Siapakah ‘perempuan tu’?

Hi warga FS sekalian alam. Selepas aku membaca cerita cerita yang ada di FS ini, terdetik dihati aku untuk kongsikan beberapa pengalaman yang seram pernah aku alami. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Ada dua kisah cerita seram dalam penulisan aku. Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku menulis cerita seram yang aku alami sendiri bersama rakan ku. Aku minta maaf andai cerita ini tidaklah seram seperti cerita yang lain tapi bagi aku agak seram lah…

Cerita ini mengisahkan tentang aku dan rakan ku yang aku namakan Mira (bukan nama sebenar).

Kami pelajar university yang terletak di Malaysia. Dia berkebolehan untuk melihat semua makhluk Allah yang ada di alam ghaib tapi tak semua lah. Seram kan?! Jadi, izinkan aku memulakan cerita ini dengan Bismillahirrahmannirrahim…

Kisah 1:
Siapakah perempuan itu?

Pada suatu hari, aku tengok pada calendar dalam bilik yang ditampal di dinding. Harini hari khamis malam jumaat. Apa yang aku tahu, malam ni banyak keliwon berkeliaran mencari mangsa untuk ajak bermain hehehe..

Kebetulan pada esok hari aku dan Mira tidak ada kelas, jadi kami bersetuju untuk menonton movie seram oleh kerana rakan sebilik kami lagi 2 orang sudah pulang ke rumah kerana rumah mereka tidak jauh dari fakulti. Oh! Aku lupa, bilik kami mempunyai 4 orang rakan sebilik yang bercampur negeri.

Semasa kami sedang leka menonton movie, jam di dinding menunjukkan pukul 2.35 am. Aku berkata pada Mira “eh, dah lewat ni tak nak tidur dulu kah?” Mira hanya menjawab “Jom, aku dah mula mengantuk ni”. Selepas itu kami mula berkemas untuk tidur. Si Mira ni pulak tiba-tiba terasa nak pergi ke tandas.

Dalam hati aku “alahhh time macam ni pulak kau nak pergi tandas” dengus hati aku yang agak penakut ini. Mira ni seorang yang berani dan bila dia ternampak benda ghaib ni, dia buat tak tahu saja dan akulah tempat untuk dia bercerita apa yang dia nampak. Iya lah kan, benda yang dia selalu nampak kiranya dia dah lali dah dengan ‘benda’ tu. Aku yang penakut ni biarkan saja Mira pergi seorang diri ke tandas. Selepas 5 minit, Mira balik ke bilik sambil berleter. Aku tanya dia kenapa dia berleter, pergi ke tandas saja pun. Hahaha.

“Aku niat ke tandas nak buang hajat tapi kenapa pulak ada ‘perempuan tu’ tengok aku dari atas?” Maksud atas tu adalah ‘perempuan tu’ bertenggek atas pintu sambil perhatikan si Mira ni membuang hajat”

“alahhh time macam ni pula lah kau nak cerita apa yang kau nampak. Diam sudahlah kalau nampak tu” Aku tanya Mira ‘apa yang kau nampak?’ heheheh aku ni walaupun takut, tapi nak tau juga apa yang dia nampak.

Katanya rupa ‘perempuan tu’ berambut panjang, muka yang hodoh, dan berpakaian putih tapi yang sudah lusuh. Katanya dia mulai sedar kehadiran ‘perempuan tu’ semasa dia sedang asyik melayan perasaan sambil membuang hajat, dia terasa macam ada juraian rambut pada pintu tapi bila dia pandang, tiada apa apa. Kemudian, dia sambung melepaskan hajatnya.

Semasa tengah klimaks dia membuang hajat, dia ternampak sosok tubuh dengan rambutnya yang panjang pada pantulan air di atas permukaan lantai. Dia pun pandang keatas, terus dia nampak ‘perempuan tu’ sedang bertenggek di atas pintu tandas. Seram kan?

Katanya lagi, masa dia terkejut melihat ‘perempuan tu’, terus dia cepatkan urusan melepaskan hajatnya dan terus bergegas ke bilik semula. Tapi apa yang aku geram dengan si Mira ni, muka dia biasa saja seperti yang dilihatnya sebentar tadi adalah aku yang sedang bertenggek di atas pintu sambil merenung dia. Hahahaha!

Aku fikir cerita seram si Mira ni habis sampai di situ saja. Tapi tidak wahai pembaca FS sekalian… Sebelum kami nak tidur, kami selalunya akan berbual kosong dulu.. Ye lah kan, time tu saja yang kami dapat meluangkan masa setelah seminggu penat ke kelas dan menyiapkan tugasan yang diberi.

