#SeramRamadhan- Mimpi Indah Dimalam LailatulQadar

#SeramRamadhan- Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat. Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat dan admin FS. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Allah dan dibawah lindunganNya. Kisah yang ingin aku hendak cerita ini bukanlah kisah seram tetapi hanya sekadar perkongsian cerita tentang pengalaman mimpi indah aku di bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan. Mimpi di penghujung Ramadhan dan adakah mimpi itu benar atau hanya sekadar mainan tidur, itu aku hanya berserah pada Allah sahaja dan biarlah dia yang menentukan segala-galanya, ini kerana selama ini aku belum pernah lagi bermimpikan mimpi sedemikian dan juga kisah misteri Kerawai melekap di tingkap dapur rumah aku. Lagipun ia sudah beberapa tahun berlaku. Dan ini kisah perjalanan mimpi itu…..

……………………………………………………….

Pada malam ke 25 Ramadhan, seperti kebiasaan aku dan keluarga bangun disepertiga malam untuk meningkatkan ibadah di malam-malam terakhir Ramadhan untuk mencari malam LAILATULQADAR (insyaAllah) malam lebih baik dari seribu bulan. Selalunya kami akan lebih kerap bangun untuk solat sunat di bulan Ramadhan walaupun tidaklah berturut-turut hanya bangun pada waktu malam ganjil, malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Dipendekkan cerita…, waktu untuk berdoa sudah tentulah berdoa untuk diri sendiri, untuk ibubapa, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk ibubapa dan diri sendiri serta macam-macam lagi doa yang hendak dilafazkan dibibir. Kerana setiap kali berdoa ketika solat, doa yang aku lafazkan lebih kurang sama sahaja. Begitu juga saat aku berdoa ketika bangun untuk solat sunat di akhir Ramadhan.

Jadi.., pada keesokan malam aku tidur awal seperti biasa, sebab senang untuk bangun sahur. Disaat tidur itulah aku telah bermimpi, (mimpi seakan-akan benar aku berada disitu) dan di dalam mimpi itu………

Aku berseorangan di satu tempat yang asing, tidak pasti di mana. Ketika itu waktu malam dan sungguh sunyi suasana disitu. Tiada satu umat manusia pun disebatang jalanraya yang lurus itu. Yang ada hanya AKU sahaja, BERSENDIRIAN. Ketika itu aku berada ditengah-tengah jalan raya yang ada dua laluan. Jalanraya itu lebar dan panjang laluannya seperti tiada penghujung, jauh dan sayup sahaja apabila aku merenung ke hadapan. Dikiri kanan bahu jalanraya berbaris pokok-pokok yang tingginya separas tiang elektrik dengan setiap pokoknya penuh merimbun dedaun yang menghijau. Dan dibelakang setiap kiri kanan pokok-pokok itu terdapat sawah padi yang terbentang luas dan aku rasa padinya sudah masak, hanya tunggu untuk dituai sahaja.

Lalu aku cuba berjalan, dan terus berjalan walaupun tiada penghujung ataupun simpang. Sudah semestinya aku bersendirian di kepekatan malam dan disepanjang jalan raya itu. Suasana malam itu sungguh gelap, sunyi…, bulan pun seakan segan hendak menampakkan diri. Tiada rasa ketakutan pun yang aku rasa pada saat itu. Tiba-tiba…., ketika aku menyusun langkah dikedinginan malam itu, aku telah terlihat…., kesemua ranting dan dedaun pokok-pokok kiri dan kanan yang merimbun dibahu jalan raya itu seperti tunduk dan meruyup ke bawah seakan sedang tunduk untuk menghormati sesuatu termasuklah sawah padi yang terbentang luas dikiri dan kanan. Kesemuanya jatuh meruyup tunduk ke tanah, rata sahaja walaupun sebelum itu aku lihat padi itu tegak berdiri. Kini meruyup tunduk jatuh ke tanah seperti hamparan permaidani kuning emas yang cantik.

