Assalamualaikum dan hi semua pembaca FS n peminat cerita seram. Ingat lagi tak kat nurul? Alaa yang post tentang cerita ‘kakak’ di hospital Taiping tu. Heeee terima kasih admin sudi keluarkan post saya yang kedua ni. Haaaa sebelum nak mula cerita saya perhati ja eh macam stalker kan rata2 komen tentang bahasa loghat saya dan ada yang backup. Bagi yang tak faham tu maaf lah ya ok cerita kali ni saya tak loghat dah okay. Bagi yang backup tu terima kasih sayang semua hahaha. Isu loghat lebih fames dari isu ‘kakak’ heehhe ada juga yang komen nurul ni memang selalu post dengan loghatnya dan ada hantu siap buat peace kat dia. Eh awak, tu bukan saya, nama sama mungkin loghat sama tapi cerita ‘kakak’ first post saya kat FS ni, dan tak pernah lagi jumpa hantu buat peace kalau boleh tak mau la jumpa. Cukuplah jumpa ‘kakak’ yang penakut nak pergi toilet ekekekekke.
okay malas nak panjang cerita. Kali ni bukan cerita pasal hospital Taiping tetapi tentang satu tempat kem di Ayer Keroh, Melaka. Kisah ni terjadi masa aku semester 3 diploma di uitm seri iskandar. Kami ada trip ke Melaka untuk tujuan assignment kumpulan. Jadi semua kelas batch kami kena pergi selama 3 hari 2 malam (tak salah akulah). Kebetulan batch kami masa tu ada 8 kelas. Aku kelas ke 4. Jadi lecturer bahagi pada dua trip iaitu first trip n second trip. Kelas aku antara yang first trip ke Melaka dan penginapan kami ermmm tak tahu la nak panggil penginapan ke tak. Sapa yang pernah masuk PLKN Ayer Keroh mungkin tahu sebelum pintu masuk kem tu ada satu tempat tapak perkemahan berdekatan situ.
Di situ terdapat dangau dan chalet dan tapak kosong untuk berkemah. Untuk pelajar lelaki ditempatkan di dangau. Haaaa dangau tu macam pondok kecil, manakala perempuan di tempatkan di chalet seakan rumah mini. Dalam chalet tu ada 6 bilik 1 ruang tamu dan 3 toilet dan shower. Tentang rumah ni, seram satu hal. Air pun tak ada terpaksa kami mandi di bilik air awam tapi bilik air tu jauh sikit dari chalet kami so terpaksa menapak. Malam memang tak la nak keluar. Lagi satu kawasan banyak monyet. Yang pasti gula melaka aku beli habis monyet makan. Harap monyet kena diabetes penat2 aku bawak gula melaka kehulu kehilir. Okay balik pada cerita.
Malam pertama lecture bagi kami jalan sepuasnya. Kebetulan dalam trip aku tu ada sorang kawan yang mudah histeria dan aku panggil dia E (dia kata dia dilarang keluar maghrib) tapi masa tu maghrib pun kami dok seronok jalan2 kat bandar Melaka. Sekadar solat di mall sahaja. Hampir sampai tempat penginapan kami, aku dan member si Y bisik, “weh gelapnya luar ni, macam ada nak jadi je”. Masin mulut kami dua. Memang kawasan tu agak gelap tambah kami kena menapak balik ke chalet. Teringat pulak Si E tu. Tiba2 apa yang kami pikir betul2 terjadi. Padan muka mulut masin kawan kami tu histeria teruk.
Sampai ada sorang lagi budak kelas lain berjangkit. Aku menangis sekejap malam tu sebab takut hahahahaha. Malam tu kami tidur berkepit la apa lagi siap bukak lampu bilik. Aku siap menyempit tido sekatil dengan kawan aku dan si E lecturer bawa tinggal dengan diorang kat hotel (lecturer dok hotel tapi kami? Tu yang tak puas hati masa tu. Kami bayar bukan free dan trip bukan kem tapi tempat tinggal kami misteri nusantara nasib tak ada yang jadi apa2) hermmm. Alhamdulillah malam pertama berjalan dengan baik. Kami semua lena dan esok kena bersiap nak ke tapak case study iaitu rumah Malaysia.