Kebetulan semasa kami berbual, pintu bilik sengaja dibiarkan terbuka kononnya nak bagi angin masuk lah. Tiba-tiba semasa rancak berbual, si Mira ni sekali lagi buat hal. Dia menoleh mukanya ke pintu dengan senyuman yang galak sambil berkata “kami tak mau beli lah makcik, kami tak lapar pun… Apa lah jual nasi lemak malam malam buta ni, pergi balik”.

Aku tahu Mira ni memang orangnya suka bergurau tapi kali ni aku rasa macam nak tampar je muka dia hahahaha! Lepas pada itu, aku terus tutup pintu dan ajak Mira ni tidur sekatil hahahaha! Kan aku dan cakap, aku ni penakut. Keesokan harinya, Mira memberitahu bahawa kejadian ‘makcik nasi lemak’ tu adalah benar!

Dia nampak makcik yang jual nasi lemak tu dengan berpakaian kotor sambil memegang bakul yang ada beberapa bungkus nasi lemak dengan rambut yang kusut masai.

Kisah 2:
Siapa Tarik Aku?

Kisah dia macam ni… Setiap kali weekend, aku dengan Mira ni selalu tinggal berdua saja di bilik. Korang faham je lah kalau aku berdua dengan Mira ni, memang ‘masak’ lah aku dengan dia ni sebabnya dia ni selalu cerita dekat aku apa yang dia ‘nampak’ sesaat selepas dia ‘nampak’ benda tu.

Malam tu aku tengok jam lebih kurang pukul 11.30pm, aku dengan Mira tengah sibuk main handphone masing-masing atas katil beralaskan tilam yang empuk. Tengah leka scroll Instagram, tiba tiba si Mira ni lompat ke katil aku, dan dia cakap dia nak tidur dengan aku malam ni. Aku pun pelik lah kenapa dengan si Mira ni? Tapi aku buat tak endah ja la..masih lagi rileks pisang main handphone.

Tiba tiba….. si Mira ni tergelak terkekek kekek sambil tengok ibu jari kaki dia. Sekali lagi Mira ni nak mainkan aku ka apa? Hahaha! Aku rasa dua ke tiga kali juga lah Mira ni ulang buat benda yang sama. Last sekali aku dah tak tahan, aku tanya si Mira ni.. “kau kenapa Mira?”.
Dia jawab, “tak nampak ke budak tu tengah geletek kaki aku?” ahhhh sudah! Dia buat lagi! Lalu aku bingkas dengan cergasnya pergi buka lampu bilik yang sebelum ini kami hanya bercahayakan lampu jalan yang berada di luar bilik. Cerahnya boleh tahan juga lah sampaikan si Mira ni boleh nampak siapa yang geletek kaki dia.

Lepastu, keadaan kembali reda…. Aku pulak malas nak layan si Mira ni, aku pun sambung main handphone sambil scroll Instagram sambil layan gossip artis Malaysia. Apa yang aku sedar, aku dapat rasa tubuh aku semakin kebawah seperti ada yang ‘menarik’ kaki aku perlahan demi perlahan sampaikan aku punya kepala dah tak berada di atas bantal.

Aku malas nak layan. Tapi makin menjadi pula dia ‘menarik’ sampaikan aku punya kepala dah paras bahu si Mira ni. Padahal kami baring se’level’ saja tadi. Masa tu aku diamkan saja tak nak bagitau Mira sebab aku risau dia punya ayat yang keluar dari mulut dia tu lagi menyeramkan daripada apa yang aku rasa. Dua kali dah aku kena ‘tarik’.
Aku nekad! Aku tanya lah si Mira ni kenapa aku punya badan mcm ke bawah rasa mcm ada yang menarik? Tiba-tiba Mira bingkas bangun dan tengok! Tahu tak apa yang ‘tarik’ aku? ‘Budak kecil’ yang menggeletek ibu jari kaki si Mira ni! Amboi! menggeletek sungguh hati aku dengar apa yang Mira cakap!

Katanya Mira ‘budak kecil’ tu nak ajak bermain dan Mira cakap wajah ‘budak kecil’ tu seperti budak yang normal cuma mukanya saja pucat lesi seperti tiada d***h!. Ahh lantak kau lah Mira, kau je lah melayan ‘budak kecil’ kau tu! Lepas tu, aku terus tarik selimut dan tidur sebab aku malas nak layan perasaan takut aku tu!

-putih-

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Putih

1 thought on “Siapakah ‘perempuan tu’?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.