#SiCelupar: Friend Request

Salam sayang warga FS sekalian. Hai, Admin! Sihat? Yang lain-lain, sihat ke idok? Wait, maksud aku yang lain-lain kat sebelah korang tu. Sihat ke tidak? Nampak macam tengah senyum menyeringai je pandang korang tu, sihat la tu kot.

Setelah bancian dibuat di akaun Facebook aku (Wan SC), rata-rata friends vote untuk aku tulis cerita bertajuk Friend Request. Terima kasih di atas undian kalian!

Siapa pernah tengok filem Friend Request? Kisah pasal Laura yang accept friend request dari kawan sekolej dia, Marina, di mana Marina ni tadi jenis introvert tak bercakap dengan orang langsung, nampak macam psiko. Satu hari Laura dan Marina bergaduh. Laura unfriend Marina dari Facebook. Sakit hati punya pasal, Marina gunakan dia punya programming skill, psikologi dan ilmu hitam untuk buat Friend list Laura dari 800 jadi 0. Sambil tu berlaku perkara-perkara pelik dan mistik di sekeliling Laura dan kawan-kawan Laura yang rapat. Bagi peminat filem bercorak thriller psiko supernatural ni, aku bagi highrate untuk filem ni walaupun IMDb bagi 5.4/10 je.

Jom aku bawa korang ke kisah yang sipi-sipi nak sama dengan movie ni, tapi versi melayu dan terjadi dekat kawan aku, Amin.

……

Lokasi: Kedai Mamak
Masa: Sabtu, 9.00 malam. Langit gelap tak ada bintang. Mungkin nak hujan.

Amin keluarkan sebatang rokok dari kotak, memang tinggal sebatang tu je. Last. Lighter dia pinjam dari mamat meja sebelah tengah dating dengan awek dia. Air kopi o atas meja dah tinggal suku. Cis, macam orang tua minum kopi o! #beliabencikopio

Asap berkepul-kepul di hembus ke udara. Kepala otak dia serabut. Tunggu aku tak sampai-sampai. Janji pukul 9.00, ni dah pukul 9.15. Tak melayu la datang on time. Kahkahkah.

“Alah, relaks la. Bukan nak ke mana pun. Nak lepak mamak ni je kan?” ayat aku taknak mengaku salah.

“Kau kenapa ajak aku lepak ni? Biasanya bukan main susah lagi bila aku ajak lepak, sejak jadi salesman, jalan merata satu Malaysia ni.” aku tanya dia lepas aku order roti bom feveret aku dengan teh ais dekat baiya yang dah kerja kat mamak tu hampir 3 tahun.

“Aku ada masalah ni.” Amin jawab.
“Masalah apa? Kalau duit, aku cakap siap-siap, takde. Kalau nak jual sim Tone Excel aku taknak.”
“Bukan” Amin garu kepala.
“Aku kenal kau, dalam dunia ni dua benda je masalah yang boleh buat kau garu kepala macam ada banyak kutu. Tak duit, pompuan. Tak pompuan, duit. Pompuan mana pula kau buntingkan ni?”
“Wan aok! (Nenek kau!) Aku tak pernah buntingkan awek-awek aku doh.”
“Cis! Macam banyak sangat je awek kau. Kahkahkahkah”

Satu mesej dari Messenger masuk.

“Kau tengok ni.” Amin tunjuk phone dia ke aku. Mesej dari seorang perempuan nama dia Syakila.
‘Sedapnya Kopi O Panas!’
“Kenapa?” aku sumpah tak faham.

“Minah ni aku kenal 2 bulan lepas. Aku kenal dekat wechat. Kau tau kan aku tak layan wechat sangat. Aku suruh dia add aku dekat facebook. Borak-borak pakai messenger. Aku dengan dia kenal-kenal la. Tak lama lepas tu dia ajak jumpa. Dia ajak jumpa malam. Jumpa pun dekat McD. Budak-budak sangat. Tapi, aku ikutkan je la. Sekali tengok-tengok gemok bai! Putus selera aku. Kitorang dating kejap je. Balik rumah, aku terus unfriend, block.”

