Seram Di CFS Nilai

Assalamualaikum readers Fiksyen Syasya. Nama aku Anne. Aku penulis amatur dalam ni, dan segalanya adalah berdasarkan kisah benar aku sendiri. Mungkin tak menyeramkan, tapi aku sekadar berkongsi pengalaman seram di CFS Nilai. Mesti ramai yang ada pengalaman macam ni jugak kan? Tapi simpan diam-diam je.

Tahun 2008, aku ditawarkan program asasi di Nilai. Dan aku ditempatkan di bangunan Blok A. Blok A ni, berdepan dengan Masjid Nilai, dan belakang pula blok student lelaki. Aku dapat tingkat 3, paling hujung sekali, dekat dengan tangga. Satu dorm ada 20 orang, dan ada toilet + shower dalam tu. Katil aku paling dekat dengan bilik air dan paling jauh dari pintu masuk.

Masa mula-mula masuk bilik tu, memang ada terdetik rasa tak sedap hati, tapi tak boleh tukar bilik. Depan bilik tu pula, ada tangga untuk turun naik. Laluan tangga yang sangat sepi, dihubungkan dengan pintu setiap aras. Tapi entah kenapa jarang sangat ia jadi laluan pelajar. Dulu, kalau bergayut dengan BF (zaman jahiliyah dulu), aku akan duduk di tangga seram tu sebab orang tak lalu. Tapi memang terasa ada yang memerhati sepanjang gayutan tu. Perasaan takut ditutupi dengan rasa seronok bergayutan dengan pakwe, zaman muda mudi.

Ada satu malam tu, aku dan roomates dalam 5-6 orang merancang untuk tengok movie “Coming Soon”, cerita seram Thailand yang m**i dalam cinema. Semua dah bergelimpangan dengan tilam di lantai sambil tengok laptop. Aku ni bukan seorang yang berani, tapi nak test keberanian diri je. Menyesal betul layan cerita tu, sebabnya….

Beberapa hari lepas tengok cerita tu, aku tidur seperti biasa kat katil. Dan dalam jam 1-3 pagi, aku terjaga. Kedengaran bunyi almari dibuka dan ditutup berkali-kali. Oh, almari tu material besi ya. Jadi ada bunyik krek kruk krek kruk. Aku cuba tengok sekilas pandang, tapi semua orang tengah tidur. Takut tu, tak payah cakap. Rasa macam lambat sangat nak subuh. Tak berani aku nak buka mata kali kedua, tak pasal-pasal ada makhluk muncul depan mata. Jadi aku paksa diri untuk tidur sambil hurung selimut satu badan. Kisah ni tak pernah aku ceritakan pada roomate, takut diorang lagi penakut dari aku. Haha.

Kisah kedua, pada malam minggu, aku saja mandi lewat. Tak ada kelas, jadi layan movie je sepanjang hari. Jam masa tu lebih kurang 11 lebih malam. Aku mandi dalam shower hujung sekali, dan ada dua lagi shower kosong. Tengah aku enak sental sabun kat badan, aku dengar bunyi suara perempuan menangis, sangat jelas dan sangat sayu. Seolah-olah ada benda yang terlalu menyedihkan baru terjadi. Dalam hati, terdetik, eh siapa menangis tengah-tengah malam ni? Tapi mulut aku terkunci untuk tanya kat “perempuan” tu. Habis mandi, aku cek toilet dan shower, langsung tak ada orang! Besok pagi aku tanya roomate, ada ke yang menangis malam tadi dalam toilet? Semua cakap tak tahu dan tak dengar apa-apa. Ah sudah, nasib baik mulut ni tak menegur malam tadi. Kalau tak, agaknya dia munculkan diri depan aku.

Tak lama lepas tu, baru aku tahu. Blok A memang keras, dan Blok E pun sama. Dikisahkan di Blok E, ada satu bahagian dari tingkat 1-3, sengaja pihak admin kosongkan, tanpa diduduki mana-mana student. Sebabnya, bila diletakkan barang dalam bilik-bilik tu, barang tersebut akan hilang. Dan rupanya, sebelum bangunan-bangunan ni dijadikan hostel students, semua ni bangunan kosong. Rumah kedai yang dah lama tak berpenghuni. Mungkin sebab tu ada makhluk-makhluk ni masih tinggal di situ. Sepanjang aku stay di Nilai ni, aku sebenarnya takut nak tidur malam. Sebabnya, katil depan toilet, kalau hantu kat toilet kejar, mana aku nak lari woii??

Sekarang ni, CFS Nilai dah tinggal kenangan. CFS PJ pun ada banyak cerita sebenarnya. Sebab CFS PJ tu, mahallah khadijah, katanya bekas hospital. Bila bekas hospital, macam-macam benda wujud kat dalam tu. Kalau korang pernah naik lif sampai tingkat atas-atas tu, korang mesti faham kan perasaan tu. Rasa creepy, seram, sunyi sangat. Lagi-lagi bila naik lif jam 10-12 malam. Yes, sama lah kita! Walau apa pun, aku selaku senior kesian pada adik-adik junior, dah tak dapat merasai perasaan seram, jiwa resah gelisah senior-senior ni. Sebabnya, kini kedua-dua kampus tersebut sudah tiada….

Untuk kisah aku kali ini biarlah sampai disini saja. Pnjang umur jumpa lgi dalam penulisan yang seterusnya,..Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Anne

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

4 thoughts on “Seram Di CFS Nilai”

  1. Saya study sana jugak. Duduk blok yg berpagar semua tu. Kat blok tu ada 1 bahagian yg tak digunakan langsung sampai level paling atas. Malam je baru perasan 1 bahagian ni sampai level atas gelap.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.