Siapa Pakguard Nampak?

Tq admin FS approve cerita aku. Aku ni peminat cerita mistik. Maksudnya bukan hantu je, apa apa yang di luar normal tu aku memang suka sangat nak ambil tahu. Kat opis, rumah, stesen bas, cafe, pasar malam, tengah camping, dalam flight semua aku baca cerita genre ni. Kalau jumpa kat web mana-mana tapi aku kejar masa nak baca tu aku siap copy, paste and save dekat henpon. Punyalah nak baca sangat. Sebab ape? Sebab aku percaya benda misteri ni ada, tujuannya supaya manusia berfikir. Supaya manusia ni jangan berlagak sangat dalam hidup, jangan pandang rendah kuasa Tuhan Maha pencipta segala makhluk, jangan bongkak macam dunia ni kau je yang punya.

Satu hari tu aku hkusyuk gila baca kisah dalam FS nih. Selang seli dengan kisah dekat website omputih pasal mistik jugak. Masa tu dah waktu balik dekat ofis, sampai aku tak sedar hari dah nak gelap, nak hujan. Aku siap keje siap close deal awal-awal dah tau, so tunggu nak balik tu yang aku bace jap. Stress handle client tak boleh cakap omputih. Tapi ralit sangat baca, lepas satu satu link/ tajuk aku klik sampai ofismate semua dah balik aku tak sedar tiba tiba BUMMMM! Kuat gila bunyi macam ada orang terhempas kat dinding bilik kosong sebelah workstation aku. Aku rasa macam bergoyang jugak la lantai. Last week aku ade dengar cerita pasal member yang masuk situ sorang pastu kena kacau. Siang buta pulak tu. Bilik tu kosong, berkunci, and memang kosong. Serious kosong.

Ah sudahh. Dia marah ke aku baca kisah dia? Aku baca jer kot, bukannya jual. Laju-laju aku kemas meja and barang untuk aku blah balik. Pc aku still on sebab aku x sempat abes baca kisah pasal doll dengan budak kecik yang cakap benda benda horror dengan parent/elder diorang. Aku ingat nak sleepkan je taknak shut down sebab lambat, esok nak sambung baca dan aku nak balik cepat-cepat. Takut. Tetibe boleh pulak masa aku gerak mouse tu nak klik ‘sleep’ terkeluar pop-up window macam ads tu dengan ayat bling bling: ‘Going home already? Please stay longer’ . Fine, iklan BnB kut. Whatever.

Terus aku switch off monitor and jalan laju-laju. Pepandai la pc aku nak sleep sendiri nanti. Masa aku berjalan tu, dengar bunyi pc aku tetiba bunyi kuat macam cpu tengah proses berat punya program apekejadah aku pun tak tau. Nak keluar dari situ kena lalu depan bilik kosong tadi. Ade pulak bunyi orang tengah pulas tombol pintu tu dari dalam. Bunyi je yang pasti aku dengar, aku tak berani tengok. Gila nak tengok. Karang dia ajak masuk, aku nak buat ape??

Aku terus keluar naik lif wing aku. Sampai je lif kat aras bawah, sekali pintu kat wing yang aku nak keluar tu dah kunci pulakkk! Opis aku ni konsepnya bila sampai jam curfew pakguard kunci semua pintu keluar kecuali satu yang paling dekat dengan guard. Dahlah area lif aku turun tu tak bersambung dengan pintu yang dekat guard tu. Terpaksa naik lif balik gi aras 1, berjalan dalam gelap dari wing aku ke wing lain bangunan opis aku sebab amazingly, semua staf balik on-time hari tu. Sebelum ni aku pernah balik pukul 8 pm pun terang lagi. So aku jalan dengan redho tak pandang kiri kanan belakang atas bawah, depan pun kalau boleh aku taknak pandang. Berkat aku malu-malu nak pandang, takdelah aku nampak ape ape yang tergantung ke terlekat ke tertunduk ke terbuai ke. Tapi bunyian dari dalam toilet di sepanjang laluan yang takde manusia tu memang rancak macam ade orang berkenduri dalam tu.

Akhirnya aku sampai kat bahagian lif yang terang-benderang dengan lampu kalimantang. Ye opis aku miskin pakai lampu murah je. Bos kata nak lampu cantik pergi hotel la. Aku tekan butang lif cepat2 dengan harapan pintu lif terus terbuka sebab lif tu memang dah di aras aku. Tapi boleh pulak lif tu lambat pulak buka, kat bahagian tangga bunyi macam ada orang tengah turun dari aras atas. Ok takpe, insyaallah orang. Kut. At last, lif pun terbuka dengan jayanya. Aku sebelah kaki baru masuk lif terus tekan G. Bila lif tutup, lampu pulak tutup sekali adoiiiiii. Tapi aku senyum jer la sambil berdiri bebetul depan pintu lif sebab dalam lif tu kat tempat bersandar belakangnye ade cermin, at least dalam gelap aku takdelah nak nampak ape ape kan. So bergelap lah aku 2-3 minit dalam perjalanan lif tu ke bawah, nak buat-buat cek wasapp pun aku tak berani.

Sampai kat bawah dengan selamat, aku try berlagak macam biase sebab takut pakguard nampak pulak aku tengah takut kan. Aku senyum sekilas kat pakguard sebab kena lalu depan dia nak pergi ke kereta. Dia senyum balik pastu dia tanya, “Adik dah jumpa ke barang kata tertinggal? Banyak kali pakcik tengok ulang masuk keluar lif tadi??”. No komen. Aku sambung senyum je kat pakcik tu. Sampai sekarang aku tak tau nak kata apa.

Sekian cerita aku. Aku still layan jugak page ni dan kerja di tempat yang sama walaupun jadi macam ni. Sekali je jadi, lepas tu dah takde dan harapnye terus takde. Separuh dari cerita ni, aku tak pasti aku yang overthinking ataupun jadi real. Takde saksi nak verify. Nama page ni pun fiksyen, logik la if aku berimaginasi je kan. Korang nak menjerit melolong marah kat sini pon tak guna. Aku ikot korang balik rumah melolong baru tau ahahaaaha.

Rayka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Siapa Pakguard Nampak?”

  1. hahaha..sempoi…mmg dub dab dub dab jelah ye..sila bertabah mungkin anda akn jmpa jgk nxt time..nk pulak kt tmpt keje kann..hihi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.