Siapa Dira?

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkn ribuan terima kasih kepas FS sebab sudi publishkan cerita saya ni. Untuk pengetahuan pembaca saya adalah pembaca setia FS dan akan sentiasa setia innsyahallah ?. Hari ini saya rasa nak kongsikan cerita yg agak seram untuk saya , and saya harap juga kepada pembaca setia FS. Maaf andai cerita saya ini terlalu panjang dan agak membosankan. Kepada pembaca yang ada niat nak tidur seeloknya baca cerita saya ini sesudah itu boleh pegi tidur dengan sendirinya. Hahaha ?

Nak dijadikan cerita nama saya fafa(hai ✌, bukan nama sebenar) apa yang saya nak gambarkan dan hendak ceritakan ini bukanla berlaku pada diri saya, tetapi kisah dan cerita ini terjadi pada mak su fiya(bukan nama sebenar). Saya straight masa maksu terkena jee la eyk ?.

Cerita ni berlaku betul dihadapan saya, dan saya orang yg sentiasa ada bersama mak su. Untuk pengetahuan korang cerita ini berlaku di sekolah (SMKA2S sabah)*pandai pandai la korang cari ?* sekitar 2010 masa ni saya dengan mak su nak ambil exam PMR. Untuk pengetahuan pembaca FS, Saya duduk serumah dngan mak su sebab saya duduk menetap dan dijaga oleh nekwan (mak kepada abah & mak su).

Seperti sekolah lain sebelum menjelang exam sebenar, pihak sekolah akan menjalankan exam percubaan dan kami jugak tak terlepas dari ujian itu. Macam biasa exam belangsung dalam seminggu.. hari pertama exam berjalan dengan lancarnya. Keesok harinya kertas yg aku rasa aku paling takutkan math Oleh kerana terlalu stres dan belajar tanpa henti . Malam tu aku demam dan nekwan meminta aku untuk rehat, dan berdoa semoga semua berjalan dngan lancar, begitu juga dengan maksu. Malam tu kami tidur dengan lenanya.

Pagi tu kami terpisah dan masuk kelas kami sendiri dan exam berjalan dengan lancarnya. Selepas 1jam 30minit “Kringggggggggggggggggggg” bunyi loceng menandakan waktu rehat. Seperti selalunya saya akan ke kantin untuk bertugas ala maklumlaa Pengawas sekolah katakan ?.Walaupun demam itu bukan penghalang untuk saya menjalankan tanggung jawab. Masa tengah syok bertugas kat kantin tu ada terperasan geng Mak su ni masok flat guru, okey untuk pengetahuan korang flat guru ni bersebelahan dngan aspuri(asrama perempuan)jalan nak ke aspuri dan flat guru ni kene lalu depan kantin.

Saya pun biar la sebab kawan dia anak cikgu tu ada sekali. Jadi saya set kat kepala *mungkin dia nk teman kawan dia amik barang kowt* fiya(saya sengaja pangil dia fiya ala maklumla kat sekolah kan.takut kene gelak pulak sebab muda lagi dah ada tittle Makcik ?) korang buat apa pergi flat guru? *saya menyoal* tadi ayu(bukan nama sebenar & ayu ni la anak cikgu tu) nak amik kertas soalan Kemahiran Hidup ayah dia mintak tolong ambilkan *maksu menjawab* saya hanya mengangukkn kepala. Faa napa kaki aku sakit ye *maksu mengadu sambil menunjukan kakinya*. Sakit macam mana tu *saya menyoal lagi*. Sakit macam terkene pijak paku.. saya pun pujuk laa maksu pegi duduk kat kantin makan dan boleh masuk kelass , kerana sebentar lagi kertas kedua akan bermula.

12.30 kertas kedua berjaya saya jawab dngan tenang. Seperti selalunya saya akan menunggu maksu di hadapan gate sekolah. Dari jauh saya ternampak kelibat maksu dan maksu tidak seceria sebelumnya. Mukanya pucat lesu dan nampak sangat tidak bermaya.. saya memapa maksu dan bawak dia masok dalam van sekolah.

Dalam van maksu tida bersuara , dia hanya memejamkan mata sambil mulut mengeluarkan perkataan *sakitnya kaki aku*. Tak sampai hati melihat saya pun capai tangan maksu dengan niat ingin menenagkan dia. Alangkah terkejutnya saya tangan maksu sejuk sangat, ibarat baru menggengam seketul ais. Sesampai di kawasan rumah maksu makin tidak bermaya. Saya pun dah m**i akal tak tahu nak buat apa tingalkan maksu sekejap kemudian lari untuk mendapatkan nekwan. Jarak rumah masa tu tidak lah jauh sangat lebih kurang dalam 7meter dari kawasan tempat saya tingalkan maksu.

Saya dan nekwan berlari mendapatkan maksu yang sudah terbaring di atas laman rumah jiran. Dia menagis meronta saya dan nekwan memapah agar dia mudah untuk bergerak tetapi dia memang tidak berdaya. Kakinya kaku ibarat ada benda yang menempel di bahagian betisnyaa. Saya perasan badan maksu kini sama sejuk dengan tapak tangannya . Dalam kepala ligat berfikir adakah benda ni berkaita dengan apa yang maksu aduh kan kepada saya semasa rehat tadi.

Tiada jalan lain selain saya dan nekwan megangakat maksu dengan bantuan jiran. Di rumah saya dan nekwan membaringkan maksu di ruang tamu. Maksu tidur dengan lenanya , saya mengambil kesempatan untuk makan rehat dan kalau boleh nak tidur laa kan ?. Baru ingin melelapkan mata maksu terjaga, kalau terjaga saja tak apa jugak ni tak.. maksu buka mata dalam masa yang sama dia mengangak badan dengan posisi (L). Saya yang kat atas sofa ni mau tak terkejut, nasib baik nekwan ada dalam ruang tamu tu jugak.

