Seronok-seronok Sang Semandin

Baru sampai pejabat dan dapat panggilan. Rupanya, Pak Shan call aku. Orang yang memperkenalkan aku kepada guruku, Haji Adi.

“Pik, bini aku dah start ‘seronok-seronok’.”

Aku lantas faham. ‘Seronok-seronok’ adalah istilah yang Pak Shan berikan untuk isterinya setiap kali isterinya kerasukan.

“Lunch aku ambik kau.”

Aku tanpa banyak bicara langsung setuju. Namun, setelah aku fikirkan. Kesian pula Pak Shan dari jauh datang ambil aku dengan motosikalnya.

Jadi, aku minta rakan sepejabat aku, Deen, untuk menemaniku. Kami berdua ke rumah Pak Shan dengan kereta. Sampai saja di depan rumah Pak Shan, kami disambut oleh beliau.

“Pak Shan, rokok sebatang. Hehe.” Din menyapa.

Lantas rokok dihulurkan kepada Deen. Aku masuk ke rumah. Deen duduk merokok menunggu diluar.

Aku duduk. Menyapa isteri Pak Shan. Beliau senyum gelisah. Bila ditanya bagaimana keadaannya, beliau hanya menjawab yang dirinya sihat dan tiada apa yang berlaku.

Aku menoleh kepada Pak Shan. Pak Shan menggeleng. Ya. Isterinya sekarang bukanlah dirinya yang sebenar.

Aku mulakan proses. Sekejap saja proses yang diadakan. Kira-kira 3 minit.

Pak Shan menanya, “Okaykah Pik?”

Aku mengiakan kerana keadaannya biasa sahaja. Namun, hati aku merasakan masih ada benda yang halus didalam badan isteri Pak Shan. Pak Shan diam memerhati isterinya.

“Belum ok pik. Bukan diriknya ya.”

Tiba-tiba, isterinya menyumpah kami.

“Aku bencik nangga muka kau!”
(Aku benci tengok muka kau!)

Jerit isteri Pak Shan sambil menjeling ke arah aku. Anak buah Pak Shan, terjaga dari tidur siangnya di sofa ruang tamu. Hanya bersebelahan isteri Pak Shan.

“Muka kau sama juak!”

Kali ini isterinya menoleh ke kanan. Ke arah suaminya, Pak Shan, yang duduk di kiri belakang aku.

Pak Shan hanya tersengih. Beliau sudah biasa dengan situasi ‘seronok-seronok’ isterinya. Begitulah rutin hidup mereka. Isterinya tidak boleh kepenatan, stress atau berdekatan dengan sesiapa yang mempunyai benda halus.

Aku mengatur kedudukan aku. Mata isterinya tajam.

“Benteng!”

Aku mewujudkan benteng untuk aku dan pesakit. Moga tiada apa mudarat menghampiri aku dan tuan badan yang didampingi ‘semandin’. Orang Sarawak memanggil hantu sebagai ‘semandin’.

“Rantai yang panas!”

Aku menghadirkan rantai berapi untuk merantai semandin tersebut. Riak wajah isteri Pak Shan hanya senyum sinis. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Aku mencuba lagi. Cubaan seterusnya adalah membuka perutnya.

‘Bukak perut..tarit segala ilmu dan kekuatan,’ niatku.

Juga tiada apa yang berlaku. Terkekeh-kekeh si semandin ketawa. Aku buntu.

“Kita kelaka bagus mok?”
(Kita bercakap baik-baik,nak?)

Diam. Hanya senyum menganjing.

Berkali-kali aku menanyakan soalan yang sama. Tetapi, hanya ketawa yang aku dapat.
Aku menghampiri isteri Pak Shan. Aku menoleh ke belakang dan meminta izin Pak Shan. Pak Shan mengizinkan segala yang aku bakal buat.

“Kau maok main kasar oh? Ok. Nah!”
(Kau nak main kasar ye? Ok. Nah)

Aku menekan kedua belah bahu isterinya cukup sekadar syarat. Kekuatan yang aku pakai tidak akan menyakitkan manusia biasa, hanya untuk golongan semandin. Tekanan yang digunakan sangat sikit dan diselaputi aura untuk menambah perisa.

“SAKITTTTT! SAKITT BODO!!”

Kesakitan. Semandin meraung kerana diseksa oleh aku.

