#Shafiq : Siapakah si Dia ?

Assalamualaikum semua pembaca FS! Terima kasih admin sebab publish cerita saya yang tak seberapa seram ni. Kejadian ni terjadi masa aku masih kanak-kanak. Kisah benar ya readers sekalian.

Sedikit intro..atuk sebelah ayah aku ada membela saka. Ayah aku bagitahu saka yang atuk aku bela tu bukan untuk tujuan yang jahat tapi untuk kebaikan. Nak tahu apa tujuan atuk aku bela saka tu? Untuk mengubat orang yang terkena santau. Kalau ada orang kampung yang terkena santau, mereka akan datang ke rumah atuk aku untuk berubat. Atuk aku ni boleh dikatakan handal dalam mengubat orang yang terkena santau. Atuk aku tidak pernah gagal dalam mengubat orang yang terkena santau tu. Uish tabik betul aku dekat atuk aku hahahaha.

Sampai lah satu tahap tu, atuk aku dah tenat sangat dah. Saka dia? Mestilah perlukan tuan yang baru. Ayah aku ni anak sulung. Adik-beradik semua ada 3 orang termasuk dia. Dia seorang je lelaki, yang 2 orang lagi tu perempuan. Atuk aku nak bagi saka dia kat ayah aku sebab ayah aku seorang je lelaki tapi ayah aku tak nak. Yelah sebab dosa kan. (Nasib baik jugaklah ayah aku tolak. Kalau ayah aku terima? Berhuhuhu jelah aku) Ayah aku cakap atuk aku sedih sangat sebab ayah aku tolak permintaan dia. Nak buat camne kan? Kalau tak suka mana boleh paksa!

Esoknya atuk aku meninggal dunia. Readers yg saya sayangi sekalian, mohon jasa baik anda sedekahkan al-fatihah buat arwah atuk saya. Terima kasih! Saka atuk aku tu, dari atuk aku meninggal sampai sekarang masih tak bertuan. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa gangguan saka tu.

Dari kecik lagi aku je yang kena ganggu dengan saka tu. Family aku tak pulak. Tak aci kan? Eh.. Kenapa pulak aku je yang kena ganggu? Jangan la pelik readers sekalian.. Baca dulu apa sebabnya hehe. Sebab dia ialah…. Aku ni anak lelaki. Anak tunggal pulak tu! Sadis betul hidup aku. Aku selalu kena ganggu masa aku kecik je. Bila dah besar, gangguan dia setakat manja-manja je. Lagipun aku dah biasa.

Dia start kacau masa umur aku mula mencecah 4 tahun. Macam ni cerita dia… waktu tu aku tidur dengan mak ayah aku. Aku tidur kat tengah, ayah aku belah kiri dan mak aku belah kanan. Pukul berapa entah, aku terjaga. (masa kecik kan mana reti bangun nak tengok jam) Aku dengar bunyi anjing menyalak. Mendayu-dayu pulak tu. Boleh buat ringtone kat phone beb!

Aku tak rasa takut tapi rasa lebih nak tahu! D***h muda, biasalah. Tiba-tiba aku nampak ada seorang perempuan tembus dari tingkap uolss. Aku pun pura-pura tidur tak nak dia sedar aku dah bangun. Aku perhati je tindak-tanduk dia. Aku budak-budak lagi, aku ingat “dia” tu pencuri ahahahaha otak cetek lagi time tu.

Lepas “dia” dah make sure semua dah tidur (termasuk aku yang pura-pura tidur tu) Dia pergi dekat dengan ayah aku. Pegang kaki ayah aku siap menangis lagi. Perlahan-lahan tangan dia pergi kat kaki aku pulak! Fuhhh bapak sejuk wei tangan dia. Aku tak tahan sangat aku terkencing terus kat katil! (Masa tu aku pakai pampers ok). Kira-kira 20 minit camtu.. Dia hilang sendiri. Aku pun makin lama makin terlelap. Esoknya aku beria-ria tanya kat mak ayah aku pasal kejadian yang aku alami. Tapi semua menafikan! Mesti diorang ingat aku reka cerita. Maklumlah, budak-budak lagi kan. Tapi kadang-kadang budak-budak ni bercakap benar, ok. Bukan semua penipu huhu. Next time aku cerita pengalaman aku kena ganggu dengan “dia” tu lagi.

