Sihir

Assalamulaikum warga fs, aku ada sebuah cerita nak kongsi dengan korang maaf, kalau tak seram. Mendengarkan perkataan sihir atau santau boleh membuatkan kita berasa seram sejuk bukan. Aku Irfan, cerita ni bukan la berkenaan aku, tapi berkenaan sepupu aku Arif.

Aku dan Arif membesar bersama, ibu dan bapanya telah meninggal dunia sejak usia Arif 7 tahun lagi. Sejak dari itu dia tinggal bersama keluarga kami bersama dua orang kakaknya. Arif ni boleh dikatakan kacak la, berharta la jugak, ramai perempuan nak kat dia tapi aku rasa pelik sangat sebab dia memilih seorang wanita yang agak kurang cantik, kurang bergaya,dan agak kurang kesopanan bagi pandangan aku, kenapa aku cakap macam tu, sebab aku pernah dengar perkataan tak guna dan bodoh dari mulut dia, sebabkan hanya pada perkara yang remeh. Lagi aku bertambah pelik bekas awek dia dulu punye lah cun,bertudung, sopan ayu, dari keluarga orang yang baik- baik,diorng dah kenal hampir 4 tahun dari zaman belajar lagi, kena tinggal sebab nakkan bini dia yang sekarang.

Bila dia sibuk kata nak kawin dengan bini dia yang sekarang ummi dengan ayah aku rasa macam tak berapa nak berkenan dengan gaya dan cara bini Arif ni, sebabkan dah didesak ummi dan ayah aku teruskan jugak pergi merisik,yang kami peliknya masa kami pergi merisik dan bertunang tu yang menyambut kami hanya pakcik dan makcik perempuan tu.

Aku ringkaskan jelah lepas dah jumpa risik semua keluarga perempuan nak cepatkan je, ayah dangan Ummi okey je minggu ni bertunang sebulan lepas tu terus kawin. 5 jun 2016 menjadi titik hitam dalam hidup arif. Majlis sebelah perempuan mmg ringkas, hanya akad nikah lepas nikah takda dah balik rumah perempuan terus di ajaknya balik rumah si Arif ni.

Sebelum arif ni kawin, aku selalu jugak pergi rumah dia,yelah bujang kan, kakak – kakak dia dua2 dah kawin tinggal dia sorang. Aku selalu pergi dengan anak bini aku, anak aku irwan memang rapat dengan dia boleh dikatakan rapat betul dengan si Arif ni, anak aku yang first Intan rapat jugak tapi tak macam irwan. Tapi sejak kawin ni, dia langsung tak pernah ajak aku pergi rumah dia, memang lain sungguh perangai dia, aku tak kisah sangat yelah orang dah kawin kan, yang bertambah pelik, dia sentiasa bagi alasan bila aku ajak berjumpa. Bila ayah aku ajak jumpa pun dia akan bagi seribu satu alasan, sampai kadang-kadang macam tak munasabah alasan dia jari bini dia tercucuk duri la ape la.

Aku jumpa arif hanya kat tempat kerja, itupun waktu rehat. Pernah sekali masa mula2 kawin dulu bini dia ada tapaukan dia nasi, dia apa lagi ajak aku makan sekali, orang kata rezeki jangan ditolak aku ikut dia ke pantry, bila dia bukak je bekas makanan dia bau semerbak, bau hancing ada,bau macam nasi dah basi pun ada, terkejut aku boleh dia kata harum betul bau masakan bini dia. Aku dah rasa lain macam terus aku tarik bekas makanan dia tu tutup, ada jugak orang office lalu tanye ape bau busuk, aku buat tak tau je, terus aku masukan bekas tu dalam plastic sampah bawak turun bawah campak dalam tong sampah besar kat belakang banggunan office aku.

Satu hari tu, anak aku Irwan deman teruk sebab rindukan si arif ni, aku pun bawak la dia pergi rumah si arif ni masa tu memang nasib menyebelahi anak aku, bini si Arif ni takda kat rumah balik kampung katanya. Sampai je depan pagar rumah dia aku rasa meremang semacam. Aku kuatkan jugak hati bagi salam, lepas salam dijawab si arif ni tersenyum riang betul tengok aku dengan anak aku, di peluk cium pipi anak aku berkali kali. Dia cakap dia rindu betul dengan anak aku terus dia dukung anak aku bawak masuk, yang buatkan aku terpana sangat sangat, rumah dia mengucap panjang aku tengok keadaan rumah dia bersepah, pinggan tak berbasuh, baju berlonggok, memang macam kapal karam betul rumah dia. Aku tanya dia bini dia tak kemas ke, dia kata macam ni la dia kena hadap hari2. Dah berbuih mulut bagi nasihat tak jalan jugak.

Aku tanya dia bila bini dia nak balik sini, dia cakap mungkin lagi 3 minggu, sebab katanya rindu dengan family dia. Dia cakap je macam tu aku terus call bini aku dengan kak lyna kakak arif mintak datang rumah si arif ni, kebetulan bini aku dengan kak lyna free petang tu, aku ajak diorang kemas rumah si arif ni. Memandangkan bini si arif ni takda aku ajak dia tidur rumah aku, yelah makan minum semua ada.

Lepas dah semnggu lebih berlalu, aku plan ajak seluruh family datang rumah si arif ni buat makan2 doa selamat baca yassin semua. Masa tengah ramai2 baca yassin tiba2 anak kak ain yg umur 3 tahun tunjuk2 kat tangga rumah si arif ni pastu cakap mummy2, cacik lica ( acik lisa maksudnya bini si arif) berulang2 dia sebut, kak ain bawak anak dia pusing menghadap bini aku pastu teruskan baca yassin. Yelah mana tak pusingnya, bini si arif kan tak ada balik kampung, jadi siapa yang anak dia nampak.

Aku ingat benda tu sampai situ je rupanya tak, anak aku si kakak pulak tanya dengan bini aku, mama kenapa acik lisa tak turun bawah, dia tak boleh mengaji ke. Dia tarik lagi tangan bini aku, mama kenapa acik lisa nampak marah sangat, dia tutup telinga, kenapa mama? yang buatkan isteri aku terkedu sekejap bila anak aku tanya. Kenapa acik lisa tak ada kaki.? Kenapa rambut acik lisa panjang sangat tu mama. Anak aku Irwan yang tengah duduk atas riba Arif dah merengek tunjuk2 atas. Masa tu aku dengan arif serentak mendongak, tak ada ape pun. Arif pujuk jugak anak aku bagi dia tenang .

Malam tu kitorang buat keputusan nak tido rumah si Arif ni memandangkan hari dah lewat , anak aku si Irwan dengan anak kak ain dah tido dekat ruang tamu. Tengah ralit kami sembang tiba- tiba anak aku intan jerit panggil bini aku, bergegas kitorang yang tadi duduk kat dapur kedepan, kak lyna yang baru habis solat terus turun kebawah. Aku tengok anak aku melambai2 dekat pintu gate, “ini, ini( sini, sini) acik ini(acik sini) anak aku bebel sorang2. Tak tahu siapa yang dia panggil. Aku terus angkat anak aku tutup pintu.

Rupanya malam tu lagi teruk kami kena ayah dengan ummi aku tido dalam bilik utama, maknanya dalam bilik si arif ni, bini aku kak lyna dengan kak ain tido dalam bilik tetamu dengan budak2 semua. Kami yang para lelaki tido dekat ruang tamu.

Tepat pukul 2.30 pagi, aku terjaga nampak ayah aku turun kebawah menuju ke dapur lama ayah aku kat dapur takkan masuk bilik air sedangkan dalam bilik si arif ni ada bilik air, aku bangun nampak ayah aku tengah bancuh air dalam jug, rezeki datang aku pun tengah haus. Aku ajak ayah sembang sekali. Sembang punye sembang terkeluar topic pasal arif, ayah aku cakap biar la dia dengan hidup dia.

Jangan kita sibuk dalam rumah tangga dia, pelik padahal ptg tadi ayah aku gak bising2 cite pasal arif ni. Sebelum ayah naik atas ayah masuk bilik jamban dekat bawah ni. Ayah siap pesan jangan berani2 sibuk hal arif kalau taknak terima padah. Kak lyna yang terjaga turun terus masuk bilik air, keluar2 tanya aku buat ape sorng2 kat dapur, aku cakap aku sembang dengan ayah, dia pandang aku pelik. Terus dia suruh aku minum cepat2 dan tidur.

Esok pagi dia tanya aku balik aku buat apa kat dapur sorang2, lepas aku cerita terus dia cakap. Malam tadi ayah mana ada turun. Aku gelak cakap dia saja nak takut2 kan aku la tu, dia siap bersumpah, ayah memang tak turun sebab dia sendiri masuk bilik ayah nak tumpang bilik air dia nmpak ayah tido ummi pulak dalam bilik air, terpaksa jugak dia turun, dia lega bila nmpak aku kat dapur. Tapi bila aku dah cakap macam tu dia kuatkan hati jugak naik keatas.

Bini aku pulak dia terjaga lepas kak lyna masuk bilik rasa nak buang air dia terus turun kebawah, selesai buang air dia naik balik tapi terkejut nmpak aku dekat depan pintu bilik, tercegat senyap, bila dia tnya aku buat tak tahu je, dua tiga kali jugak dia tanya aku cari irwan ke tapi aku senyap, lepas dia nmpak aku masuk bilik ummi terus pergi bilik air, dia senyap masuk bilik baring sebelah irwan, bila nk pejam mata baru dia teringat, dia nmpak aku tengah tidur masa lalu nak naik atas, mengigil badan dia, habis yang dia tgur tu siapa.Kak ain pulak dia tak nampak, tapi dia dengar bunyi orang main guli lepas tu dengar orang ketawa ngilai2.