Subhanallah….., terkejut aku melihat fenomena itu didepan mata. Kemudian…, langit malam yang sedari tadi kelam, suram dan gelap itu, tiba-tiba mengeluarkan satu cahaya dari langit. Langit itu seakan terbuka luas apabila ada cahaya keluar dari angkasa dan terus cahaya itu melimpah jatuh menerangi di mana tempat aku berdiri, hanya ditempat aku berdiri sahaja yang terang manakala disekeliling kawasan lain masih lagi gelap gelita. Saat itu aku masih boleh berfikir, kemungkinan itulah malam LAILATULQADAR. Apabila terfikirkan perkara itu, terus aku bersujud ditengah-tengah jalan raya yang lurus itu dan aku terus berdoa. Apabila aku berdoa sahaja sama pula doanya dengan doa masa aku solat sunat tahajud dan solat sunat taubat dan hajat pada malam ke25 itu, sumpah betul-betul sama. Ketika itu jugalah Roh aku pulak boleh nampak diri aku sendiri tengah bersujud dan berdoa masa tu.

Aku boleh nampak saat aku bersujud dan berdoa dan di setiap sebutan doa aku seperti terangkat naik kelangit yang terbuka luas itu. Juga…., setiap doa yang aku sebut itu telah bertukar menjadi huruf-huruf jawi yang cantik dan bersinar-sinar dek disinari dengan limpahan cahaya yang turun dari langit dan terus melayang naik ke atas langit yang terbuka luas itu, seolah-olah Allah telah menarik ke atas setiap doa yang telah aku lafazkan. SUBHANALLAH….. sungguh aku tidak menyangka dapat melihat kebesaran Allah walaupun hanya sekadar mimpi. Kemudian saat roh dan jasad aku yang sedang bersujud itu bersatu serta merta cahaya dari langit terus terpadam dan langit yang terbuka luas dan bercahaya itu telah tertutup seperti seperti sedia kala dan langit kembali gelap tanpa cahaya. Tulisan-tulisan jawi juga kesemuanya hilang dan malam kembali kelam dan suram. Pokok-pokok dan sawah padi pun tegak metimbun seperti asal. Kemudian….., terus aku terjaga.

Termengah-mengah saat aku terbangun dari mimpi itu. Berpeluh-peluh badan aku walaupun suhu di dalam bilik tidur dingin. Masa itulah apabila teringat sahaja semula mimpi itu, tiba-tiba hati jadi menjadi sebak, sayu….rasanya hati. Aku sendiri tak tahu kenapa…? Walaupun bukan kehendak aku masa itu untuk merasa demikian. Aku menangis semahu-mahunya sambil kedua-dua tangan aku menekup muka. Langsung tak boleh nak menahan air mata ini dari terus mengalir. Sayu sungguh hati….!! Sedihnya langsung tidak boleh hendak diungkap dengan kata-kata. Begitulah penangan mimpi itu. Kemudian terus aku tengok jam di handphone, pukul 3.30 pagi. Terus bangun sahur.

………………………………………………………….

Ketika sahur terus aku ceritakan pada emak dan abah. Sehingga abah aku ada berkata sesuatu, “kemungkinan itulah malam LAILATULQADAR. Allah telah memberi tahu didalam mimpi dan kemungkinan itu adalah salah satu darinya, waallahualam”. Abah pun ada juga bermimpi pada malam itu, tetapi dalam kisah yang lain. Dia dan emak berjalan merentas padang pasir sambil memakai ihram untuk menunaikan haji, hanya mereka berdua sahaja, lebih kurang begitulah.

Nak dijadikan cerita, pada keesokan hari selepas aku bermimpikan mimpi indah itu, seperti biasa aku bangun sahur. Sebelum hendak sediakan juadah sahur, aku mesti basuh muka di singki dapur terlebih dahulu. Dekat depan singki itu ada tingkap cermin boleh nampak luar. Sambil nak ke singki untuk basuh muka boleh pulak aku ternampak ada serangga…, KERAWAI namanya. Bentuknya macam semut hitam tetapi dia besar macam saiz lebah dan ada sayap. Bukannya seekor, tetapi, BANYAK…!! Bukan main banyak kerawai tu melekap dekat tingkap. Sehingga penuh kerawai menutupi keseluruhan cermin tingkap dapur, hitam cermin tingkap tu disebabkan dia terlalu banyak. BANYAK sangat…!!!

