Siapa Kawan Dalam Kelas Tadi?

Assalam & Salam Sejahtera Pembaca FS..
Saya nak share salah satu kisah diantara beberapa kisah seram yang pernah saya alami..
Kisah ni terjadi pada tahun 2002 semasa saya bersekolah didalam Tingkatan 5 disalah sebuah sekolah di Ipoh,Perak..
Seperti biasa,apabila sampai kesekolah sebelum perhimpunan pada waktu pagi,saya akan naik dulu kekelas saya yg terletak di tingkat atas sekali untuk meletakkan beg & bersiap sedia untuk bertugas kerana saya merupakan salah seorang pengawas yang memegang jawatan tertinggi disekolah..
Berbalik semula pada cerita saya tadi..Setelah saya sampai dihadapan pintu kelas saya,saya lihat sudah ada seorang kawan sekelas perempuan saya berada ditempat duduknya..Tapi dia hanya menunduk kebawah saja..

Saya masa tu pun dengan penuh ramah tamah menegurnya dengan berkata “awal ko datang arini..?”..Tetapi kawan sekelas saya tu hanya mengangkat sedikit sahaja wajahnya sambil memandang saya tanpa menjawab soalan saya tadi..

Saya lihat wajahnya sedikit pucat tapi saya takdelah syak apa-apa yang pelik..Saya beranggapan kawan saya tu mungkin kurang sihat..Ada jugaklah aura seram & meremang bulu roma tapi saya abaikan saja sebab mungkin hanya kami berdua saja yang ada ditingkat atas tu..
Jadi saya pun terus turun ke bawah setelah selesai meletakkan beg untuk meneruskan tugas saya..Sebelum tu saya cakap lagi pada kawan saya tu..”weh..aku turun dulu tau..” & kali ni kawan saya tu menjawab “hmmm” dengan suara yang garau..Tapi saya still tak pikir apa-apa yang negatif & dengan selambanya terus mengatur langkah.
Selesai perhimpunan pagi tu,kami semua masuk kekelas untuk memulakan pembelajaran..Tapi saya pelik bila tengok meja kawan saya tadi tu kosong je..Tiada tanda-tanda macam kawan saya duduk disitu pagi tadi..

Saya bertanya pada bff kawan saya tu dimana sahabat bffnya..Tapi bffnya memaklumkan yang sahabatnya tu cuti kerana tidak sihat..Alamak..Terkedu saya..Patutlah muka ‘kawan’ saya pagi tadi tu pucat semacam je..Allahu..Terkena lagi saya hari tu..
Maka tamatlah kisah saya untuk kali ini..InsyaAllah ada masa saya akan sharekan pengalaman kisah seram lain yang saya pernah alami ya..Tima kasih kerana sudi membaca..Maaf andai kata ianya tidak menyeramkan bagi anda.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Yaya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

12 thoughts on “Siapa Kawan Dalam Kelas Tadi?”

  1. hari tu ada sorang ustaz ni dia share cara kita nak tau sama ada dia manusia sebenar ataupun ada benda yang menyamar. Ustaz ni dia merupakan pengamal perubatan Islam. cara dia, kita hendaklah mengambil seketul/segenggam tanah {macam tanah liat gitu}, lalu meletakkan tanah tersebut di atas kulit orang tersebut. Kalau tanah tu tak meresap ke dalam badan dia, maknanya dia betu-betul manusia. Dan kalau tanah tu meresap ke dalam tubuh badan dia, maka…

    Reply
  2. Pendek tapi seram.Nasib dia tak tunjuk muka hodoh piang dia tu.Kalau dak, terabor kau lari Huahahahabah 8/10.

    Reply
  3. kalau bukan manusia, atas bibir takde lekuk. sebab tu jin yang menyerupai manusia ni hanya akan tunjuk sisi muka sikit je, tapi xkn tunjuk keseluruhan muka, kalau keseluruhan maybe dari jarak jauh, sbb dia takde lekuk atas bibir. hebatkan kuasa Allah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.