Esok tu kawan aku yang si E dah baik seperti biasa. Sepanjang waktu tak ada sebarang masalah. Sampai malam kami makan di salah satu restoran asam pedas. Time nila kisah aku bermula bila mana member aku yang si E histeria lagi. Masa tu dalam kedai asam pedas, member aku tu dok sebelah member dia aku panggil A jela ya. Si A ni muka pun dah lain sebab member aku si E tu start cengkam tangan dia sebab si E kata dia nampak ‘benda’ dalam kedai tu. Kecohlah satu kedai makan tu. Lepas tu member aku yang si E ni diorang bawak ke hospital. Kesian dia tak pasal2 kena injek huhu.
Okay yang E dah settle kat hospital yang A pulak tetiba ngadu tak boleh jalan badan berat. Kami semua tengok dia normal lagi tapi dia dah nak nangis badan berat sangat. Masa tu aku dengan berapa orang member ja yang tinggal jadi aku pun papah dia, sumpah weh berat gila badan. Padahal member aku tu dalam 50kg aku pun 50kg tapi aku rasa macam papah batu 100kg. Macam melekat kaki member aku tu. Siap A kata ada benda kat kaki dia. Aku start cuak tapi beranikan diri gak tolong dia masa tu sampaila pakcik si A sampai kebetulan si A memang asal sana. Alhamdulillah A ok tapi family dia nak bawa dia balik.
Sampai je kami kat chalet semua ok. Kami duduk 6 orang satu bilik dan ruang tamu chalet kami budak laki yang tido sebab diorang nak jaga takot apa2 jadi (lecturer or guardian kami tak ada tu diorang rela diri). Bilik kami ja yang tutup lampu sebab penat sangat semalam tidur dengan lampu. Aku pula tidur betol2 sebelah tingkap. Kira betul2 badan aku menempek ke dinding. Yang best tingkap bilik kami tak boleh tutup rapat sebab rosak dan aku tak ingat langsung tentang tu hahahahaha. Entah pukul berapa aku terjaga dan buka mata tengok sebelah aku ada ruang. Ya ada ruang sedangkan tadi aku betul2 rapat ke dinding. Cuak weh sebab masa ni aku rasa sorang lagi boleh baring sebelah (aku pikir pocong ja hampeh betoi).
Ok sebelum tu aku nak bagitau yang dalam bilik ni ada dua katil double decker tapi kami 5 orang tidur tengah2 mengadap katil kosong manakala kawan aku sorang lagi tidur atas katil di kepala kami. Tiba2 elok aku tutup mata dalam masa yang sama aku dengar bunyi benda melompat dari katil ke katil. Weh jarak antara katil kena lalu kami dulu tapi sikit pun tak rasa benda apa lalu dekat kami dan bunyi dia sedang2 laju bukan macam bunyi kumbang yang suka langgar kipas tu tapi ni bunyi macam orang ketuk besi katil pakai cota. Imagine lah ye.
Nasib aku baik sebab aku dengar kawan aku Y yang baring belakang aku batuk. Masa ni aku memang tak berani nak pusing mana2 so badan aku still mengadap dinding dan ruang kosong manakala tangan aku terus ke belakang pegang tangan si Y ni. Mata aku pejam je sebab masa bukan aku macam nampak ‘something’ putih rambut panjang tengah mengadap aku dari katil tingkat atas depan kami. Dan si Y sebenarnya rasa apa yang aku rasa, dia terus suruh aku baca ayat kursi. Masa aku baca ayat kursi bunyi lompat tadi makin ligat.
Lepas tu tingkap macam kena ketuk. Allah, takutnya. Dan paling best ibu jari kaki aku macam dipicit2 perasaan sangat terbaik ya masa ni. Aku non stop baca ayat kursi sambil cengkam tangan kawan aku kuat2 rasa nak tergeliat tangan ke belakang macam tu. Terus kawan aku kata bunyi ranting pokok je tu langgar tingkap. Nak sedapkan hati sedangkan dia tak tau ibu jari aku dok ligat si ‘pemicitnye’ dan aku pun terlena sendiri dan Alhamdulillah sedar2 dah pagi.
Esok tu last kami stay sana dan nak balik dah. Pagi tu nak mandi tapi macam biasa air kat chalet kami tak ada. Kami pun menapak ke tempat mandi yang jauh tu, tapi dalam perjalanan kami nampak shower room lama. Nasib pergi ramai2 entah apa yang buat kami teringin nak pergi mandi kat situ tak tahula sedangkan tempat tu nampak sangat lama. Tiba2 kawan aku si S kata, “tak yah mandi situ jom cepat pergi bilik air yang biasa tu”. Masa on the way tinggalkan tempat tu, aku nampak benda sekali imbas tengah pandang ke arah kami. Ahhh sudah dalam hati tolong jangan ikot balik. Wuuuu lepas tu kawan aku si S tdi kata ada benda kat situ dia terasa so tak salah apa aku nampak huhuhu.
Akhirnya semua selesai kami pun pack barang dan tengok tingkap dengan pokok jarak sangatlah jauh. Ok sekarang dah taw bukan ranting, sama ada memang tempat tu berhantu atau sebab tolong member aku si A ke aku pun tak tahu. Yang pasti bila sembang dengan budak laki yang duduk di ruang tamu chalet kami diorang kata malam yang sama aku kena kacau tu diorang dengar ada orang berkawad depan pintu chalet dan ketuk pintu tapi diorang buat tak tahu. Dan ustaz yang tolong kawan aku si E kata, setiap bilik yang kami duduk tu ada penunggu sepatutnya kami tidur bukak lampu. Tapi silap kami tutup lampu malam tu, saja kan nak jadi kenangan ‘terindah’ heehehhe. Tapi ok la dari ‘kakak’ hat pandai nak bersembang dengan aku.
Okay itu saja dari aku. Misteri ada di mana mana. Yang belum pernah kena jangan bongkak. Yang takut sangat tu bersederhana je la. Kalau takut sentiasa berkumpulan. Belum lagi cerita di uitm seri iskandar sendiri. Macam2 ada hahahhahaa. Hat jenis nampak macam aku. Kalau nampak tu memang seram pun, tak nampak berani nak tengok. Bila dah tengok padan muka. Ok salam sayang untuk anda.
xoxo nurul?
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Ayat ko berbelit ar. Lain kali before publish, baca balik. Tgk susunan ayat tu.
Ambooiiii…
Senang hati pegawai pengiring stay hotel tggl student dgn chalet xde air tu…
Akk dlu jd pegawai pengiring, mane student stay kat situlah akk tdo…
Ghase x boleh lgsg student2 ni ilang dr pndgn mata, mulelah risau pikir bebukan…
Udah mcm gaya jage anak kecik tau…
-kakyuliehep-
SAMBUNG UITM SERI ISKANDAR PULAK NNTI YE ..
KEEP IT UP
Boleh tahan seram cite awak ni. Yang lom rasa jumpa cik gula-gula, mohon jangan meminta-minta.
aku tak pernah ada pengalaman pasal cik gula-gula , tapii tngok dalam cerita cukup laa , sngat menyeramkan…
kt hutan rekreasi buku ke? aku pnah g kem motivasi kt sna time muda2 tpi alhamdulillah tmpt ok je..sunyi pn sunyi2 hutan je
“Lagi satu kawasan banyak monyet. Yang pasti gula melaka aku beli habis monyet makan. Harap monyet kena diabetes penat2 aku bawak gula melaka kehulu kehilir.”
????
ko memang x geti menulis ke