Seram ramadhan: Satu malam di ofis

“Siti, kau dengar tak apa yang aku dengar?”. Aku tanya Siti separa berbisik.
“Aku dengar. Shhhhhh”! Siti memberi isyarat supaya diam sambil meletakkan satu jari di bibirnya. Suasana sunyi seketika.

Bammmmmmmm!!!! Tetiba fail yang disusun di atas rak tiba2 jatuh ke lantai.
“Oo mak kau!” Siti melatah sambil melompat. Aku menjerit terkejut disebabkan Siti melatah betul2 disebelah aku.
“Weh bodoh, bongok la ko ni! Terkejut aku!” Aku sempat mencubit bahunya sambil berleter dan aku termaki beliau tanpa sengaja.
“Aku tak sengaja ngok! Weh, jom angkat fail tu. Kang esok membebel plak Pakcik Ali cerewet tu. ( Ali tu boss kitorang. Usianya 40-an tapi sengaja kami menggelarnya pakcik. Dia tersangatlah cerewet dan suka membebel.

Memang agak menyampah dengan perangai dia, kadang kala satu kerja terpaksa dibuat berkali-kali. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi tu la kena hadap dia.) Aku mengangguk sambil memandang jam di dinding ofis. Pukul 10.30 malam. Pada malam tu, aku dengan Siti terpaksa buat Ot disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Malam tu pertama kali kitorang kerja malam. Oh, ya. Aku dan Siti bekerja sebagai Akauntan.

Aku membontoti Siti dari belakang. Disebabkan badannya yang gempal dan tinggi, so dia la kena berjalan dulu. Kitorang cepat2 angkat fail dan letak ke atas rak tu balik. Hairan sangat macam mana fail tu boleh jatuh. Yang peliknya fail bahagian tengah je yang jatuh, bahagian tepi tersusun elok. Masa duk tunduk mengangkat fail, dari ekor mata aku, aku ternampak kelibat seseorang berlari di luar pintu. Nampak macam budak sebab rendah. Pintu ofis masa tu terbuka luas, sengaja aku bukak pintu tu.

“Siti, ada pekerja lain ke kat bangunan ni selain kita? Aku nampak macam ada orang berlari tadi weh!”.
Lepas tu, Siti pun mengintai, terjenguk2 kepala ke arah luar pintu ofis kitorang.
“Tak tahu la beb. Macam takde orang. Hai, tak kan bulan puasa pun ada yang tak ‘tertambat’ plak.” Siti mendengus.

Aku dah cuak. Tetiba Siti senyum menyeringai. Aku tengok muka dia pun aku jadi seram. Dah la pipi pau, bila senyum mata pun tak nampak.
“Apasal ko senyum macam tu? Tak payah acah2 nak kena rasuk la. Kalau ko kena rasuk, aku orang pertama yang lari tau! Tak kuasa aku nak melayan!” Aku cubit lengan dia sekuat hati.
“Adui, sakitla ngok! Bodoh la ko ni! Penakut betul! Bulan puasa ni beb, tak payah nak takut sangat.

Bersangka baik k. Husnuzon. Teman aku p pantry jap, dahaga lak!”. Siti berjalan terkedek-kedek tanpa menunggu aku. Tengah teman Siti buat air, aku terfikir sejenak. Dari mana datangnya suara budak2 mengekek ketawa. Bunyi dia macam dalam ofis kitorang. Tapi ofis kitorang tinggal aku dengan Siti je. Bila tanya Siti tadi, nampak macam dia pun ada dengar jugak. So aku pun tanya lagi Siti sebab nak kan kepastian.

“Weh gendut! Ko dengar ke apa yang aku dengar tadi? Kalau ko dengar, apa yang ko dengar???”. Dah macam apa soalan aku kan. Sebenarnya saja nak tengok kot2 dia terdengar benda lain. Lepas tu Siti cakap.

“Dah2 la weh. Aku dah seram ni. Aku saja bersangka baik, sebabnya ni bulan puasa. Ya, tadi aku dengar suara budak ketawa”. Siti hulurkan air kopi untuk aku. Lepas tu dia duduk dan meneguk air milo suam. Sempat lagi dia mencicah biskut. Muka dia biasa je. Aku agak cuak sebab dia pun dengar bunyi budak ketawa. Tapi aku malas nak fikir, aku teguk air kopi jantan, kopi feveret aku. Aku tibai kopi boss aku punya. Sedap weh memang kaw gila. Lepas dah minum, kitorang terus berjalan ke ofis. Macam biasa la, aku membontoti Siti sambil memegang bajunya dari belakang. Aku agak penakut, nasib la Siti ni berani sikit.