“Peerrgghh lahanat gila perangai kau!”

“Itu bukan isu dia. Isu dia sekarang macam ni..” Amin mulakan cerita, muka dia serius.

……

KISAH AMIN

Aku penat gila. Baru balik dari dating dengan minah gemuk mana entah. Muka dah cun dah, tapi sayangnya, gemuk. Aku ni jenis anti sikit dengan spesis gemuk ni sebab ada sejarah-sejarah lama dengan gadis-gadis XL ni. Tak perlu lah aku nak ceritakan nanti jadi berpage-page pulak cerita ni.

Malam esoknya mak aku tak ada dekat rumah. Keluar dengan bapak aku. Pergi rumah makcik aku tak jauh dari sini. Aku tak ada geng nak lepak malam tu. Memang hobi sampingan aku adalah melepak di kedai mamak sambil mengena secawan kopi o panas dan sekotak rokok Winston Light bersama-sama member-member aku yang masih belum nampak masa depan yang gemilang. Tapi, malam ni tak ada geng. Semua busy. Aku duduk lepak kat rumah je la.

Lepas mandi aku capai telefon nak layan game Summoner’s War sekejap dekat phone. Tak sempat nak masuk apps tu, tengok-tengok ada mesej masuk dekat Messenger. Dari Syakila.

“Awak unfriend facebook saya?”

Kejap. Bukan ke aku dah block minah ni ke semalam? Aku baca mesej dia tu tapi aku tak reply. Aku log out Messenger tu, aku log out Facebook sekali. Aku sambung main game.

“Kenapa awak block saya?”

Aphal doh. Kan aku dah log out segala bagai. Camane mesej dia boleh masuk balik? Siap keluar bubble bulat ke tepi. Siapa pakai Messenger tau la. Dah la DP pakai muka Nelydia Senrose. Tak sedar diri langsung.

Aku restart handphone, maybe ada teknikal problem. Pakai android cikai camni la. Minggu lepas 6S aku jatuh dari raga motor, menangis lagu Sudah Ku Tahu dibuatnya. Duit takdak nak ganti baru, pakai je la Lenovo lama aku ni. Nasib baik hidup lagi.

Bila phone tu on balik. Mesej dari Messenger masuk lagi.

“Berani kau block aku!!”

Apa kena doh dengan phone aku ni. Tak, apa masalah minah ni sebenarnya?

Syakila call aku lepas tu. Aku letak. Dia gigih call lagi sekali. Ok, aku bagi can. Aku angkat. Aku dengar suara Syakila macam bisik-bisik. Dia cakap apa, satu patah perkataan pun aku tak faham. Kalibatora mangkara mangkaribu nalakali campagunakasatoradatanglaginaruwakakakaka. Aku reka je tu. Sebab aku memang tak tahu apa yang si Syakila tu duk cakap dekat telefon tu. Aku hello dua tiga kali dia tetap duk kalibatora kalibatora.

Bila Syakila dah senyap, aku hello dia sekali lagi. Entah apa yang hipnotize aku, aku langsung tak letak panggilan tu. Lepas tu Syakilla menangis. Dah kenapa minah ni menangis pula?

Aku malas layan. Aku off panggilan tu. Aku swith off handphone tu. Aku letak phone atas meja, aku keluar bilik, bukak tudung saji. Cis! Tak ada satu benda pun. Ada pisang goreng petang tadi dua tiga ketul, tu pun dah sejuk. Aku pergi dapur, rendam magi dalam mangkuk kaca, bukak tv, layan drama melayu sampah.

Masa aku tengah bersemangat menyedut selembar mi maggi yang cukup panjang, tiba-tiba phone aku berbunyi dari dalam bilik. Bunyi notification masuk bertalu-talu tak berhenti. Kebabian apakah ini? Kan aku dah off telefon tu tadi? Aku bangun, masuk ke bilik. Phone aku tak ada atas meja. Mana pulak perginya? Tadi kan aku letak atas meja ni?

