seram di rumah pusaka

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia page fiksyen shasha. Terima kasih kepada admin jika sudi approve n publish cerita aku ni. Selama ni aku jadi silent reader je. Tapi tiba-tiba aku rasa teringin nak share kisah benar yang pernah berlaku pada aku sekitar tahun 2015. sebelum tu aku minta maaf banyak-banyak kalau cerita aku ni tak seram.. Aku cuma nak kongsi pengalaman je.

intro aku nini (bukan nama sebenar). Asal dari pantai timur, suami aku sekampung dgn aku. Kami kahwin tahun 2014. suami aku yatim piatu.. Dia ade seorang abg OKU tak boleh jalan punce demam panas masa umur dia 2tahun. Tapi abg ipar boleh merangkak n duduk mcm biase. Lepas kami kahwin aku n suami stay rumah arwah mak ayah suami untuk jaga abg ipar. Mula-mula tu aku tak berape faham sgt butiran percakapan dia sebab mmg langsung tak jelas. Lama-lama aku boleh faham sikit ape yg dia cakap.

Rumah arwah mak ayah tu rumah banglo setingkat. sebelum renovate jd banglo korang imagine sendiri la ye style rumah kampung dulu-dulu kebanyakannye mesti naik tangga kan. Tapi lepas renovate diorg ade kekalkn sebahagian rumah lame tu bahagian ruang tamu n 2 bilik yang bersambung dgn ruang tamu..turun tangga yang bersambung dgn dapur tengah, dapur n 2 bilik air. Kat dapur tengah tu family suami ade buatkn 1 bilik utk abg ipar n 1 bilik air yg dekat utk memudahkn abg ipar merangkak ke bilik air. Renovate tu tambah ruang tamu yang baru sambung 2 bilik baru dan beranda luar yang agak luas.

bilik aku n suami sebelah dinding pemisah ruang tamu rumah lame n bilik tidur baru. 1 hari tu masa aku tengah menyapu ruang tamu lama, tiba-tiba abg ipar cakap ngan aku n tunjuk-tunjuk kt area tempat aku berdiri. Aku tak faham langsg ape dia ckap.. Aku iye kn jela dann sambung menyapu. Bila suami balik keje, die ckap kt suami pulak. Aku pun tanye la kenapa.. suami kate mlm sbelum tu abg ipar merangkak nk masuk bilik air, tiba-tiba dia ternampak kt ruang tamu lama tu ade perempuan rambut panjang berbaju putih kotor n muka berdarah berdiri kat situ. Patut la abg ipar demam menggigil haritu. suami kate abaikan je ape abg ipar cakap. Aku ni da la penakut memang aku ajak berteman jela kalau nak pergi dapur malam-malam. Abg ipar aku selalu sangat cakap nampak itu ini tapi suami aku cakap kat dia mimpi je tu. Mungkin tak nak takutkan dia n aku. Aku cuma iyakan jela ape yang abg ipar cakap walaupun banyak yang aku tak faham dia cerita.

ruang tamu n bilik-bilik lame tu mmg takde org tidur situ dah. Jadi tempat letak barang je. Lantai papan pun banyak da reput. Kalau ipar duai balik kampung, semua tidur kat bilik n ruang tamu baru ramai-ramai. Pernah anak saudara suami cerita 1 malam tu dia ternampak perempuan rmbut pnjg berbaju putih kat pintu bilik lama. Esoknye terus demam.

1 hari tu aku tutup dua-dua pintu bilik lama tu sebab aku ni kan penakut. Kalau nak pergi dapur memang akan terpandang bilik2 lama yg terbuka tu. silap aku jugak tutup bilik tu dann tak pernah masuk bilik tu dah. Mak abah aku ade pesan jangan biar bilik terbiar.. Kne masuk selalu kemas-kemas. Rumah tu agak besar aku tak tahu cara sangat la nk kemas bilik lame sbb da jadi stor simpan barang. Kalau sapu habuk pun kt ruang tamu lama je. Da beberapa bulan lepastu adik ipar aku buka pintu tu. Katenye biar terbuka tak elok biar bertutup. Aku iye kn jela. Hari yg same pada mlm tu aku kat dapur, suami nak masuk bilik air paling hujung sebelah dapur. Dia buka je pintu bilik air, tiba-tiba pencukur atas para tepi tu terpelanting masuk dalam air kolah depan mate dia. Terkejut la suami aku mase tu. Dia siap buat demo lg scene tu. Padahal takde apa-apa pun kat situ yg boleh jadi punca pencukur tu terpelanting masuk dalam kolah. jarak para n kolah tu dalam 3 depa dan bertentangan bukan tepi kolah. Masa tu masing-masing buat tak tau jela.

