Assalamualaikum WBT buat pembaca-pembaca tegar di Fiksyen Shasha ini. Kita bertemu kembali dalam edisi ini. Sebelum itu aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada Fiksyen Shasha kerana telah menyiarkan kisah PONTIANAK DI DEPANKU itu. Oh ya, aku nak tanya ni, macam mana dengan kisah tersebut? Korang suka tak? Aku harap korang terhiburlah. Itu hanyalah secebis daripada pengalaman yang telah aku tempuhi sepanjang bergelumang dengan alam ghaib ini. Tanpa dilengahkan masa lagi, dengan lafaz agung Bismilahhirahmanirahim, aku coretkan edisi ini yang berkaitan dengan pengalaman bertemu Pocong.
Ok, korang semua mesti dah tahu dan hadam sangat dengan rupa dan tabiat pocong kan? Berbungkus dalam kain kafan yang reput dan buruk gitu. Pengalaman yang pertama aku berdepan dengan abang Pocong adalah sewaktu aku masih bersekolah di dalam tingkatan 5 (2004). Waktu itu, hijab pandanganku di antara alam nyata dan ghaib sudah terbuka dengan jayanya. Sebelum itu aku hanya kenal abang Pocong ni melalui tontonan filem dan drama seram. Kalau dari segi pembacaan pulak aku kreditkan kepada majalah Mastika sebab dari situ aku mula mengenali apa itu Pocong.
Detik pertemuan pertamaku dengan abang Pocong adalah ketika melepak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Seperti biasa aktiviti di malam minggu aku akan melepak dengan kawan-kawan yang agak jahanam dari segi disiplin dan komitmen dalam pelajaran sambil bermain gitar dan daun terup. Port rasmi lepak kami adalah di luar rumah kayu buruk yang dihuni oleh seorang warga emas yang agak daif dan uzur ketika itu (arwah Yaakob Hamidon – Al-Fatihah). Ok straight to the point, tengah kami semua syok melalak sambil main gitar, aku nampak sebiji objek seakan-akan bantal golek berwarna putih dalam posisi tegak berada di sebelah aku, aku diam dan cuba untuk bertenang tapi objek itu seakan-akan bergerak dan perasan yang aku sedang memerhatikan dia.
Dia bergolek dan kemudiannya berdiri betul-betul depan muka aku. Allahuakbar, korang bayangkanlah dahlah aku masih hijau lagi dalam dunia ghaib ini kemudian diuji pulak secara drastik berdepan dengan abang Pocong. Ketika itu kawan-kawanku yang lain masih sibuk melalak dan diorang semua tak perasan langsung kenapa aku tiba-tiba berubah mendiamkan diri. Aku duduk dalam posisi bersila masa itu dan aku cuba menjerit nak mintak tolong dengan diorang tetapi mulut aku terkunci rapat, badanku kaku seperti disimen, aku tak boleh bergerak langsung dan lidah aku seolah-olah terbelit dengan sendirinya. Aku cuba untuk menjerit nama Allah tapi tak kesampaian.
Abang Pocong pulak berdiri sambil merenung rapat ke dalam mata aku. Bau dia fulamak super hapak dan hanyir. Dia mula menggila dengan melompat-lompat setempat di depanku. Aku makin nak pitam bila tengok wajah dia. Hitam, berjeragat, ada ulat maggot di mulutnya beserta lelehan d***h hitam. Pada saat itu seluruh bulu romaku meremang, d***h dah naik ke otak, kepala dah rasa besar semacam. Tiba-tiba aku nampak seperti cahaya kilat dan dalam masa yang sama badanku boleh bergerak semula. Tanpa buang masa aku berdiri dan terus melaungkan Azan betul-betul depan abang Pocong itu. Seingat aku, masa aku laungkan kalimah Ashaduallailahailallah, abang Pocong hilang terus dan lesap entah ke mana.
Kawan-kawanku yang pada awalnya syok melalak dan goreng gitar semuanya terkejut dan bertanya kenapa aku tiba-tiba laungkan Azan? Aku beritahulah yang si abang Pocong tercongok kat situ, berdiri depan aku dan dia pun sama-sama menghayati setiap lagu yang diorang persembahkan tadi. Masa itu diorang macam tak percaya dan diorang ingat aku reka cerita. Macam mana diorang nak percaya sebab diorang tak nampak dan tak dikacau. Yang jadi mangsanya adalah aku sebab aku sorang sahaja yang boleh nampak benda-benda ghaib ini. Diorang di antara percaya dan tidak.
