#SiCelupar: Terganggu Di Terengganu – Babak Ketiga

Salam warga Fiksyen Shasha. Hai, admin! Sihat?

Disebabkan aku takut cerita aku ni jadi macam #DeeFen: Sihir Berdarah 2, ada part yang tak masuk mungkin sebab terlalu panjang, aku putuskan untuk buat Babak Ketiga.

……

Aku capai telefon bimbit dekat seat sebelah. Jam menunjukkan 10.30 malam. Aku tak tau nak terus balik ke rumah atau aku nak pergi semula ke rumah Fakrul. Aku baru lepas hantar sepupu aku ke KLIA. Sebelum ke KLIA, aku singgah makan-makan dekat rumah si Fakrul ni siang tadi. Fakrul ajak aku tidur dekat rumah baru dia beli tu. Aku jadi serba salah. Dah keluar, takkan nak datang balik. Ingat rumah tu hotel? Suka-suka hati nak check in check out.

Fakrul ni pula gila. Dia macam tau-tau aku lapar semula. Dia send gambar-gambar barbecue yang tak habis dari majlis makan-makan petang tadi.

“Ye la! Ye la! Aku tidur rumah kau la!” aku reply whatsapp dia dalam group. Semua yang ada dalam group whatsapp tu duk reply emoji gelak la, muka excited, mercun, bunga api, perempuan menari, root beer, microfon dan hantu. Shit! Ada je yang sengaja selit emoji hantu ni.

Kira-kira 45 minit perjalanan, aku pun sampai ke pintu masuk taman perumahan baru tu. Nak masuk ke taman perumahan tu, kena lalu terowong terlebih dahulu, lalu bawah highway. Suasana siang dengan suasana malam kat situ berbeza sangat.

Siang nampak sunyi. Nak berselisih dengan kereta pun susah. Malam apatah lagi. Memang ada lampu jalan, tapi nampak suram semacam. Aku punya style, kalau drive malam-malam, aku suka buka tingkap. Bajet feel the breeze la konon.

Jalan dekat taman perumahan, ada banyak bonggol, tak boleh bawak laju. Memang kena bawak slow. Sampai dekat satu bonggol ni, kiri ada rumah, kanan ada satu padang semak samun. Luas la. Pokok-pokok dan lalang-lalang tu tak tinggi mana pun. Maybe kalau aku acah-acah menyanyi lagu Hindustan kat situ, lalang-lalang tu mungkin setinggi peha aku ja.

Semak tu bergoyang.
“Kssstt, kssttt” bunyi macam ada benda dalam lalang-lalang tu.

Aku kan drive, duduk side kanan, bawak slow pulak, malam tu sunyi pulak tu, memang jelas la dengan bunyi semak tu macam ada benda berlari dalam tu. Bila aku kena lalu bonggol, benda tu perlahankan larian dia. Bila aku laju sikit selepas bonggol, benda tu pun ikut sama berlari satu arah dengan aku, sama laju.

Naik meremang satu badan aku. Mula fikir yang bukan-bukan. Zombie ke? Serigala ke? Atau mungkin, goblin. Bukan goblin korea ye, goblin omputeh! Imaginasi aku masa tu memang fikir binatang je. Mungkin b**i. Tapi, takkan la b**i selicik tu. Bila aku laju, dia laju. Bila aku perlahan sebab kena langgar bonggol, dia pun perlahan.

Bila aku dah nak sampai ke hujung nak belok ke kiri, benda dalam semak tu lari lagi laju dari kereta aku. Aku dapat nampak la semak samun tu bergoyang-goyang lagi laju bergerak ke depan. Zuppp! Ada satu kelibat hitam melintas depan aku. Laju. Sangat laju. Mata kasar aku ni langsung tak boleh nak tangkap benda apa tu. Kucing ke, anjing ke, atau mungkin betul b**i? Tapi, aku yakin memang ada benda hitam laju melintas depan kereta aku sampai aku terpaksa brek emergency.

Aku buat tak tahu dulu. Aku teruskan perjalanan. Aku masuk simpang ke kiri. Lorong tu pun nampak suram. Kiri kanan ada rumah. Cuma yang berpenghuni ada dalam 5 buah daripada berpuluh unit dalam satu lorong tu. Aku dapat kira sebab diorang pasang lampu luar rumah.

Aku drive sampai hujung. Dekat hujung lorong ni, aku kena belok ke kiri. Sebelum aku belok ke kiri, pemandangan depan aku adalah tanah lapang kosong yang luas. Maybe pemaju ada pelan nak naikkan tanah lapang tu untuk lot rumah atau kedai nanti.

Tanah lapang. Tak berlampu. Bulan tak ada pula. Jadi memang nampak gelap sangat tanah lapang tu. Masa ni aku tiba-tiba terperasan ada berpuluh pasang mata bercahaya tengah pandang ke arah aku. Siapa ada bela kucing, tengok mata kucing dalam gelap, haa! Macam tu la. Tapi ni banyak dan ada kat tengah-tengah tanah lapang sana.

Aku sedapkan hati. Aku anggap tu kerbau atau lembu. Rumah aku kat kampung, aku dah biasa nampak mata bercahaya dalam gelap kat tanah lapang macam ni. Esoknya, tengok la. Mesti banyak kek warna hitam tu.

Bila aku belok ke kiri, aku tengok section seterusnya macam gelap. Lampu jalan dia macam tak berfungsi. Masa ni Tuhan je yang tahu betapa takutnya aku. Nyctophobia. Jangan lupa aku ada masalah tu. Badan aku dah menggigil dah. Tapi, aku teruskan juga straight ke depan. Aku bukak lampu tinggi Jam kat dashboard dah tunjuk 11.30 malam. Cepat gila masa berlalu. Aku capai phone dekat seat sebelah, damn! Bateri dah habis. In car charger aku takde. Power bank lupa bawak. Nasib la.

Aku terus ke depan dan jumpa semak samun luas yang lalang dia tinggi paras paha sebelah kanan dan rumah-rumah sebelah kiri. At first, aku tak fikir lain pun. Aku ikut je jalan tu tanpa banyak soal sampailah aku langgar bonggol pertama, telinga aku tertangkap bunyi semak dari sebelah kanan.

Semak tu bergoyang.
“Kssstt, kssttt” bunyi macam ada benda dalam lalang-lalang tu.

“Aphal ni?” aku dah mula rasa tak sedap. Aku rasa macam aku lalu tempat sama. Tapi tak, aku mana ada buat pusingan ke apa. Aku konfem ikut laluan yang betul. Aku ni jenis sekali aku lalu, aku ingat laluan tu.

Aku terus ke depan, bunyi semak tu ikut je sama selari dengan kereta aku. Bila aku sampai ke bonggol terakhir, semak tu terus laju ke depan, sama macam tadi. Kali ni aku tak bergerak. Aku stay dulu dekat bonggol tu. Aku cari radio IKIM. Kot-kot ada rancangan orang mengaji. Hampa. Aku tak jumpa langsung siaran IKIM tu.

Ok takpe. Aku terus ke depan. Zuuupp!! Ada benda putih melintas. Laju. Macam tadi. Cuma kali ni putih. Dan besar!! Dalam hati aku masa tu. Kau nak lintas, lintas la. Aku bagi laluan. Jangan masuk kereta aku. Aku tak izinkan. Aku terus ke depan, dan masuk ke kiri. Aku lalu semula lorong perumahan yang ada cuma 5 buah rumah bercahaya.

Bila sampai hujung, sekali lagi aku bertembung dengan padang tanah yang luas. Dalam gelap tu nampak mata bercahaya banyak-banyak. Aku husnudzon lagi. Itu kerbau, itu lembu.

Aku belok ke kanan, kali ni aku lega. Aku nampak perumahan Fakrul. Ada cahaya. Ada lampu jalan. Laju je aku tekan minyak. Bonggol tak bonggol aku belakang kira. Aku tau aku nak sampai rumah Fakrul cepat.

Bila aku masuk ke lorong rumah Fakrul. Sekali lagi macam siang tadi. Penuh kereta park dekat setiap depan rumah dekat lorong tu. Sampaikan aku terpaksa park dekat hujung sini dan berjalan ke rumah Fakrul. Berjalan ke rumah Fakrul, dari hujung lorong sini, malam-malam yang dah nak mencecah tengah malam, kiri kanan rumah teres yang masih baru dan banyak belum dihuni. Sumpah kecut weh. Aku berlari anak pergi ke rumah Fakrul. Takde jalan-jalan dah. Berlari!

Sampai dekat rumah Fakrul, pintu sliding door terbuka luas. Nampak dekat ruang tamu, Fakrul tengah menyembang dengan Mimi dan Amirul Adib. Aku bagi salam, diorang jawab.

“Lambatnya kau sampai?”
“Aku singgah petrol pump kejap tadi, beli air. Dahaga pula.” Aku tipu.
“Betul?” Adib macam syak sesuatu.
“Betul. Amira mana Dib?” aku kalih topik.
“Ada, kat bilik tengah kat atas. Aku tidur sini malam ni.”
“Mimi, kau?” aku soal.
“Aku pun tido sini.”
“Wan, kau nak tidur bilik belakang tu ke, kau nak toto tido kat ruang tamu?” Fakrul menyoal.
“Aku tidur sini je la, atas kerusi ni je. Takyah la susah-susah punggah toto. Orang lain mana, kata ramai nak tidur sini?”
“Semua dah balik. Macam-macam hal. Rugi kau lambat tadi. Kitorang main bean boozled.”

