Assalamualaikum semua yang membaca! Ini merupakan kisah kedua aku nak cerita kat FS. Kisah ni berlaku pada tahun 2000-2001 gitulah. Masa tu aku duduk rumah je sebab tunggu panggilan nak masuk IPTA – baru habis Matrikulasi. Masa tu umur aku dalam 18-19 tahun gitulah. Muda lagi so perangai tu agak tak berapa matang gitu. Solat tunggang terbalik, aurat main belasah je & suka sangat menghabiskan masa dengan tengok TV series sampai pagi bute. Maklom la pada zaman tu mane ade lagi henfon canggih macam sekarang. TV jelah hiburan paling best waktu tu bile duduk rumah since aku tak berapa minat sangat berpeleseran dengan kawan-kawan sebaya HEHE.
Pada tahun tu, kami sekeluarga tak duduk rumah Peneroka biasa. Abah tengah nak bina rumah batu, so tanah lot rumah kami tu lepas rumah dirobohkan keseluruhannya, misi membajak tanah & buang tanah pulak. Since rumah roboh sepenuhnya, takkan nak tido atas tanah kan? So kebetulan Kakak Sulung tu Cikgu kat sekolah Felda tu jugak, so dia dapat duduk Rumah Guru yang baru siap dekat dengan Sekolah Agama. So kami semua anak beranak pindah duduk rumah tu dengan kakak sementara nak tunggu rumah baru siap.
Pada suatu malam, seperti kebiasaannya aku menghabiskan masa lapang dengan tengok TV sampai lewat pagi. Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan hampir 4pagi. Mata dah start kelat. Tiba-tiba aku dengar bunyi Burung Hantu yang sangat jelas & kuat berbunyi. Ukkkk ukkkk ukkkk. Pergh, bikin seram jugak dah mase tu sebab nama burung tu saje pun dah seram kan HIHI. Aku dah boleh bajet dah kat mana dia bertenggek. Sah-sah atas wayar elektrik depan rumah tu. Lama pulak tu dia ber ukk ukkk. Tapi aku buat tak reti ajelah pasal ape salahnya dia nak berbunyi kan? Nama pun burung HAHA.
Tapi aku memang silap besar lah sebab tak menghiraukan bunyi burung tu. Rupanya itu petanda dia nampak sesuatu yang mencurigakan dekat dengan rumah tu. Ini agakkan aku ajelah selepas kisah ni. Tak tahu entah betul entah tak. Since mata dah kelat, aku pun zass tutup TV meninggalkan ruang tamu rumah tu gelap gelita. Senang kata 1 rumah la gelap. Mak, Abah adik beradik yang lain semua tido dalam bilik. Aku je yang hardcore tido ruang tamu sorang-sorang sebab nak layan TV punye pasal. Entah kenapa berani aje mase tu sebab dah biasa sangat kot berjaga sampai lewat pagi macam tu. Plus belum pernah ada pengalaman seram agaknye.
Bile dah tutup lampu, memang gelap la seluruhnya rumah kan? Cahaya samar-samar cuma masuk dari celahan tingkap dari lampu luar rumah yg dihidupkan je. So aku pun tidurlah meniarap dan dalam pada mamai-mamai nak tidur tu tiba-tiba aku nampak macam ada sesuatu yang bergerak-gerak dekat area suis lampu toilet. Dan yang pastinya benda tu warna dia cerah atau senang kata warna putih. Mase tu yang terlintas kat otak aku adalah itu kakak aku dia sedang teraba-raba nak cari suis lampu toilet. So aku macam buat tak hirau ajelah sampai lah beberapa lama lepas tu aku terdetik, “apahal lah lembab naw kakak aku ni nak dapat petik suis lampu toilet tu?”. Takkanlah lama sangat meraba tak jumpa-jumpa jugak suisnya. Pelik hokayyy!
So sebab jadi macam geram & rasa nak marah, aku pun perati bebetul sikit apekah sebenarnya yg sedang berlalu. Waktu tulah baru aku tahu yang aku tengah mengalami situasi yang menyeramkan. Putihnya agak bercahaya. Rambutnya menggerbang serabai panjang sampai ke bawah hampir mencecah lantai. Huntonglah mukanya gelap saja tak nampak jelas pada pandangan mata. Pergh bila je dah dapat gambaran sebenar tentang situasi waktu tu, terus dupp dapp jantung macam nak terkeluar jantung rasanya. Peluh dah start membasahi dahi. Panik gila. Dalam masa yang sama cuba baca apa-apa surah yang terlintas kat otak. Tapi rasanya macam tak ingat ape pon mase tu HAHAHA.
Dan aku nampak entity tu seperti bergerak-gerak menuju ke arah aku. Pasal dia dah tau kot aku dah tau dia tu siapa. Hampeh betul. Gila aku tak tau nak cakap takut tu macam mana sampai akhirnya aku rasa aku tertidur atau pengsan sampai ke pagi HEHEHE. Masa kejadian tu aku memang dah tak boleh bergerak pun. Badan rasa macam berat gila. Mata pun berat macam ade batu hempap kelopak mata dari atas. Memang tak boleh nak buat apa pun mase tu. Kalau boleh lari pun aku tak tau nak lari ke mana since kedudukan entity tu betul-betul dekat lorong antara 3 bilik yang ada dalam rumah tu.. Takkan aku nak lari keluar rumah pulak kan? Lagi menempah maut namanya tu HAHA.
Itulah dia pengalaman pertama aku berjumpa dengan entity yang menyeramkan. Sampai sekarang dah berbelas tahun berlalu pun masih segar diingatan kejadian tu. Kalau boleh taknak lah berhadapan lagi dengan situasi macam tu. Mak takuaddd. Sekian, kisah pendek dari aku. Adios amigos.
By Akenna.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tak payahla nak buat citer seram tapi dok letak nak bergelak bagai hahahahahahaha
Boring hokeh
HAHA !!
..bodoh….
Hipster ke
Tak seram HAHA boring HI HI nyesal bc HU HU
sekian