Siapa yang aku jumpa di benteng tadi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS. Kisah ni berlaku semasa aku belajar di IPTA tahun 1998.

Setiap kali cuti sem, aku memang tak sabar nak balik kampung. Perjalanan bas yang agak lama, buatkan aku lebih suka naik pada waktu malam.

Aku sampai kampung awal pagi, lebih kurang pukul 4.30 pagi. Teksi cuma hantar tepi jalan besar, tak mahu masuk kampung. Mujur aku pakai beg troli. Tak jauh pun, dalam 300 meter ke dalam.

Sebaik turun teksi, aku lega sangat sebab ada lampu tepi-tepi jalan kampung. Sebab kadang-kadang jalan gelap kalau semua lampu rosak. Sampai di persimpangan benteng (sungai), aku bertembung dengan abang Husen. Aku senyum kat dia. Orangnya memang baik dan memang keluar awal pagi untuk bekerja. Biasa dia ucap salam kalau jumpa. Kali ni dia cuma pandang aku je. Aku segan nak tegur dia.

Sampai kat rumah, mak sambut aku dengan nasi lemak. Wah! Awalnya dia masak. Maklumlah, dah 4 bulan tak jumpa.

Sambil makan, mak bagitahu baru ada kematian minggu lepas kat kampung aku. Aku tanya siapa? Mak jawab….Husen! Aku rasa nak pitam. Aku cakap aku baru senyum dengan dia masa jumpa di benteng tadi. Sepanjang kat kampung, aku memang demam. Aku dimaklumkan, Husen m**i dilanggar lori sampai hancur badan

Zaini

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.6]

8 thoughts on “Siapa yang aku jumpa di benteng tadi?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.