Sihir Dari Tempat Kerja

Assalamualaikum rakan FS. Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin FS kerana sudi menyiarkan kisah hidup aku ini. Izinkan aku memperkenalkan diri aku, nama aku Shera umur 24tahun berasal dari Tumpat, Kelantan. Pertama kali aku post cerita aku dalam FS. Kebiasaannya aku menjadi pembaca yang setia sahaja.

Kisah ini baru berlaku ketika aku berumur 23tahun. Terjadi pada bulan 8 2016 selepas hari raya Aidilfitri. Aku berkerja di sebuah restoran bertaraf 5 bintang (namanya dirahsiakan) sebagai jawatan juruwang. Menjadi detik sejarah yang aku tidak dapat lupakan sampai sekarang. Masih segar dalam ingatan. Pada mulanya aku tidak tahu, aku terkena sihir. Aku ingatkan ini sakit-sakit biasa sahaja. Aku sakit urat, urat kaki aku jadi tegang keras dengan mengejut. Tiba-tiba kaki aku bengkak dengan sendirinya seperti belon. Sampai suatu masa aku seperti lumpuh separuh badan.

Pertama kaki aku mula bengkak di bahagian kiri & merebak ke bahagian kaki kanan. Sakitnya tak usah cakaplah, hanya Allah SWT yang mengetahui segalaNya. Sebenarnya sihir ini ditujukan kepada pengurus restoran tempat kerjaku. Tetapi ini semua ujian terhadap diriku untuk menghapus segala dosa yang lalu & menguatkan lagi semangat aku untuk menghadapi ujian akan datang. Aku redha pada ketentuan Illahi. Sihir ini terkena padaku sebab waktu itu aku uzur (period). Untuk pengetahuan kamu semua, perempuan ni waktu uzurlah, tubuh badan dia paling lemah. Mudah terkena pada gangguan sesuatu ataupun sihir.

Sejak mulai dari itu, aku didatangi mimpi yang pelik seperti memberi sesuatu peringatan terhadap diriku. Aku bermimpi ada seorang perempuan wajahnya bercahaya putih silau mata memandang, datang dalam mimpiku membawa pesanan begini, “adik perempuan kamu sedang mencari kamu sekarang, dia cakap kamu sekarang dalam keadaan bahaya”. Sedangkan di alam realitinya aku tidak mempunyai seorang adik perempuan, malah semua adikku lelaki. Pernah juga aku bermimpi aku didatangi seorang lelaki tua berpakaian jubah warna putih. Lelaki tua itu berkata, “Ada orang hantar sihir ke kamu”. Aku pun abaikan mimpi tersebut kerana aku menganggap itu hanya sebuah mainan tidur sahaja.

Pernah sekali aku pergi ke hospital untuk ambil ujian darah dan air kencing untuk mengetahui adakah aku ini ada penyakit buah pingang, jantung atau darah tinggi. Ternyata selepas selesai ujian itu, doktor cakap darah & air kencing aku tahap normal seperti biasa sahaja. Selepas pulang dari hospital, aku beritahu ke ibu yang aku tidak ada penyakit yang teruk, hanya biasa-biasa sahaja. Seumpama doktor dihospital tidak dapat dikesan aku ini ada penyakit apa. Ibu memberitahuku dia merasa tidak sedap hati terhadap keadaan diriku, kerna pernah dia bermimpi, “dia nampak salah satu kaki aku ini ada kesan lebam warna biru hijau”. Selalunya naluri ibu sentiasa betul kerana dia telah melahirkan kita kandungkan diri kita 9 bulan.

Ibu aku pun terus membawa aku ke pusat rawatan Islam, setelah perawat itu, scan tubuh badan aku. Dia cakap aku terkena sihir orang yang ada hasad dengki dari tempat aku kerja. Dia ikhtiar merawat diri aku dengan memberi ubat dia kepadaku untuk sapu-sapu ke bahagian kaki aku yang bengkak tetapi tidak berhasil, Allah SWT tidak mengizinkan aku untuk sembuh lagi. Mungkin tubuh aku tidak serasi dengan dia. Untuk makluman kamu semua, aku ini keturunan diraja iaitu dari darah raja Kelantan Cik Siti Wan Kembang & darah raja Indonesia Wan Empuk Wan Malini. Malah aku juga dari keturunan Bidan ke 7.

Setelah penyakit aku belum sembuh lagi, ibu aku pula membawa aku pergi ke pusat rawatan lain di bandar Machang Kelantan. Dia meminta izin dari ibuku untuk menyentuh kakiku dengan berlapik kain pelikat untuk membuat sesi rawatan tetapi dengan izin Allah SWT kaki aku tidak sembuh juga. Ustaz itu juga memberitahu ibuku yang aku terkena sihir dari tempat kerja. Setiap hari aku sedih mengenangkan nasib diri, kaki tidak sembuh lagi & punca pendapatan rezeki kerja aku pun hilang kerna ketika ini kaki aku semakin teruk seperti lumpuh. Aku cuba fikir positif, pasti ada hikmah dariNya. Apabila aku mahu berjalan, rasa berat sangat-sangat seperti ada benda terrgantung dikaki aku.

Setiap kali aku mahu berjalan atau berdiri, mesti aku terjatuh dengan secara tiba-tiba. Terakhir sekali, ibu aku sekali lagi membawa aku pergi berubat dengan perawat lain. Setelah aku sampai di rumah perawat ini, perut aku yang okay tiba-tiba jadi loya nak termuntah. Perawat yang ini seorang perempuan berumur lebih kurang awal 40-an. Nama samarannya bermulanya dengan huruf C. Sebelum sesi rawatan berlaku, dia bagi aku minum air limau nipis bermulanya dengan membaca Bismillahirahmanirahim.