Sebenarnya dalam tak percaya diorang pun takut jugak, siap ajak balik berteman lagi. Hahaha. Seminggu aku demam disebabkan kejadian itu. Apa yang aku lalui dan aku nampak aku ceritakan semuanya pada Tok Wan. Dia bekalkan air yang dibacakan surah Yaasin dan aku dimandikan dengan air bunga untuk memulihkan kembali semangatku. Memang aku tak kuat masa itu, aku lemah semangat pada peringkat awal dianugerahkan kebolehan ini. Aku tak pernah dan jauh sekali gembira dengan kebolehan ini. Aku trauma dan takut sepanjang masa. Kini takut dalam selamba.
Aku pernah ketika tengah tidur kemudian terjaga dan tiba-tiba abang Pocong berbaring di sebelah aku. Ya Allah terkejutnya macam nak meletup jantung. Yang tak boleh blahnya muka dia yang seram angker itu tenung tepat ke mata aku. Allahuakbar. Aku terus sebut Allahuakbar banyak kali dan abang Pocong lesap. Masa nak laungkan Allahuakbar itu, aku tenung rapat jugak ke mata dia, takut dan seram tak payah ceritalah. Jantung dan otak rasa macam nak meletup, rasa nak terkencing pun ada tapi Itu semasa di peringkat awal sesi berkenalan dengan abang Pocong dan alam ghaib. Semalam aku perasan ada seekor abang Pocong menumpang motor rider Domino’s Pizza. Rider itu tak perasan dan tak tahu, kejadian jam 9 lebih semalam (Khamis – 2/2/2017). Lokasi dirahsiakan.
Abang Pocong suka menumpang kereta, motor, dan lori. Waktu kejadian biasanya selepas Isyak dan sebelum Subuh. Kalau korang tengah dengar lagu atau dengar radio di dalam kenderaan korang, kemudian ada bunyi seperti sound delay/loss signal untuk tempoh 1-2 saat, maka abang Pocong dah menumpang secara percuma untuk sampai ke destinasi yang dia nak tuju ataupun mengikut sama destinasi yang korang tuju itu. Itu daripada pemerhatian aku sendiri. Mungkin lain orang lain pengalaman. Gelombang elektrik dan frekuensi radio berkait rapat jugak dengan alam ghaib dan pattern delay/loss signal untuk 1-2 saat itu spesifik untuk abang Pocong. Lain hantu lain frekuensi interval.
Untuk pengetahuan korang, setiap Pocong adalah berlainan dan berbeza. Macam mana aku tahu? Jenis tali ikatan di atas kepalanya adalah berbeza. Semakin berusia si abang Pocong tersebut semakin keras dan tebal ikatan tersebut. Kekuatan mereka bolehlah dianggarkan dari segi lilitan tersebut. Maksud kekuatan di sini adalah daya penjelmaan, tempoh masa penjelmaan, dan kapasiti tenaga mereka. Kalau korang boleh nampak abang Pocong tersebut di depan mata itu bermakna dia memang kuat dan dah berusia lanjut. Kelemahannya jugak terletak di tali pengikat itu. Sebab itu ramai orang yang jenis khurafat dan syirik berkehendakkan tali pengikat tersebut. Kononnya boleh menjadikan pemiliknya kebal dan kaya raya.
Dari segi pengalaman aku pulak adalah mustahil untuk bukak lilitan tersebut dengan selambanya. Ianya ibarat seperti dijahit m**i dengan kain kafan itu dan ianya keras macam batu. Hanya yang berilmu sahaja yang boleh bukak ikatan tersebut. Orang biasa macam kita semua takkan dapat bukak ikatan tersebut. Dia mampu buat lompatan setinggi bangunan 5 tingkat, boleh bergolek dengan laju, dan boleh menyamar jadi sebatang pokok (kebanyakan kes pokok pisang). Lokasi tempat lepaknya adalah di di kawasan yang ada pokok berbuah (pisang, manga, rambutan, duku, durian, etc), di kawasan kubur, di dalam semak, di rumah/bangunan kosong, di atas bumbung rumah, di lebuhraya dan di atas jalan yang sunyi.
Dia gemar melihat kita tidur dan suka tumpang tidur di sebelah kita. Andaikata korang tengah tidur dan tiba-tiba rasa seperti kaki ditarik/dihenjut secara mengejut, badan rasa panas secara tiba-tiba itu berkemungkinan besar abang Pocong berada di sebelah korang. Seperti biasa cuba bertenang, berzikir Allah Hu di dalam hati. Sekiranya rasa seperti diikat dan seolah-olah ditindih, cuba gerakkan ibu jari kaki dan pergelangan kaki, jikalau terlepas terus bangun dari tempat asal korang tidur itu dan beranikan diri untuk halau dia dari situ. Bercakap biar dalam tona suara yang kuat dan selitkan nama Allah sekali. Abang Pocong adalah salah seekor dari jenis hantu yang mendengar kata dan penakut.
Rupa dia sahaja yang agak menyeramkan tahap nak pengsan tapi dalam hati ada unsur-unsur pondan. Cuma kapasiti tenaga dia yang kuat boleh menyebabkan kita jadi lemah. Oh ya terlupa nak cakap, abang Pocong boleh tiru apa yang korang cakap dan apa yang korang buat. Dia ibarat perakam audio yang bergerak. Korang pernah tak bila duduk bersendirian kemudian terdengar seperti suara yang korang kenal? Suara ayah, mak, adik beradik, atau kawan-kawan? Nasihat aku kalau kau di dalam situasi tersebut sila abaikan dan berzikir adalah lebih baik daripada mencari nahas secara percuma. Diusiknya sampai demam kalau kau terlayan mencari punca suara tersebut.
Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku panggil dia abang Pocong? Ini jawapan dari aku. Dia ibarat cerminan diri kita ketika jasad kita berada di dalam kubur nanti. Abang Pocong adalah signifikasi kepada rupa jasad kita apabila dikafankan nanti. Adakah kita semua bakal menjadi POCONG ataupun bersemadi dengan aman apabila berada di SANA nanti? Hanya amalan yang jadi bekalan, pangkat dan harta hanyalah sampah yang tak berguna ketika itu. Soalan dari aku kali ini. Korang agak Mereka merenung tak korang sekarang ini? Siapa di sebelah korang itu? Dalam tandas tu ada siapa? Hahaha. Tepuk dada tanya selera. Sehingga bertemu lagi pada edisi yang lain. Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia. Jazzakallah Kr Kt.
CarlitoRocker 2017.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
dan mlm ni aq decide utk tdi bkk lmpu..sekian..
Cerita best, ilmu yg share pon sampai…. mmg best! teruskan usaha lg ya
Ngeeekkkk ler weeiiii…
Dahler bace citer ni layan lepak bilik sensorg…
Elok2 duduk bersila membelakangkan tgkp, trs hakak baring sng nk perati keliling blk ni…
Betol2 bikin jiwa kacau nih…
Elok2 dlu radio delay den anggap mslh line, skrg dh tau ade sebab lain pulaaaakkkk….
Psg CD jelah pasni…
hahahahahaha……dia pnya cite…buat kita mcm rasa ada je kan benda tuh hahah
Memaaaaannnggg…
Kuajaaaqqq sgt nih…
Bab radio tu lately ni kerap jd camtu…duhh..pocong tumpang kete aku ke…hmm..seremm…btw cite ko best..aku suke…
Huhuu cik akak or abg oi
Sebelum ajaran yg diajarkan tu dbuat
Boleh m**i kjung dibuatnya nnty . .
Sbab scary bbenor
po laa pling snsitif dngar
Ngeri
cerita best sgt..kadang2 terdengar juga suara yang kita kenal panggil tapi x de pon
hahahahahaaha
Selalu sgt dgr suara macam suara mak panggil. And sgt2 kerap masa tgh tido. Kaki kejung macam ada org tarik. Mmg panas smcm masa tu. Hotak diaaaaaaa ada Ah Cong Temannnnnnnn😩😩 tak sudi hamba ditemani beliau masa tidur. Tidakkkkkkkk
erm…. lepas ni.. bila radio xder signal…. buat2x tak tau…. hu… hu…
huhu blh tahan seram tp lg seram yg pontianak tu xlena nak tido bak ang
Part tiru suara tu dh pnh kena dh..rupanyaa…jeng jeng jeng
Ayat tu janganlah formal sangat geli dengar btw memang best ah citer kau ni
Best….siap ada undur lawak… Tapi please jngn takutkn teman…
Slalu typo…sorry
Unsur lawak bukan undur.
Hmmmmm
Tabik la! Mmg berilmu sungguh dia dalam bab hantu ni.. siap tahu jenis2 lagi.. mcm kat kak ponti pnya entry tu.. baru tahu kak ponti ada mcm2 jenis..