Sejak balik dari rumah arif tu, aku rasa lain macam. Sentiasa nak marah, bini aku yang tak buat salah apa2, anak2 aku yang tengah mengaji dekat tengan rumah pun kena marah. Pernah sekali anak aku demam teruk aku buat tak tau je. Bini aku pun sama, kadang2 dia akan marah tak tentu pasal, pernah sekali dia dukung irwan satu tangan lagi dia pegang pisau ugut nak toreh anak aku kalau aku tak lepaskan dia maksud berpisah. Ada jugak pernah kak ain datang rumah, anak aku intan siap tanya kenapa auntie lyna dia xturun kereta. Padahal kak ain datang sorng je masa tu.

Banyak lagi kejadian aneh yang berlaku,aku akan cerita nanti macam mana aku satu family pulak yang kena. Bila dah jadi macam tu ayah aku bawak orang datang rumah aku berubat ustaz fazil nama dia. Kami satu family kena santau, aku muntah keluar paku, bini aku keluar jarum banyak ya amat, anak aku intan kena jugak bila dah berubat dia muntah keluar banyak rambut dengan kain kuning. Lepas kami berubat Alhamdulillah semuanya elok semula.

Dalam seminggu gak aku tak nampak arif datang kerja, ayah,aku,suami kak lyna dengan kak ain ambik keputusan pergi rumah dia bawak jugak ustaz fazil sekali lepas masing2 balik kerja kami terus ke rumah arif . Sampai je kat rumah tu waktu mula senja, kami semua tercium bau yang busuk sangat2, bila nampak kami bagi salam jiran selang 4 buah rumah datang bagi tau, dah seharian diorang kat sini bau mcm ni. Bila tanya kenapa tak bagi tau sedangkan dia kenal aku, dia cakap hari tu dia ada tengur bini arif ni sebab nampak keluar masuk rumah, alih2 dia kena marah balik. Lepas kena marah tu mlm tu anak dia kena demam panas, demam lain macam.

Ayah aku nekad nak masuk jugak rumah. Lepas acara pecah masuk Berjaya. Kami cari si arif ni, satu rumah kami cari dengan menahan bau yang busuk, last sekali ustaz fazil bagi cadangan nak azan dalam rumah. Dia mintak kami semua berselawat dan baca ayat kursi jngn putus, maknanya lepas habis baca terus sambung. Jangan berhenti walau ape pun jadi. Ustaz fazil dengan ayah mula azan dekat penjuru rumah menghala ke pintu masuk, bila ustaz start je azan kami semua dengar suara perempuan menjerit. Panjang je jeritan dia.abang faruk suami kak ain dah cuit2 tangan aku, lepas habis azan ustaz beralih ke dapur, macam tu jugak dengar lagi jeritan.

Bila sudah ustaz ajak kami ke tingkat atas, ustaz fazil azan dalam bilik utama, bilik tetamu, bilik belakang dan akhir sekali bilik stor. Masuk je bilik stor kami rasa berbahang sangat2, bahang yang terlampau, ustaz ajak kami berdiri depan pintu bilik sahaja sebab dia rasa macam tak sedap hati, korang boleh bayangkan ustaz azan je kami dengar macam2 bunyi dalam tu bunyi perempuan ngis, gelak ngilai, macam2. Habis je azan kami dengar suara arif sayu sangat panggil kami rupanya dia tergantung dalam bilik tu dia macam terlekat dekat siling rumah, gantung tanpa tali ustaz mintak kami jaga dekat bawah dia takut arif jatuh, sebab dia nak azankan lagi sekali dalam bilik tu habis azan arif terus jatuh. Ustaz terus baca ayat – ayat ruqyah, masa tu jugak benda2 yang tak dijangka keluar dari mulut arif.

Katak, paku, pasir bercampur darah,rambut,kuku banyak lagi. Lepas habis je muntah satu rumah bau busuk, najis merata2 dalam rumah ustaz mintak kami angkat arif bawak keluar, sebab dia nak bersihkan tempat tu ayat suci al quran dibaca, tingkap dalam bilik tu pecah tanpa kami sangka. Rupanya selama ni bilik tu dijadiakn tempat memuja, bilik tu dijadikan sarang tempat tinggal belaan bini si arif. Darah kotor(haid) bini si arif ni jadikan pendinding bagi tempat tinggal benda tu. Bau dia jangan ditanya, habis sahaja ustaz bacaayat al quran dan bersihkan bilik tu, barulah kami nampak.

