SESAT DI HUTAN

Assalamualaikum semua. Sebelum aku mula bercerita, aku ceritakan sedikit tentang diri aku. Nama aku Farisha (bukan nama sebenar) aku tinggal di daerah Johor tapi belajar di U Melaka. Aku seorang yang suka hiking, berbasikal dan suka sukan lasak. Bukan jenis wanita melayu terakhir mcm Mira Filzah idaman ramai tu.. hihihi. ok nak dijadikan cerita ni bila aku pergi hiking dan berkhemah di dalam hutan.

Aku merupakan setiusaha Kelab Kembara, dekat U kita kena buat satu program untuk aktif kan kelab tu. Jadi kami dibarisan hadapan Kelab bercadang untuk buat program Hiking dan berkhemah selama 2 hari 1 malam. Segala kertas kerja kami bentangkan dan alhamdulillah diluluskan oleh U untuk menjalankan program ini. Jadi seramai 20 orang yang mengikuti program kami ini.

Cerita ini bermula apabila kami mulakan hiking. Aku tak nak bagitahu tempat sebab sensitif. Tapi tempat yang berdekatan dengan Melaka la.
Sabtu pagi kami berkumpul di surau U dan menunaikan solat subuh bersama-sama dan membaca sedikit doa untuk memudahkan urusan kami dan program kami berjalan dengan lancar. Selepas selesai kami semua bertolak ke tempat hiking. Tempat hiking ni bole berkhemah sekali ya.

Setiba di sana kami bersiap untuk hiking. Ok so far dah separuh hiking kami semua ok masih bersama dan tiada gangguan apa-apa tetapi setibanya diatas kami hendak berikan taklimat dan bergambar bersama salah seorang peserta kami hilang. Nama dia Ina (bukan nama sebenar). Kami mintak semua peserta bertenang sementara para program yang lain pergi cari. Selepas setengah jam cari -tiba-tiba si Ina tu muncul. Kami semua bertanya ke mana dia pergi, dia cakap dia terjumpa kawan dia semasa mendaki dan berhenti berbual. Ini sangat pelik sebab semasa mendaki para programer ada dibelakang dan dihadapan semua peserta dan kami semua tidak nampak Ina berhenti berbual. Tapi selagi Ina da kembali dengan selamat pun da buat kami bersykur.

Jadi kami turun semula untuk pergi tempat berkemah. Malam tu banyak program yang dijalankan dan semua berjalan dengan lancar. Tapi bab Ina ni belum settle lagi tau.
Sejak daripada Ina hilang tu, Ina berkelakuan pelik sikit. Dia suka gelak kuat-kuat membuatkan dia ditegur berapa kali sebab macam tak sesuai dekat kawasan macam ni nak gelak kuat-kuat. Lepas kena tegur dia masuk dalam khemah dan termenung sorang-sorang sehinggalah semua nak masuk tido.

Ina ni share khemah 4 orang dengan kawan dia. Bila tengah malam tiba-tiba kawan Ina , Fika (bukan nama sebenar) tinggal sorang dalam khemah dan terkena histeria. Para programer kami ada sorang Ustaz so tak jadi masalah bagi kami. Setelah Fika sedar kami bertanya kepada dia ke mana Ina dan dua orang kawannya yang lain dan Fika mula bercerita. Fika kata pada pukul 2 pagi Ina kejutkan kawannya untuk teman dia buang air dan Fika tak nak ikut sebab mengantuk. Selepas tu Fika terbangun pukul 3.30 pagi dan lihat Ina dan dua orang rakannya masih tidak ada. Fika decide nak bagitahu programer tetapi lepas Fika buka pintu khemah angin kuat masuk dan Fika terus tak sedarkan diri dek kerana histeria.

Jadi dalam pukul 4 macam tu para progmer mencari Ina dan dua orang rakannya. Seperti biasa semasa Azan subuh mereka kembali ke khemah tetapi mereka tidak ingat apa yang berlaku cuma sedar sudah berada di khemah. Tetapi kami semua bersyukur semua selamat. Cuma aku ada rasa kejanggalan sedikit tentang kehilangan diaorang ni.

Selepas tu kami lanjutkan program pagi kami dan berkemas untuk balik ke U semula. Dalam pejalanan semua peserta tidur dek keletihan dan mungkin rasa tak selesa tidur dalam khemah. Setibanya diperkarangan U kami semua turun dan balik ke hostel masing-masing dan berehat. Tapi ahli programer berkumpul sebentar untuk ulasan program dan sangat mengejutkan aku dapat mesej dan call daripada Ina yang tidak terjawab yang mengatakan Ina dan 2 orang rakannya tidak dapat join program ini sebab secara tiba-tiba diserang demam. Aku memberitahu semua para progmer dan kami pergi check Ina dan kawannya sama ada betul mereka demam atau apa. Dan jawapannya yes.. warden pun bagithu mereka memang ada di hostel dan warden bawa mereka pergi ke klinik semalam.

Yes, benda ni berlegar-legar difikiran kami semua termasuk Fika. Tapi kami tidak membesarkan perkara ini dan tidak memberitahu kepada fakulti atau pihak U. Tetapi aku tak senyap macam tu je, aku tanya Ustaz apa yang berlaku dan ternyata benda yang gantikan Ina dan dua orang kawannya inginkan Fika kerana dia minat dengan Fika. Lepastu aku pesan dekat Fika untuk balik dan berubat kerana selepas kejadian tu Fika suka bersendiri dan bercakap sorang diri.

Rasanya sampai disini saja kisah yang aku kongsikan, memang seram jika korang yang alaminya… Sekian terima kasih… InsyaAllah jumpa lagi di lain cerita…Aassalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
jannah nur

2 thoughts on “SESAT DI HUTAN”

  1. G.Ledang penuh misteri. Bnyk pengalaman misteri yg pernah saya alami di sana. Cuma belum kesempatan utk kongsi di sini. Ingat pantang larang masuk hutan; mulut kena jaga, jgn happy sgt, benda cantik/pelik jgn dibawa balik, perempuan bendera jepun jgn ikut. InshaAllah selamat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.