Sidai Kain Di Waktu Malam

Sekali lagi, terima kasih admin FS. Pertama, kisah aku kat http://fiksyenshasha.com/gua-tempurung/. Yang ni kisah lain pulak. Begini alkisahnya ye.

Tabiat aku ni, memang suka sidai kain waktu malam. Takde maknanya aku nak sidai kain subuh sapi’e. Ye la, siang keje, malam ler bertungkus-lumus settlekan hal rumah pulak. Memang tabiatnya tak pernah serik dengan apa yang dah pernah aku lalui sepanjang aku menjalankan aktiviti penyidaian kain secara berhemah tu. Cerita ni akan aku ceritakan peringkat demi peringkat, diasingkan mengikut perenggan, sepertimana kehendak format SPM.

Pukul 9:45 malam lebih kurang, dengan lenggang-lenggok mak limah, aku bawak bakul penuh berisi kain daripada dapur ke porch area. Lampu luar memang aku jarang on bila aku sidai kain. Cukup ler cahaya dari living room, sambil porch area dilimpahi juga dengan street lightling. Konon malu nanti orang nampak sidai kain. Walhal tak berkemban pon.

Susun atur yang tak berapa nak teratur kat porch area, penyidai tepi tingkap selari dengan sliding door, kiranya langkah je kaki daripada sliding door, belah kanan penyidai, kanan atas ada jejari penyidai, jejari bulat tu husband aku drilled kat beam dan terjuntai ler ke bawah. Waktu tu, lampu living room on. Cerah ler sket ala2 melimpah ke luor. Tengah best sidai kain kat jejari, aku masuk dalam kejap menghala ke dapur. Entah apa aku buat, rasa tak tentu hala, then aku nak keluar sambung semula sidai baju.

Waktu tu anak-anak tengah tengok tv. Husband dalam bilik bawah, tengah buat keje2 dia. Aku baru je mulakan keje-keje tergendala tadi, tiba-tiba aku dengar bunyi menderam. Macam bunyi anjing menderam tu. Bergetar kemarahannya. Aku carik ler mana plak datangnya bunyi tu. Aku sempat menoleh ke sebelah kanan dalam rumah, nampak husband berdiri kat depan tangga, anak-anak masih di posisi yang sama.

Pastu, aku kembalikan posisi kepala aku ke jejari, niat nak nyangkut baju lain, tapi makin kuat bunyi getaran menderam dan makin dekat. Saat tu, aku alihkan pandangan mata ke bawah, korang tau aku nampak apa? Aku nampak kepala serigala menjulor menjengah udah macam ghoper werewolf tu, besor ya amat!! Besor tv 32” tu kepalanya. Muka dia tayah ckp laaa dengan taring menyeringai mandang tepat mata aku.

Saat-saat tu, aku menjerit melompat, hanya perkataan Allah je yang keluar. Husband berlari kat aku. Rupanya dia pon ada dengor bunyi yang sama. Aku nangis ler apa lagi. Dia tanya nampak apa, aku kabo ler benda alah tu. Dan, dan dan tu gak bukak lampu. Kalo betul hanjengnya, takkan ler sekejapan larinya kot ko yang besor gedabak tu kan. Dan takkan ler aku tak nampak kelarian lagak Watson Nyambek melintas ke pagor! Terus husband aku kata, udah berenti nyidai. Esok je sambung. Kami dengan keseraman, naik atas, tido. Sebab aku macam dah hilang perasaan. Malas nak pikir banyak-banyak. Bersetinggan tido seme dalam bilik aku.

Memang selalu kalau sidai kain malam-malam, kadang aku nampak bederet dua tiga ekor white candy ngadap nengok rumah aku. Kesian lusuhhh je aku nengok kainnya, elok tecegat kat luor pagor. Kadang ada cik pon dengan rambut ngerbang, kadang orang tua. Yang aku pelik, benda alah tu macam tak boleh lepas masuk dalam pagor rumah. Dokkk je kat luor, lagaknya macam orang datang bagi salam nak jual tali pinggang. Mintak mahap ler aku nak jemput korang masuk wei. Kalau takat berdiri tegak membatu kat luor pagor tu aku boleh lagi gagah nak sambung nyidai sambil rasa macam retis.

Mesti korang heran kan, dah nampak macam-macam, masihhhhhh gak menggedik nak nyidai kain malam-malam. Nak tak nak ler weiii, kang kalo sidai subuh, kelam kabut aku. Dengan anak-anak nak ke sekolah, belum lagi yang menjerit ibu mana itu ibu mana ini. Jadi, nak ngelakkan semua tu, aku decide buat malam, hadaaaapppplah apa-apa yang mendatang pun.

Malam yang lain, ini mana-mana kejadian yang boleh aku imbas semula le ye. Pasai sakan benor nampak anasir-anasir ni, jadi payah nak memerah otak ni ngingat yang mana. Memang malam je sidai kain keje aku. Jadi tayah ulang kabo aktiviti tu. Aku sebut malam je. Pepaham le ye apa aku buat kat luor. Tapi malam yang ni, memang lewat bebenor. Pukul 11:45, pasey esoknya Sabtu, konon esok pagi boleh tolak terus ampaian ke sinaran mentari. Iyerrr jangan tak caya. Lagi satu aku berani mengalahkan Panglima Berantai malam tu, sebab jiran sebelah bukak lampu, dan aku dengor kat luor riuh rendah suara budak-budak main.