Lepas melabuhkan p******g ke kerusi, aku sambung balik buat kerja. Jarak Siti dengan aku, dalam dua buah meja. Meja aku sebelah tingkap, mengadap ke tasek. Tasek buatan manusia je pun tapi situ la aktiviti riadah manusia di siang hari. Bila malam suasana kat situ agak menyeramkan sikit. Dalam 10 minit macam tu, tetiba Siti bangun. Dia cakap nak pergi tandas. Tandas kitorang dekat je, sebelah pantry.

“Wei, aku nak p tandas jap. Sakit perut”.
“Nak aku temankan tak?”.
“Tak payah la. Ko okey ke kat sini sorang2?”.
“Aku okey je. Tapi ko jangan lama sangat!”.
“Okey, bereh boh!”. Siti berlari anak menuju ke tandas.

Aku kembali membuat kerja. Terkadang rasa mengantuk dan penat menjengah, aku meneguk air mineral sejuk. Aku bersandar di kerusi, sambil memandang tasek. Kat situ pada waktu malam memang gelap. Tengah ralik melihat ke luar tingkap, tiba2
“Shreeeetttttttt”. Aku terkejut. Aku memandang di sekitar aku. Tetiba mata aku tertumpu dekat kerusi Siti. Kerusinya beralih sendiri! Aku berdiri disebabkan terkejut. Lepas tu aku ternampak ada ‘seseorang’ di meja paling belakang. Sambil menundukkan kepala seakan sedang menaip sesuatu di komputer.

Aku mengecilkan mata, sebab nak pastikan tu manusia atau sebaliknya. Walau aku agak confius, masa bila ‘dia’ masuk sebab pintu masuk hanya ada satu je. Kalau masuk mesti kena lintas meja aku dulu. Mata aku plak memang tak boleh nampak jelas, rabun teruk. Aku intai2 sampai terasa macam panjang lak leher aku ni. Nak p dekat tapi tak berani. Tetiba datang rasa tak sedap hati. Bulu roma aku meremang, kepala terasa kembang semacam. Aku menggosok2 lengan aku.

“Siapa tu???”. Aku bertanya sebab ‘dia’ still tak berganjak dari kerusi tu. Macam tengah kusyuk menaip kat komputer.
“Takyah la main2 weh! Takyah nak prank! Tak kelakar okey?!”. Aku dah rasa nak marah masa tu. Sebenarnya aku risau budak2 lelaki ofis nak prank aku. Kot2 Siti pun subahat sama. Mana la tau kan.
“Hahahahihihihahaaha”. Aku terdengar suara budak2 mengekek ketawa.

Masa tu aku dah rasa takut sangat. Kalau di toreh tangan aku ni, confirm tak berdarah rasanya. Pucat lesi. Masa tu aku dah dapat rasa, memang ada benda. Bukan orang prank ke apa. Lepas tu, kerusi sebelah aku terseret sendiri. Aku dah menggigil.

“Siti, cepatlah datang sini.” Aku berkata2 di dalam hati. Aku menggigil dah macam terkena parkinson. Badan terasa sejuk sampai menusuk ke tulang. Susuk tubuh tadi still ada kat meja tu, menunduk. Memang aku tak nampak muka dia, just nampak kepala je. Sebab ‘dia’ duk meja bahagian belakang sekali. Aku terus duduk atas kerusi sambil menekup muka. Dalam hati aku berdoa supaya Siti cepat2 datang.

“Ina, ko membuta ke oiii?”. Suara Siti kuat seakan bergema di dalam ofis. Aku bangun, tengok Siti berjalan ke arah aku. Aku cepat2 pandang meja belakang.
“Aikkk, dah takde?!”. Aku bersuara agak kuat. Siti pelik tengok aku. Dia pun turut sama terjenguk2 kepala ke bahagian belakang.
“Apa yang hilang weh?”. Siti bertanya sambil melilau tengok sekeliling.

