#SiCelupar: Hilang Dalam Terowong

Siri #SiCelupar: Hilang Dalam Terowong
Salam tengah malam buat semua warga burung hantu di page FS ni. Salam perkenalan dari aku Si Celupar yang pernah kongsikan cerita sebelum ini “Bahana Mulut Celupar, Percutian Kami Diteman”. Starting from today, kalau aku nak kongsikan cerita kat page FS ni, aku akan pakai #SiCelupar tu k.

Cerita yang aku nak kongsikan kali ini adalah mengenai percutian aku dan beberapa lagi member aku ke sebuah taman tema air. Kat mana? Aku taknak bagitahu. Nanti lingkup pulak periuk nasi orang.

Percutian kali ni sekali lagi aku and the geng naik kereta Avanza. Kali ni yang pergi cuma 6 orang je compare dengan kisah PD tu sampai 10 orang.

Pada asalnya, kitorang nak pergi mandi air terjun. Entah macam mana boleh hujan lebat pulak subuh Isnin tu. Bila kitorang sampai dekat air terjun tu, makcik guard tak bagi masuk sebab air tengah besar, deras dan dalam. Tapi, kitorang dah datang jauh-jauh, takkan nak blah macam tu je kan. So, kitorang mintak la kebenaran nak tangkap gambar je sekejap. Makcik guard tu pun bagi je la tu pun tak lama. So,kitorang masuk dan tangkap gambar kat situ sebab lanskap area air terjun tu banyak yang cantik-cantik.

Entah macam mana, kali ni bukan mulut aku yang celupar. Tapi, tangan aku yang gatal. Tak reti nak duduk diam. Sesedap aku je pergi kutip sebijik batu yang ada kat area situ. Batu tu cantik. Warna dia belang-belang macam harimau. Celoreng hitam oren camtu. Aku kutip sebab nak letak dalam akuarium kura-kura aku. Kan orang tua kan selalu pesan, pergi tempat macam tu jangan kutip apa-apa dengan sengaja. Ha, disebabkan batu tu la berlaku macam-macam hari tu.

Kitorang pun buat plan B, pergi mandi-manda dekat sebuah taman tema air yang tak berapa jauh dari lokasi air terjun tu. Jauh tak jauh sejam jugak la perjalanan tu. Seperti biasa,bila dah sampai, capai beg lepas tu terus beratur beli tiket. Kitorang pergi pada hari bekerja. Masa tu student lagi. Tengah cuti pertengahan sem. So, tak ramai orang.

Happy gila kitorang sebab boleh main macam-macam tanpa perlu beratur lama sebab sangat tak ramai orang.

Dan tragedy bermula! Aku panjat tangga nak main gelongsor air yang kena pakai pelampung bentuk nombor 8 tu. Aku pilih terowong yang paling panjang dan paling thrill la kononnya. Sebab dia ada tulis kat situ level extreme dia, yang tu paling extreme la kononnya.

Tanpa perlu beratur, tukang jaga gelongsor tu terus tolak pelampung aku. Dan aku pun meluncur la masuk ke dalam. Happy la aku masa tu. Gelak, riang, ketawa sebab seronok. Sampai la kat pertengahan terowong tu, ketawa aku terus terberhenti sebab aku terdengar bunyi orang menjerit dari depan. Kuat gila dan nyaring. Suara perempuan. Masa tu aku assume je la tu maybe suara pengunjung lain yang dah gelongsor turun sebelum aku. Sampai la aku keluar dari terowong tu dekat bawah, aku tengok tak ada orang pun dekat area situ. Yang ada pun cuma member aku, Zam, yang tengah tunggu aku sebab nak naik sekali next turn. Aku tanya la Zam, ada perempuan ke sebelum aku keluar tadi? Dia cakap,mana ada. Aku sorang je yang naik benda alah tu. Dengar je jawapan dia aku dah mula rasa tak sedap.