Ralit dengan KPI aku, tetiba papp terlintas kat kepala nak mandang ke rumah jiran depan, paseynya bunyi tu dari umah dorang, lokasi keriuhan bawah pokok mangganya yang merimbun tu. Aku nampak kete dia je dalam pagor, luor pagor ada kete sedara dia, tapi pagor tertutup rapat. Kat luor takde satu umat pon!!! Tapi sorer budak-budak tengah galak main kejor-kejor memang ada riuhnya. Korang bayangkan ler budak-budak main cemana. Aku tak puas ati, aku melangkah ke arah pagor, tapi aku tak keluor pagor ler. Siap tinjau-tinjau lagi cari mana budak-budak tu. Sorer ada, tapi budaknya takde.

Kikikikikiki hahahakakakak gelak tawanya riang. Ish ish ish naifnya aku ni kan. Fikiran aku blank, dan tiba-tiba aku meremang. Aku campak baju yang kat tangan aku, aku terus masuk rumah. Aku whatsapp kat group jiran tanya ada anak sesapa main kat luor? Tau apa jiran-jiran aku jawap? Nan hadooooooo……. Ok! Aku off tv, off apa yang patut, naik atas, Tarik gebor. Apa nak jadi kat luor tu lantak koranglahhhhhh. Masa aku dah tarik gebor, sorer-sorer tu masih ada keriangan bermain. Ok. Full stop!

Yang ni latest! Depan rumah aku, yakni kat luor pagor tu ada ler pokok mangga lebat berbuah. Standard la rumah-rumah ada pokok mangga kan, konservatif gitu. Aku ni teringinnnn la amat-amat nak makan mangga, walaupun dah pukul 9:30 malam. Macam dah tak boleh nunggu esok pagi. Aku pon, sarung sipar, nek nok nek nok gi bukak gate, langkah ke kiri, capai mangga yang menjuntai mencecah ateh kereta yang park kat luor. Uih tamakk rasa tak cukup, aku anjakkan lagi langkah ke bawah rimbunan dedaun dan buahan mangga, cahaya street lighting agak suram dek kerana pokok yang merimbun tu. Tapi masih bercahaya.

Aku dongak ke atas, nampaklah buah yang berjuntai-juntai lebat hingga mengecurkan air liur aku yg gedik nak makan malam-malam buta. Dengan lupa segala mala, aku petik lagi sebijik, dan pegang lagi sebijik konon nak dipetik untuk kali yang ketiga. Saat aku nak piuh je mangga tu, tiba-tiba menjengol satu kepala dengan separuh badan dan tangan, mata terperosok hitam membulat, muka agak lebar bersegi, struktur muka ujung kiri kanan macam daun, warna hijau kehitaman, takde bunyi, pandang tepat ke muka aku yang jaraknya dalam satu hasta (meremangnya sekarang).

Tangan dengan separuh badan tu kering je hijau cerah, licin. Aku spontan dengan kuatnya baca “salamun ‘alasulaiman fiil ‘alamiin”. Tak taulah aku baca betul ke, aku melatah ke. Tiga kali aku baca macam ilang perasaan. Aku terus berpaling ke kanan, tutup pagor, sambil mulut aku ni jerit panggil, “abanggggggggggg!!! Awiee, awieee oi awieeeeee”.

Awie tu anak lelaki aku. Aku jerit je, tapi kaki ni tak begerak langsung. Aku sereeeeet kaki aku ni wei. Macam orang lumpuh tu tapi nak bejalan jugak. Kalaulah Tyra Bank nampak aku buat ala pose gitu, mau jadi ilham dia untuk next top model posing style.

Sampailah aku masuk dalam, aku terus ke dapo, aku campak je mangga tu dalam sinki. Pastu aku terus peluk laki aku. Aku nangis sedu-sedan. Laki aku tau dah, mesti ada something ni. Bila dah cool, baru dia tanya, aku pon jawap dengan manjanya.

Tau apa dia balas, “Yang ayang gi gatal sangat amik mangga tu malam-malam dah kenapa yang?”

Arggghhhhhhhhhhhhhhhh!!! Taleh nak mengadu domba manja-manja betul ahhh. Mak telan je kepahitan tu nakkkkkk.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

26 thoughts on “Sidai Kain Di Waktu Malam”

    • Ate…kalo mengkeme boleh nengok, waima ateh radio, tv, bawoh meja, ateh kipeh, gantung kat siling, tepi bibir kamu, ateh bulu mata, semua ada! Boleh gak ler kabo penuh ghomah mengkeme tu dengan bebenda alah yang mengingkari sujud kepada Nabi Adam ni. Mengkeme tak caya? kata keme ni merakoh? Hah gi ler mengkeme nanya ke ustaz. Tak caya usoh baca FS ni. Ajer merakoh mengkeme kabo, he’eeehhhhh.

      Reply
    • Si langsat bangsat ni ak perati je.asek nk kondem org je.ko wt kuar r cite ko satu lahabau.nk tgk cne.jgn thu komplen je.puihh.

      Reply
    • B**i langsat bangsat .penat ak taip hilang.gini la ,ko r plak confess satu cite ko.ak perati da lme ko ni.msti nk komen negatif.ko perasan ko pengkritik cerite ke bahlol.puihh ats muke ko.

      Reply
  1. aku lebih gelak dari seram kak oi. tp berani jugak ko nampak white candy buat selemberrrr.. kalau aku natang tu paling tak nak jumpa

    Reply
    • Kalu aku kabo betui-betui, tak selit bunyi kelakor, mau mengkeme tido bukak lampu, nak gi melabor kamu bukak pintu. Nanti ada masa, keme cerita takde selit unsur-unsur nak tergeletek usus-usus. Hahh itu jam kamu ngajok aku temankan gi amik ayor sejuk kat dapo. Keh keh keh keh keh….

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.