“Mok kelaka bagus? Mok sik?”
(Nak cakap baik-baik? Nak tak?)

Semandin mengangguk ketakutan.

Aku kembali duduk. Keadaan kembali tenang dan senyap.

“Kau bertuan? Apa hajat kau?”

Diam. Tiada jawapan.

“Bertuan sik?”

Semandin hanya mengangguk.

Begitulah keadaannya. Hampir keseluruhan sesi tidak bercakap. Yang jenis tidak bercakap seperti ini agak sukar untuk kita ketahui punca dan sebabnya.

“Dari sine? Sapa tuan?”
(Dari mana? Sapa tuan?)

Aku cuba mengorek maklumat dan punca si semandin merasuki isteri Pak Shan.

Setiap kali aku menyoal, si semandin hanya mencebik menganjing. Kembali menganjing walhal baru lepas diseksa.

Aku diam. Mataku pejam. Aku memasang niat dan berdoa didalam hati agar ditunjukkan punca melalui ‘pandangan’. Beberapa ketika aku mendiamkan diri dan memejam mata. Zikir dihidupkan dihati.

Bayangan pokok kelapa yang membengkok ke kanan muncul!

Aku bukakan mata sejurus mendapat pandangan.

“Kau dari pokok nior nak?” Aku tersenyum.

Si semandin masih senyum sinis. Mencebik dan mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

Aku memeriksa untuk kali kedua.

Bayangan perempuan berambut panjang berbaju putih terbang melayang di pokok kelapa yang bengkok muncul!

‘Pontianak di pokok nior.’ Bisik hatiku yang diselangi zikir hati.

“Kau perempuan nak?”

Semandin mengangguk.

“Kau sombong oh?”

“Aku nang sombong.” Sambil ketawa. Si pontianak mengakui dia sombong.

Aku kembali memejam mata dan pergi ke pandangan tersebut lalu menghadirkan pokok dan pontianak yang telah aku jumpai.

Pokok kelapa aku tumbangkan.

‘BAAMMM!!’

Rebah pokok tersebut. Si pontianak terbang ke tepi untuk mengelak dari terkena hentakan dari pokok.

Pontianak aku ikat dengan rantai yang panas. Aku niatkan ilmunya habis.

Aku menghentak tangan kanan ke lantai dengan berniat menanam pontianak tersebut.

Aku kembali memandang isteri Pak Shan. Masih seperti tadi. Hanya diam dan menjeling sinis kepada aku.

Aku tidak pasti adakah tindakan aku sebentar tadi berjaya atau tidak.

“Kau dah lemah nak?”

Isteri Pak Shan hanya mendiamkan diri. Masih dengan sifat sombongnya.

Aku merasakan semandin tersebut mungkin sudah lemah. Tetapi, aku kurang pasti. Setelah beberapa minit, aku cuba meyakinkan diriku bahawa pontianak tersebut sudah lemah. Proses meyakinkan diri yang sering tidak yakin kepada kekuatan Allah yang Maha Berkuasa.

Aku kembali berdiri dan menghampiri isteri Pak Shan. Aku menekan kedua belah bahunya namun tiada respon. Beberapa kali aku mencuba namun hanya diam. Jika tadi, raungan yang aku dapati ketika mana aku menekan bahunya.

“Kau mok keluar?”
(Kau nak keluar?)

Juga tiada respon.

“Bagus kau keluar. Sik guna jadi hamba tuan kau. Sik best bah. Kau sikda kebebasan.”
(Baik kau keluar. Tak guna jadi hamba tuan kau. Tak best. Takda kebebasan.)

Aku telah mendapat perhatian si semandin. Aku kembali memujuk agar keluar.

Akhirnya, dia mengangguk apabila ditanya adakah dia berminat untuk keluar.

“Ok! Pejam mata!”

Isteri Pak Shan memejam matanya.

Aku memerintah segala yang ada dijasad bergerak ke atas bermula dari kaki. Aku kumpulkan segala yang mengganggu dan berhenti di ubun-ubun isteri Pak Shan.

Lantas aku ‘menarik’ semandin.

“Bukak mata kitak.”

Mata isteri Pak Shan dibuka. Aku memberi salam kepadanya. Namun, tidak dijawab.

Tipu daya. Hanya permainan yang aku perolehi.

