SenyumanPerantau: Sumpahan Fiksyen Shasha

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan episod kali ni, Sumpahan Fiksyen Shasha. Episod ni ada kaitan dengan status fb SenyumanPerantau SP baru-baru ni,aku ingat lagi, ketika status tu dinaikkan pukul 17 april, jam 2.44pagi. Ketika status tu ditulis, aku diganggu ketika menulis cerita aku bertajuk “Bisikan Suara?“. Buat pengetahuan semua,aku memang sering diganggu tapi kejadian malam tu memang agak menggerunkan kerana gangguan tu berlaku ketika aku dalam berkeadaan seratus peratus sedar, tidak mengantuk mahupun separa sedar.

Malam tu, ahad malam isnin. Aku tak dapat melelapkan mata walaupun esoknya kerja. Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Aku masa tu tengah cuba menidurkan anak kesayanganku. Setelah anak aku tidur, aku masih tak dapat melelapkan mata. Aku pun keluar kembali ke ruang tamu, dan cuba menghubungi kawan aku yang belum tidur, aku call Amran, Mads, dan Mahadi, semuanya hampa. “Dah membuto la tu, awal laie jam,” rengus hatiku seorang diri. Aku pun terus menghubungi Mujahid, “Hello, Assalamualaikum, Hid, hang dah tidoq ka?” aku memula bicara..

“Ya,awattt? Aku dah lena tadi, terjaga babun mana call aku ni, awat pabenda penting sangat hang call aku malam-malam ni??”, balas Mujahid sambil mamai agakan aku..

“Takdak apa, saja tak leh tidoq, nak sembang ngan hang, hahaha”.

“Bengom, pi la tulis cerita Fiksyen Shasha hang tu, aku nak kena bangun awai esok, haha”, balas Mujahid, terus memutuskan panggilan.

“Ceh, wat susah betoi nak tidoq ni,” suara hatiku bermain.

Tiba-tiba,aku teringat dengan permintaan Zamarul petang tadi, aku pun membuka wattpad aku, nak menulis tentang perihal cerita Zamarul untuk berkongsi dengan pembaca tegar Fiksyen Shasha. Tengah asyik aku menghayun jari jemariku, ketika menaip perkataan ‘bisikan suara’, tiba-tiba aku mendengar suara ayu, lembut, menggoda, tetapi menyeramkan memanggil nama penuh aku daripada ruang tamu ataupun luar rumah. Sebab masa ni, aku berada di atas katil di sebelah isteriku. Aku menoleh ke kiri untuk memastikan yang bukan isteri aku yang memanggil namaku.

“Ish,bila pulak bini aku panggil nama penuh, last panggil nama ni sebelum kahwin,” marah suara hatiku. Nyata bukan isteri ku yang memanggil kerana dia dah memang dalam mode “deep sleep”. Tengah aku nak sambung menulis lagi dan cuba mengabaikan suara tersebut, dengar lagi kali kedua dan ketiga suara tadi, penuh lembut dan menggoda jika didengari pada waktu siang, suara gemersik dan lunak seakan-akan Wany Hasrita. Tapi sekarang jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, memang seram sejuk lah dibuatnya. “Hafizieee…” “Hafizie…” “Datang la siniiii” suara lemah gemalai itu memanggil.

Aku bingkas bangun, keluar bilik dan menuju ke ruang tamu. Nyata tiada sesiapa atau kehadiran mana-mana perempuan. Mungkin kalau ada rupa Wany Hasrita, aku dah minta untuk selfie walaupun jelas bukan si tuan punya badan. Aku lega, setelah aku memeriksa di ruang tamu, bilik depan dan luar rumah pintu hadapan, tiada sosok tubuh kelihatan. Aku kembali ke dalam bilik tidur. Muka dah mula pucat. Agak menyeramkan. Sedang aku kembali untuk menyambung penulisan tadi, berpura-pura tiada apa berlaku, tiba-tiba aku terdengar ketukan pintu, seolah-olah ada “individu” yang hadir. Aku terkejut. Pintu kayu masih galak diketuk.

“Eh, sapa pulak yang datang malam-malam ni,” hatiku mula tidak tenang.
Aku menggoyangkan badan isteri aku di sebelah.

“Sayang, dengar tak sapa ketuk pintu??”, dengan harapan aku berteman dalam suasana seram ini.

“Urhghh,” mengeliat dan lena kembali.

“Cehhh, time-time macam ni liat pulak nak bangun, nak pergi shopping laju,” hatiku merengus keseorangan.

Masa ni pintu masih diketuk, aku kali terus bangkit dari katil, menerpa le arah pintu hadapan rumah. Aku jengahkan pandangan ku melalui tingkap sebelah pintu utama. Tiada binatang, tiada kucing mahupun anjing, tiada manusia, makhluk itu aku pun tak pasti sebab jarang aku boleh nampak. Tahap level usikan aku selalunya terhad kepada bunyi-bunyian dan jarang sekali boleh nampak rupa makhluk tersebut. Hampa bagi pembaca. Tetapi aku cukup bersyukur untuk tidak nampak makhluk tersebut. Bagi aku ujian nampak rupa bukanlah sesuatu yang mudah ditanggung. Teringat aku dua kawan aku jenis “yang senang nampak”, Mads dan Amran. Mulut aku terkumat-kamit membaca potongan ayat-ayat suci Al-Quran sambil membuka pintu utama rumah. Tiada angin mahupun ribut, cuaca tenang. Mustahil angin dapat mengetuk pintu sedemikian rupa. Bulu roma aku menegak, liang-liang roma di belakang tengkukku mula menampakkan rupa.

“Oong, oongg, ooong,” anjing liar bersahutan di luar pagar ku, memang bingit masa tu. Apa yang anjing-anjing tu nampak, aku pun tak pasti, yang pasti memang tiada orang yangmenceroboh masuk rumahku. Tanpa melengahkan masa, aku tutup pintu dan masuk ke bilik. Masa ni jam menunjukkan pukul 2.44 pagi, dan masa ni juga aku menaikkan status di laman fb SenyumanPerantau, bagi aku ini semua bagi mengurangkan kemuncak ketakutan aku. Peluh dingin mulai terasa. Perasaan aku berbelah-bagi samada nak sambung cerita Zamarul ni atau tidak. Tetapi atas dasar semangat setiakawan dan perasaan “mengantuk” yang lenyap akibat daripada dua peristiwa tadi, aku terus menyambung hingga perenggan terakhir.

Semuanya berjalan lancar sehingga aku sekali dikejutkan sekali lagi oleh bunyi datangnya daripada tingkap luar betul-betul berhadapan meja makan rumah aku. Tingkap luar tu memang aku sengaja tak kuncikan dan biarkan separa terbuka untuk membenarkan udara sejuk bertiup kerana rumah ini tersangat panas dan bahang jika cuaca panas. Tingkap itu jenis tingkap kayu yang berat dan mempunyai sendal. Mustahil untuk angin gerakkan kerana memang jenis tingkap ini, tingkap lama yang berat.

Tingkap berbunyi dan berbunyi lagi. Kali ni makin kuat dan makin acap. Bunyinya seakan-akan tingkap ini ditarik dan ditutup berulang kali. Masa ni tahap keberanian aku pun semakin merudum dan aku ambil keputusan untuk intai setelah bunyi ini reda. Bunyi ini berlanjutan kira-kira dalam 15minit sahaja. Tetapi 15 minit akan berbeza durasinya mengikut keadaan tertentu, 15minit masa ni terasa lama, seperti 15 minit extra time untuk perlawanan bola sepak. Bunyi itu terus konsisten sehinggalah pada minit ke 15, bunyi itu mula perlahan, dan lenyap.

Tak malu aku mengakui, yang masa ni aku keluar pintu bilik dengan berbungkus selimut. Sambil tangan aku memegang penyapu. Relevannya aku memegang penyapu, aku pun tak pasti, difikirkan balik, lucu pun ada. Aku intai di sebalik langsir, sama macam tadi. Tiada apa-apa makhluk pun yang wujud di hadapan tingkap itu. Lutut aku dah tak kuat. Menggeletar. Hati aku menyeranah, “Kenapa la benda ni semua tak kena dengan Mujahid, susah sangat nak percaya benda-benda ni semua..huh.” Sempat aku berdoa biar Mujahid dapat sekali je pengalaman seumpama ini, aku tunggu saat itu untuk “membahan” dia. Kalau pembaca ikut cerita aku sebelum ni, tahu la perangai Mujahid ni macam mana.

Aku kembali ke dalam bilik dengan terketar-ketar.Aku ambil wudu’ dan menunaikan solat sunat, sambil memanjatkan doa agar usikan malam ni tidak berpanjangan. Masa ni jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku dah tak dapat tidur di dalam bilik. Aku menuju ke ruang tamu, buka lampu dan berbaring di atas sofa. Aku habiskan ayat-ayat terakhir cerita Zamarul. Sedang aku nak tulis teka-teki terakhir yang menjadi kebiasaan cerita aku, sekali lagi aku dengar sayup-sayup pintu grill luar rumah aku diketuk,seperti menggunakan pensil atau pen. Aku mempedulikan bunyi tu, habiskan teka-teki dan cuba melelapkan mata. Aku akhirnya terlena pukul 4.30 pagi. Menurut sifu CarlitoRockers lepas ni tengking je balik makhluk tersebut, terima kasih bro, lain kali aku cuba kalau berani?

Esoknya memang aku mengantuk la untuk pergi kerja. Dan perkara yang paling best sekali, isteri aku tak sedar pun aku goyang dan kejut dia berulang-kali. Akhir kata, aku sampai sekarang tak pasti sama ada gangguan tadi disebabkan oleh “sumpahan fiksyen shasha” itu sendiri ataupun berkaitan dengan kisah “Bisikan Suara?” Zamarul mahupun gangguan khas untuk aku. Aku berdoa cukuplah sekali je gangguan ketika menulis ni. Pengalaman menulis dalam ketakutan ni cukup-cukup menyenakkan kepala aku.

Sekian episod kali ni daripada SenyumanPerantau, tunggu episod seterusnya daripada Senyuman Perantau. Jumpa lagi..

Ps; Jawapan teka teki aku
1. Makanan kegemaran aku kat Sarawak ni Laksa Sarawak dan Umai. Dua-dua makanan ni buat aku terangkat, serius sedap. Kalau umai ni, hantu datang pun aku tak peduli dah. Sayangnya di Kuching jarang nak dapatkan umai sesedap di Mukah.

2. Untuk episod lepas, aku minta maaf sebab tak sediakan maksud loghat Sarawak tu, hajat di hati memang aku nak buat, tapi sebabkan gangguan kat atas ni, aku cuma nak cepat habis dan tak kuat untuk sambung lagi. Harap maaf. Seperkara lagi, aku boleh je nak tulis semua dalam bahasa surat, tapi niat aku nak meraikan semua loghat di Malaysia yang aku tahu.. Pembaca jangan gaduh-gaduh..

3. Teka-teki kali ni, aku menguasai empat loghat di Malaysia ni, apakah loghat-loghat tersebut? ?

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.8]
SenyumanPerantau

27 thoughts on “SenyumanPerantau: Sumpahan Fiksyen Shasha”

  1. perghh. nama hang Hafizi? aduhh macam mana boleh sama? saya juga hafizi. takut nanti ada kekeliruan pihak pembaca. Saya penulis kisah yang ada nama #Fizi.

    Reply
  2. Maaf lh, sy ni new reader fs. and ni first crta snyumanperantau yg sy bca. Abg ni org mna? Sbb trtarik abg sebut Mukah, hehehhe.. prnah prgi mukah ke?

    Reply
  3. haha saje je bro. takut la pembaca ingat kita orang yang sama. sebab dua-dua reti bahasa sarawak. hahaha.. anyway best cerita bro.

    Reply
    • Kinek sik dapat gik.jauh dah.dolok bleh kata tiap2 minggu pgi mukah.nyaman weh umai mukah..sik dapat lupak???

      Reply
  4. Arini akk maleh nk jawab teka teki, sbb dok terbayang2 umai jer plak dh ni…

    Akk pon patern payah nk tdo…
    Selalunye nikmat tdo tu akan mule dirasai selepas subuh…
    Seb bek x keje…
    Wpon x baek tdo lepas subuh, akk kena gak tdo time tu sbb itu jelah timing yg akk boleh tdo…
    Pastu nnt dh xde dh sesi tdo smpi kol 2-3pagi seterusnye…
    Daaannn…
    Akk pon pe’el penakot tapi penyebok gak…
    Ade bunyik+bau pape mesti sebok nk poyo siasat…
    Pastu asben plak jenis senang tdo…
    Kejut2 lambat nk sedor, kena mamai2 dlu…
    Kenalah bertabah buat2 berani sensorg…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Light
Dark