Aku nak citer kisah aku belajar dulu. aku belajar di sebuah istitusi di tanjung malim perak. aku ada kawan aku namakan dia Mia (bukan nama sebenar). satu malam aku dan Mia buat keputusan untuk pergi ke Ipoh jumpa kawan.
aku dan Mia gerak ke Ipoh dalam pukul 11 malam. kenapa 11 malam. biasa la student benda macam tu kikiki. ok la perjalanan kami pergi Ipoh takde masalah. bersembang bergelak tawa dalam kereta dengan tingkap terbukak. di ulang dua orang perempuan naik kereta tingkap terbuka di malam hari. ntah la tak terfikir pun nak tutup mungkin sebab angin malam tu sejuk je.
ok la dalam masa sejam kitaorg sampai Ipoh jumpa kawan. tengah semua borak2 adalah sorg kawan kami ni yg aku namakan A. dia dengan rajinnya ambil gambar. yelah bukan senang nak jumpa. snap sana skit snap sini sikit. skali bila tengok balik gambar2 kami ni. fuhh member2 lelaki semua dah brkumpul kat kerusi A nak tengoj apa yang tak kena. tapi bila kami mintak nak tengok dorg tak bagi takpe la aku anggap dorg taknak takutkan aku dan Mia yang nak balik sekejap lagi.
semua ni bermula bila aku dan Mia nak balik ke tanjung malim. ok kami gerak dari Ipoh pukul 2 pagi. bermula lah kisah dan aku tak pernah terfikir dalam hidup. dalam kereta aku cuba teman Mia. aku ajak Mia berborak walaupun mata aku dah layu gila. kesian pulak Mia drive sensorang.
Tiba-tiba sampai kat tapah Mia suruh aku tutup tingkap. kau rasa? aku yang dah mengantuk ni tutup je la tanpa fikir apa-apa. bagi aku malam tu tak banyak sangat kereta dan aku rasa sunyi sangat perjalanan malam tu walaupun aku tetap berborak dengan Mia.
Perjalanan kami lancar sampailah aku terperasan sesuatu. kiri dan kanan highway tak ada walau satu kereta mahupun lori. gelap. yang ada hanyalah jalan. hanya aku dan Mia. aku tanya Mia kami kat mana. Mia bagitahu di Trolak. aku tengok jam. pukul 3 lebih. ok dah lebih sejam. mungkin Mia bawak kereta perlahan. tapi aku diamkan je walaupun aku pelik kenapa takde kereta langsung. lori pun takde. tak kelaka la kat highway langsung tak nampak lori kat dua2 belah arah.
sambil aku berborak dengan Mia dalam kereta mata aku mula melilau. kejap pandang depan kejap pandang laluan sebelah. kejap pandang belakang. yela nak cari kut2 ada lori sebijik dua dah lega la. tengah syok aku pandang belakang nak tengok kut2 ada lori kat belakang tetiba Mia tanya aku. kau tengok apa kat belakang? aku pun ckap takde pape.
aku tengok jam dah pkul 4.30. ok dah dua jam perjalanan aku dan Mia dari Ipoh. dan dah lebih sejam kami melepasi tol trolak tapi tak sampai2 lagi slim river. yang kelakar takde sorg pun antara kami yang tegur. kami berdua hanya diamkan apa yang ada dalam kepala otak kami.
sampailah kat satu selekoh ni aku nampak ada sebuah kereta rosak kat tepi jalan. ada orang lagi kat kereta tu. aku tak pasti la Mia nampak ke tak sebab aku tengok dia fokus memandu. elok je lepas selekoh tu aku tros nampak sign board susur keluar slim river. Mia terus keluar melalui slim river.
kami sampai kat rumah dalam pukul 5.15 tiga jam dari Ipoh ke Tanjung malim. dah sampai rumah baru la aku sembang dgn Mia pasal apa yg aku pelik. “kau perasan tak highway tadi langsung takde kereta dgn lori? ” ” kau perasan tak kita lama gila atas highway? ” dan pelbagai soalan yang menjadi tanda tanya aku dan Mia. dan paling aku terkejut bila Mia cakap. “kat belakang aku ada penumpang. aku malas cakap kang kau takut. sebab tu aku marah kau tengok belakang. aku pun tengah takut time tu hahaha” tabah je la bila Mia cerita kat aku pasal tu. nasib baik aku tak tido kalau tak M hadap la sorang2.
esok tu Mia bersembang dengan A. A tunjukkan kepada Mia gambar yang ditangkap oleh A malam tu. Mia kata benda yang sama. mungkin benda tu tumpang kami pergi Ipoh malam tu jadi dia pun nak tumpang balik jugak.
kisah aku takde la seram sangat tapi inilah pengalaman aku diatas highway plus. korang yang lalu situ malam2 hati-hati la mana tahu ada yang nak jalan-jalan jugak.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
saya suka type cerita yg mcm ni..seramm kot kalau sesat kat ats jalan
Kannnn, betul betul. Serammmm -_-
Sapa kata x seram. Yg mengalami tahu la seram ke idok kan
SeramĀ² sapa kata xseram org yg xpnh kena jer yg akan kata xseram huhuhu
mmg seram la sesat kat highway