“Tadi ada lembaga kat situ. Ya Allah. Siti, ko tak prankkan aku kan?”. Aku bertanya sambil membuat muka serius.
“Agak2la nak prank. Prank apa bendanya. Ko ingat aku ni ada masa nak prank kan ko? Buang masa k!”. Lepas tu, Siti tetiba gosok bahu dia.
“Weh, asal bulu roma aku tegak ni?”. Siti tengok aku, muka dah cuak.
“Aku nampak ‘orang’ tadi. Kat meja belakang. Menunduk je tak nampak muka. Ko pegila tengok ada orang ke tak kat situ. Pergila tengok jap!” Aku mengarahkan Siti untuk pergi tengok.
“Tak payah la weh. Tak payah tengok2. (Siti diam seketika kemudian kembali bersuara) Okey, maaf kalau kitorang ganggu ko. Kitorang datang nak buat kerja, niat baik. Tolong jangan ganggu kitorang. Kitorang tak ganggu ko, so ko jangan ganggu kitorang”.

Serentak dengan tu, lampu ofis tetiba berkelip-kelip. Aku dan Siti menjerit ketakutan. Kitorang berpelukan. Masa tu la ada bunyi budak mengekek ketawa, kerusi terseret, bunyi fail jatuh, bermacam lagi bunyian. Aku pun tak tau nak jelaskan macam mana. Memang bising sangat.
Lepas tu terdengar satu suara bisikan halus di telinga aku.
“Balikkkkkkkkkkkkkkk”.
Siti dah tersedut-sedut hingus, tanda menangis. Tau pun takut. Tadi bukan main nak husnudzon kata dia.

Lepas dengar bisikan tu, aku pun capai handbag, ajak Siti balik. Lampu pun hidup balik, sempat aku mengerling ke arah rak fail. Takde fail yang jatuh. Tadi dah macam gempa bumi. Aku ingat semua fail terjatuh tapi tersusun elok je. Tengah berjalan keluar ke arah pintu, tetiba tercegat sorang guard kat situ. Siti melatah lagi, aku pun turut sama menjerit. Ingatkan hantu la tadi, suspen betul guard ni.
“Hangpa berdua tak balik lagi ka? Bahaya noh malam2 duk sini. Dah pukul berapa ni? Hangpa berdua p balik. Biar pakcik settle dengan benda kat sini.” Pakcik tu tengok je ke dalam ofis kitorang. Aku dengan Siti langsung tak pandang belakang dah.

Keesokkannya, pagi2 boss dah bising. Dia panggil aku dengan Siti masuk ke bilik dia.
“Apa benda yang awak berdua buat semalam? Dengan failnya berterabur jatuh, kenapa tak susun balik? Takkan awak nak orang lain kemaskan apa yang awak berdua sepahkan! Lagi satu, laporan yang awak hantar awak tak semak balik ke?”.
Aku dan Siti berpandangan.
“Kenapa boss?”. Aku bertanya.
“Awak tak semak balik ke laporan akaun yang awak hantar dekat saya?”. Boss ambik satu lampiran dan letak atas meja.
“Nah, Tengok!”

Aku dan Siti berpandangan, tertulis kat situ ‘balikkkkkkkkkkkkkk’.
“Buat kerja cincai..bla bla bla”. Sakit telinga kitorang dengar leteran yang macam tiada tanda nak berhenti. Lepas tu aku pun mintak boss dengar penjelasan dari kitorang. Panjang lebar kitorang jelaskan dekat boss apa yang berlaku. Nasib la dia faham, kalau tak faham tak tahu la nak cakap apa. Lepas kejadian tu, boss tak benarkan staff yang lain kerja lewat malam. Lepas tu riuh jap yang ofis kitorang ada hantu. Semuanya sebab mulut Siti yang duk cerita dekat staff2 lain. Lepas tu, baru la kantoi pasal ofis kitorang ni. Rupanya banyak kejadian yang berlaku sebelum ni, cuma dorang diamkan je. Pekerja bahagian lain pun ada gak yang kena sampai ada yang berhenti kerja sebab tak tahan dengan gangguan.

Ok la semua, sampai di sini dulu ye. Saya minta maaf seandainya cerita ni tak seram dan ayat tunggang langgang. Segala dialog dan jalan cerita berdasarkan kisah benar. Terima kasih semua. Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

8 thoughts on “Seram ramadhan: Satu malam di ofis”

  1. Bln Ramadhan syaitan & iblis kena tambat dh…Jin jenis nakal ni saja nk sakat huhu…dia suh balik sbb mlm shift diorg lak 😛

    Reply
  2. Aku paling tension bila baca cerita yg taknak sebut tempat. Sebut je la. Baru feel. Nak verify pun senang. Ni tempat tak sebut. Tah2 reka.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.