Si “Dia” bertuan

Assalamualaikum dan hai semua pembaca. Terima kasih pada FS sekiranya kisah aku ni dapat disiarkan. Tujuan aku bercerita pasal kisah aku ni hanyalah sebab aku kesal dengan sikap manusia yang banyak bertuhankan syaitan dan iblis.

Okay tanpa berlengah lagi aku teruskan je pada cerita aku. Sampai ke tahun 2017 masalah aku dengan dunia paranormal ni seakan tak ada pengakhiran. Lepas setahun ke setahun. Sebenarnya, aku ni dulu boleh tengok la benda benda tak bagus ni. Tapi bukanlah asyik nampak je. Tapi kira macam golongan hypersensitive la. Kalau apa apa mesti aku terasa dulu, hati tu macam senang terusik la. Contohnya if ada benda ke apa ke aku akan rasa seram sejuk dulu.

Aku ni surirumah sepenuh masa, da kahwin dan suami aku pula kerja kat oversea so aku tinggal dengan adik adik aku. Fyi, aku tiga beradik je semua perempuan dan mak ayah kitorang da lama meninggal. So adik aku semua duduk sekali dengan aku sebab suami aku memang balik pun dua kali setahun. Aku pula takde anak lagi belum rezeki. Hehe. Rumah yang aku sewa mula mula tu tiga bilik rumah apartment biasa je. Ada satu kali tu aku pun decide nak sewakan satu bilik la untuk orang lain kan kononnya nak meramaikan orang la di samping dapat extra income kan. Lepas suami aku bersetuju dengan idea aku. Aku pun mula cari penyewa.

Nak dipendekkan cerita, aku dapatlah penyewa. Dia berdua dengan adik dia la. Bertudung dan dua dua pakai spek mata. Kira macam budak baiklah kan. Dengan adik dia berbaju kurung lagi. Adik dia agak berisi la sikit. Aku namakan dorang sebagai ain(kakak) and ika(adik) la ye. So mulamula memang okay sangat, makan sesama, borak borak bagai . As expected dorang memang jenis tak banyak bercakap tapi still okaylah. Adik adik aku pula memang jenis terlebih ramah. Tapi dorang berdua ni memang pelik sangat tau. Tebiat aku kalau malam malam memang suka tinggal satu lampu buka taknak kasi gelap sangat rumah kan. Tapi kan bila aku sedar je tengah pagi nak minum air ke apa mesti lampu tu da tutup. Mula mula tak syak apa la, sampai satu hari si ika ni tegur aku, “kak, lampu nanti tolong tutup semua ye, tak selesa la ada lampu buka masa nak tido.” Haik aku da memang pelik kenapa tak selesa pula. Sedangkan aku buka lampu dapur kot bukan lampu ruang tamu kan. And yes aku start dari situ memang kureng sikit la dengan dia. Aku pun tak ambil kisah sangat.

Pastu dorang berdua ni memang pelik, dorang suka solat kat ruang tamu. Hah nak lagi pelik kiblat dorang memang tak sama dengan apa yang aku tunjuk kan. Padahal aku guna kompas kiblat sejak awal masuk rumah tu. Hah sebelum nak kecam aku, aku da pernah tegur dorang, tapi dorang still tak ubah juga. Pastu dorang ni sehari bergilir solat. Faham tak? Maksudnya hari ni adik dia solat esok kakak dia pula solat. Kakak dia ni keje kerani tak silap aku, adik dia pula student ipts mana entah aku lupa. Akak dia ni kadang sempat solat maghrib jela. Adik dia pula memang hampir 24j kat rumah. Cuma weekend dorang lesap. Nak kata balik kampung dorang ni kampung jauh gila la. Tapi aku macam biasa tak amik port sangat.

Yang lebih memelikkan bulan puasa dorang berdua selamba memasak apa semua, siap order makanan dari luar. Dua dua sekali pula tu, memang tak logik kalau kata uzur sampai sekali berdua berjanji 30 hari uzur. Aku pun da memang tak sedap hati. Bila aku perli perli, dorang bukan ubah pun. Serba salah jadi kot, sebab dorang masak dalam rumah aku kot. Tapi semua okay lagi. Taklama lepas raya je mulalah kisah duka lara parah aku dan adik adik aku.

Alkisahnya mula masa tu birthday adik bongsu aku yang ke 18, kitorang buatlah sambutan sikit dan aku belikanlah iphone 6s plus untuk dia. Start dari tu ika memang terus berubah. Umur dia takjauh beza dengan adik aku, taktaulah dia cemburu ke apa. Sampaikan bila ajak makan dia taknak semua, tarik muka, masuk rumah hempas pintu semua lah. Sejak haritu juga dia selalu cari pasal dengan adik aku. Sekali tu adik aku terlelap depan tv kan, tetiba adik aku kata dia kejutkan adik aku cara kasar pastu marah kata adik aku ni suka membazir elektrik semua. Eh aku dengar pun panas, bukan dia bayar duit elektrik pun, lagipun dia yang menyewa rumah aku bukan aku menyewa rumah dia. Lantaklah adik aku nak buat apa pun kan. Masa tu gaduhlah dorang berdua. Tak silap aku malam kejadian tu lepas gaduh ika tak balik rumah semalaman.

