Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2017. Seperti dijanjikan saya akan berkongsi kisah sekeluarga di Kedah yang dikenakan sihir bomoh siam.
Ina dan keluarganya adalah orang kaya. Ina dan suami berprofession sebagai peguam dan mempunyai firma guaman sendiri di Kedah dan di ibu negara. Ina mempunyai 3 orang anak yang sudah bersekolah menengah dan mereka sekeluarga hidup dalam kenikmatan kekayaan dunia yang melimpah ruah dr Allah swt. Pembaca kena ingat ye didunia ini kita ada 4 keadaan manusia. Yang pertama nikmat,kifarah, dugaan dan istidraj. Tiada siapa pun yang tahu mana satu yang kita akan dapat. Senantiasa bersangka baik denga Allah swt. Semuanya adalah takdir dari Allah swt sama ada takdir mubram atau mu’allaq kita kena redha dan rendahkan diri.
Pada suatu hari rakan kongsi Ina di KL telah berjaya mendapatkan prjek yang dalam skala besar bayarannya. Maka ina serta suami gembira akan berita tersebut. Namun disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rakan kongsi Ina seorang wanita bernama Misha telah membuat keputusan nak split share dan tubuhkan syarikat baru. Namun tanpa persetujuan Ina dan suami yang mempunyai share besar,mereka pertahankan syarikat itu dan projek-projek kendalian syarikat. Misha berkeras hendak rampas segelintir projek tapi mendapat tentangan dari Ina dan suami.
Maka Misha dengan rasa amarah bercuti ke luar negara untuk tenangkan fikiran sewaktu keadaan tegang antara dia dan Ina serta suaminya. Rupa-rupanya Misha telah ke Thailand dengan seorang kawan untuk dikenalkan dengan seorang bomoh siam. Misha ingin memporak perandakan hidup sekeluarga dan merampas syarikat itu. Misha bertemu dengan bomoh berkenaan dan menceritakan masalah dan pertolongan yang diperlukannya. Bomoh berkenaan meminta bayaran RM 15,000 untuk menjalankan sihir kepada Ina sekeluarga.
Misha berjaya mendapatkan gambar Ina sekeluarga, cebisan helaian rambut di jubah peguam Ina dan kusyen peluk yang digunakan Ina tika di pejabat. Maka kerja khurafat bermulalah, bomoh siam mula membacakan zikir-zikir bahasa sanskrit dan menghantar pasukan-pasukan jin dewa taraf tinggi ke rumah Ina. Rumah ina diselubungi jaring ghaib yang meliputi sekeliling rumah. Jin-jin mula menerusup ke fikiran anak-anak Ina dan membuatkan mereka semakin lembam dan lembap dalam apa jua aktiviti dalam kehidupan seharian. Ina dan suami kerap bergaduh dan mereka sekeluarga semakin kurus.
Penampakan kelibat dan gangguan semakin dirasai, perniagaan dan kesihatan semakin merosot. Klien makin menjauhkan diri dan satu persatu projek hilang dari genggaman syarikat Ina. Mereka mula mencari rawatan alternatif setelah pihak hospital gagal mengesan punca penyakit. Sudah berpuluh ribu Ina membelanjakan duit untuk berubat namun tiada keizinan untuk sembuh lagi. Ramai ustaz dan perawat mencuba nasib dan kecundang dengan sihir siam yang sangat kuat ini, ada yang gugur nyawa dengan izin Allah swt. Ilmu bomoh siam dan Lapisan jaring sangat tebal dan setiap kali diusik jaring,secara ghaib sekelip mata jin siam akan datang dan serang perawat dan ustaz-ustaz. Rumah dan kehidupan Ina sekeluarga semakin suram dan sugul sehingga baki akaun di dalam bank Ina hanya berbaki lebih kurang RM10,000 sahaja. Duit simpanan habis membayar komitmen dan rawatan oleh yang mengaku acah-acah perawat Islam yang mengaut keuntungan membuta tuli menunggang agama.
Saya menerima pelawaan dari Ina untuk merawat mereka sekeluarga. Saya dan guru bergerak ke sana. Kami bermalam selama 4 hari 3 malam dalam proses perawatan ini. Setiap kali khadam jin yang ditangkap/dikurung/disembelih akan dihantar lagi makin banyak. Kami terus memohon pada Allah untuk bantuan dalam memerangi sihir siam ini. Seluruh rumah bergema laungan bacaan zikir bahasa sanskrit siam. Laungan jeritan dari anak-anak Ina pula semakin kuat. Ini tidak boleh jadi kata guru saya. Dengan mengamalkan surah Al-Ankabut, kami terus bermohon pada Allah swt, tak lama kemudian kami berjaya menangkap ketua jin yang membuat perjanjian dengan bomoh siam itu untuk mematikan sihir yang dihantar.Malangnya tidak berjaya walau telah diseksa beberapa hari jin itu. Tapi kami xputus asa dan terus berusaha. Akhirnya dengan ilham dari Allah, kami menggunakan ilmu cermin dan pulangkan/pantulkan sihir itu pada tuan punya badan. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah daun keladi, limau purut,limau nipis,sireh berwafak,7 jenis bunga sebagai asbab sahaja.
Hari terakhir kami diizinkan dan diberi kesembuhan pada Ina sekeluarga oleh Allah swt. Anak-anak Ina kembali normal beransur dalam 2 minggu. Keadaan rumah makin berseri dan Ina serta suami tidak bergaduh lagi. Misha pula selepas 2 bulan, dia melepaskan syer syarikat dan menjadi gila/skizo, sehingga ahli keluarganya bawa balik ke kampung untuk berubat. Misha meracau seperti orang kerasukan .Kehidupan dan syarikat Ina sekeluarga kembali pulih sepenuhnya dalam masa 6 bulan.
Ingatlah pembaca sekalian, janganlah kita mendekati amalan khurafat dan maksiat. Apa yang didunia ini tidak akan kekal, yang kekal disana akhirat kelak. Dunia hanya medan ujian penuh tipu daya sahaja. Kita kena bijak menilai dan senantiasa patuh pada perintah Allah swt.
Amalkan bacaan Al Fatihah,ayatul kursi, surah at taubah 128-129, yaasiin 9, Al Fatihah dengan betul dan tertib, surah Al Ankabut ayat 57(untuk berperang dengan jin syaitan), surah Al Baqarah ayat 18 untuk menyerang musuh yang ghaib atau nyata. Boleh amalkan sentiasa dan ketika rasa diri terancam/seram/takut dan niat pada Allah mohon kekuatan dan kemudahan menumpaskan musuh
macam pernah baca dah ni sebelum ni kalau tak silap.. :'( kenapa repost balik ?:o
Tula. Repost blk. X pun copy paste kt google. Org yg repost n copy paste ni mmg x guna.
Adeh. Lama tunggu post tuan siddiq. Repost pula yang ni hewhew
pada October 10, 2019, cerita ni dah disiarkan dengan tajuk “Sihir Siam Untuk Sekeluarga”
ini iklan sebenarnya.
sbb tu repost.
Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin…
WhatsApp +62 822 4631 1483