Apa pendapat korang? Sape eh perempuan tu? Saka arwah atuk aku ke? Mohon penjelasan. Maklum la aku ni bukanlah orang yang kuat agama. Sederhana je huhu. Ni first time aku hantar cerita kat sini. Selama ni jadi silent readers je. Maaf kalau ada salah silap. Comment tu janganlah pedas sangat. Batuk aku dibuatnya! Nanti ada masa aku hantar cerita lagi, ok? Takmau sedih! Semoga happy selalu readers sekalian! #lotsoflove

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shafiq Haikal
FB Penulis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

54 thoughts on “#Shafiq : Siapakah si Dia ?”

  1. Mungkin perempuan tu memang saka mungkin juga tak.Yang penting awak banyak beribadah.Minta perlindungan Allah.Dengan izinNya,tak kan ada sebarang gangguan dah.Cerita best tapi boleh diperbaiki lagi.

    Reply
  2. hahaha, komen tu jangan pedas sgt? hahaha. sorry, kelakar pulak.

    cite best. ok lahh~ aku faham. tapi awat pendek sgt? sambil baca cite ko, sambil kunyah nasik, nasik baru kat tekak dah habis cite ko. hihi.

    aku dulu last pakai pampers umur 2 tahun, hmm~

    Reply
  3. Assalamualaikum Shafiq Haikal,

    Berkenaan dengan Saka.

    Tarif saka ini sebenarnya adalah:

    Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi pelbagai tujuan

    Dan fatwa Ijma’ Ulama mengatakan

    Tidak boleh bagi orang itu meminta bantuan jin, dan muslim tidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui perantara jin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut.

    Ada juga disebut dalam Al-Quran

    وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

    Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

    (Surah al-Jin: 6)

    Jadinya tiada istilah menggunakan pertolongan dari makhluk lain seperti Jin untuk sesuatu tujuan, sebb takut jatuh hukum kepada Syirik. Dosa besar tu

    Saya bukan nak mengecam, semoga arwah Atuk awak diletakkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Cuma kita yang muda ni, ambil iktibar, belajar lagi tentang hukum.

    Cuma satu saya nak pesan, kalau ada mimpi orang datang nak berkawan, datang nak bagi sesuatu barang. Jangan terima, jangan ambil. Selalunya saka keturunan akan buat akad melalui mimpi. Kalau awak terima. maka tanggung lah kesannya.

    Wallahualam.

    Sekian dakwah dari saya. semoga bermanfaat.

    Yang ikhlas,

    Prof. Dr. Haji Juri

    Reply
  4. Baru dua kali scroll da habis cite ko… Sepatutnya ko bole compile pgalaman lain dalam ni.. Cite ko okay je, aku paham n senang hadam.. Huhuu

    *Dun worry, aku xkan komen pedas.. Takot kurus ko nanti, x pun tetibe da taknak hantar story… Wakakaa..

    aku last pakai pampers sampai 2 tahun stgh.. Ermm*

    Reply
  5. Dengan sekali nafas..alhamdulillah abes cite ko aku baca..huhu..pendek nau cite ko ni capit..kalo cite pendek aku sarankan ko sekali kan dgn 2,3 cerita mcm armyy buat tu..eh..hye armyy..da mkn ubat arini???

    Ok la tu umo 4tahun pkai pampers..aku dr kecik x pkai pampers..kencing merata je..kt dinding..dlm pasu bunga..atas meja..ermm..

    Story ko best cuma pendek je..penyampaian & penulisan ko simple & senang paham..teruskan berkarya..aku bg 6.5/10..

    Reply
  6. Nice story bro..btw, mak aku ada citer gak, dia mimpi jumpa baby..sekali dia p amik baby tu..dan skrg, ada benda menumpang dlm badan..yg penting, kebalkan diri dgn ayat Quran. InshaAllah, Allah pelihara 🙂

    Reply
  7. BEST!

    TERUSKAN BERKARYA!

    P:S: Itu bukan saka.Jangan risau,Allah S.W.T itu adalah sebaik-baik pelindung.Maka,Mintalah perlindungan daripada-Nya dan InShaaAllah ,semuanya akan baik-baik je.Oh ya,sebelum tidur jangan lupa ambik wudhuk..lepastu baca surah 3 Qul ,Al-fatihah,Ayatul Kursi dan doa sebelum tidur.Dalam nak melelapkan mata sambil2 tu lafaz Ziqrullah.OHHHH Airish lupa nak cakap,ucap dua kalimah syahadah jugak sebelum tidur.. mana tahu,sedang enak dibuai mimpi,Malaikat Izrail datang menjemput..☝️?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.