Seseorang Menyerupai Aku

SESEORANG MENYERUPAI AKU

Terima kasih FS sudi share kisah aku ni kat sini.

Hello semua! Ni first story aku nak share kat sini. Selalu baca kisah orang je. Kali ni aku pun nak juga share pengalaman aku. Ni pengalaman masa aku study di Kuching dulu. Tak lah seram mana tapi salah satu pengalaman yang tak kan’ aku lupa.

Kalau tak silap 2015 masa tu, kami baru pindah ke rumah sewa. Kami dapat dari senior yang dah tamat pengajian. Mereka keluar, kami masuk. Jadi saya dan seorang lagi rakan, dah masuk satu sem awal berbanding rakan-rakan yang lain. Sebab masih ada senior yang stay situ. Tamat je mereka, kami terus ajak yang lain stay sama, nak jimat lah katakan.

Nak dijadikan cerita, kami baru habis berkemas malam tu. So, housemate lepak kat dapur. Aku time tu masih di ruang tamu. Tiba-tiba dorang nampak ‘aku’ melintas laju turun dari tangga terus ke toilet. Oh ya, lupa nak bagitahu. Rumah tu dia dari depan kira separuh dari setingkat ketinggian dari lantai, so kita naik tangga nak masuk pintu depan rumah. Ruang tamu, berlantaikan papan. Then, waktu nak ke dapur kita akan turun tangga lalu ruang makan dan dapur. Lepas tu dari dapur tu kita akan keluar lagi nak ke tandas sebelum ada 1 pintu di belakang untuk ke halaman belakang.

Kita sambung balik kisah tadi, dorang pelik sebab aku melintas laju je. Takde menyapa dorang pun. Dorang ingat aku merajuk ke, ada problem ke. Tapi tak lama lepas tu, aku yang sebenar baru je turun ke dapur menyapa dorang. Sekali aku tengok, muka dorang pucat tengok aku. Aku yang tak tahu apa-apa pun, “Apasal tengok aku macam tu? Macam nampak hantu je.”

Kawan aku tarik tangan aku and tanya, “bukan kau dah turun ke tadi? Limpas kita orang?” Aku terpinga2. Yang paling penakut, Si A, terus cakap, “Habis, yang lalu tadi siapa?” Semua pandang laluan ke tandas. Aku pun terus ke sana, check tandas dan bilik mandi (btw, tandas dan bilik mandi asing-asing). Takda orang. Tak puas hati, aku pergi buka pintu belakang. Walau hari dah gelap. Dah jam 7 lebih. Pun tiada orang. Aku dah tak sedap hati.

Semua cuak. Dorang pun ceritakan apa yang dorang nampak. Aku pun ajak semua pergi ke ruang tamu, jangan lepak kat dapur lagi. Hujung minggu, keluarga Si A datang dan bersihkan dengan holy water. Untuk makluman, kami semua beragama kristian di situ. Kami pun dibekalkan dengan holy water oleh parent Si A.

Tetap masih ada gangguan-gangguan kecil namun ‘aku’ tak pernah munculkan diri lagi. Masih ada lagi kisah lain sepanjang stay 3 tahun di situ. Nanti aku share lagi.

Sekian, terima kasih.

Beyho

Veronicca

Jangan terlepas cerita terbaru.

Akan terus dihantar ke email anda.

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.