#SeramRamadhan: Malam-malam Ramadhan Seorang Celupar

Salam Warga FS. Sempena Romadon tahun ini, admin FS ajak tulis cerita pasal seram ramadhan, aku pun ada la beberapa pengalaman yang aku nak kongsikan. Tetapi, seram di bulan Ramadhan ni tak lah seseram di hari-hari lain dan tak extreme seperti hari-hari lain.

KISAH SATU – SUARA AYAH

Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku rajin berniaga dekat bazar Ramadhan. Mak aku meniaga lauk pauk. Masa tu, family aku tak berapa nak berduit sangat. Jadi, kitorang tinggal dekat rumah nenek. Dekat rumah tu ada ramai orang. Family aku, Nenek, makcik aku yang belum kahwin masa tu dua orang dan pakcik aku yang belum kahwin masa tu dua orang.

Kisahnya malam tu, lepas balik dari berniaga dekat bazar, aku suka tolong mak aku susun duit. Duit seringgit dengan duit seringgit. Duit dua ringgit dengan duit dua ringgit. Kemudian kira duit syiling ada berapa. Hampir rutin setiap malam lepas mak balik dari berniaga.

Abah, mak, abang aku dengan nenek baru je keluar pergi ke masjid, nak solat terawih. Makcik aku dua orang tu tak ikut. Pakcik aku dua orang tak ada dekat rumah. Jadi, dekat rumah masa tu cuma ada aku, makcik aku dua orang yang aku panggil maksu dan maklang, dan adik aku seorang.

Tengah syok kira duit, tiba-tiba rumah blackout. Masa zaman tu, blackout ni normal. Jadi, ambil la lilin dan hidupkan. Aku sambung kira duit. Dalam gelap hanya berbekalkan lampu lilin tu je pun aku sanggup teruskan usaha aku mengira hasil penjualan hari tu. Maksu aku join sekali. Maklang tengah mandi.

“Adik! Adik!” dengar suara bapak aku panggil Maksu dari luar rumah. Tak ketuk pintu pun. Panggil je.
“Lah. Kenapa pula tu? Ada benda tinggal ke?”

Maksu aku bangun dan menuju ke pintu. Pintu rumah kampung dulu-dulu tak ada tombol. Kunci selak dari dalam je. Tu pun pakai penyendal kayu tu je. Bukan selak besi tu.

“Ada apa?” maksu aku tanya sambil buka pintu. Aku pun bangun pergi dekat maksu, aku tengok tak ada pun bapak aku dekat luar rumah. Maksu aku terjenguk-jenguk ke bawah bukit (rumah atas bukit), tak ada pun lampu kereta bapak aku kat bawah bukit sana. Senang cerita, memang tak ada orang langsung. Gelap gelita je dekat luar. Jadi, suara siapa tadi? Seram punya pasal, terus maksu aku tutup dan kunci semula pintu tu.

“aaaaa!!” Maklang aku pula menjerit dari arah bilik mandi dekat dapur. Dia masuk ke ruang tamu, dia menangis.
“Kenapa?” Maksu aku tanya.

Maklang cakap dia dengar suara bapak aku marah dia sebab mandi lama. Suara tu cakap “lamanya mandi!” macam tu dari arah dalam bilik air ketika Maklang aku keluar dari bilik air tu tadi. Lilin yang Maklang aku pegang ketika itu dah terjatuh ke lantai. Mujurlah lilin tu jatuh dan terpadam. Kalau tak dah jadi satu hal pula rumah terbakar.

KISAH DUA – HAUS

Aku dengan member aku Jiji baru balik dari solat terawih masa tu. Kitorang satu family dah tinggal dekat sebuah taman perumahan. Aku dulu masa dah masuk darjah empat macam tu, aku dah mula merayap jauh-jauh dari rumah.

Malam tu aku dengan Jiji sengaja pergi sembahyang terawih dekat masjid kampung sebelah taman perumahan tu. Sengaja pergi kat situ sebab moreh dia sedap. Hahahaha. Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah, jalan kaki, kitorang kena melalui sebuah taman permainan kalau nak shortcut. Taman permainan tu gelap. Tapi rasanya masa tu dah 15 Ramadhan kot. Bulan purnama terang je malam tu.

Tepi taman permainan tu ada hutan kecil. Tepi hutan tu ada gaung, bawah gaung tu ada paya luas. Aku selalu dengar orang kata paya tu berhantu. Petang-petang suasana dekat taman permainan tu memang meriah. Kat situlah budak-budak main gelongsor, buaian, palang-palang panjat, main bola sepak dan orang dewasa main takraw. Tapi, bila malam, taman permainan tu suram sangat.

“Kita ikut jalan lain lah.” Aku cakap dekat Jiji.
“Ikut taman ni je la. Shortcut. Cepat sampai rumah.”
“Gelap. Macam seram je.”
“Gelap apa. Kan ada cahaya bulan tu.”

Aku pun dengan bodohnya ikutlah Jiji lalu dekat taman permainan tu sebagai laluan shortcut. Sebab dia kata, kalau aku nak ikut jalan lain, aku lalu sorang. Dia tetap nak lalu laluan shortcut tu.