Terkejut aku…!! Dengan segera aku panggil emak dan abah. Abah kata biarkan, dia tak boleh masuk. Kalau buka tingkap aku rasa menderu dia masuk secara berjemaah tidak diundang. Ya Allah…., geli geleman aku bila melihat kerawai penuh dekat tingkap sehingga menampakkan hitam dia saja di tingkap. Sampai sekarang pun, baik aku emak atau abah masih tidak dapat nak mencari jawapan, kenapa kerawai tu penuh dekat tingkap tu. Sedangkan ada dua tingkap, kenapa hanya sebelah sahaja dia hinggap, tingkap sebelah lagi langsung tidak ada seekor kerawai pun yang hinggap. Bila waktu siang apabila aku lihat kembali ditingkap dapur, seekor kerawai pun tidak ada. Cermin tingkap pun berkilat seperti biasa tanpa kesan hinggap atau sayap-sayap kerawai yang jatuh kerana terlalu banyak, tetapi langsung tidak ada. Bersih sahaja. Aku langsung tidak terfikir hendak tangkap gambar masa tu, kalau tidak mungkin aku boleh hantar ke FS untuk tunjukkan bukti. Itulah kejadian pertama dan terakhir kerawai hinggap ditingkap dapur rumah aku. Selepas dari itu sehingga kini memang tidak adapun kejadian seperti itu berlaku lagi. Itupun selepas aku bermimpi kisah seperti yang aku ceritakan diatas tadi.

Itu sahajalah penceritaan aku kisah dibulan Ramadhan, yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya aku masih lagi merindui untuk melihat mimpi seperti itu lagi, walaupun hanya sekadar mimpi. Tidak terungkap dengan kata-kata apabila melihat setiap doa yang terkeluar dari bibir, dapat dilihat secara terus ia melayang naik keatas sambil disinari cahaya tembus dari langit yang sudah terbuka luas dengan bertulisan jawi. Lagipun Allah tetap mendengar dan memahami doa kita,walau bahasa apa yang setiap dari kita gunakan, betul tak……? Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan sama-samalah kita menanti tibanya sepuluh malam terakhir dibulan Ramadhan, malam LAILATULQADAR.
Sekian terima kasih.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Nana

9 thoughts on “#SeramRamadhan- Mimpi Indah Dimalam LailatulQadar”

  1. Subhanallah.Maha Suci Allah!
    Maka beruntunglah dirimu wahai sahabat kerna diizinkan Allah didatangi mimpi indah yang di luar jangkauan.

    Semoga Allah merahmatimu sekeluarga. semoga kami juga berpeluang merasain manisnya malam Lailatulqadar.Insyaallah.

    Reply
  2. Subhanallah! Bertuah nya kamu. Bukan calang2 org boleh dapat mimpi mcm tu. Saya pun sebak baca.
    Kalau x keberatan, boleh share apa amalan2 yang kamu dan keluarga kamu amalkan? (selain yang diceritakan dalam FS)

    Salam Ramadhan

    #mengejarlailatuiqadar #roadtolailatulqadar

    Reply
    • Alhamdullillah… Sebenarnya apa yg kami selalu buat macam org lain juga,selain solat tak ditinggalkan,abah saya selalu memaafkan org walaupun kadangkala ianya satu kesalahan yg besar pada pandangan saya. Sebab dia pk dia juga ada buat silap,saya sehingga sekarang terikut ikut cara family saya tidak suka lewat2kan solat,kata abah takut kita jadi malas nanti jadi kudis kalau selalu diamalkan,itu aje rasanya… Mungkin juga Rezeki saya pd mlm itu,sebb setiap hambanya pasti akan diberi peluang kalau dibuat dgn seikhlas hati dan bersungguh sungguh…☺

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.