Dinding di rumah arif ni telah dipagar oleh bini dia sendiri menggunakan darah kotor dia. Sedikit demi sedikit badan si arif mula berubah menjadi kurus hanya tinggal tulang, terlalu kurus, dia sendiri tidak mampu bangun berdiri , kami terpaksa papah dia, ayah cadangkan supaya dia tinggal dengan ayah, senang ustaz fazil datang berubat. Lepas dah sihat baru dia mula bercerita

Lepas je dia akad nikah tu, tak tahu kenapa tiba2 dia pandang je bini dia, dia rasa sayang sangat terlampau2 sayang dia tak pernah rasa sayang sampai macam tu. Dia fikir mungkin sebab dan jadi bini rasa sayang tu semula jadi datang. Malam tu lepas siap je mandi nak solat, bini dia ajak dia makan, si arif ni ckp la nak pergi solat dulu, terus bini dia buat muka. Nak taknak kena la makan jugak nak jaga hati bini la katakan. Start dari malam tu dia tak tu kenapa dia rasa lain macam nak solat pun jadi malas sedangkan selama ni dia tak pernah tinggal solat, bila ada azan kat tv hati dia ckp jgn tukar, tapi fikiran dia buat dia tukar channel.

Malam masa nak tidur tu dia ada nampak bayang warna hitam dekat siling rumah dia macam terapung2 je. Dalam hati dia Cuma cakap mungkin bayangan sebab dia letih sangat memandu dari utara ke selatan. Terjaga pukul 3 pagi dia nmpak bini dia tengah duduk dalam cahaya samar2 macam orang tengah mengaji al-quran tapi yg dia dngar bunyi macam ni aaaaa panjang, sambil badan dia kedepan kebelakang. Setiap hari tepat pukul 3 pagi dia akan nampak bini dia buat macam tu, bila dia nak tanya pagi masa nak pergi kerja dia seolah2 lupa apa yang dia nak tanya sedangkan sepanjang nak pergi kerja pertanyaan tu yang bermain dalam fikiran dia.

Pernah sekali dia terjaga tepat pkul 12 mlm. Turun nak minum air, dia nampak macam ada orang dekat dapur, yang buatkan dia terkejut benda rupa macam nenek tua yg dah bongkok tengah selongkar tong sampah, lidah benda tu panjang menjilat2 isi dalam tong sampah. Bila perasan si arif ni tengok terus hilang. Dia sentiasa nampak kelibat bini dia dalam rumah walaupun bini dia tak ada. Duit simpanan, kereta, habis lesap, Banyak lagi kejadian yang dia cerita, tapi rasa tak sanggup aku nak cerita kat umun. Benda sangat menjijikkan. Bila aku tanya dia kenapa dia tak bagi tahu aku, dia Cuma tersengih. Dia kata, kalau aku boleh bagi tahu, dah lama aku bagi tahu kau.

Apa yang aku tahu sekarang dia dah bercerai dengan bini dia, last aku dapat info ex bini dia jadi macam orang gila cakap sorang2, apa yang dia buat kat si arif ni, semua berbalik pada dia. Arif still berubat lagi sebab benda tu dah lama sangat. Dan dia pun dah makan terlalu banyak benda kotor, dia Cuma cakap dia berserah pada allah untuk menyembuhkan dia, usaha untuk berubat selagi mampu. Tapi aku tabik dengan dia walaupun macam tu dia kena dia tetap maafkan ex bini dia.

irfan

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

6 Comments on "Sihir"

avatar
fansFS

kesiannye dia..semoga arif cepat sembuh..

yuki

kesiannya ..

husband i pun terkene jugakk …. tapi dengan ex diaa .. pdhall ex diaa yang main kayu 3.. tp sebab cemburu diaa buat husband i smpai tak boleh bangun , xboleh kerjaa . makan tahun jugakk husband i nak sembuhh ..skrg alhamdulillah dahh boleh kerjaa .. cumaa aktif macam dulu tuu belum lagii . berjalan pun kadang2 mcm tersiksa tengok dia nakk berjalann …selalu bisa2 kataa diaaa ..

— geramm tu memang geramm .. tapi tak apa lahh mungkin ini dugaan dari allah supaya kami lebih dekat dgn allah . .

Zaha

boleh musnah hidup dgn kejadian santau ni..
x comel xpo asalkan laki setia n sayang, ni bt bnda mengarut lagi mrah smpai bercerai berai.. bergegar arasy

Cotcot

saya doakan semoga arif cepat sembuh

Yibo

semoga arif cepat sembuh. somga penulis sekeluarga dilindungi Allah SWT.

rozzy

elok juga sebelum kawin/selepas baru kawin minta nasihat dari mana2 ustad yg dipercayai tgk bakal suami/isteri tu ada guna sihir ke tak..terutama bila lihat perangai amat jauh berubah terutama dgn keluarga

wpDiscuz