#SiBaran: Misteri Tangisan Ramadhan

Jam di dinding dilirik sekali lalu. Sudah pukul 1.10 pagi. Aku mengeluh panjang. Ingin sekali aku mengetuk kepalaku sendiri. Entah bagaimana aku boleh terleka melayan drama bersiri sampai lewat pagi? Angah, achik dan usu dah pun masuk dalam perjalanan mimpi masing-masing, yang aku sendiri tidak mengetahui jalan ceritanya baik atau buruk.

Maka tinggallah aku seorang diri yang masih bersengkang mata lagi. Sementara mata aku ini masih belum berasa mengantuk lalu aku bercadang untuk melayan drama bersiri hampir berjam-jam lamanya sambil menyumbat telingaku dengan earphones. Mujurlah esok harinya aku cuti, dapatlah aku sambung membuta balik.

Sedang asyik melayan, tak semena-mena telinga aku menangkap bunyi tangisan seseorang. Aku membuka earphone untuk mendengar dengan lebih jelas. Yup. Jelas! Bunyi tangisan seorang perempuan sedang menangis mendayu-dayu. Kedengaran bunyinya begitu sedih dan ada kalanya sangat nyaring sehinggakan, bunyinya buat aku rasa tak senang duduk. Serta merta bulu roma aku meremang. Aku lihat adik perempuan aku si usu ni, masih lena dibuai mimpi. Keadaan masa tu sungguh gelap dan sunyi. Angin sejuk menusuk-nusuk segenap tubuh, membuatkan aku menggeletar kuat.

Tangisan tersebut kedengaran makin lama agak kuat dan garau bunyinya. Spontan aku mengerutkan dahi. Aku tidak salah dengar, bukan? Dalam waktu sebegini, sepatutnya sudah senyap dan sepi tanpa sebarang bunyi. Siapa yang menangis ni? Mula-mula aku fikir mungkin ada jiran yang bergaduh malam-malam macam ni. Tapi bila difikirkan balik, jiran aku tu dah balik ke kampung kot! Almaklumlah seminggu lagi nak sambut raya. Habis tu siapa yang menangis malam-malam buta ni? Hantukah? Tapikan sekarang ni bulan Ramadan, bukankah hantu syaitan tu, sudah diikat? Macam-macam persoalan bermain dikepala aku ni.

Dalam keadaan ragu-ragu, aku mengambil langkah hingga menghampiri ke arah tingkap bilik tidurku. Aku cuba menyelak langsir dan memandang ke arah luar tingkap. Aku meliarkan pandangan ke kiri dan ke kanan. Tidak jauh dari kedudukan aku, kedengaran bunyi tangisan tersebut makin kuat dan sangat dekat. Malah aku juga, ada terdengar nyalakan anjing dari luar. Namun bila dilihat, tidak ada sesiapa pun diluar rumah. Banyak rumah jiran sudah gelap kerana sudah pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut hari lebaran yang cuma tinggal seminggu je lagi berpuasa.

Kepala aku mengembang keseraman. Sepantas kilat aku mengalihkan pandangan dan menyembunyikan tubuh disebalik dinding. Mataku membulat luas. Peluh merecik-recik membasahi dahi. Jantung berdegup kencang tak ubah seperti bom jangka yang menanti masa untuk meletup. Hati pula mengalunkan doa yang pelbagai. Ya Allah! Musibah apa yang sudah aku jumpa ini?

Setelah beberapa minit berlalu, aku memberanikan diri untuk mengintai keluar dari bilik tidur aku, dan menuju ke arah bilik angah dan achik. Hanya bilik tidur diorang yang paling dekat dengan bilik tidur aku dan usu. Tanpa menunggu lagi, aku bingkas bangun, membuka pintu dan berlari selaju mungkin. Habis segala benda yang tersadai di depan, aku langgar. Lantaklah, asalkan aku selamat! Sesekali tu, aku melirikkan kepala ke belakang, manalah tahu kalau-kalau ada sesuatu yang mengekori aku dari arah belakang. Menikus je aku saat itu tak ubah seperti tikus takutkan kucing.

Sesampai saja didepan bilik angah dan achik , aku mengetuk pintu bilik diorang sekuat mungkin.

“Angah..!! Achik..!! Buka pintu jap..!!”
“Cepat-cepat..!!!”

Pintu bilik terbuka. Tersembul kepala angah dengan rambut kusut. “Nak ajak sahur ke?”, soal angah pada aku.

“Aku tengah cuak giler baby (tak elok mencarut) kat sini boleh pula kau pikir pasal makanan? Tak patut betullah!”, bidas aku pada angah. Cepat-cepat aku rempuh masuk ke dalam bilik diorang. Achik masih lagi membuta.

Dalam-dalam, aku menggali nafas. Cuba menenangkan diri yang sememangnya tidak mampu bertenang. Dengan suara yang bergetar kuat, aku menyoal angah, “kau ada dengar sesuatu tak?”. Suatu bunyi aneh menerjah gegendang telinga angah. “Bunyi orang menangis!”, bisik angah pada aku. “Hah, tu sebab aku mari kejutkan engkau. Takdelah aku sorang je yang kena!”.

Aku mendiamkan diri. Tetiba teringat akan sesuatu. Apa yang pernah aku baca sebelum ini terus sahaja menerjah ke dalam ingatan aku.

Berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”

Namun menurut pendapat Imam Nawawi di dalam syarahannya menyebut bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudah pun berpuasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran d***h yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di’rantai’. Dalam erti kata lain, puasalah yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.

Namun menurut Imam Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas, kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Berdasarkan hadis dibawah

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka.
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaanya nilai buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau ketika ini Syaitan di belenggu.

Diluar sedar, aku mengulum senyuman yang sangat kelat. Tepat! Kata-kata tersebut sangat tepat pada waktu dan keadaan aku sekarang ini. Bisik hati kecil aku seakan-akan mengejek. Kalau sebelum ini, sejak kecil aku dibesarkan dengan fahaman yang hantu syaitan dirantai dan diikat pada bulan puasa, namun sehinggalah aku mengetahuinya, hari-hari fahamanku yang sejak kecil aku simpan semuanya hancur berkecai. Alamak! Maknanya tak berikatlah ekk? Korang rasa?

Tapi bagi aku tak kiralah syaitan dibelenggu atau tidak pada bulan puasa ni, tapi nafsu diri itu, adalah syaitan yang kedua. Kenapa nafsu? Nabi menang dalam satu peperangan, namun Nabi bersedih. Sahabat bertanya. Kenapa kamu bersedih ya Rasulullah? Peperangan ini adalah mudah tetapi peperangan dengan nafsu adalah peperangan yang sangat sukar. Sebagai contoh sukarnya untuk kawal nafsu amarah! Bila api kemarahan makin membara, mulut lancang berkata-kata, tanpa disedari, diri sudah mula mewujudkan satu permusuhan. Tidakkah ianya merugikan?

Ishh, entahlah! Pada masa itu, aku sendiri tidak tahu perasaan aku sekarang. Bimbang? Semestinya. Takut? Lebih dua kali ganda berbanding bimbang. Angah tiba-tiba kejutkan achik. Tersedar sekejap aku dari mengelamun. “Achik, bangun! Bangun aku kata!”, laung angah pada achik. Namun achik tetap lena membuta diatas katil. “Apasal ko gerak achik?”, soal aku pada angah.

