#setanmerah Seramshit (Hospital)

Assalamualaikum dan hai. Salam Ramadan. Salam juara liga. Eh?? OK Sebelum ni aku ada kongsi cerita seram di rumah sewa, kali ni aku nak cerita pasal pengalaman seram aku kat hospital. (sebuah hospital swasta kat Ampang) Harap2 la tak kena saman, aku tak mampu nak bayar. LOL.

Beberapa hari sebelum puasa haritu aku dimasukkan ke ward. On the way balik kerja aku accident. Gara-gara nak elak anjing melintas jalan, motor aku terbabas ke longkang, betul-betul depan pagar rumah aku. Siot je. Disebabkan luka di kepala dan kaki aku agak teruk, nak taknak aku kena bermalam kat hospital jugak.

Malam tu dah pukul 11 lebih, lepas settlekan semua urusan kat kaunter, mak dengan ayah aku terus balik sebab takde orang yang nak jagakan adik-adik aku kat rumah. Rasa macam dianaktirikan pun ada jugak. Hmm Masa aku nak masuk bilik tadi, aku perasan yang level bilik aku tu tu sunyi sangat. Mungkin dah lewat malam, tak ramai orang dan ada beberapa bilik kat hujung yang kosong. Yang tinggal pun dua, tiga orang nurse je kat kaunter tu. Sebelum balik tadi,mak aku off kan lampu bilik dan hanya biarkan lampu kat katil yang terpasang. Niat aku nak tidur terus je sebab sakit luka dah mula terasa balik dan badan aku rasa macam kena cucuk2 dah.

Tak sampai 10 minit aku terlelap, aku tersedar bila ada seorang nurse (lebih kurang sebaya aku jugak kot) masuk ke bilik . Dia tanya aku okey ke tak? Aku bengang la jugak masa tu sebab kalau aku tak okey dan perlukan apa-apa aku dah panggil dia. Dah la aku tengah tahan sakit. Then dia buat muka annoyed dan terus keluar. Lepas nurse tu keluar, aku dah tak boleh lelap. Terkebil-kebil mata aku tengok sekeliling bilik. Nampak normal pada pandangan mata aku, tapi aku dah rasa lain.Tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati. Aku naikkan suhu aircond, sebab aku dah mula rasa seram sejuk.

Kalau handphone aku tak tertinggal kat rumah, aku dah call mak aku dah. Tak nak layankan perasaan takut, aku pasang TV dan sengaja tinggikan volume supaya tak rasa sunyi . Tengah duk fokus kat skrin TV, aku rasa macam ada kelibat lalu kat sebelah. Mulanya aku buat bodoh, tapi bila rasa tengah diperhatikan, aku tengok sekilas ke sebelah kanan. Yang ada hanya kerusi kosong . Bila kepala aku dah rasa berdenyut balik, aku pejamkan mata aku. Harap2 boleh tidur lena.

Aku tak sedar bila aku terlelap, tapi aku terjaga untuk kali kedua apabila nurse tadi masuk. Mulanya aku rasa nak marah, tapi lepas dia bagitahu, aku yang tekan button call dia, terus terdiam aku. Dah dua kali aku tekan. Katanya lah. Tapi aku tetap berkeras yang aku tengah tidur. Takkan lah aku noob sangat nak main2 dengan button call. Dia mula tunjuk muka tak puas hati, aku perasan mata dia duk tengok2 kat kerusi sebelah aku.

“tengok ape?” tanya aku. Biarpun aku rasa berdebar nantikan jawapan dia.
“takde ape lah. “ Dia senyum then terus mintak diri nak keluar.

Masa tu baru aku perasan, TV dah tertutup. Sebelum tidur tadi aku biar je TV terpasang. Terang benderang dah bilik aku. Maknanya ada orang yang onkan suis lampu. Ahh sudah. Sape pulak yang buat? Tengah duk mengelamun tu, tetiba lampu bilik berkelip2. Macam ada orang main2 suis lampu. Memang terkejut tapi aku cuba berlagak tenang, baca doa and terus baring. Selimut aku tarik sampai ke muka dan paksa mata untuk pejam. Aku taknak fikir bukan2.

Jantung aku rasa nak luruh masa tu bila aku rasa selimut aku ditarik turun perlahan-lahan. Lepastu aku rasa ada tangan kasar tengah usap muka aku. Tuhan je tahu perasan aku waktu tu, tapi aku tetap pejamkan mata. Nak bukak mata waktu tu bukan pilihan yang bijak, aku rasa. Pada masa yang sama aku terdengar suara perempuan ketawa kat telinga. Suara halus dan sinis, cukup untuk buat jantung aku nak pecah. Tak tunggu lama. Lepas keadaan dah reda dan aku dah tak rasa tangan kasar tu kat muka, aku bukak mata perlahan-lahan. Tapi pandangan aku hala ke hadapan. Tak berani nak pandang ke sebelah kiri dan kanan. Sebab aku rasa ‘benda’ tu masih ada lagi di sekeliling aku.

Lega sikit hati aku bila keadaan dah nampak normal. Aku pejamkan mata, tapi tak sampai lima saat aku buka mata balik. Mata aku tertumpu ke arah siling. Damnn. Kat atas siling tu elok je tergantung kepala dengan rambut panjang mengurai ke bawah. Terkeluar segala suara jantan aku bila kepala tu bergolek laju turun ke bawah, hampir sahaja kena aku. Aku tarik selimut tutup muka, tak berani nak imagine apa yang bakal tejadi. Tak lama lepas tu, aku buka mata dan benda tu dah hilang entah kemana. Laju tangan aku menekan button call nurse di kepala katil.

Kalau ikutkan nak je aku lari keluar bilik, tapi disebabkan kaki aku yang berbalut tu sakit sangat bila pijak lantai terus aku matikan niat. Tak sampai seminit, nurse yang tadi masuk. Aku rasa dia pun dah menyampah nak masuk bilik aku ni. Kali ni dia pulak yang terkejut tengok keadaan aku. Entah macam manalah muka aku masa tu. Aku cakap kat dia aku tak boleh tidur, aku mintak tolong dia bagi aku ubat untuk aku rasa tenang dan boleh tidur. Yes, ubat tidur. Mulanya dia serba salah nak bagi, tapi aku bagitahu dia yang aku memang ada problem nak tidur malam. Aku tak sanggup dah nak hadap apa benda yang akan muncul lepasni. Boleh sakit jiwa aku.

Lepas telan ubat yang nurse tu bagi, barulah aku dapat tidur dengan lena. Aku sedar dalam pukul 6 lebih, aku bangun nak solat subuh. Aku ingatkan hal semalam dah settle, tapi rupanya belum lagi. Aku perasan muka dan lengan aku ada kesan-kesan calar. Halus dan panjang. Macam kena cakar dengan kuku. Bila aku sentuh, kulit aku rasa pedih gila. Disebabkan kaki aku masih sakit, aku solat sambil duduk atas kerusi. Masa aku tengah solat, tengkuk aku rasa berat sangat dan macam ada orang tengah cengkam rambut aku. Lepastu aku dengar benda tengah tergolek-golek dan kuku mencakar kat bawah katil. Benda tu berlarutan agak lama, lepas aku selesai solat pun bunyi tu masih ada. Aku buat bodoh je lah, lagipun waktu siang takde la seram sangat.

Dekat pukul 7, nurse yang semalam masuk. Masa tu dia tengah sibuk bersiap nak balik dah, tapi aku sengaja pancing dia ajak berbual sebab aku nak tanyakan hal semalam. Ceritanya masa dia masuk bilik aku semalam, ada seorang perempuan tengah duduk kat atas kerusi sebelah katil aku. Perempuan tu memakai baju kurung dan bertudung hampir tutup seluruh muka. Dia tak nampak rupa perempuan tu. Mula-mula dia ingatkan kakak or family aku yang temankan aku, tapi dia pelik bila perempuan tu duk pandang je aku. Tambah pulak dia tak perasan bila perempuan tu keluar atau masuk ke bilik aku. Masa dia masuk untuk kali ketiga tu perempuan tu dah takde. Dengar je cerita dia, terus jantung aku berdegup kencang balik. Rupanya ada benda yang duk tenung aku tidur semalam. Gila.

Betullah disekitar kita banyak mahluk Allah yang lain. Yang hanya terdiri atas unsur roh saja. Mereka tidak memiliki tubuh atau jasad seperti manusia. Mahluk roh ini bergaul bebas dengan kita selama hidup didunia, mereka boleh melihat kita namun kita tak boleh melihat mereka.

“Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.”
(Al-A’raf 27).

Semua yang kita nampak itu hanyalah tipu daya syaitan untuk menyesatkan anak cucu Adam. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan dan iblis. “Bukankah Aku telah Memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Yasin 60)

Pagi tu bila doktor inform aku belum boleh discaj lagi, aku mintak dengan ayah aku nak tukar bilik. Malam kedua tu tak ada gangguan yang teruk , setakat bunyi ketuk-ketuk pintu sikit je. Lagipun ada ayah aku temankan, takdelah takut sangat. Hari ketiga aku dah boleh discaj, tapi aku terkilan sikit lah sebab nurse yang take over shift malam tu cuti. Selama aku kat hospital tu aku tak sempat pun nak tanya nama dia. Baru je rasa dah jumpa jodoh, harap2 masih ada peluang lagi lah. Doakan aku. Ehh?? hahaa *kidding* Sorry kalau cerita ni agak kelaut. Dah lama tak menulis. Adioss. #GGMU

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. Sempat lg ko usha jodoh yer dikkk..hahaa..kipidapp!!! Tulis lg ahkak ske cite ko ni.selit2 sikit tazkirah2 islamic gtuu

  2. Tapi rasenye kjadian tu berlaku sbb exciden kut.. sbb kdg2 bnde yg kite nk langgar tu xsmestinye bnde betul..kdg2 ia brtukar rupa.. bleh jadi die follow skli pegi hospital..nak ucap trime ksih sbb xlanggar die

    1. weih,agak2 la weih…kpj pentingkn pesakit kot,sy prnh berada dlm dewan bedah diorg,then ad sorng pesakit ni gigit g tube lps bedah,naik biru muke pesakit tu,pakar bius cbe sedarkn pesakit tu balik…last2 xblh watpe,nsb baik ad pakar bius yg prnh kje kt apsh tu yg menuntut kt indon,pnggil die,bru la pesakit tu sedarkn diri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.