SIAPA ITU?

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya disini ini mengongsikan sebuah cerita yang agak seram bagi saya tapi kalau korang saya tak tahu lah. Cerita ni  terjadi kira-kira dua tahun lepas semasa saya sedang bercuti di kampung.

Saya ni sudah berkahwin dengan seorang lelaki Korea semasa saya masih berlajar di Korea. Biasalah kehidupan di Korea tak sama dengan kehidupan di Malaysia dan rumah kampung di Korea tak sama seperti rumah kampung di Malaysia.

Nak dipendekkan cerita, family ibu saya ni nak buat family day yang besar-besaran. Jadi kami sebagai anak cucu cicit ni kena lah balik sana atas permintaan nenek kami.

Semasa perjalanan balik ke kampung yang terletak di Kedah, suami saya ada tanya saya macam mana keadaan rumah kampung nenek saya tu. Saya kata lah yang rumah kampung dekat Malaysia ni lain dari Korea dan kebanyakkan rumah kampung telah diubah suai daripada papan ke bata.

Usai tiba dikampung, saya disambut dengan gembira. Cuma suami saya lah muka agak berkerut sebab tak faham loghat kedah yang pekat haha.

Okay rumah nenek saya tu besar, muat lah untuk kami semua tidur didalam. Sudah jadi kebiasan kami bila dah berkumpul ramai-ramai ni mesti ada cerita yang menarik nak dikongsi.

Bila malam dah menjelma, kami semua sibuk membuat persiapan untuk BBQ termasuk saya dan juga suami. Saya ni sibuk di dapur manakala suami saya sibuk diluar.

Lepas habis sediakan bahan, kami pun berkumpul dihalaman rumah nenek, nak bakar apa yang patut dan bila habis bakar kami semua kemas lah apa yang patut dikemas dan masuk kedalam rumah.

Masa masuk dalam rumah tu saya perasan yang suami saya tak ada dalam rumah dan juga diluar. Saya fikir mungkin dia keluar dengan sepupu saya. Bila agak lewat malam baru suami saya balik ke rumah nenek dengan sepupu-sepupu lelaki saya. Jadi kami semua pun masuk tidur (Nak ringkas cerita). Yang anak teruna tidur satu bilik dan anak dara tidur satu bilik. Macam saya ni tidur dekat ruang tamu je dengan sepupu yang dah kahwin tapi jarak-jarak lah.

Nak jadikan cerita saya ni tidur tepi dinding ruang tamu dan sebelah saya ni suami saya. Masa tidur saya tak tahu lah apa yang jadi tapi apa yang saya dengar dari suami saya yang dia kata dia rasa ada orang tidur disebelah dia.

Saya pun fikir mungkin saya lah yang tidur disebelah dia dan dia kata bukan sebelah kanan ( tempat saya tidur) tapi sebelah kiri. Saya pun fikir positif lah mana tahu adim sepupu saya yang tidur dekat sebelah dia sebab sepupu saya yang kecil tu suka bermain dengan dia.

Bila bangun nak solat subuh tu saya rasa macam terlanggar sesuatu dekat sebelah suami saya tapi saya fikirlah mungkin terlanggar mainan ke apa ke kan? Lepas habis solat subuh berjemaah (tak semua lah) yang perempuan kena masuk dapur pula kena masak yang lelaki pula ada yang sambung tidur lah main game lah.

Bila dah selesai masak apa semua tu dalam jam 10 pagi baru kami semua bersarapan ramai-ramai. Masa tu lah baru Mak Teh saya buka mulut, dia tanya saya yang saya tidur dekat mana semalam. Saya jawab lah yang saya tidur dengan suami saya. Mak Teh tanya lagi sebelah kiri ke kanan dan saya jawab sebelah kanan lepastu Mak Teh terus terdiam.

Kami semua pelik lah kenapa tiba-tiba je Mak Teh tanya saya macam tu sedangkan sepupu saya yang lain dia tak tanya. Lepastu Mak Teh kata yang dia nampak saya tidur sebelah kiri suami saya sambil peluk suami saya tapi yang pelik Mak Teh kata saya tak bertudung semasa tidur. Itu yang Mak Teh saya pelik. Tak lama kemudian sepupu perempuan saya bersuara yang dia kata dia pun nampak ada seorang perempuan tidur dekat sebelah suami saya dan dia yakin yang tu bukan saya.

Jadi kami semua terkejut dan tertanya-tanya siapa yang tidur dengan suami saya tu siap peluk lagi. Habis je sarapan, nenek panggil saya, suami saya dan sepupu-sepupu lelaki  saya yang keluar semalam. Nenek tanya dorang ada tegur apa-apa tak, semua kata tak.

Lepas tu nenek tanya suami saya yang dia ada tegur orang yang tak kenal ke apa ke dan suami saya kata ya. Dia ada tegur seorang perempuan dekat simpang tiga kampung saya tu lepas tu nenek kata lah kenapa tegur orang yang tak kenal suka-suka hati je.

Suami saya diam je sebab tak faham (nenek cakap kedah pekat) saya pula terangkan dekat suami saya lepas tu dia minta maaf. Dia kata adat korea dekat sana kalau jumpa orang kena tegur dengan ramah tapi kalau dekat sini herm macam cari penyakit je.

Lepas tu nenek pesan lah kalau tak kenal jangan tegur takut padah jadinya. Suami saya pun sekali lagi minta maaf sebab dia tak tahu. Alhamdulillah lepas kejadian tu tak ada apa-apa gangguan yang berlaku dah dan suami saya pun perlahan-lahan belajar adat resam melayu.

Saya harap dengan cerita saya ni kita semua boleh dapat pengajaran dan cerita ni memang betul-betul terjadi dekat saya dan suami saya. Saya harap semua dapat lah faham dengan cerita yang saya cuba sampaikan ni dengan penulisan saya yang agak teruk ni.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Qira Hyun

3 thoughts on “SIAPA ITU?”

  1. Err rasanya adat tak tegur strangers kat kampung ni, maybe family you je kot. Sebab kalau masuk kampung (adat i lah), ni memang kita tegur kan orang kampung? Kenal ke tak, asalkan kat kampung memang tegurkan? Entah, saya rasa normal la tu, nak tegur orang sebab dia nampak macam orang… ntah, saya tak berapa agree sangat tentang adat tak tegur orang sebarangan.

    Reply
  2. So, cerita tu habis camtu la? Laki kau da tau kena peluk dengan org lain, masih bole tenang sambung tido.. Kau tdo sebelah kanan, dipeluk dari kiri.. Xkn laki ko biar?haihh… Dgn fmly ko ajar jgn tegur org.. Dlm kampung, mesti la org situ jugak.knape xbole tegur? Haihh..tak habis pikir aku dibuatnye..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.