Lepas tu rumah kitorang memang lain macam. Tengah tengah malam dengar orang masak, bila buka pintu tengok memang satu rumah gelap gelita. Pastu jumpa rambut bergulung segerompol kat dalam bekas garam. Tu pun kitorang still okay lagi bertahan. Sampai satu malam adik bongsu aku (yani) dengan adik kedua aku (alya) merengek cakap nak tidur sekali dengan aku. Dorang cakap tiap malam masa dorang tidur ada orang panggil nama, lepas tu pantang tidur mesti terjaga balik. Macam tidur tak lena tau. Start dari tu dorang memang tidur bilik aku la. Sekali tu kitorang layan movie dalam bilik kebetulan adik kedua aku memang kerja jaga kedai suami aku so bolehlah dia mengular kan. Masa tu movie marathon sampai pukul 4am macam tulah. Tetiba aku dengar suara orang ketawa tau, panjang macam tu. Aku ingatkan orang lepak ke apa kan kat bawah. Pastu aku dengar lagi, kali kedua makin panjang, “hahahahhahahahahahahha” da macam panjang sangat terus aku tau tu bukan manusia kot. Yela kalau manusia mau tak semput kan. Tak berlengah aku terus ajak adik aku naik katil. Rupanya dorang pun dengar. Memang sejarah dengar bunyi ngilai jelas gila. Malam tu kitorang tak boleh lelap la kan.

Kejadian bertambah rumit lepas semua makanan jadi cepat basi. Sampaikan nasi pun boleh basi padahal baru tanak. Lauk jangan cerita lah. Ayam tu masak memang bau busuk macam da bau bangkai. Beras pun baru beli cepat berkutu. Yani pun jadi semakin teruk, jadi penakut sangat. Dia cerita setiap kali mandi rasa macam ada orang perhatikan dia. Malam bila tidur rasa ada orang himpit. Pastu badan badan dia banyak lebam lebam. Muka dia pucat je macam orang tak ada darah. Memang kesian sangat la. Aku bagitahu suami aku. Dia memang risau pastu dia sarankan aku bawa ustaz datang rumah. So aku pun g la kat jkk surau rumah aku tu. Mujurlah ada sorang pakcik pengubat tradisional ni.

Dia datang rumah aku dengan dua orang anak perempuan dia. Dia masuk terus minta adik aku duduk menjulur depan dia. Aku dengan alya kat tepi yani. Pakcik ni mulakan rawatan. Anak dia tu katanya boleh tengok makhluk halus ni. Pakcik tu berhenti lepas tu dia tanya anak dia nampak apa apa tak. Anak dia kata kat bilik yang si ika dengan ain sewa tu banyak “benda”. Aku pun tempelak la, aku cakap eh tak mungkin sebab dorang tu solat. Pastu pakcik tu kata tak pelah kalau tak percaya. Pastu dia pesan lagi, kalau orang yang “membela” ni terasa hati, “benda” dia tu otomatik akan balas walaupun tuan dia tak suruh. Dia tanya juga ada ke kitorang buat sesapa marah ke apa ke kan. Aku terdiam je la dengar macam tu kan. Nak fikir kang takut terfitnah, nak cakap pun taktau nak cakap apa. Pakcik tu bagi yani air untuk minum lepas tu dia suruh kitorang buat air untuk spray kat keliling bilik. Kitorang buat la tetiap hari. Lepas tu letak kat penjuru rumah garam dengan lada hitam. Pakcik tu pun pesan solat semua jangan tinggal, solat berjemaah lepas tu kerapkan mengaji.

Satu malam tu lepas mengaji semua aku jadi mengantuk sangat. Mata nak buka pun tak boleh. Tertidur sampai ke subuh, nasib tak terlajak. Pagi tu bangun terkejut aku rumah kitorang berselerak. Ada habuk kuning oren bersepah, nak kata pasir bukan, entah apa pun aku tak tahu. Si ika dengan ain pula lesap bilik pun kosong. Semua benda tak ada. Sewa pun dorang tak bayar. Nasib bilik tu elok lagi takde la teruk dikerjakan. Lepas kejadian tu aku buat keputusan pindah rumah baru. Bukan apa cuma taknak benda yang buruk terjadi kan. Alhamdulillah kami baik baik saja sampailah satu kisah lagi yang sekarang keluarga aku tengah alami. Tunggulah kalau ada rezeki bolehlah aku bercerita lagi. Cuma pesan aku, janganlah kita berpaling pada mana mana kuasa lain selain tuhan yang esa sebab lebih banyak buruk daripada baik.

  • Si Hypersensitive –

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. The initiator of Ika Carnival, Mr. Sebastine Okoh, has finally broken his silence by promising to bring back Ika Carnival, noting that the 2018 carnival will be bigger, better, interesting and colourful. The Umunede born mogul disclosed this on Saturday February 3, 2018 at his residence in Umunede in Ika North East Local Government Area of Delta State during a solidarity visit to him by members of Ika Rinma Cultural Group. BRING BACK IKA CARNIVAL -Ika Cultural Groups 2nd left, Felix Omorojie, leader of the group with Mr. Sebastine Okoh and others in a group photographThe leader and founder of Ika Rinma Cultural Group, Mr. Felix Omorogie thanked Sabastine Okoh for initiating Ika Carnival which he said is the only source of joy for Ika residents during yuletide periods.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *