Sihir 4 penjuru siri2

Hai pembaca fs. Atas permintaan aku sambunglah sikit tentang sihir 4 penjuru yang dikenakan kepada keluarga kami. Baru-baru ni ada terbaca komen yang akak meroyan tak pasal-pasal kata aku ambil suami orang. kihkihkih. Salah aku jugak tak cerita dari awal siapa kak ina. Sebenarnya anak-anak ni saksi utama yang boleh membuka aib dia di mahkamah. Salah satunya selepas 3bulan anak-anak ni bersama kami akhirnya salah seorang bagitau semasa Kak Ina masih isteri abang Zack, Kak Ina dah check in hotel dengan lelaki lain. Konon bawa anak untuk mengaburi mata si suami ada reunion kawan universiti tapi sebenarnya ambil connecting room bersama bilik lelaki tu dan tak wujud pun kawan universiti lain dan bila bersama lelaki tu pun dia dah freehair. (Luaran konon alim sangat). Kak ina yang beria nak cerai sebab nak hidup berbahgia dengan kekasih hatinya. Bahagia la sangat. Tangan ke bahu mata ke atas.haha.kalau bahagia takdela kacau hidup kitorang kan.

Ok ini bukan page krt ye kak so aku sambung cerita misteri kami. Ini cerita side anak dan orang tua aku semasa aku dan abg zack tinggalkan diorang masa kami outstation. Malam tu anak-anak tidur dekat hall dengan orang tua aku. Geram jugak dengan diorang ni bilik masing2 ada tapi tak berani tidur bilik sendiri. Semua berkumpul kat hall dengan atok nenek dorang. Bentang tilam tidur depan tv. Atok nenek dah tidur tapi biasalah budak2 ni susah nak tidur malam jadi diorang pun buatlah aktiviti masing2.ada yang tengok fon ada yang main mainan.

Pukul 3pagi tiba2 ada bunyi dari tombol pintu masuk utama macam ada orang yang cuba buka. Bukan sekali tapi bunyi tu bertalu2 tanpa henti.dan ye dorang boleh nampak tombol tu bergerak2 sendiri. Semua terkejut dan berkumpul melekat 3beradik.

“Nenek2 bangun tengok tu!”
Nenek terpisat2 bangun perhatikan pintu tu. “Hmmm biarkan.xpayah layan.nanti dia penat berhentilah.”

Bunyi tu semakin menjadi2 cubaan nak buka berulang kali tak henti2.mustahil ada orang luar cuba buka pintu dari luar sebab kami tinggal di kondo yang security dia memang ketat gila nak lepas security kena pakai kad lepas tu ada gate lagi kena pakai cip. Nak naik lift pun pakai cip. Dahlah grill pun jauh dari pintu papan yang cuba dibuka tu. Tu so memang mustahil la manusia yang punya angkara.aku ni jenis apa apa kejadian pelik akan siasat segala kemungkin. Bunyi tu berlarutan selama setengah jam.

Ingatkan berhenti setakat tu tapi tiba2 tukk!tukkk!tukkkk! Pintu diketuk bertalu2 tanpa henti. Makin mengelidat takut la budak2 ni terus melekat kejung dekat atok nenek dorang. haha. Atok nenek steady baca apa yang patut dan akhirnya ketukan tu berhenti setelah setengah jam barulah keadaan kembali tenang.

Situasi kedua. Kami suami isteri masih outstation dan anak2 masih dengan orang tua. Ni diceritakan oleh nia anak kedua abang Zack yang berumur 10 tahun. Masa tu maghrib diorang kat dalam bilik sendiri tengah bersiap nak solat. Yang abang tengah mandi manakala nia dengan adik tengah bersiap tiba-tiba adik cakap “nia tengok tu kelakar kan?” Nia pusing kepala tengok kat satu sudut dinding yang adik tunjuk ada seekor jembalang tinggi dan besar berwarna hitam rambutnya hitam kusut masai hingga tertutup mukanya.

Nia, “hahhh, kelakarrr???? Abang lariiiiii!!!”
Si abang yang tengah mandi pun terkejut terus keluar bilik air dan ye ternampak jembalang tu masih disitu. Apa lagi terus pecut 100meter berlari pergi kat hall cari atok nenek. Terkejut atok nenek tengok si abang bogel. kahkahkah. Takut punya pasal tak sempat tutup apa yang patut.

Situasi 3 ni berlaku pada aku juga dirumah.
2pagi.