Bunyi notification masuk lagi sekali. Datangnya dari bawah katil aku. Masa ni aku dah start meremang. Macam mana handphone aku boleh ada bawah katil pulak.

Aku selak cadar, aku telek bawah katil. “paap!” Blackout. Terus kelam gelap gelita bilik aku. Memang tak nampak apa-apa langsung. Aku raba-raba bawak katil yang berhabuk tu. Kalau aku dapat phone tu, terus buka torchlight, tapi tak jumpa. Aku raba dalam lagi. Kepala aku masih dekat luar, tangan aku je memanjang masuk bawah katil tu.

“Papp!” lampu menyala. Tapi, lampu bilik aku ni lampu kalimantang yang jenis panjang tu. Kalau nak hidup dia akan berkelip-kelip dulu beberapa kali baru menyala penuh. Masa lampu tu berkelip-kelip tu lah selang setiap kelipan tu aku nampak ada makhluk bermuka hitam bergigi taring pandang aku dari bawah katil.

“Ya Allah!” aku terjerit kecil. Aku tarik tangan aku. Aku seret badan aku menjauhi katil. Cadar katil masih tersingkap ke atas, aku masih boleh nampak ruang bawah katil. Bila lampu dah menyala penuh, aku tengok bawah katil tu tak ada apa-apa. Kosong. Phone aku pun tak ada. Meremang gila aku masa tu.

“bzzzz” phone aku vibrate. Ada atas meja. Cepat-cepat aku bangun, capai phone tu.

Aku tengok ada 30 notifications. Semuanya Friend Request dari Syakila, Syakila01, Syakila02, Syakila03, Syakila04 dan seterusnya sampai Syakila29. Psiko gila minah ni. Aku decline, decline, decline. Handphone tu diam je lepas tu. Aku sambung aktiviti menyedut mee maggi sambil layan movie.

Pintu pagar dekat luar berbunyi. Aku nampak lampu kereta dari celah pintu. Mak bapak aku dah balik. Satu mesej tiba-tiba masuk. Dari Syakila lagi. Tapi, kali ni mesej dia pelik. Dia bagi gambar, gambar macam conteng-conteng dekat dinding tulis bahasa yang entah apa-apa. Macam mantra pun ada. Ada symbol jugak. Macam tanduk setan, segitiga, mata satu. Tapi, masa tu aku tak sedar lagi. Aku baca je sampai habis. Siap mencarut lagi kejadah benda bodoh apa dia hantar kat aku ni. Dalam tak sedar tu lah, aku sebenarnya dah di mandrem oleh Syakila sebenarnya.

Mak bapak aku masuk rumah. Diorang tanya aku dah makan ke belum? Aku jawab la, aku masak maggi je. Lepas tu, aku toleh pandang diorang yang tengah masuk guna pintu kayu. Rumah aku ada pintu kayu sebelah pintu kaca sliding door tu.

“Allahu akbar!!” aku menjerit macam nak gila bila aku nampak yang masuk rumah tu, dua ekor pocong bermukakan mak aku dan bapak aku. “Kenapa?” pocong tu bersuara, suara kasar garau. Sambil tu, pocong-pocong tu datang dekat dengan aku. Aku menjerit lari masuk bilik sambil jerit-jerit panggil nama Allah.

“Amin! Kenapa, Min?” suara Mak dari luar bilik sambil ketuk-ketuk pintu bilik aku.
“Min, bukak pintu ni!” suara bapak pula.

Aku apa lagi, aku jerit “Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku.” Sampai naik serak-serak suara aku sebab takut sangat. Aku tau tu bukan mak bapak aku. Tapi, pocong! Aku nak call mak dengan abah tapi phone aku dekat luar.