Mata maksu merah sangat saya nekwan dan jiran duduk di sebelah maksu. Macik Jiran pun bertanya kepada maksu . Maksu sakit kat bahagian mana. Dan masa tu jugak maksu pejamkan mata kemudian gelak *hehehehehehe*.. dira tak sakit kat memana pun korang boleh bayangkan tak perasaan kiteorang masa tu.. 1st maksu gelak macam tu, 2nd dia boleh cakap KL dengan lancarnyaa.

Wei kiteorang ni orang sabah, faham faham laa kalau sabah bahasa baku cakap KL pelik kan bunyi dia. Masa ni macik jiran dan sebok call sapa ntah. Saya dan nekwan masih berusaha untuk menenagkan maksu. Maksu meracau nekwan pulak menagis tak henti henti, yelaa anak dia kan, sedih laa tak sampai hati permata hati dia sakit macam tu dengan maksu tak habis habis cakap nekwan tengorak hidup … pegi mampos laa kau orang tua tu adalah perkataan yg asyik keluar dari mulut maksu kesian nekwan.

Kawan macik jiran pun datang. Menurut macik jiran , kawan dia ni bidan. Boleh la jugak scan orang yang kene histeria ni. Kawan macik jiran dan siap scan maksu dia pun bukak laa mulut . Dia cakap maksu ni kene buatan orang ada orang tak puas hati dekat dia sebab dia pernah tolak cinta sorang budak laki.. OMG!! kawan macik jiran ni bergurau ke apa.

Kami umur 15 tahun laa.. lelaki mana nak kat bebudak macam kami ni. Tak tahu nak gelak ke apa masa tu, tapi serius memang lawak. Sebelum tu nekwan ada call ustaz mintak tolong datang cepat sbb nekwan dapat rasa masa maksu tengah tidur ada somthing tak kene dengan mak su.

Ustaz tu mintak la saya bawakan secawan air masak dan bawak pisau sekali. Tampa membuang masa saya pun bawak la air dan pisau tu untuk diberikan kepada ustaz. Selangakah sebelum memasuki ruang tamu maksu dah jerit *kau bawak apa tu* … *buanggg!* .. ustaz tu beri isyarat agar saya membawa jugak air dan pisau tu masuk dan berikan kepada ustaz. Ustaz baca ayat ayat suci alquran lalu dihembuskan kedalam cawan tadi. Masa ni saya sempat memerhatikan maksu dia tersengeh sengeh melihat ustaz tu terkumat kamit membaca.

Dira suka laa kawan dengan fiya ni baik je orang dia, pandai pulak tu hukhukhukk huwaaaaaa ??? tetiba maksu menagis Dira pun nak pandai, Dira pun nak ramai kawan .. *maksu diam* .. kemudain maksu mendengus marah! .. Ni semua sebab engkao tengkorang hidup! … Akuuu benci kauuu!! .. jari telunjuk maksu menunding kearah nekwan .. maksu slow balik .. Dira nak kawan dengan fiya je , jangan la halang okey.. *dengan nada menyoal*.

Ustaz pun memberikan air tadi kepada maksu. Maksu menepis tangan kiri ustaz dimana ustaz tu memegang pisau tadi dengan mengunakakn tangan kiri. Saya yang hampir terkena mungucap panjang hampir saja pisau tadi terkena kaki saya .. *maksu gelak* kau perempuan! Jarinya tertumpu kepada saya. Disebabkan kau aku tak dapat jawab soaln math tdi. Saya pun dah pelik ni maksu ke atau dira? Peningg laa.. ? lalu diiringi *tangisan maksu*

Maksu terbaring, jelas sekali maksu keletihan bukan keletihan luaran tapi dalaman. Agaknya penat berlawan dengan benda yg menumpang dia tu. Semasa sesi pengeluaran makhluk tu dilakukan tidak lama sangat pun. Ustaz tu meminta makhluk tu keluar makhluk tu akur tapi dia sempat cakap yang bunyi dia mcm ni aku pasti kembali kemudian maksu mejerit lalu pengsan. Menurut ustaz dira ni budak yg sebaya dengan kami m**i di area kawasan flat guru di sekolah kami. Maksu telah masuk ke kawasan dira dan kebetulan dira ni berkenan dengan maksu. Tapi ustaz tu tak pasti kenapa dira tu m**i, apa kaitan dia dngan macik tengkorak hidup?. Allahualam.. semua rahsia allah.

Moral of the story dalam muka dunia ni bukan ada manusia saja , ada banyak lagi makhluk allah yg berada dalam muka bumi allah ni. So pergi mana mana jaga adab,diri, dan segala tingkah laku kita. Oh yaa dua hari saya cuba tulis dan betulkan balik apa yang terlebih dan tertingal seperti nama dira dan nama yang disebut oleh maksu su tu N.A.D.I.R.A saya sudah berusaha untuk membetulkan tapi bila saya cuba baca semula nama tu akan tertukar sendirinyaa.. ini bukan la rekaan tapi ini adalah rality terpulang kepada pembaca sama ada ingin percaya atau tidak .. Sekian..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

13 thoughts on “Siapa Dira?”

  1. Pening kepala baca ayat krgan kmu ni…skjap aku,skjap sya..sila kemas kinikan penggunaan bahasa dgan susunan btul. Klau spm bm failed jgn slhkan org lain hoke

    Reply
  2. Cerita ok cuma pastikan guna tanda bacaan yang betul. Klo dialog, gunalah pengikat kata.. jgn ingt org yg membaca sentiasa tau apa yg penulis fikirkan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.