Turn kedua. Aku naik dengan Zam. Zam duduk depan,aku duduk belakang. Lepas kena tolak, kitorang pun meluncur masuk ke dalam terowong. Tiba-tiba rasa macam lupa sekejap hal tadi. Duk bergelak ketawa la kitorang dua orang dapat meluncur dalam gelongsor terowong tu. Sekali lagi aku kena benda sama! Tapi kali ni dengar suara perempuan gelak pulak. Dah la masa tu sekeliling kitorang gelap. Bila dah sampai bawah, aku nampak muka Zam pucat. Aku tanya la, Kenapa? Dia tanya aku balik, kau ada dengar tak? Aku tanya dia, suara perempuan ketawa ke? Dia angguk. Masa tu aku terus angkat pelampung, blah dari situ, kitorang pergi dekat area yang ala-ala pantai buatan tu pula sebab member-member lain tengah syok main ombak kat situ. Kat situ ramai sikit orang. Ada la beberapa family tengah layan anak-anak diorang main ombak.

Sampai kat bawah, Ida tanya kitorang, sekejap nye main gelongsor tu? Aku ngan zam pandang sesame sendiri pastu tersengih. Masa ni lah aku tercelupar. Aku cakap, “Ada hantu weh dalam terowong tu. Kitorang dengar suara pompuan ketawa menjerit dalam tu.” Laju tangan Zam tunjal kepala aku, marah aku. Sepatutnya aku takyah bagitahu lagi. Tunggu dah balik nanti je.

Yang lain macam tak percaya. Aku pun apa lagi, cabar diorang naik sendiri. Wah! Diorang ni sahut pulak cabaran aku. Masing-masing naik. Bila diorang keluar masing-masing cakap tak dengar apa-apa. Diorang cakap aku tipu. So,aku naik kali ketiga. This is the real tragedy!

Aku naik sorang. Sebab Zam dah kena sekali, dia takut. Aku menggelongsor masuk macam biasa. Sampai kat tengah-tengah, tiba-tiba tak ada air!! Pelampung aku berhenti menggelongsor. Sebab masa tu laluan gelongsor tu macam kena menaik sikit. so, perlukan tolakan dari air dari belakang untuk bergerak. Masa tu pula terowong tu dekat area yang tengah, cahaya dia samar-samar macam tu. Gelap tapi ada cahaya sikit. masa ni jugaklah aku dengar bunyi suara perempuan menangis pula. Pakej weh!! Mula-mula tadi menjerit, kedua ketawa, sekarang menangis pulak dah!!

Lebih menyeramkan. Suara tu pada mulanya perlahan, macam jauh. Makin lama makin kuat, macam makin dekat pulak. Datang dari arah depan. Makin lama makin kuat, makin kuat, makin kuat. Rasa macam makin dekat,makin dekat, makin dekat!! Lepas tu dengar dia terbatuk-batuk. Batuk macam orang tua semput tu tau tak! Aku pulak dah jerit “help! Help! Tolong! Tolong!” Dah kat dalam tu. Sambil aku ketuk-ketuk dinding terowong tu. Nafas aku turun naik turun naik dah. Air mata memang takleh nak tipu, memang dah mengalir dah. Suara tu aku rasa makin dekat datang dari depan.

Splash!! Air ada semula, tolak pelampung aku ke depan. Tapi, suara tu masih ada. Aku rasa benda tu dah makin dekat sehinggalah sampai satu tahap aku rasa suara dia ada kat sebelah. Aku tak berani nak buka mata. Aku pejam je. Dan masa tu aku dapat rasa ada kain tersentuh kaki aku naik ke peha, naik ke badan sampailah naik ke kepala. Aku baca ayat kursi dalam hati. Tu je aku mampu buat. Nak baca kuat-kuat tak terbuka mulut ni ha, takut punya pasal. Sampailah aku rasa aku dah sampai kat kolam bawah. Bila aku sampai kat bawah, aku nampak Zam dengan yang lain-lain macam muka cemas. Diorang jerit bila nampak aku. Aku pulak masa tu muka memang pucat la. Toreh tak keluar darah aku rasa.

Tau tak Ida cakap apa bila aku dah selamat keluar. Dia cakap, “Weh, kau tau tak kau tak keluar dari situ dah 30 minit!!”. Tapi, aku rasa macam baru tiga minit macam tu. Aku pelik la. Dan aku cakap la maybe aku tersekat lama sebab tiba-tiba tak ada air tadi. Masing-masing pelik. Sebab bila masa pulak tak ada air. Dengar je diorang cakap macam tu, aku terus. “Jom la korang. Aku rasa tak sedap hati la dengan tempat ni.”