Lama aku berkurung dalam bilik sampailah aku tertidur dan terbangun esok pagi. Tu pun sebab nak pergi kerja. Subuh aku macam biasa la, pukul 7.30 baru nak angkat takbir.

Hari tu, aku tak pergi kerja luar. Duduk ofis je. Kerja salesman macam aku ni kalau duduk ofis bukannya banyak kerja sangat pun. Banyak main phone je balas whatsapp customer.

Satu mesej masuk dekat messanger. Dari Syakila lagi.

“Seronok main kejar-kejar dengan pocong malam tadi?”

Bila dia tulis macam tu je, aku dah syak dia ni main mandrem dengan aku. Hantar benda bukan-bukan. Hanya disebabkan aku reject dia. Gila perempuan ni.

Aku tak tau macam mana minah ni buat. Aku dah block dia macam-macam cara dah, mesej dia tetap masuk jugak. Aku rasa dia ni hacker. Tapi, macam impossible. Siapalah aku ni sampai dia beriya sangat nak hack. Hanya dengan alasan aku reject dia, tak cukup kuat kot alasan tu je. Tapi, perempuan zaman sekarang kalau terdesak memang sanggup buat apa je.

Pukul 5.30, aku terus cabut keluar dari ofis. Tapi, aku tak balik rumah terus. Aku pergi kedai member aku. Kedai handphone. Aku mintak dia repair skrin 6s aku minggu lepas. Biasalah bila dah jumpa, panjang la boraknya. Sampai tak sedar hari dah masuk maghrib.

Dapat dengar suara Azan dari masjid dekat dengan area kedai tu. Elok je Azan maghrib habis, kedai kawan aku tu blackout. Blackout dia pula boleh tahan gelapnya. Tapi tak sampai beberapa saat, ada balik lampu. Tapi, depan aku bukan lagi kawan aku dah. Tapi, pocong! Pocong bermukakan kawan aku!

Aku jerit macam orang gila dalam kedai tu. Member aku, pekerja dia sorang dan ada dua orang lagi customer, semua pakai kain putih macam pocong. Mata bulat muka pucat. Tapi, semua pocong tu bermukakan diorang. Bila dengar aku menjerit, semua pandang aku dengan muka yang seram gila.
Aku berlari keluar kedai. Kat luar kedai, macam nak luluh jantung aku. Ada berpuluh-puluh pocong sedang melompat ke sana ke mari. Bila diorang dengar aku menjerit, terus semua pandang aku. Aku menjerit lari masuk ke kereta. Pocong yang muka macam kawan aku tadi, kejar aku. Yang lain-lain hanya mampu pandang je.

Sepanjang perjalanan aku balik ke rumah, aku nampak banyak pocong tepi jalan. Dalam kereta orang lain pun ada pocong. Pocong bawak kereta. Pocong bawak motor. Dengar macam kelakar, tapi kalau kau kat tempat aku masa tu kau tak sempat nak ketawa pun. Jujur aku cakap, aku dah menangis masa tu. Aku rasa macam aku dah terperangkap dalam dunia yang penuh dengan pocong.

Bila aku sampai kat rumah, pocong menyerupai jiran aku tengah berdiri tepi tong sampah. Mata bulat tak berkelip. Dia pandang je aku. Pintu pagar rumah aku bertutup. Jadi, aku terpaksa keluar kereta dan buka pintu pagar tu. Pocong bermuka jiran aku tu langsung tak berganjak dari tong sampah tu. Dia pandang je aku.

Aku beranikan diri, aku keluar kereta aku buka gate. Aku tak pandang langsung muka pocong bermuka jiran aku tu. Masa tangan aku tengah ketar-ketar cari selak pagar tu, pocong bermuka jiran aku tu bersuara, “baru balik kerja ke?” suara dia macam suara makcik tua terbatuk-batuk kena asma.

Aku buat-buat tak dengar. Aku masuk kereta lepas tu terus park dalam halaman depan. Pagar aku tak tutup balik, terus berlari masuk rumah. Bapak aku tengah solat. Kat ruang tamu. Mak pula dekat dapur tengah basuh pinggan. Aku tengok bapak aku dah duduk tahiyat akhir dah. Tapi, yang pelik, kenapa dia duduk tahiyat sebelah kanan, kaki bersimpuh tu sebelah kiri? Pelik.

Ah, lantak la. Mungkin dia sakit kaki. Sebab tu duduk tahiyat terbalik. Aku masuk bilik, capai tuala, terus pergi mandi. Lepas mandi, aku nak solat. Aku cari sejadah aku, entah ke mana hilangnya. Dalam almari tak ada, dekat ampaian tak ada, dekat bawah katil tak ada. Aku keluar, bapak aku dah habis solat. Dia tengah tengok tv. Mak ada kat sebelah, pun tengok tv.

“Bapak, ada nampak sejadah Min tak?”

Tak sempat bapak nak jawab, aku nampak sejadah terlipat atas penyandar kerusi meja makan. Aku ambik dan masuk bilik. Tutup pintu. Baru je aku bentang sejadah tu, satu mesej whatsapp masuk.

“Bapak dengan mak balik lewat sikit. Kamu makan luar je lah.”

Terus berkerut dahi aku. Apa maksud bapak balik lewat? Mesej masuk lambat ni kot. Aku buat tak tau. Angkat takbir dan solat. Sumpah solat aku tak khusyuk. Aku tiba-tiba terfikir bahawa bapak aku memang kat luar rumah sekarang. Yang ada dekat ruang tamu tu bukan mak bapak aku. Tapi, aku husnudzon. Teruskan solat.

Aku keluar bilik, aku nampak bapak dengan mak masih lagi duduk tak bergerak pandang tv. Masa ni aku dah rasa lain. Memang aku rasa yang ada atas kerusi tu bukan mak bapak aku.

“eerr..Min keluar kejap. Member ajak lepak.”
“Hihihihi..dah tau la tu.” Ayat klise dalam mana-mana cerita hantu melayu tapi memang tu lah yang aku dengar.

Mak dengan Bapak berpaling pandang aku. Muka diorang sumpah buruk. Aku tak reti nak gambarkan betapa buruknya muka diorang. Dah la buruk, bengis, tersengeh lebar. Kaki aku macam mengeras. Nak lari ke pintu, aku kena tempuh ruang tamu tu dulu.

Mak dengan Bapak bangun dari kerusi. Tadi diorang sengih, sekarang muka diorang masam. Mata seluas-luasnya terbuka.

“Aaaarrrhhhhgggg!!!!” mak dengan bapak melompat ke arah aku sambil nganga mulut luas-luas. Aku rebah. Pandangan aku kelam. Tapi aku boleh dengar suara lelaki dan suara perempuan ketawa. Pernah dengar bunyi suara nenek kebayan ketawa, macam tu lah.

Aku rasa macam badan aku berjalan. Penat sangat. Macam berjalan jauh. Mata aku gelap. Kelam. Sampailah aku tersedar. Bila aku sedar, aku ada dekat rumah bomoh siam mana entah. Mak aku peluk aku siap nangis-nangis. Aku tak faham apa yang berlaku awalnya sampailah bapak aku cerita masa dalam kereta, dalam perjalanan balik. Dia kata, ada orang hantar santau ke apa benda entah. Orang tu nak khianat aku. Dia buat mata aku nampak semua orang macam pocong bila malam menjelma.

Malam tadi cukup teruk. Diorang balik rumah, tengok pintu rumah terbuka. Check dalam rumah, tak ada orang. Bapak call aku, dia dengar bunyi telefon bimbit dekat luar. Macam datang dari pokok cempedak seberang jalan depan rumah. Seberang jalan depan rumah aku tu ada tanah terbiar. Mak aku rajin tanam pokok-pokok kat situ. Ada pokok cempedak kat situ. Bila pergi dekat pokok cempedak tu, bapak nampak aku tengah mencangkung atas dahan pokok cempedak sambil peluk lutut. Mata aku pandang ke arah rumah sambil bernafas berdengus-dengus. Sebijik macam burung hantu bapak aku cakap.