Part radio ni mmg seyes selalu je kena.. lagi2 balik kg mertua kt perak… hmmm.. bertolak lak besenya feveret time mesty 12 tghmalam ke atas… seyes takut!!! Bnyk2 hntu.. abg poch ni la y aku paling rasa seram sgt.. minta xjmpa dia smpi bile2..
apa tajuk entry kak ponti tu???
fiksyenshasha.com/pontianak-di-depanku/#comment-8094
Pontianak Di Depanku tajuk eeiii…
kenapa aku rasa mcm menyesal plak baca kisah abang pocong ni….lomah palo lutut den ni …….aihh…minta2 lepas kul 5 aku dah lupa pasal cite ni hahahhahahah
Kol 5 tu g carik busut semut kasik sedoottt utk membiakkan penyakit lupe ko dik…
hahahahaha ko wat statement kak mmg kejam…siap suh cari busut semut…tu bukan takat lupa kisah ni…lupa dunia trus
hehehehehe.. terboikk
alaahaaaiiiiiii….knp…knp….seram sgt ni weiii..terbayang je…..adooiii…lpeas ni dh bole agk la klu si poc tu ada ke idak…aduyaaiiii…..seram mak nak oiiii….huwaaaaaa
En.carlitorocker sy panggil en. la ye walaupun kite sebaya….
sy nak tanye lagi ni..dulu pernah tengok vcd cerita hantu gula2 ni (kenapa sy panggil gula2 sbb atas bawah ade ikatan lagipon bunyinye tak seram)tapi tak ingat tajuk ape, cerita melayu..ade scene dimana gula2 ni masuk rumah then pergi dapur buat sepah makanan yang ade kat dapur dan gula2 tu mcm makan makanan yg ada kat dapur tu…
Waktu sy budak2, pernah tinggal dengan kakak sy..rumah die ade 2 hall, hall depan dan tengah…sy tertidur di hall tengah berhampiran dengan dapur…waktu tengah malam tu sy terjaga sebab terdengar bunyi bising atas meja makan…bunyi macam pinggan berlaga, sudu diketuk2 kan kat pinggan dan seolah2 ade orang tgh makan..sy yg dalam keadaan mamai, beranikan la diri utk tengok (just angkat kepala dr tempat sy baring) atas meja mkn tu..tp tak ada ape pon yg berlaku..kemudian sy sambung utk tidur semula, then terdengar pulak bunyi macam kaki melompat atas lantai (mozek) so boleh imagine kan camne bunyi nye..sy pon dah rasa semacam then terus bangun pindah masuk dalam bilik..
so..dari cerita vcd hantu gula2 tu dengan ape yg sy alamai waktu sy budak2 tu, adakah benar gula2 suka usik apa yg ada kat dapur/makanan…
Ha? Boleh jadi jugak tapi yg biasa duk cari makanan ni Pontianak/Langsuir/Hantu Raya/Hantu Kum Kum/Penanggal/Bunian. Mungkin dia lalu je kot?
Menarik kisah pocong ni..anak sulung saya penah time tdo ramai2 kat hall rumah mak, dia nmpk pocong baring atas kepala..tp anak yg sorg ni pelik sket, dia bknnya takut menjerit ke..dia blh bgn pastu gi sambung tdo sblh mak saya (nenek dia la). Mmg abang saya yg tdo sblh dia mlm tu tau ada pocong sbb dia tersentuh kain pocong tu.
y nie seram..
uiii…meremang siooottt….
Waalaikumussalam
Tadi aku baca pasal pontianak
La nie pocong
Best2
Teruskan ok
P/S : Nak tanya 1 soalan. Ko kata kelebihan nie ko dapat sejak ko sekolah menengah kan? Semulajadi atau ko ada belajar apa2 ilmu?
Dan sesungguhnya, dari kisah Al-Pontianak, sampailah Al-Abang Pocong, membuatkan aku tanak stay dalam bilik.
Ini betul-betul buat aku fikir 7 8 kali dengan setiap apa yang kau ceritakan ni, sebab aku selalu ada dalam keadaan tersebut.
Selubung selalulah gamaknya….
hijab terbuka konon…. bagus apply kerja kat unit perancangan bandar n desa… jd consultant kalau siapa buat projek2 perumahan, boleh bagi nasihat sikit…takut2 tmpt tu highway makhluk2 halus… korang boleh nampak kan?!
Huishh zikir sambil tenung mata erk…hmm… Aku rasa kalo x pengsan…mata tu mmg x bukak lansung huhu kot…dgr citer pn dh meremang huhu…
uik seram gile..
” Die gemar melihat kita tidur” trus ak terbayang cara dy tgk n tenung muke dekat2..
aduyaiii
patotkan kawan saya kena ajok bile saat dye nampk, terjaga dari tido dan ditepi katil….terus baca ayat kursi..siap ajok balik bacaan tu sebiji2..sambil gelak2..ok fahammm dah skarang