Sesat jalan , Ada jalan keluar

Selamat malam semua. Aku pun menulis cerita ni waktu tengah malam. Ini cerita ke-dua aku. Cerita pertama aku lupa tajuk. Mungkin kalau ada yang ingat. Cerita pertama aku pasal aku selalu datang awal sekolah sebelum azan subuh. Cerita ini pula awal tahun ni terjadi. Aku sebenarnya walaupun dah lama duduk johor ni. Jalan johor area johor bahru ni payah betul aku nak ingat. Sampai ada sekali kawan aku dari negeri lain datang JB. Ajak aku pergi Pasir Gudang. Boleh tahan cegampang juga aku boleh sesat. Padahal ikut jalan mudah setulang darat tu je.

Okay cerita dia macam ni. Awal tahun haritu dalam waktu maghrib gitu aku sepatutnya ambik member aku. Dia kata dekat pejabat pos dekat bandar tu. Alah yang pejabat pos selepas Masjid Sultan Abu Bakar tu. Pejabat pos besar sebelah dia ada HSBC Bank. Aku pun sampai pejabat bos. Kawan aku ni pula tak specific dia cakap depan lagi sikit dekat kedai kedai berderet ni. Aku punya lah cari. Tak nampak. Bateri fon kawan aku ni pula m**i. Aku pun cari ikhtiar cari sendiri pusing2 situ. Aku masuk corner kiri. Kiri lagi cari tak jumpa . Azan maghrib dah berkumadang. Pusing punya pusing sekali aku dah dekat depan UTC. Ha sudah. Situ jalan one way aku nak pusing ada polis pula jadi aku straight lah.

Dalam hati dah marah juga lah. Depan utc tu pula ada belok kiri. Aku pun masuk dekat situ dan bawa lah terus je. Jalan situ gelap dan aku nampak lah ada simpang depan tu. Tapi motor buat hal. Tiba tiba m**i. Lepastu pula aku cek minyak eh kering. Aku pelik. Padahal baru isi kot. Waktu tu aku tak fikir apa sangat. Sampai lah baru aku perasan kiri kanan dan depan aku ni rumah kosong terbiar. Boleh nampak akar pokok dekat dalam rumah tu. Cuak terus aku. Jalan situ pula kosong. Padahal tadi aku rasa meriah juga. Aku pun tolak lah motor aku. Aku call kawan aku, harammmm sensorang tak angkat. Jadi aku sambung tolak dan ambik kiri. Gila berat motor waktu tu. Sambil tolak tu aku ushar lah side mirror. Terperanjat aku ada orang follow aku. Padahal tak bunyi tapak kaki. Tapi orang tu belakang aku. Pakai kemeja pula seluar slack kasut bersinar.

Aku stop kejap. Tarik nafas aku tunggu benda tu lalu. Tak lalu lalu juga. Aku letak jari aku dekat leher dengan pergelangan tangan. Lagi laju dari lepas buat pendidikan jasmani punya aktiviti. Aku pandang depan je. Aku tunggu orang lalu. Tapi sorang pun taknak lalu. Aku sambung tolak. Waktu tu rasanya dah pukul 8. Tengah sedap tolak motor ni. Sebelah kiri aku ada orang berjalan. Dua orang pula tu. Tapi aku tak dengar tapak kaki. Aku cuma boleh nampak bahagian sebelah tubuh diorang. Mengucap panjang aku. Aku apa lagi guna semua tenaga tolak laju laju. Lepastu aku try start. Fuh Alhamdulilah hidup. Aku pun terus balik. Sampai rumah seram tu tak hilang. Waktu tu aku seorang diri dekat rumah. Sepatutnya orang tua pesan. Kalau kena ganggu balik jangan masuk rumah terus. Tapi aku masuk terus. Mandi dan solat.

Waktu solat tu aku dah start kena ganggu. Ada orang tepuk bahu aku waktu aku tengah angkat takbir. Terus aku tengok sekeliling. Takde orang. Aku sambung balik baca niat angkat takbir lagi. Sekali lagi ada org tepuk tapi kali ni kuat dari tadi. Aku pusing belakang still kosong. Waktu ni aku memang dah tak sedap hati. Tapi aku nak solat dulu. Jadi aku sambung balik. Kali ni takde gangguan sampai tahiyat akhir. Sebelum tu aku cerita sikit keadaan bilik aku dengan posisi aku solat. Okay aku solat tepi depan almari mengiring sedikit. Almari aku ni pula cermin depan dia. Jadi kalau aku terpendang sikit cermin tu memang terus nampak refleksi bahagian sebelah. Waktu dah habis baca tahiyat akhir mata aku tergerak tengok dekat cermin tu sekali imbas terperanjat aku ada orang duduk bersila sebelah aku.

Waktu tu terus kelu lidah aku. Dengar pula bunyi ada orang ketuk pintu aku kuat gila rasa nak roboh. Nak sambung bacaan tapi aku lupa. Aku mula dari awal. Separuh jalan aku lupa. Aku mula balik. Kali ke tiga aku cuba baru boleh. Tapi waktu nak beri salam tu aku bagi salam sambil pejam mata. Waktu tu aku dapat rasa macam ada banyak mata tengah pandang aku.

Aku tak bukak mata. Aku tundung pandang kaki aku. Istighfar banyak banyak. Aku baca ayat kursi banyak lagi. Tapi rasa takut ada orang tenung tu tak hilang lagi. Sampai aku dengar ada orang jerit huruf “M” dekat aku macam “Mmmmmmm” kuat sampai berdesing telinga aku. Aku tak gerak lagi. Waktu tu aku dah rasa selamat. Aku bangun terus bukak pintu bilik pergi dapur. Ambik air masak duduk dekat ruang tamu dan minum. Waktu tu aku pandang sekeliling rumah aku. Aku capai telefon aku. Lepastu aku check yang kawan aku sepatutnya jumpa tu tanya aku “kau bawa siapa seyh? Aku tunggu kau, aku nampak kau bawa orang lain naik motor, f***lah. Aku balas sorry. Lepastu aku ambik kunci semua. Aku keluar dari rumah aku bukak pintu luas lepastu aku biarkan dalam 2-3 minit. Then aku tutup kunci dan bawa motor. Aku tunggu juga 2-3 minit baru gerak.

Aku pergi balik tempat tadi. Dekat kawasan sampai dekat kawasan rumah terbiar tu. Aku tunggu kejap 5 minit juga. Lepastu aku pun terus balik lepak dekat mamak tengok bola. Pukul 2 baru balik. Nasib baik dah tak ada gangguan. Waktu masuk tu cuak juga aku. Tapi Alhamdulilah semua okay. Fuh..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

5 thoughts on “Sesat jalan , Ada jalan keluar”

  1. Sooo kesudahannye ko x amik pon ar yer kawan tu…????
    Ingtkan kt umh terbiar tu dh kena kaco…
    Ghupenyer dr awl lg arr ekkk…
    Untoonnggg ade awek berkenan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.