Bila habis je bapak cerita, dia mulalah soal siasat, aku ada sakitkan hati sesiapa ke? Kepala otak aku terus teringatkan Syakila.

Bermula dari saat tu, aku mula diganggu dengan cara lain. Berjalan seiring dengan gangguan mesej dari Syakila melalui Facebook Messanger. Syakila hantar macam-macam ayat berbaur cacian dan makian. Dia marah betul aku reject dia. Tapi, tak perlu lah nak marah beriya sampai nak santet aku.

Pernah sekali tu, ada bangkai burung gagak dalam peti surat. Busuk dah kena makan dekat ulat. Itupun mak aku yang jumpa. Menjerit macam nak gila pagi tu bila mak aku bukak peti surat.

Mak aku tengah siram pokok bunga pagi tu. Dia terbau macam bangkai. Cari punya cari tak jumpa. Dalam longkang tak ada, dalam tong sampah tak ada. Sekali bila dia bukak peti surat, nampak bangkai burung gagak besar dan warna hitam. Menjerit-jerit mak aku sampai jiran-jiran pun keluar rumah ingatkan ada perompak ke apa.

Aku call Syakila, aku maki dia. Aku warning dia, cakap jangan kacau aku. Kalau kau pandai hantar benda, jangan ingat aku tak pandai main hantar-hantar juga. Tapi, Syakila dalam talian tu gelak je. Gelak pulak mengilai macam Pontianak. Naik meremang aku dibuatnya. Aku nak marah orang, alik-alik aku yang ditakutkan balik.

Paling latest, malam tadi. Aku layan buku Fixi yang aku rembat dari rumah Wan, KL Noir tajuk buku tu. Jam dah pukul 11 malam. Mak bapak aku dah tidur rasanya sebab ruang tamu tak dengar bunyi TV.

Tiba-tiba mesej dari Messanger masuk padahal masa tu aku dah switch off phone kot. Sebab tu aku baca buku, sebab aku taknak online, taknak kena kacau dari Syakila. Tapi, entah macam mana phone aku boleh hidup balik.

“Ada apa bawah katil tu?” macam tu la mesej yang aku terima dari Syakila.
“Kau ingat bawah katil kau tu tak ada apa-apa ke ?” Aku balas balik setelah sekian lama aku biarkan dia meroyan sorang-sorang selama ni.
“Wah! Akhirnya kau reply juga mesej aku. ”
“Pergi mampos la kau perempuan!”

Aku off telefon. Aku cabut bateri. Nasib baik phone Lenovo aku ni jenis yang boleh cabut bateri. Aku sambung baca KL Noir sampai lah aku tertidur.

Dalam pukul 3 pagi macam tu. Aku terjaga. Sebab katil aku bergegar. Lepas tu aku dengar bunyi suara pakcik tua terbatuk-batuk. Bunyi batuk macam kena serang asma. Dari mana? Dari bawah katil aku! Cepat-cepat aku bangun bukak lampu. Bila bilik dah terang benderang, bunyi batuk tu hilang.

Aku selak cadar. Telek apa yang ada bawah katil. Aku tak tau kenapa aku tiba-tiba berani nak check. Aku tengok tak ada apa-apa. Kosong je bawah katil tu. Lega.

Aku naik atas katil balik. Aku nak tidur dalam terang. Tapi, baru je aku labuhkan kepala atas bantal, “Papp!” lampu terpadam. Hantu memang suka main lampu ek? Aku melompat turun pergi dekat suis. Aku tekan suis tapi lampu tak menyala. Damn! Lampu terbakar. Aku pulas tombol pintu tapi tak boleh bukak. Tak terkunci pun tapi tak boleh buka. Ketat gila.

