Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga FS. Terima kasih admin FS kalau sudi siarkan kisah ringkas ini. Peristiwa ini berlaku tak silap aku tahun 2014. Sebenarnya malas nak fikirkan sangat apa yang berlaku sebab kisah ni jadi masa bulan puasa. So macam biasa lah, bulan puasa setan kena ikat ye dak? Tapi aku tak rasa tu setan, cuma tak tahu apa benda.
Masa kejadian kebetulan aku tak berbuka di rumah, dan kisah ni diceritakan balik oleh Mak dan Abang aku. Lepas berbuka Abang aku ni tunggu untuk dijemput oleh kawan dia sebab nak keluar shopping raya kononnya. Setibanya kawan Abang, sebelum masuk ke dalam kereta Abang ditegur oleh jiran sebelah yang aku namakan dia Abang F. So Abang F tegur Abang aku, “eh Makcik baju hijau tadi tu siapa?”. Abang aku bingung dan jawab, “entahlah. Kenapa?”. Abang F jawab lagi, ” tadi dia datang, and dia kata ni rumah dia (sambil menunjuk ke dalam rumah aku)”.
Sebelum kawan Abang aku sampai untuk ambik dia, Abang aku ada ke halaman rumah dan memang ada perasan makcik baju hijau tu dekat rumah Abang F. Tapi masa Abang aku nampak, makcik tu membelakangkan Abang, dan tak amik port pon lah ingatkan saudara mara Abang F. Maka perbualan antara Abang aku dan Abang F terhenti setakat itu.
Keesokannya, Abang aku ada cerita pada Mak dan Mak pulak tanya dekat Abang F pasal malam semalam tu…
Cerita Abang F.
Selepas berbuka, Abang F dan dua orang anaknya bersiap nak menjemput isteri dia pulang dari kerja. Sewaktu memanaskan enjin kereta, mereka didatangi makcik yang berbaju kurung hijau, berkain batik dan scarf kepala macam yang biasa mak atau nenek kita pakai. Macam tu lah gambaran Abang F– Abang F sambung lagi dia tanya pada makcik tu datang dari mana dan nak ke mana. Jawapan makcik itu bagi Abang F cukup membuat kami adik beradik seriau dengan cerita Mak.
Makcik tu jawab kat Abang F, “datang dari jauh dan nak balik rumah kat sini (sambil menunjuk dan terjengah jengah ke dalam rumah aku)”. Tapi sebelum tu makcik tu sempat mintak tumpang duduk dekat bangku batu yang memisahkan antara rumah aku dan Abang F. Menurut Abang F lama jugak dia berbual kosong dengan makcik tu, anak-anak dia pon nampak selesa bergurau senda depan makcik tu.
Jam menunjukkan waktu pulang isteri Abang F dari tempat kerja sudah tiba. Abang F meminta izin dari makcik tu nak berlalu pergi, sempat makcik tu menyatakan hasrat untuk menumpang kereta Abang F nak menuju ke suatu tempat. Tanpa banyak tanya Abang F menumpangkan makcik tersebut, nak tahu mana Abang F drop makcik tu?
Berlalu kereta Abang F dari rumah dia, sampai dihujung jalan kawasan rumah kami terdapat dua simpang dan dihadapan simpang dua tu merupakan hutan. Makcik tu suruh Abang F berhentikan dia disitu dan tempat dia berhenti tu betul-betul kat depan rumah Abang Sulung aku. Abang Sulung aku ni dah berkahwin dan menyewa sederet rumah aku je. Tapi jarak antara rumah kami tak sampai 30 meter pon– Abang F menurunkan makcik tu dan terus menjemput isteri dia.
Usai menjemput isteri, sempat Abang F cerita semua perkara kat isteri dia, dan mereka cuba pusing satu kawasan perumahan kami kot-kot terserempak lagi dengan makcik itu. Tapi tak membuahkan hasil. Menurut Abang F lagi, muka makcik itu dia memang tak familiar sebab dia kenal sangat muka penduduk kat situ. Tapi hanya Abang F dan anak-anak dia yang tahu muka makcik tu bagaimana. Hehehe.
Tak tercapai dek akal apa maksud makcik tu rumah aku tu adalah rumah dia. Masih menjadi misteri. Sempat aku soal siasat Mak rumah kami ni bila beli dan sebagainya, Mak kata rumah ni memang dibeli terus dari pemaju, rumah siap kami terus menetap sekitar 27 tahun yang lepas.
Okay terima kasih sudi membaca !
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mokcik tu salah ghumoh kooootttt…
Mane tau dlu makcik tu kena buang ngan anak die ke…
Udohnye main tunjok jeler memane ghumoh yg berkenan…
Gamaknye udoh perati2 sambil borak tu peghasan skali aiii salah ghumohler pulok kan…
Trs mtk numpang abg F kuor dr taman tu…
Huhuhuhuuu…
Hahahak.. Statement paling win
haha so tak seram la
Fenin!!!
Abg sana abg sini