Dia meletakkan tangan kanan dia dibelakang tubuhku sambil membaca beberapa surah Al-Quran. Dengan secara tiba-tiba, dia berdiri didepanku, ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri lagi kerana iblis yang berada didalam ditubuhku ini sudah berada didalam tubuh dia. Kelebihan perawat ini yang Allah SWT kurniakan pada dia ialah dapat memasukkan sesuatu dari tubuh pesakit ke tubuh dia. Aku dapat berdialog dengan iblis itu. Iblis tu ketawa sinis melihat keadaan aku sekarang kerana dia telah berjaya membuat aku lumpuh separuh badan. Seperti inilah dia cakap kepadaku.

“Tidak sia-sia aku menghabiskan duit RM500 untuk melakukan sihir ini kerna aku berjaya melumpuhkan kamu sehingga kamu tidak dapat pergi ke kerja. Aku kalau boleh nak bagi restoran tempat kamu bekerja itu biar sampai muflis. Biar semua tidak dapat pergi kerja. Pengurus kamu kedekut, kedekut sangat. Duit 10sen pun minta lagi dengan customer. Berkira sangat. Lagipun sudah lama aku perhatikan ke kamu. Kawan-kawan dan bos kamu di tempat kerja, depan kamu je baik kalau dibelakang kamu apa benda dia tidak mengata ke kamu. Menyesal aku mari sini (rumah rawatan C). Tidak mengapalah aku keluar dulu dari tubuh C”.

Selepas selesai sesi rawatan itu, aku diberi air pulih semangat untuk memulihkan kembali semangat aku yang telah lama hilang. Sebelum pulang ke rumah, aku sempat berbual dengan perawat C, dia ada mengatakan dia dari keturunan Hang Jebat. Patutlah aku boleh jadi serasi apabila berubat dengan dia kerana diapun dari keturunan raja juga. Dia juga ada memberi pesanan kepadaku agar rajin-rajinlah pergi mengurut badan kerana sihir itu sudah memasuki urat saraf kaki aku.

Sekarang, syukur Alhamdulillah aku semakin pulih dari kejadian sihir ini. Aku mengambil masa 6 bulan untuk sembuh kaki-kaki aku. Maaflah kalau cerita aku ini tidak berapa seram, tetapi inilah sejarah hidup aku yang paling aku tidak dapat dilupakan sampai sekarang. Pasti ada hikmah disebalik ujian dariNya. Terima kasih kerana sudi membaca kisah hidupku ini.

“Allah SWT tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Q.S Surah Al-Baqarah:286)

14 thoughts on “Sihir Dari Tempat Kerja”

  1. Hang Jebat keturunan raja ke??
    Bkn ke Hang Jebat tu hulubalang yang menderhaka klu ikot sejarahnye??
    Ampun klu akk silap…
    Sbb akk klu bab sejarah+geografi mmg ke laut sket…

    Papepon…
    Mmg penangan duit seposen tu buat kastemer tu marah benor yer…
    Tu sllu ckp kat asben terutama ble blk dr berbelanja…
    Nilai 10sen ni sgt sgt sgt kecil realitinye…
    Tapi as a kastemer, bile peniaga berkira sesgt nk gak seposen tu wpon kita dh berbelanja berpuluh kdg beratus ringgit, geraaammmm je ghase…
    Tp bile dpt peniaga yg murah hati plak, dpt diskaun seposen tu bahagiaaaa sgt rase hati ni…
    Bkn nilai seposen tu yg jd ukuran, tp nilai sifat positif peniaga tu yg kita harapkan…

    Reply
    • Kaaannnn…
      Klu akk ble dpt diskaun posen2 tu wajib kuor ayat “yeeaaaa dpt duit raya…!” dgn gembiranye mcm bdk kecik dpt angpow duit merah, hahahhha…
      Nnt peniaga tu pn muke trs senyum sonok sbb dpt hepikan kastemer…

      * tak susah kn nk hepikan Kak Yulie ni…heheheheh…

      Reply
  2. Err… Rasanya Hang Jebat x da langsung darah keturunan raja… Hang Jebat kan hulubalang Melaka… Kalau gali dlm skit sej diorang hang² ne, darah cina mcm Puteri Hang Li Po… X tau lah in case aku silap Baca… ?

    Reply
  3. Mungkin Hang Jebat yang lain kot. Sebab Hang Jebat asalnya orang biasa dikurniakan gelaran Panglima dan susur galur keturunan dia takde siapa pun yang tahu. Kalau nak citer pasal Hang Tuah & Hang Jebat banyak sangat misterinya. Penafian itu lebih tinggi daripada hakikat. Writer kat atas ni maksudkan Raja Hang Jebat dari negara lain kot.

    Reply
  4. Sejarah sebenarnyatelah ditwistkan oleh golongan tertentu. Hang Jebat dan Hang Tuah mmg dari darah raja. Rajim2lah mengkaji akan berjumoa in shaa Allah.

    Reply
  5. Ala 10sen je. Apa benda la melayu mcm ni. Orang tu meniaga. Kalau dah sepuluh customer takkan dia halalkan jugak seposen. Pastu antar sihir pasal 10sen.

    Reply

Leave a Comment