“Sshhh..! Takkan aku dengan kau je yang kena? Sekali sekala tu, biarlah dia ni kena juga!”, bisik angah pelan-pelan. “Achik..bangun sahur..sahur achik..karang tak sempat pulak nak sahur nanti!”, tipu angah lagi. Aku lihat achik bangun sambil mengeliat betulkan urat-urat sambil tu sempat pula dia capai iphonenya. “Giler lu, sahur apanya? Awal lagi ni!”, marah achik pada angah. “Weii, ko tak dengar ke, bini ko menangis kat luar tu! Pergi laa bang, pujuk mata air nuh”, bisik angah pada achik. Achik terdiam. Tak semena-mena dia menoleh padaku. “Ehh, sapa nangis tuh? Usu ke?”, soal achik lagi. “Usu, tido laa..! Ada dalam bilik aku.” Selebihnya aku hanya mengeleng kepala tanda yang aku ini, tidak mengetahui siapa yang menangis pada malam tersebut. Tiba-tiba angah mencelah “Bini lu laa. Cicak kobeng ni tak nak ngakulah pulak”, gelak angah kenakan achik sambil lirik pandangannya pada aku. “Hal, laki bini aku tak masuk campur!”, jelas aku pada angah dan achik. “Woi..simpang malaikat 44! Memang tak laa yang kat luar tu bini aku! Aku sekolah pun belum habis lagi..!”, bidas achik seakan membela dirinya. “Kalu cun..okeh laa jugak!”, tambahnya lagi.

Malam tu kami bertiga, masing-masing cuba mengintai dan mencari suara tangisan tersebut pada setiap sudut tingkap bilik, namun hasilnya sia-sia sahaja. Kami langsung tak menemukan sebarang petunjuk atau kelibat orang. Malah suara tangisan tersebut masih lagi berbunyi agak nyaring dan mendayu-dayu. Makin lama makin kuat. Naik seram juga, dibuatnya. Aku pada mulanya agak cuak juga. Dalam kepala ni, bukan main ligat memikir kalau-kalau yang sedang menangis ni pontianak! Atau ianya langsuir? Hentah-hentah pelesit tak? Hah, bunian! Lagi pulak kawasan kat sini dekat dengan hutan, semak samun dan paya. Malah kebanyakkan ustaz yang datang berubat kat rumah aku ni cakap yang hujung sana tu, terdapat perkampungan bunian. Kawasan rumah aku ni pula, memang laluan diorang. Ishh..berdebar juga! Tapi bila dah bertiga ni, barulah aku boleh bernafas dengan tenang kembali.

“Jom, ikut aku!”, tiba-tiba angah bersuara.

“Ke mana?”, aku dan achik menyoal angah serentak.

“KE..LU..AR..!” jawab angah dengan suara yang penuh teruja.

“Tapi..”

Aku ingin menolak, tapi achik sudah pun mengheretku pergi. Mahu tidak mahu, aku membiarkan sahaja kaki melangkah keluar dari bilik diorang. Akhirnya, langkah aku terhenti. Aku masih diam ditempat aku berdiri, dan memandangnya dengan rasa tidak percaya. “Kat sini ke?” Angah memandang aku dengan hairan. Achik menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku m**i-m**i ingatkan diorang nak pergi “ke luar” rumah, tapi cuma “keluar” pergi ke ruang keluarga sahaja. Fuh! Lega rasanya.

Disana kami bertiga berkumpul dan cuba baca surah yang pelbagai. Macam-macam bunyi kat atas atap rumah kitorang. Dari jauh bunyi nyalakan anjing masih lagi kedengaran. Bunyi tangisan perempuan tersebut walaupun masih berbunyi tapi makin lama makin pelahan bunyinya. Tidaklah nyaring mendayu-dayu macam sebelum ni. Hentah dalam pukul berapa kitorang terlelap kat sofa ruang keluarga. Sedar-sedar mak kejut kitorang untuk bersahur. Bangun sahur kalau tak silap dalam pukul 4.15 pagi macam tu laa. Itu pun aku hanya minum segelas air masak dan beberapa biji kurma dan kismis sebelum aku sambung balik membuta. Hah! Itu pun kalau aku rajin nak bangun sahur laa, kalau tak dah awal-awal lagi aku bedal nasi sebelum masuk tidur. Nanti sahur, aku tak payah bangun lagi.

Kesimpulan dari cerita aku yang korang baca ni, memang kisah benar yang terjadi pada bulan Ramadhan, 2 tahun yang lepas. Bulan puasa ni aku tak menipu tau! Seminggu nak sambut raya. Aku, angah dan achik bukan main lagi beria-ria benor, kasi tahu kat mak dan abah pasal kejadian aneh yang kitorang lalui malam tersebut. Keesokan malamnya angah dan achik siap tunggu lagi bunyi tangisan tersebut. Katanya nak rakam kalau-kalau ianya berbunyi lagi, bab tunggu ni tak adanya aku nak join sekaki. Namun tunggu punya tunggu sehinggalah ke hari ini bunyi tangisan tersebut tidak lagi muncul.

Tapi apa yang menjadi persoalannya dari mana bunyi tangisan tersebut? Siapa yang menangis? Manusia ke apa? Sampailah ke hari ini kitorang masih ingat dan cuba cari jawapan. Namun jawapan yang kami perolehi, rupanya ada kisah tersembunyi disebalik kejadian tersebut. Kisah apa? Jom aku hurai selanjutnya. Sebelum jiran aku ni balik ke kampungnya, diorang ni ada upah orang suruh tebang pokok besar kat tepi pagar rumah diorang tu. Pasal apa diorang tebang pokok tu? Pada mulanya aku tak tahulah apa sebabnya. Akhirnya aku dapat tahu, setiap kali tepat pukul 12 malam, anaknya mesti menangis dan ketakutan sebab ternampak ada sesuatu bergayut kat atas pokok tersebut. Itu pasal dia upah orang untuk tebang pokok tersebut. Bila dah tebang pokoknya, benda ni pun berkeliaran laa sambil menangis dekat balkoni rumah diorang. Setiap kali benda tu lepak kat balkoni rumahnya, mesti akan ada kesan d***h yang tertinggal. Bertitisan d***h kat atas lantai balkoni tersebut.

Malah aku dengar yang ambil upah untuk tebang pokok tersebut, katanya sampai demam panas! Aku syak mesti penunggu pokok tu kot yang marah dan menangis pada malam tersebut. Yelah tempat tinggalnya dimusnahkan, mesti benda tu sedih. Hmmm, ini jawapan yang aku perolehi dari sumber maklumat bergerak di kawasan perumahan kitorang. Siapa lagi kalau bukan si Zam Merry (astro bergerak kitorang). Tapi mujurlah masa aku kena dengan benda alah ni, benda ni tak tunjuk rupanya dan mujur jugalah hanya sekali tu je bunyi tangisan misteri tersebut. Kalau berhari-hari benda ni menangis, mesti dengan aku sekaligus menangis juga mintak abah bawa kitorang pindah rumah.

Sebelum itu ada sedikit sampingan dan santapan khas buat korang. Nanti boleh korang amalkan! Alhamdulillah, syukur buat gengs FS semua, kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Bulan yang Allah sediakan begitu banyak ganjaran pahala untuk direbut oleh umat Islam melalui setiap ibadat, sehinggakan Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:

“Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih.”
– HR al-Baihaqi

Betapa besarnya kelebihan Ramadan sehinggakan tidur pun dianggap ibadat. Hebat bukan? Pada bulan inilah diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan digandakan pahala amalan pada malam tersebut. Di bulan ini juga Allah SWT menurunkan juga petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalakkan untuk memperbanyak serta menggandakan bacaan al-Quran berserta maksudnya. Pada bulan inilah pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan memanjatkan doa. Insyaallah dimakbulkan segala doa dan hajat.

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin atau racun dari dalam tubuh kita. Selain itu ianya meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru. Dengan berpuasa juga dapat memperbaiki fungsi hormon, dan menjadikan kulit sihat. Malah dapat meningkatkan daya tahan tubuh secara semulajadi. Lagi elok, jika ditambahkan pula dengan amal ibadat kita. Namun begitu..

Sayyidina Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah juga bersabda: adakah manusia itu lemah untuk melakukan seribu kebajikan setiap hari? bertanyalah seorang sahabat” bagaimana ya Rasullullah? baginda menjawab: dengan bertasbih sebanyak seratus kali nescaya kamu akan diberikan oleh Allah seribu kebajikan”.

Jadi marilah kita memperbanyakkan bertasbih dan berzikir pada Allah pada bulan yang mulia ini. Beza antara orang yang berzikir dan tidak berzikir ialah sama seperti orang yang hidup dengan orang yang sudah m**i. Jadi dalam 1 bulan(Ramadhan) inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Rasullullah s.a.w. berkata: “Apa kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmidlah (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbirlah (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu daripada seorang khadam.”Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Imam Al-Ghazali, pun sangat menekankan soal berzikir. Beliau menyusun zikir-zikir yang penting mengikut hari tertentu. Antaranya:

Ahad : Yaa Hayyu Yaa Qayyuum.

Isnin : Laa haula wala Quwwata Illaa Billaahil Aliyyil Aziim.

Selasa : Allahumma Solli Alaa Abdika Wanibiyyika Warasuulikal Amiin, Wa alaa Aalihii Wasohbihii Wasallim.

Rabu : Astagfirullaahal Aziim.

Khamis : Subhaanallaahil Aziim Subhaanallaahi Wabihamdih.

Jumaat : Yaa Allah.

Sabtu : Laa ilaahaillallaah

Ini sahaja yang dapat aku kongsi untuk korang semua. Jadi bolehlah korang amalkan selalu. Mohon maaf andai kata cerita yang aku sampaikan buat kali ni masih ada kekurangan dan kelemahan. Maaf juga kalau kisah aku ni tak seseram mana. Mood puasa, jadi feel dia kureng laa kang? Aku akan cuba perbaikinya lagi.

Sebelum aku berundur, aku teringat akan nasihat Imam Shafie yang berpesan,

janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbedaan pendapat. Terkadang, meraih hati orang lain itu lebih utama daripada meraih kemenangan atasnya. Jangan pula engkau hancurkan jambatan yang telah kau bangun dan kau lewati di atasnya berulang kali, kerana kelak satu hari nanti engkau akan membutuhkannya kembali. Berusahalah dalam hidup ini agar engkau selalu membenci perilaku orang yang salah, tetapi jangan pernah engkau membenci orang yang melakukan kesalahan itu. Engkau harus marah saat melihat kemaksiatan, tapi berlapang dadalah atas para pelaku kemaksiatan. Engkau boleh mengkritik pendapat yang berbeda, namun tetap menghormati orang yang berbeda pendapat. Kerana tugas kita dalam kehidupan ini adalah menghilangkan penyakit, dan bukannya m******h orang yang sakit. Maka apabila ada orang yang datang meminta maaf kepadamu, maka segera maafkan. Apabila ada orang yang tertimpa kesedihan, maka dengarkanlah keluhannya. Apabila datang orang yang membutuhkan, maka penuhilah kebutuhannya sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadamu. Apabila datang orang yang menasihatimu, maka berterima kasihlah atas nasihat yang ia sampaikan kepadamu. Bahkan seandainya satu hari nanti engkau hanya menuai duri, tetaplah engkau untuk sentiasa menanam bunga. Kerana sesungguhnya balasan yang dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah jauh lebih baik dari balasan apapun yang mampu diberikan oleh manusia. Maka tekadlah jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu, dan kematian dipelupuk matamu. TAMAT

SeLaMaT BeRpUaSa..!! #okbai

ZeRo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “#SiBaran: Misteri Tangisan Ramadhan”

    • kita tak cari laa..tapi kalu muncul balik memang meletup laa benda tuh..udah siap mercun bagai..tunggu mangsa nak letup je..ahahah

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.