Tapi, masih awal lagi nak balik sebenarnya. So, kitorang decide mandi dekat area yang ada bekas air besar kat atas sana, bila bekas air tu penuh, bekas tu akan terbalik dan curah semua air ke bawah. Best main benda tu. Sampai aku terlupa sekejap apa yang berlaku kat aku tadi. Tapi, tengah seronok duk main benda alah tu, tiba-tiba kawan aku cakap “Eh, anak sape ni? Kenapa biar budak kecik ni main sorang-sorang sini?” kitorang semua serentak pandang dekat dia tapi tak ada budak kecik pun kat situ. Aku pun terus, “Budak mana pulak? Kau nampak benda ni weh!?”

Terus semua angkat kaki, checked out dari taman tema air tu. Petang tu, kitorang lepak dekat pantai, makan ikan bakar. Malam tu barulah kitorang terus shoot balik KL.

Dan masa dalam kereta ni lah kitorang bincangkan apa yang berlaku siang tadi. Borak punya borak, tiba-tiba ada benda lalu depan kereta. Kecik je benda tu. tapi, tak tau apa dia. Tak sempat nak brek. Aku langgar je. Rasa la benda tu kena lenyek bawah tayar. Dah langgar pun aku still tak berhentikan kereta. Takut. Ada yang tanya, nak berhenti ke? Aku cakap tak payah la. Landak kot. Takpun tenggiling ke. Sebab lalu jalan biasa masa tu. Tak lalu highway. Masing-masing pun ok kan je sebab takut nak berhenti kan.

Sambung borak lagi. Dan muncul lagi sekali benda sama. Dan sama jugak tak sempat nak brek, aku terus lenyek benda tu. rasa la kereta bergegar gruk gruk gruk benda tu ada bawah kereta. Kali kedua ni kitorang berhenti sebab area situ tak sunyi sangat. Ada la kereta lalu. Ada rumah orang. Bila check, tengok belakang, takde langsung bangkai binatang apa-apa. Kesan darah pun takde. Kereta pun takde kemek ke, skirting jatuh ke. Ah, masa tu memang aku dah fikir lain dah. Terus start kereta dan blah.

Benda tu tak putus asa tau tak! Dia melintas lagi dan kali ni aku sempat brek. Benda tu ada kat depan. Anjing hitam! Dia menyalak dekat kitorang. Menyalak sayup pulak tu macam serigala. Budak-budak pompuan memang dah menjerit dah. Pukul-pukul belakang bahu aku suruh cepat jalan.

Perjalanan kitorang jauh lagi. Tapi, asyik ada gangguan. Alik-alik aku ajak diorang pergi rumah sedara aku je bermalam kat sana. Sampai je kat rumah tu, pakcik aku cakap “kau bawak kawan ramai sangat ni! Tak muat rumah pakngah ni!” katanya. Aku cakap la ramai apanya. Biasa la ni. Sebelum ni pun diorang pernah datang sini jugak. Pakcik aku terus cakap, “Macam ni lah. Korang enam orang boleh masuk. Yang lain aku haramkan kamu masuk. Kalau masuk juga,nahas aku kerjakan nanti. Esok aku hantar semua balik.”

Malam tu tak ada apa-apa berlaku kat rumah pakngah. Nasib baik! Selidik punya selidik aku barulah teringatkan batu yang aku kutip tu. Pakngah aku cakap batu tu tak boleh ambik. Esok kena pulangkan. Esoknya, aku and the geng dengan pakngah sekali pergi la semula ke air terjun tu pulangkan balik batu tu. Sampai kat sana, pak guard tu tak bagi masuk dia cakap air besar lagi. Aku cakap la semalam boleh je makcik guard tu lepaskan sebab kami bukannya nak mandi pun. Aku malas nak explain panjang2 kat dia pasal batu tu. Giler la. Tau tak dia cakap apa. Dah 5 tahun dia kerja situ, tak pernah lagi wujud “makcik guard” dan air terjun tu ditutup setiap Isnin termasuklah Isnin semalam. Damn!

Pakngah aku explain la everything kat pakcik guard tu. Dia pun bagi la kitorang masuk dan pulangkan balik batu tu. And my life becomes normal again after that.
#SiCelupar

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *