SIHIR DARIPADA KAWAN

SIHIR DARIPADA KAWAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha.

Pertama sekali,aku ingin berterima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisahku.

Sihir kerap kali digunakan oleh seseorang yang berhati busuk untuk melunaskan perasaan dengki yang ada dalam diri. Walaupun mengetahui dosa dan kesannya pada diri dan juga iman tetapi masih tidak diendahkan dan terus menerus memperdajalkan orang lain…

Namaku suha . Cerita yang aku ingin sampaikan ialah berkenaan dengan sepupuku yang paling rapat yang ku panggil along .Walaupun berbeza jantina mahupun jurang usia yang agak besar,kami tetap bersama. Pada pertengahan tahun 2016, ibu bapa aku pergi ke luar negara kerana urusan perniagaan jadi aku dan juga adikku dihantar ke rumah Puan Salmah iaitu adik kepada ibuku untuk tinggal bersama sementara waktu.

Aku agak sedih kerana tidak dapat mengikuti keluargaku tetapi pada masa yang sama aku juga amat teruja kerana aku dapat meluangkan masa dan bergurau senda dengan along . Pada waktu malam tepat pukul 11 , aku dan juga ibu saudaraku yang aku panggil Mak Ngah sedang berbual mesra di dapur dan suasana pada malam itu agak menyeramkan dengan adanya lolongan anjing yang sayup sayup kedengaran . Aku hanya bersangka baik untuk menenangkan diriku pada malam itu bahawa lolongan itu terjadi kerana adanya pencuri atau apa pon.

20 minit sbelum tengah malam , tiba-tiba hatiku terdetik untuk menjenguk along yang sedang ralit bermain permainan videonya itu. Tetapi hatiku merasakan bahawa ada yang tidak kena dengan along, walaupun kelihatan agak normal bermain , tetapi sesiapa sahaja yang melihat matanya dan tingkah lakunya pasti turut merasai jua apa yang ku katakan. Tingkah laku serta matanya agak lain dan tidak seperti sediakala. Anak matanya yang hitam kelihatan agak besar menutupi anak matanya yang putih manakala postur badannya seperti lagak haiwan yang ingin menerkam mangsanya pada bila-bila masa sahaja .

Aku sedikit ketakutan dan lekas memanggil Mak Ngah untuk turut melihat kelakuan aneh along. Mak Ngah tergamam dengan perubahan sikap anakknya itu . Lalu aku mencuit lengan Mak Ngah untuk mengetahui apa tindakan yang perlu dibuat. Mak Ngah menyuruhku untuk mengambil kitab suci Al-Quran yang berda di dalam biliknya untuk meletakkannya di hadapan along sambil mengalunkan ayat ayat suci serta berdoa kepada Allah supaya membantu kami serta Mak Ngah segera membuat panggilan telefon kepada suaminya dan anak lelakinya supaya lekas pulang , tetapi along membalas nya dengan mentertawakan kami dan berkata “ingat aku takut ker,hahahahahahahh” . Suami Mak Ngah serta 2 orang anak lelakinya yang lain sudah keluar selepas waktu isyak kerana mereka mempunyai hal masing masing dan masih belum pulang . Jadi situasi kami agak membimbangkan kerana tiada ahli lelaki untuk mengawal along jika along berada di luar kawalan . Hal ini merunsingkan kami berdua dan mungkin membahayakan keselamatan kami.

Selepas kami berikhtiar melakukan semua perkara , aku hanya mampu melihat along pada jarak yang jauh dan terkejut apabila along memanggilku dan berkata kepadaku “hey kau datang sini,ambilkan Al-Quran ni, aku tak nak tengok benda ni. Dan bawakan aku baldi yang mempunyai separuh air di dalamnya” dengan suara yang sangat garau. Aku hanya menurut sahaja permintaan orang itu supaya diriku tidak diapa – apakan olehnya. Aku hanya memerhatikan gelagat along tanpa berkata apa apa pon. Along sedang mengacau air yg berada di dalam baldi menggunakan jarinya dan bercakap dengan ayat yang aku tidak pernah mendengarnya. Perkataan yang keluar dari mulut along ialah “tuan asal badan ini , mungkin tidak akan selamat ,anak kau akan m**i hahahahah” ujarnya sambil melihat Mak Ngah. Mak Ngah pula berkata ” Kau siapa ?,keluar dari badan anak aku.Siapa yang menghantar kau ke sini?,apa tujuan kau kacau anak aku? “. Along segera membalas pertanyaan Mak Ngah ” Ada yang berdengki dengan anak kau , dia nak anak kau m**i. Dia tidak sanggup untuk melihat kejayaan yang diperolehi oleh anak kau “.

Mulutku terkumat kamit membaca mana mana suruh untuk perlindungan diri. Selepas itu along menjerit “mana harimau itu , mana !. Keluar kau ,keluarr!! . Aku nak berlawan dengan kau !!!” Satu jam sudah berlalu , semakin lama along menjerit memanggil harimau itu tindakannya juga semakin agresif .Benda yang berada di dalam badan along berkata “Baik kau dan anak perempuan kau lari sebelum aku k***r leher kau berdua !!!”. Dengan pantas Mak Ngah mengambil semua pisau yang berada di dapur dan menyembunyikannya di bawah katil di bilik yang paling hujung . Lalu along menjerit dan berkata “Ingat aku tak tahu ker pisau pisau tu berada di mana, kau sorok bawah katil kan!!,Jangan ingat aku tak boleh pergi kesana “. Along mulai bergerak ke satu tempat ke satu tempat . Dia mulai memanjat mana mana perabot yang tinggi dan menggoncangnya. Along juga melempar barang- barang yang boleh dicapainya. Tiba tiba , along masuk ke dalam satu bilik yang mempunyai mesin jahit dan barangan jahitan , lalu dia pon memanjat mesin jahit itu dan menggugut Mak Ngah dengan meletakkan kakinya di jarum yang banyak untuk mencederakan along jika Mak Ngah cuba mendekatinya. Mak Ngah tidak boleh berbuat apa-apa dan menurut sahaja ugutan itu.

Aku dan Mak Ngah lekas keluar dari rumah kerana ketakutan, malahan jiran sebelah rumah kami turut jua keluar untuk mengetahui punca berlakunya kebisingan itu. Apabila kami mulai buntu untuk melakukan apa- apa . Dalam 5 minit bantuan sudah tiba , anak lelaki Mak Ngah menemani ku dan juga Mak Ngah manakala suami Mak Ngah membawa dua orang ustaz untuk membantu along yang kerasukan.

Semasa sesi merawat , along kelihatan resah dan dia juga bercangkung sambil menderam apabila ustaz mengalunkan ayat suci Al-Quran . Along menderam setiap kali direnjis air oleh ustaz. Ustaz bertanyakan kepada along “Gerangan siapakah yang sanggup menghantar kamu untuk mengacau along”. Along menjawab “Aku tidak mengacau kau!!Jangan kau sibuk menganggu urusan ku !!. Ustaz membalas ” Kau kacau dia ibarat seperti kau kacau aku, wahai makhluk terkutuk. Aku bertanya sekali lagi,kenapa kau kacau dia . Siapa yang menyuruh kamu dan apa tujuannya”.Makhluk itu membalas “Tujuannya adalah untuk menghapuskan orang ini,tuan aku tidak suka akan tuan ini.Orang yang menghantarnya ialah orang yang along kenali ,itu sahaja yang boleh ku jawabkan”. kata makhluk terkutuk itu . Lalu makhluk itu mengaku kalah dan pergi meninggalkan jasad along.

Syukur alhamdulillah, tiada apa-apa yag berlaku. Nasib baiklah tak terlambat ustaz tu sampai, kalau tak, tak tahu lah apa yang akan terjadi.. Tak tahu lah kenapa masih ada orang yang bersikap begini, sanggup menghantar sihri sebab cemburu dengan kejayaan seseorang…Semoga kita dijauhkann dari sikap dan sifat sebegini…Sekian..

TAMAT

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nasuha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.