakan pasal dia ni. Sebab aku perlu balik lagi ke Malaysia untuk sesi rawatan seterusnya.

For now aku perlukan ruang untuk bertenang dan hadam dengan keadaan semasa. Nanti aku akan jelaskan jugak macam mana mata aku boleh jadi macam ni dan kenapa aku boleh dapat mimpi-mimpi yang sedemikian (refer Sumpah Mimpi & Seruan Hitam). So, jangan disangka rumah yang tenang tiada ‘penghuni’. Sekian dari perantauan. Selamat menyambut ramadhan and stay safe.

Rating Pembaca
[Total: 96 Average: 4.9]
Ahmeng

4 thoughts on “Senda Senja”

  1. Alahaii.. Itulah orang kata buat baik berpada-pada. Walau niat hati kita dah baik nak bersedekah tapi tak pasal² tersedekah kat anak jin yang nakal. Pulak tu suka buat kacau.

    Aku rasa air keruh busuk tu anak jin tu punya kencing

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.