Aku duduk. Memandang dengan hati. Mata lantas dipejam. Hanya hati yang melihat. Sebaik-baik pandangan.

Lantas aku teringat pesan Dolah.

‘Andai semua usaha kita sik berkesan, maka tenang. Pejam mata. Fokus. Zikir dan doa agar diilhamkan jalan.’

Terngiang-ngiang pesan tersebut dan berbekas dihati.

“Baik! Aku ada offer untuk kau!”

Si semandin hanya menoleh ke kiri. Tiada respon.

“Tangga sitok. Tangga aku.”
(Tengok sini. Tengok aku)

Semandin menoleh ke depan. Ada eye contact.

“Kau ada agama?”

Semandin menggeleng.

“Okey. Kita kelaka bagus. Aku ada offer. Offernya, kau masuk Islam. Mok? Bila kau masuk Islam, perjanjian kau dengan tuan kau batal. Kau bebas ke sine kau maok. Sikperlu ekot kata orang.”
(Okey. Kita runding baik. Aku ada offer. Offernya, kau masuk Islam. Nak? Bila kau masuk Islam, perjanjian aku dengan tuan kau batal. Kau bebas ke mana kau nak. Takperlu ikut kata orang.)

Semandin seperti fokus dan menumpukan perhatian kepada aku.

Aku menyambung dakwah untuk beberapa minit. Memujuk semandin agar ke fitrah yang benar supaya tidak perlu lagi menyakiti orang. Itulah gerak terakhir yang dapat aku fikirkan. Diplomasi.

“Mok?”
(Nak?)

Semandin mengangguk.

“Okey! Ekot aku.”

“Asyhadu..”

Namun, si semandin hanya diam.

“Ekot aku okey? Syahadah. Lafazkan.”

“Asyhadu..” Aku kembali melafaz.

“Asyhadu..” Isteri Pak Shan mengikut lafaz syahadahku.

Aku gembira.

Lantas syahadah aku lafaz perlahan-lahan dan semandin mengikuti lafaz syahadah.

Setelah aku mendengar syahadah dan makna dalam bahasa Melayu dari mulut semandin. Aku lega.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah.” Inilah lafaz dari mulutnya.

“Alhamdulillah. Kitak udah Islam. Sikboleh nyakit orang lagik. Ok?”
(Alhamdulillah. Awak sudah Islam. Takboleh menyakiti orang lagi. Ok?”

Semandin mengangguk.

“Nama kitak Fatimah, mok?” Tanyaku.

“Mok!”
(Nak!)

Langsung dirinya bersetuju dengan nama Fatimah, nama barunya. Riak wajahnya gembira dengan nama baru.

“Fatimah, orang Islam sik boleh nyakit orang. Pergi ke Mekah ok?”

Fatimah mengangguk.

“Baik. Ekot kami ikrar!”

Fatimah mengangguk.

“Aku berjanji bahawa aku tidak akan menyakiti anak Adam mulai hari ini. Jika mana aku melanggar perjanjian, roh aku akan digantung oleh Allah.”

Setelah mendengar ikrar sumpah dari mulut Fatimah. Aku menghadirkan satu gambaran di tangan kanan aku.

“Tok yang akan berlaku mun kitak langgar perjanjian.”
(Ini yang akan berlaku jika awak langgar perjanjian.)

Fatimah mengangguk.

“Baik. Pejam mata Fatimah.”

Matanya langsung dipejamkan.

“Semuanya nait ke mulut. Bukak mulut.”

Setelah hampir seminit aku memerintah. Aku menarik dari mulut isteri Pak Shan dan menghantar yang mengganggu dirinya ke Mekah.

“Assalamualaikum ,cik.”

“Waalaikumsalam.”

Isteri Pak Shan telah kembali. Syukur. Setelah selesai semuanya, Pak Shan menanya aku sebaik saja isterinya masuk ke dapur untuk menyireh dan berehat.

“Kenak anta ka Pik?”
(Kena hantar ke Pik?)

“Rasanya bukan sihir. Gangguan. Dari pokok nior bengkok. Ada sik?”
(Rasanya bukan sihir. Gangguan. Dari pokok kelapa bengkok. Ada tak?)

“Ada! Di belakang rumah.”

Aku termenung. Benarlah pandangan yang diilhamkan oleh Allah. Hebatnya Allah.

********

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
SyafiqFathi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.