Adib keluarkan kotak bean boozled. Ada baki beberapa bji lagi dalam kotak tu. “Cuba try satu.” Adib hulurkan kotak tu ke aku. Aku ambik sebiji dan kunyah. Cilake!! Bau macam stokin! Terus aku berlari ke dapur, luahkan gula-gula tu dalam sinki. Siapa la cipta benda ni. Musibat betol!

Malam berlalu tanpa sedar. Dah pukul 2. Lama tak borak panjang. Adib naik ke bilik. Mimi menyusur selepas tu. Kemudian Fakrul dan isterinya. Tinggal aku sorang dekat bawah. Dekat ruang tamu. TV terpasang. Volum no 1 je. Perlahan tapi boleh dengar suara pelakon cerita Harry Potter and The Goblet of Fire dekat HBO tu.

Aku rebahkan badan aku ke sofa paling panjang. Aku capai telefon. Aku buka facebook. Search Fiksyen Shasha. Baca cerita yang baru admin upload. Dan aku pun tertidur. Cermin mata tak cabut. Telefon kat atas dada. Nampak sangat penat. TV pun lupa tutup.

Lama aku tidur sampailah aku rasa macam ada kain terkena tangan aku. Bau busuk menusuk masuk ke hidung. Aku terjaga. Aku ni sensitif sikit kalau bab tersentuh kulit atau bunyi-bunyi masa tidur ni. Senang terjaga.

Aku pandang sekeliling. Tak ada sesiapa. Mata dalam nak celik nak pejam. TV masih lagi tak tutup. Aku set timer, biar dia terpadam sendiri. Habit dari kecik tak boleh buang. Aku tarik selimut dan sambung tidur.

Zupp!! Tiba-tiba selimut aku kena rentap dari bawah. Aku terus terbangun, terduduk atas sofa tu. Mata tadi kuyu, terus celik besar. Aku pandang-pandang sekeliling ruang tamu tu.

“Terjaga ke?” Mira tegur aku. Dia baru keluar dari bilik air bawah. Dia berdiri dekat pintu bilik air tu sambil separuh badan dia duduk sebalik dinding bilik air tu, separuh lagi aku nampak. Terkesima sekejap sebab dia tak pakai tudung. Nampak rambut paras dada. Berani betul? Dia berdiri menghadap ke arah aku dari dalam bilik air tu. Dia sengih lebar nampak gigi. Mata bulat. Sumpah seram.

“Panas gila kat atas. Kering tekak aku.” Mimi turun sambil merungut. Dia pergi dekat meja. Ada lagi bekas berisi air oren. Ais dah cair, air pun mungkin dah tawar.
“Kau tak tidur ke?” Mimi tanya aku.
“Terjaga.”
“Owh..” dia letak gelas lepas tu dia masuk ke bilik air.

Mira ada lagi kat situ. Masih berdiri. Masih sengih lebar. Masih mata bulat pandang aku. Bila mimi masuk, ambik kau! Tembus! Macam wap air ‘Mira’ tu hilang. Lepas Mimi keluar dari bilik air tu, dia lepak dekat sofa lagi satu. Dia kata dia nak landing situ je. Bilik dia panas sangat. Aku ok kan je. At least aku ada teman. Kitorang duk berbual je pagi-pagi buta tu sampailah aku tak sedar bila aku terlelap, bila Mimi terlelap. Sedar-sedar, Fakrul kejut bangun subuh.

Lepas seminggu. Yes, ini sumpahan ke apa. Member-member ni suka bercerita seminggu kemudian. Mimi whatsapp aku, dia cakap, malam tu dia nak lepak kat bawah bukan sebab bilik tu panas, tapi sebab dia kena kacau.

……

CERITA MIMI

Aku dah mengantuk sangat. Aku cakap dekat Fakrul dan Wan yang aku nak naik tidur. Aku menapak naik tangga, basuh kaki dekat bilik air dan terus masuk bilik belakang yang Fakrul sediakan khas untuk aku. Aku cabut tudung dan terus baring tak ingat dunia.

Entah berapa lama aku lelap, tiba-tiba aku terdengar bunyi cicak. “cak! Cak! Cak!” Bilik kecik. Sunyi. Tiba-tiba ada bunyi cicak, sah-sah la terdengar macam kuat suara cicak tu. Dalam mengantuk tu, aku buka sikit mata. Aku nampak cicak dekat siling. Aku tidur buka lampu. Aku buat tak tau je dengan cicak tu. Aku tak geli cicak.

“Cak! Cak! Cak!” dia bunyi lagi. Dalam hati aku menyumpah seranah dah. Kalau malam jumaat ni, dah lama aku b***h kau.

“Cak! Cak! Cak!” bunyi lagi
“Cak! Cak! Cak!” dan lagi
“Cak! Cak! Cak!” dan sekali lagi. Kalau ni kuat macam ada dekat tepi telinga aku. Aku bukak sikit mata aku. Ya Allah! Aku nampak macam kelibat perempuan berkepala cicak dekat tepi katil aku. Sambil lidah terjelir-jelir.

“Allahu Akbar!” aku terjaga. Mata aku terbuka luas. Aku pandang sekeliling. Meremang satu badan. Ada berpuluh-puluh ekor cicak dekat siling bilik tu. Apa lagi. Aku capai tudung. Sarung balik. Keluar bilik, menapak turun.

“Panas gila kat atas, kering tekak aku.” Aku nampak Wan tak tidur lagi. Dia pandang ke bilik air. Entah apa yang dia pandang. Aku tengok, tak ada apa-apa pun. Aku pergi dekat meja makan, aku capai cawan kertas dan tuang air oren yang dah tawar sebab ais dia dah cair. Aku minum sesedut dua.
“Kau tak tidur ke?” aku tanya Wan.
“Terjaga.” Wan jawab ringkas je. Aku kenal dia ni. Jenis kuat bercakap. Kalau dia jawab sepatah-sepatah tu ada la tu benda tak kena.

Tiba-tiba aku rasa nak terkencing. Aku taknak guna bilik air atas! Apa lagi, aku gunalah bilik air bawah ni. Baru selangkah aku masuk, aku terbau wangi. Seram sejuk aku dibuatnya. Tapi, takkan aku nak batalkan niat aku nak terkucil ni. Aku go on je.

Keluar dari bilik air, aku terus duduk dekat sofa lagi satu. Aku bagi alasan sekali lagi yang bilik aku tu panas. Padahal, aku baru lepas kena kacau sebenarnya.

……

Pagi esoknya. Lepas sarapan, dalam pukul 8 pagi macam tu, aku pun nak balik la. Masa, aku keluar dari rumah Fakrul, sumpah seram dan geram. Kereta aku ada dekat depan rumah Fakrul. Hantu mana la yang test drive myvi aku ni. Cilake betul.

Masa on the way nak keluar dari kawasan taman perumahan tu, aku berselisih dengan tanah lapang yang agak scary malam tadi. Siang ni nampak kosong je. Dan tak seram langsung. tak ada pula bekas tompokan kek hitam atas tanah lapang tu.

“Semua duk pakat sembelit kot semalam.” Ayat penyedap hati.

Bila berselisih dengan kawasan semak samun lalang setinggi peha tu pulak, pun tak seram. Nak-nak pula ada beberapa orang cina tengah berjogging kiri kanan, makin hilang seram aku.

“Kssstt, kssttt” tiba-tiba ada keluar bunyi, macam ada benda dalam lalang-lalang tu.

-Tamat-

Terganggu Di Terengganu Babak Kedua dan Ketiga by Si Celupar

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

15 thoughts on “#SiCelupar: Terganggu Di Terengganu – Babak Ketiga”

  1. Fuyoo.. Fast n furious smbungannya.. Good-2.. Hihi.. Btw, part kt cicak tu aku tak tahan.. Scary n geli, wei.. Huhu..

    Reply
  2. serius. wanita berkepala cicak tu mmg seram. dah la aku tak suka cicak. dahtu bilik pula penuh dgn cicak. hantu cicak ke apa ni.grrr

    Reply
  3. Aku pernah mimpi yg kepala cicak ni tp lelaki.tangan dia punya kuku mcm licker crita resident evil tu. Dlm mimpi tu,keadaan bilik sama mcm reality tp pintu xda,diganti batu bata.
    Mcm2 surah & jurus buat tp dia setakat menggeliat2 jek.last2 dh marah sgt aku korek biji mata yg xseberapa ada mata tu. Trus natang tu libas pakai kuku brutal dia tu. Melatah aku trus bangun tido. Tgok siling,byk gak cicak menepek. Xtdo smp subuh baca surah2 yg patut coz dpt rse natang tu msih dlm bilik perhatikan aku. Time tu tido uma sedare

    Reply
  4. Setahu aku la orang dulu2 selalu cakap kalau ada cicak banyak dekat rumah ni antara dia suka makan habuk & sawang atau jelmaan benda tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.