“Ohok! Ohok! Ohok!” suara batuk tu tiba-tiba muncul semua. Tapi, kali ni bukan kat bawah katil, tapi macam ada dekat tepi aku.

“Aarrgghhhh!!!” aku jerit sekuat hati aku. Pukul 3 pagi pun pukul 3 pagi lah.

Aku pulas tombol, pintu masih tak boleh bukak. “Ohok! Ohok! Ohok!” batuk tu makin dekat. Macam dekat tepi telinga aku je. Lepas tu aku rasa macam ada benda sejuk dekat kaki. Licin. Macam tengah jilat-jilat.

“Ya,Allah!!!!!” tu je mampu aku jeritkan sampailah pintu bilik aku tu terbuka.

……

Lokasi: Kedai Mamak.
Masa: Sabtu, 10.00 malam. Langit gelap tak ada bintang. Hujan dah turun sikit hujan.

“Siang tadi, parent aku buat buat tahlil dekat rumah. Esok nak bawak aku pergi berubat sekali lagi.” Amin tamatkan cerita dia.

“Lepas tu kau tak settle down dengan Syakila tu?”

Amin geleng sambil tarik sepam lagi dan hembus asap berkepul ke udara.

“Tu masalah nya kau ni. Apsal kau tak jumpa je dia settle down benda ni. Hal kecik je pun.”

“Bukan aku taknak jumpa dia. Aku tak ada nombor dia. Kitorang berhubung melalui Facebook Messenger je. Bila aku call dia guna Messenger, tak pernah dapat.”

“Susah la macam tu.”

“Tapi tu intro je baru. Aku ajak kau lepak ni sebab aku nak tanya kau pasal Syakila ni. Masa aku dating dengan dia dulu, dia ada cerita yang dia ni sekolah dekat sekolah sama dengan kau. Mana tau kau kenal.”

Bila Amin cakap macam tu terus aku teringat dekat Syakila, budak kelas 5 Fizik. Budak tu memang gemuk pun. Tapi, seingat aku Syakila tu baik budaknya. Takkan la dia sanggup nak santet-santet kan orang ni.

Aku suruh Amin tunjukkan akaun Facebook Syakila tu. Malangnya, tak ada satu pun gambar dia. Semua gambar artis je dia buat profile picture. Jadi, aku tak boleh nak sahihkan adakah Syakila yang Amin jumpa tu, adalah Syakila yang aku kenal masa sekolah menengah dulu.

Penglepakkan aku dengan Amin pada malam tu, diteruskan dengan topik-topik yang lebih mencabar seperti topik kerja kosong, topik manager aku berhenti kerja, topik dia kena pergi Kedah minggu depan, topik kahwin, topik buku KL Noir aku yang di curi dan topik aku adalah Si Celupar di Fiksyen Shasha. Aku mintak kebenaran untuk tulis cerita dia ni. Dia ok kan je. Cuma dia harap aku tak guna nama sebenar. Ye lah, aku tau lah tu. Cerita aku sebelum ni pun memang aku tak pakai nama sebenar pun. Nama aku sebagai Ridwan dalam beberapa cerita sebelum ni pun bukan nama aku sebenar. Chill la.

Ok tu tak penting. Yang penting sekarang siapa Syakila? Untuk ketahui jawapannya, aku cari member sekolah aku, Fatin. Kawan baik Syakila masa sekolah. Aku mintak nombor Syakila dari Fatin. Nasib baik Fatin ada nombor dia walaupun diorang dah lama tak rojer-rojer sejak habis sekolah 10 tahun dulu. Dan, aku bernasib baik, nombor yang Fatin bagi aku tu, Syakila masih guna.

“Hello, ni Syakila ke?”
“Ye, saya.”
“Kila, ni aku Wan. Wan kelas 5 Biologi masa sekolah dulu.”
“Haa, kau Wan! Lamanya tak dengar cerita pasal kau. Kenapa call aku ni?”
“Pasal Amin.”
“Amin?”

-Tamat-

Nanti aku sambung cerita kisah perjumpaan aku dengan Syakila pula. Tak sangka, manusia macam ni pun wujud di zaman iPhone7 ni. Pesanan terakhir dari aku, jaga-jaga! Ada apa bawah katil tu? “ohok! Ohok!”

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

51 thoughts on “#SiCelupar: Friend Request”

  1. Beb aku pon gemok tpi cun ! Hahaha tp kalau kene reject aku rileks je layan bolaa je nnti jiwaa ok laaa hahahahahaha scary btol org cm tu

    Reply
  2. bl bc cite ni teringt kt cite hantu siam psl sihir 2…lupa lak tajuk dia… kdg2 leh faham nape org sanggup guna sihir sbb org lain pun x layan dia dgn elok….

    ps: amin 2 hensem sgt ke??dr cite cam x hensem sgt…

    Reply
  3. Serius meremang.
    Sampai ternyanyi lagu Misteri Mimpi Syakila nyanyian Wings tang korus tu.
    Sebab tu la aku tak mudah accept friend request kt fb tu.

    Reply
  4. Best gila wehhhhhh citer ko!!!!
    Aku mmg kena follow suma citer2 ko nie
    Apa kata ko letak trademark ko lepas2 nie
    Contoh #wanbukannamasebenar ker
    So senang nak detect ko
    Penulis citer seram yang best!!!!!
    #jatuhcintadahakudenganciterciterko
    #goodjobbeb
    #citerbestbahasapunbest
    #1jutakalilike

    Reply
  5. Tula pengajaran die jaga hati orang sekeliling. Kot ye pon x suka reject elok2. Ni trus unfriend, block bgai.. Rsanye bukn pasal mamat tu hensem sgt tp nasib x baik mamat tu jumpa org yg jnis pendendam. Wallahualam.

    Reply
  6. Amin pun masalah gak. Nak takel awek tu kenal la bebetul. Letak gambar doremon, fasha sanda dan etc tah siapa siapa pun dia nak layan.

    #janganjadisepertiamin

    Reply
  7. “Tapi, perempuan zaman sekarang kalau terdesak memang sanggup buat apa je.”

    betol la…perempuan zaman sekarang memang menakutkan, sanggup buat apa saja demi memenuhi kehendak..

    dan aku…..

    pernah berhadapan dengan perempuan yg spesis macam nie..

    Reply
  8. “eerr..Min keluar kejap. Member ajak lepak.”
    “Hihihihi..dah tau la tu.” Ayat klise dalam mana-mana cerita hantu melayu tapi memang tu lah yang aku dengar.
    Nie winnn…. bergegar bulu tengkuk den… serius

    Reply
  9. Alahai smpai mcm tu sekali.
    Ishh knpa la marah bila org reject. Yang si Amin tu satu hal mentang2 la org tu gemuk trus block. Ckp la elok2 sape yv xmarah. Ingt org gemuk ni xde hati dan perasaan ek. Hmm ohok2 kn dah kena. Lepasni kna la jg sikit. Klu xnak ckp elok2. Jgn duk nmpk bias sgt. Hahaha

    Reply
  10. Aku punya lagi pelik.Satu hari tu aku update fb profile(gambar aku la),esok kan tu tiba tiba je ramai yang add aku sampai 122 friend.memang pelik la,aku cakap kat kawan aku, dia cakap aku comel la tu(comel cikit je hehe,tapi memang ada orang yang tergila gilakan aku)..Tapi nape orang tua yang ramai add aku??

    Reply
  11. Bajet ko batuk2 tu aku takut la??haahha but the way aku prnh tgk cter friend request tu.mmg seram jgk la skit cter dia tu.dia pkai mcn ilmu hitam gitu.and aku x sbar tggu sambungan cter ko

    Reply

Leave a Comment