Masa kitorang dah sampai dekat tengah-tengah taman permainan tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi “haus! haus!” suara macam berbisik dari arah hutan kecil sebelah taman tu. Aku buat tak tau je dulu sebab Jiji pun nampak cool je. Tapi, tak lama lepas tu, Jiji tanya aku,

“Kau dengar tak apa aku dengar?”
“Apa?”
“Aku dengar suara macam bisik-bisik haus, haus, haus”
“Dengar. Drakula kot. Hauskan d***h.”

Aku pandang muka Jiji, Jiji pandang muka aku. Masing-masing blur. Tak tahulah sama ada keceluparan aku tu lawak atau seram.

“Krekkk!” tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Jongkang-Jongket kat sebelah kitorang bergerak. Apa lagi! Terus lintang pukang aku dan Jiji lari. Seminggu juga rasanya aku dan Jiji tak pergi terawih lepas tu.

KISAH 3 – KAD RAYA

Masa kecik memang aku rajin hantar kad raya. Kumpul duit belanja sekolah, beli kad raya banyak-banyak yang satu bundle ada banyak keping tu. Lepas tu hantar dekat kawan-kawan sekolah dan sepupu sepapat yang duduk jauh tu. Dulu masa budak-budak, walaupun kawan-kawan duduk dekat kampung sebelah, sepupu sepapat duduk mukim lain walaupun satu daerah, pun dah rasa jauh dah. Ditambah pula bulan puasa masa cuti sekolah, jadi makin acah-acah rindu la dengan member-member. Jadi, kad raya memang menjadi utusan perkhabaran ketika tu.

Masa tu dah hujung Ramadhan. Aku digemparkan dengan berita pemergian kawan sekelas aku, Jannah, telah pergi ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Nak dijadikan cerita, sebelum dia pergi, dia sempat pos kad-kad raya untuk kawan-kawan dia. Ramai yang dapat kad raya dari dia tu selepas dia pergi. Aku pula dapat 3 hari sebelum raya. Special pulak tu, ada lagu. Kad yang ada lagu. Siapa pernah tengok kad tu, kad tu akan berbunyi lagu bila kita buka kad tu. Bila tutup kad, lagu aku berhenti.

Yang seramnya adalah pada malam raya, kad tu tiba-tiba berbunyi sendiri. Mak tak bagi gantung kad tu buat perhiasan raya sebab taknak nanti ada budak-budak main, bunyi bising. Aku letak kad tu dalam almari. Kad tu tiba-tiba je berbunyi masa tengah sibuk mengemas rumah malam raya tu. Aku buka aku tutup, buka tutup buka tutup, tak berhenti juga lagu tu. Akhirnya terpaksa aku cabut je benda kecik yang keluar bunyi tu. dengan bateri dia pun aku cabut. Benda tu dah melekat pada kad, sampai terkoyak kad tu aku kerjakan.

KISAH 4 – SATU DAS

Masa kecik dulu, ada sorang budak laki ni pindah kat area rumah aku. Member aku Jiji pulak pindah keluar dari situ. So, bestfriend aku bertukar tangan, dari Jiji kepada Amar. Amar ni kira macam partner in crime gila-gila lah. Bila masuk bulan Ramadhan, aku dengan dia memang akan pergi terawih sekali.

Nak dijadikan cerita, masa tengah sembahyang, aku dan dia acah-acah nak duduk saf tengah. Depan semua orang dewasa. Belakang pulak takde karpet. Nak yang ada karpet. Amar ni pula memang jenis hidup tahu nak berhibur je. Tengah sembahyang pun dia boleh gelak-gelak. Aku pun apa lagi, berjangkit sekali la. Iman tak kuat. Aku pun duk gelak-gelak sekali. Bila imam aminkan fatihah, kitorang sebut aamiin tu kuat-kuat lepas tu gelak.

“Pap!! Pap!!” se-das sorang kena penampar dari sorang pakcik yang sembahyang sebelah kitorang.
“Nak gelak-gelak pergi balik rumah!” pakcik tu marah kitorang. Ni lah kisah Romadon paling seram pernah aku lalui! Hahahahaha. Siapa suruh nakal sangat.

Untuk tahun tu, tu lah last day aku gi terawih. Amar pun sama. Next year, terjumpa lagi pakcik tu. Kitorang pun dah behave dah. Taknah tragedi ‘seram’ berulang lagi.

-Selesai-

Tu je lah kisah-kisah seram aku ketika Ramadhan. Salam Ramadhan semua. Puasa jangan ponteng. Kejar pahala banyak-banyak k. Tolong mak masak kat dapur tu, jangan tau nak duduk depan hidangan je! Sehari tak nampak batang hidung, pukul 7 muka kau tercongok dulu depan periuk nasi tu. Aku cepuk karang!

Bye.

Malam-malam Ramadhan Seorang Celupar
By Si Celupar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

7 thoughts on “#SeramRamadhan: Malam-malam Ramadhan Seorang Celupar”

  1. hahaha yang last tu mmg sedapp ahh kena sedas…
    nasib baik kak buka fb sc ..kalau tak ,tak tahu pon ada lagi satu story dari wan SC nie..

    Reply
  2. Bulan posa mmg syaitan kene ikat, tpi bangsa jin x kene ikat, diorg ada yg islam n kafir, yg islam tu mcm mnusia juge, solat, mngaji, puasa,, kirenye jin2 kafir n jahat ni la yg takut2kn mnusia juge walaupon di bulan ramadhan, wallahualam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.