Masa tu kami sampai rumah lewat. Kami suami isteri masuk dalam bilik dan anak2 macam biasa kat hall dengan orang tua aku. Orang tua aku memang sentiasa dengan kami sejak terkena sihir ni sebab bimbangkan keselamatan kami. Aku dan abg zack duk bersembang dalam bilik dan tiba tiba aku rasa panas. Bukan badan je panas tapi pun hati panas. Timbul ketidakpuasan hati dengan abg zack. Apa punca pun aku tak ingat. Aku bingkas bangun.

“Arghhh nak pegi mandilah!” Aku ambil towel masuk toilet dan keadaan aku makin teruk aku mula menangis mendayu2 sambil mandi.sedih betul gamaknye. Tiba2 aku sendiri rasa seram semacam macam diperhatikan. Aku pusing belakang tak nampak apa-apa. ahhh sudah! Meremang pulak rasa. Cepat-cepat aku mandi lepas tu terus capai tuala balut badan. Tiba-tiba dengar suara mama kat luar. “kakak kenapa tu?buka pintu ni.”

Prappp! Mama terus buka pintu. huhu aku tak sedar pun aku tak kunci pintu. Nasib baik dah balut badan dengan tuala. Mama terus masuk bilik air check keadaan aku. Dipegang kepala aku sambil baca ayat kursi.

“Huhh memang ada ni!ada dalam bilik air ni!,keluar kau! Berani kau kacau keluarga aku ya?!”
Mama mula baca alfatihah, 3qul dan kursi. Direnjis air yasin, rukyah yang sedia ada kat rumah kami.sejak terkena sihir ni memang berbotol2 air ubat ni kat rumah kami. Mana orang suggest semua kami pergi berubat.

Ok sambung cerita mama tadi. Dia seolah2 kejar sesuatu keliling rumah sambil baca2 apa yang patut sambil merenjis air. Papa mengejar ikut mama dari belakang. Sebagai backup mungkin. Yang aku tadi terus terpinga pinga tengok keadaan tu.hilang terus sedih merepek tadi.

Abg zack terus ajak aku balik rumah mama papa kat kampung. Kami terus kemas kain baju. Selesai mama mengejar benda tu dia bagitau benda tu masih ada diluar rumah.

“ada 3ekoq betina,depa duk berhimpit-himpit sesama depa sambil reyau(menangis) berjemaah kat luaq tingkap” mama bermukadimah.
“Kenapa depa reyau pulak?” Mama dengan soalan lurus dia.

Pertanyaan dibalas sepi. Eh mama ni. Manalah kitorang tahu.
“Hudoh sungguh rupa depa.ada sekoq tu rambut perang mengerbang2. Ada yang mata terjojol gigi menyeringai macam marah sungguh”
“Depa tak boleh masuk dah tu. Duk bertolak2 kekiri kekanan sesama depa sambil menangis.macam mana ni?nak tidoq sini ka balik kampung?”
“Eh tak payah tidoq sinilah.kita balik rumah mamala” abg zack terus sampuk.pukul 3 pagi terus kitorang gerak balik rumah mama.

Sihir 4 penjuru yang dikenakan untuk kami ni termasuklah sihir pemisah,sihir pembenci,nak tutup pintu rezeki @ nak hancurkan kerjaya abang zack dan kalau boleh nak abang zack mati. Kalau tak pun biar muflis merempat tiada siapa peduli.Tapi Allah lebih berkuasa bukan puak sesat ni. Selama ni dah ramai yang disihir ahli sihir ni termasuklah bekas biras biras abang zack. Ada juga yang bercerai tak boleh jumpa anak sampai 10tahun. Kali ni memang dorang bertemu buku dan ruas lah. Cumanya kami minta pada Allah SWT bukan syaitan macam diorang.

Situasi 4. Masa ni anak anak abang zack stay dengan parent aku. Kejadian berlarutan 2 3 hari sebenarnya. Bermula bila 3beradik ni masing2 tiba tiba berdarah sendiri serentak dalam 1hari. Yang peliknya selepas tu kesan darah kat tisu kat cadar tu hilang sendiri. Serious weh!lepas tu si abang berkelakuan pelik berdiri depan cermin bergaya seperti seorang perempuan.diusap2 rambutnya sendiri siap posing2. Sekejap-kejap pergi kat cermin. Naik rimas atoknya.yang nia pulak asik mengutuk anak kandungku yang kecil.si adik pun terkinja-kinja berperangai pelik. Situasi macam ni sengaja dicipta nampak seperti nak provoke kesabaran orang tua.

Sehinggalah papa dah tak dapat menahan dan memarahi budak budak ni.mama masa tu demam dah menggigil lalu menyembunyikan dirinya dalam comforter. Masa tu mama dah tak sedar apa yang berlaku antara papa dan budak-budak ni hanya didunia dia sendiri tiba-tiba dia dapat melihat apa yang kak ina dan keluarga ahli sihir tengah buat.korang tau apa kak ina buat?dia ambil 1besen berisi air lalu direndam baju anak-anak dia. Dia mencocok buah dada dia sendiri dengan jarum lalu dititiskan darahnya ke dalam besen tersebut. Lalu mereka membaca mantera dan semua dalam rumah tu kena minum air besen tadi.

So korang boleh kaitkan balik macam mana budak2 tu tetiba berdarah berjemaah dalam 1hari dan berkelakuan pelik. Mak diorang telah mengaktifkan saka yang ada dalam badan budak-budak ni melalui darah.papa terus demam selepas tu. Mama sebenarnya dapat kelebihan selepas dia terkena sihir 8tahun dulu.selepas dia mengamalkan bacaan yasin 80kali berterusan banyak kebenaran yang terbongkar dan banyak lagi amalan dari ayat suci quran yang mama amal.ada yang mama ajar tapi hihi aku tak pernah amal sebab lupa.

Kami sekeluarga akhirnya berubat sendiri.apa ubatnya? Kembali kepada Allah.solat taubat bersihkan diri solat hajat dibersihkan hati daripada syirik.kenapa harus minta kepada makhluk sedangkan kita ada Allah sang pencipta. 100rakaat solat taubat dan hajat. Amalkan juga bangun tengah malam baca yasin 7mubin supaya dilindungi dan dipulangkan sihir untuk memberi pengajaran kepada penyihir kemudian baca alkauthar 10x lalu niatkan supaya diberi petunjuk dalam mimpi. Terus tidur selepas tu.dan jangan lalai sentiasa berzikir Ya qahar, Ya ghaffar. Nama-nama Allah.

Sekian.

16 thoughts on “Sihir 4 penjuru siri2”

  1. Eeuuuwww…
    Jijik sgt yg part die puja baju rendam dlm besen tu utk aktifkan saka anak2 tu…
    Awwtlah tak terlajak potong time tu kan bior abis trs rata dada tu…
    Gamaknye dgn natang2 belaan keluarga diorg tu mesti senang2 je depa hulur dada tu utk bg mkn ekkk…
    Aaarrrrgghhh takooottt…

    Reply
  2. masih ramai lagi yg amalkan sihir skrg ni
    scary betul perangai manusia ni
    tak takut sungguh dengan balasan kat akhirat sok
    moga Allah bagi petunjuk & hidayah

    Reply
  3. uih mmg gila kalau kene sihir 4 penjuru ….family den pun pernah kene tapi x sampai 4 penjuru pun….semua pasal berniaga jer….zaman moden ni masih lagi ada org guna sihir utk puaskan hati….tabah lah wahai penulis….part nak gelak abg lari bogel…pastu boleh plak adik kata lembaga tu kelakar..adeh hai

    Reply
  4. Cerita ni best! Mmg bahaya sihir2 ni xkisah la 2 penjuru ke 4 penjuru ke. Tapi satu je aku xsuka. Part awal tu. Aku rasa xperlu ko nak buka aib kak ina & apa dia dh buat utk pertahan kan fact yg ko dh ambil laki org. Pendek kata, kita xperlu nak buruk kan orang lain utk menutup tuduhan org dkt kita. Cukupla kalau ko kata dh Allah tentukan jodoh kak ina & suami dia sampai di situ je & jodoh ko dgn suami ko ada pun aku dh boleh terima. #justsaying

    Reply
    • kalau kita kenal kak ina tu ye mmg mengaib kan. kalau die tak cerita pasal kak ina kang ada la plak nitizen kutuk2 die ni rampas hak org. padahal mmg kak ina tu yg keji.

      Reply
    • amende nak rampas2 plak klau die pon kawin dgn duda. statement ko x keji ke nak tuduh penulis ? ko tau die perampas ke ? ko pon x tau. baca hadam, jadikan pengajaran #peace

      Reply
    • Awk yg fitnah penulis amek suami org awk sedar x? Sy penulis cerita ni. Sy kenal abg zack 2thn selepas dia bcerai. Sy xpernah jumpa atau kenal pun kak ina tapi teruk sy kena sihir dgn dia. Xde isu aib pun xde siapa kenal dia kan 😊

      Reply

Leave a Comment