malam yg same masa tu nak tidur kitorg kena ganggu lagi. Biasanye kalau kitorg tidur tak tutup pintu. tutup ngan langsir je sebab risau ape2 hal abg ipar panggil takut tak dengar. Mase tu kitorang layan handphone masing2 sementare tunggu mate lelap. Tibe2 langsir pintu bilik tu macam ade orang tolak. ruang tamu baru takde tingkap dan ruang untuk angin masuk dari luar rumah pun kat dapur je. Dapur ngan bilik kitorg tidur jauh. Mase tu jugak kat luar rumah xde dengar pun angin atau hujan.mustahil sangat-sangat tu angin. seolah2 ada tangan tolak langsir kedalam bilik kitorg. tinggi tangan yg tolak tu lebih kurang tinggi manusie n memang nmpak bayang-bayang macam tangan yang tolak langsir tu. Tiap-tiap malam kitorg buka lampu dapur tengah sebab bilik abg ipar kat tepi tu je terangkan ruang dapur tengah n bilik air abg ipar. Cahaya lampu tu jugak terang sampai sebahagian ruang tamu n bilik-bilik baru. Mase tu serentak aku n suami tengok. Ade la dalam seminit pastu slow2 langsir balik ke asal. sebelum-sebelum tu tak pernah langsung jadi macam tu. Menggigil terus aku. suami cepat-cepat bangun tutup pintu. Dia suruh aku pejam mate tidur, tapi aku tak mampu nak tidur lepas tengok ape yg jadi depan mate sendiri walaupun nampak bayang2 je. Tak lame tu suami aku dah tidur, aku je belum lelap. Masa tu jugak la aku terdengar bunyi org berjalan kat ruang tamu lama. sebab bilik kitorg sebelah tu je. aku kejut2 suami sebab takut. Macam2 ayat aku bace tapi tetap dengar bunyi tapak kaki tu. suami suh tidur n buat tak tau je. dalam ketakutan tu, lama2 aku tertidur sendiri.

Esoknye aku bace yassin lepas siap solat untuk bantu kurangkan gangguan n ketakutan. sejak pada haritu walaupun jarang tapi ade jugak terdengar macam-macam bunyi tengah malam. mase solat terdengar org ketuk tingkap bilik. Bunyi atas siling. Tapi buat tak tau je. aku n suami stay rumah tu dalam 2 tahun je lepastu abg ipar lain duduk situ pulak tolong jagakn abg ipar tu. Aku ikut suami pindah selangor cari rezeki kat sini.

kalau ikutkan banyak lagi cerita seram kat rumah arwah mak ayah tu yang ipar n suami sendiri pernah cerita.tapi aku tak reti nak mula cerita mcam mne sbab tak tau details jalan cerita nya.ada yg kata rumah tu laluan makhluk halus sebab belakang rumah tu ladang sawit laluan ke kubur. wallahualam

ada 1 kisah yg suami aku cerita dulu mase dia sekolah menengah sebelum renovate rumah tu tv letak kat ruang tamu tepi tingkap. Belah luar dinding tingkap tu pulak kosong xde letak apa2 pun. Rumah tu tinggi kena naik tangga,dulu arwah mak
kadang-kadang bukak tingkap tu sampai tengah malam. 1 hari masa suami tengah tengok tv tiba-tiba ada muncul pocong n berhenti kat tengah tingkap tu betul-betul bertentangan menghadap suami aku. suami cakap kalau orang nk menyakat mustahil sbab tingkap tu tinggi kne panjat tangge kalau nak berdiri kat tingkap tu. mase tu suami aku takut sangat, Nak bangun lari tak boleh nak bergerak langsung. 1 badan terkunci. sampai la arwah ayah keluar bilik sekelip mate pocong tu hilang n suami bangun terus tutup tv masuk tidur.

suami ckap 1 family dia dah lali dengan mende macam tu sebab selalu jugak kena ganggu.aku tak tau gangguan yg lain-lain tu macam mane.ada 1 kisah lagi suami cerita seorang arwah abg suami pernah kena tarik tangan kat tingkap bilik mase tidur.arwah tidur kepala tepi tingkap.suami cakap tingkap tu ade beberape keping kaca tingkap naco yang dah pecah n xganti baru.dibiarkan kosong nampak pemandangan luar rumah.malam tu mase arwah tidur tiba-tiba ade tangan tarik kedua-dua tangan arwah keluar tingkap.tingkap bilik tu sebaris tingkap ruang tamu yang suami pernah nampak pocong.tinggi n takde tangga kat luar rumah.arwah menjerit2 mintak tolong sambil menangis,semua meluru masuk dlm bilik arwah.tengok-tengok tangan arwah da merah kesan kena tarik tu,esoknya arwah abang demam panas.

ada lagi cerita seram suami aku cerita masa hari arwah nenek meninggal diorang adik beradik dengar suare arwah nenek batuk-batuk kat dapur tengah tempat biasa arwah nenek tidur masa duduk situ. Arwah nenek meninggal kat kampung pak saudare diorang. Diorang tak ikut arwah mak ayah lawat jenazah sebab adik beradik ramai 10 orang. Kereta ade 1 je. arwah mak ayah balik kampung bawak adik-adik yang kecik je.yang besar semua tinggal kat rumah.

setakat ni je mampu aku coretkan kisah yg agak seram pade aku n mungkin biase saje pade korang.aku minta maaf banyak-banyak kalau cerita aku ni tunggang-langgang n langsung tak menarik dibace.terima kasih kepada yg sudi bace kisah ni. assalamualaikum.

H . S @ NINI

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.3]

2 thoughts on “seram di rumah pusaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.