Senja Di Hospital Umum Sarawak

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua pembaca FS. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang berlaku pada diri saya ketika sedang menjaga ibu saya yang baru mengalami keguguran di Hospital Umum Sarawak. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya berada di wad ibu bersalin dan keguguran mesti mempunyai kisah mistik tersendiri dan banyak kisah yang tersimpan samada dirungkap oleh pengalaman bagi sesiapa yang pernah melihatnya.

Sebelum masuk waktu asar, aku menerima panggilan daripada ayahku supaya menjaga ibuku sebentar di hospital sementara ayahku pula hendak meguruskan urusan lain dan membelikan makanan untuk adik – adikku dirumah. Aku pun bergegas keluar dari pejabat untuk ke hospital.

Bagi penduduk Kuching, Sarawak mesti mengetahui bahawa Antara Jalan Matang ke hospital umum pada waktu kemuncak ketika itu memang sesak oleh kerana banyak org sudah mulai pulang kerumah dari pejabat. Aku pun terpaksa mengikut kehendak ayahku kerana akur. Hujan renyai mula turun di Bandar Kuching dan niatku nak merokok pun terbantut kerana dalam kereta harus membuka tingkap kereta supaya asap senang hendak keluar jadi aku pun membatalkan niatku. Pada petang itu aku merasa sangat gelisah ditambah pula keadaan jalan yang sesak dan cuaca yang suram.

Sekitar pukul lima lebih aku sampai dihospital dengan keadaan hujan yang masih renyai. Aku berasa hairan pada petang itu apabila melihat suasana di hospital tidak seperti biasa kerana selalunya keadaan disana selalunya sesak dan ramai orang. Aku terus menuju ke wad terletaknya ibuku. Pada mulanya aku tersalah bangunan, kerana wad tempat ibuku di bangunan sebelah. Aku masih rileks dan memikirkan mungkin aku penat selepas bekerja dan melalui jalan yang sesak. Sampainya ke wad ibuku aku terus menemaninya seperti biasa.

Waktu maghrib hampir tiba apabila laungan azan berkumandang di telefon ibuku yang waktunya cepat lima minit daripada biasa. Aku pun terus bertanya kepada ibuku dimana surau berdekatan dengan wad dan dia pun memberikan jawapan di tingkat 1. Wad yand ibuku duduki ditingkat atas sekali.

Aku pun berniat hendak menggunakan lif pada waktu itu sebab aku ingin meneruskan niatku dalam kereta tadi iaitu merokok sebentar sebelum menunaikan solat maghrib. Bagiku, menggunakan lif boleh menjimatkan masa daripada menuruni tangga sebab aku sudah benar-benar gian hendak merokok.

Pada waktu itu hannya aku dan seorang doctor lelaki yang menggunakan lif tersebut. Lekaki tersebut turun di tingkat dua. Selepas sahaja pintu lif itu tertutup api terus berkelip-kelip dan terasa lif menurun secara kasar. Sampai sahaja dibawah aku terus meluru keluar dan berjalan secara cepat menuju ke vending machine untuk membeli air.

Aku cuba untuk meredakan rasa terkejut dihatiku. Tetapi aku sedikitpun tidak merasa takut dan gementar. Bagiku, perasaan itu membuatkan aku lebih teruja kerana memang menjadi hobi aku setiap hari membaca FS d pejabat apabila ada kelapangan. Selepas membeli air panas di vending machine aku pergi luar kawasan hospital untuk merokok. Hujan masih renyai tetapi pada waktu maghrib ini ditambah dengan angin menjadikan suasana lebih seram.

Selepas melepaskan hajat diluar, aku terus menunaikan solat maghrib. Selepas selesai, aku menerima pesanan Whatapps daripada ibuku supaya membeli sedikit makanan untuknya makan. Aku pun pergi ke kedai berdekatan yang masih berada dalam kawasan hospital untuk membeli makanan.

Selepas itu, dalam perjalanan balik ke wad aku teringat akan kisah seorang penulis dalam FS yang menyatakan ada sebuah jejantas atau jambatan yang mehubungkan bangunan ke bangunan dalam kawasan hospital ini yang dikatakan keras. Aku pun terasa ingin mencari kawasan tersebut kerana ingin sangat hendak meninjau sendiri tempat tersebut selepas membaca cerita penulis. Cari punyai cari masih juga tidak jumpa dan aku juga malas mahu bertanya kepada orang sekeliling takut dimarahi. Aku berjalan sehingga ke belakang hospital dimana tempat penyediaan makanan dilakukan.

Aku sudah berputus asa dan ingin kembali ke wad ibuku. Dalam perjalanan pulang, aku berniat menggunakan tangga tidak semena-mena aku terlihat seorang wanita berpakaian ramping berbaju kurung sedang mengendong dua orang bayi sudah separuh menaiki tangga. Aku melihat susuk tersebut dari arah belakang dan bergegas hendak menolongnya mengendong seorang lagi bayi kerana aku berasa kasihan melihatnya membawa dua orang sekali gus.

Ketika itu perempuan itu sudah setengah tangga dinaiki dan aku tidak pula merasa pelik akan situasi tersebut. Sebaik sahaja aku hendak sampai kearah mereka tiba-tiba mereka sudah tiada.

Aku merasa pelik dan bergegas untuk ke tingkat dua untuk melihat sama ada mereka sudah masuk ke tingkat tersebut malahan tiada. TIba-tiba aku tercium sesuatu yang wangi di tangga tersebut. Aku terus terasa lemah dan kepalaku terasa mengembang kuncup sehingga terduduk ditangga. Telingaku berdesing kuat dan dapat mendengar hilaian kecil seorang perempuan dengan jelas.

Aku buntu dan tidak tahu apa nak dilakukan ketika itu dengan badan yang lemah. Hilaian yang didengariku seakan mengejek dan mentertawakan aku. Aku menyeluk poket dan mengeluarkan sebatang rokok terus menyalakannya. Aku sudah tidak peduli jika diketahui oleh sesiapa bila ternampak aku merokok disitu. Aku pun tidak tahu mengapa aku berbuat demikian oleh kerana mungkin terlalu takut akan kejadian yang dialami.

Selepas aku menghisap berapa sedutan rokok, badanku kembali seperti biasa dan kepalaku tidak lagi seperti tadi. Aku terus bergegas ke wad mak aku dan terus dimarahi kerana meninggalkan makanan yang dibeli tadi ditangga. Aku tidak memberitahu apa yang terjadi tadi dan hanya menyatakan aku terlupa membeli makanan. THE END

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Tun

6 thoughts on “Senja Di Hospital Umum Sarawak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.