Sihir Harta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha serta addmin. Bertemu lagi kita di sini. Kali ini Pia akan menceritakan sebuah kisah yang bertajuk ‘Sihir Harta’ .

Ini kisah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau m**i. Watak utama dalam cerita ini adalah Farah.

Sebelum itu kepada yang inginkan kisah benar, bolehlah beralih ke cerita yang lain..Sebab cerita yang ingin dismpaikan adalah fiksyen…


Farah ni seorang anak tunggal dan seorang anak yatim disebabkan kematian ayahnya. Harta ayahnya sangat banyak sehingga tujuh keturunan pun makan tak habis.

Kalau kita tengok zaman sekarang, kalau kematian ayah dan keluarga tersebut tidak mempunyai anak lelaki, adik-beradik ayahnya mahukah semua harta ayahnya itu. Begitulah juga dengan cerita Farah tetapi ayahnya terlebih dahulu membuat Hibah atas nama Farah

Kalau yang tak tahu Hibah tu apa? Hibah tu macam wasiat tetapi Hibah ni dia lebih kuat daripada wasiat. Kalau wasiat, adik-beradik boleh tuntut juga tetapi kalau Hibah tidak boleh dituntut walaupun satu sen. Yang mana ada harta banyak tu cepat-cepat pergi buat Hibah la. Hahaha.

Berbalik kepada cerita asal, adik-beradik ayah Farah inginkan harta ayah Farah tetapi tidak boleh melakukan apa-apa kerana semua harta telah diberi kepada Farah. Kerana harta yang tidak boleh dibawa m**i, manusia sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mendapatkan harta termasuk mensyirikkan Allah SWT.

Disebabkan kemarahan kerana semua harta telah dihibahkan atas nama Farah, adik-beradik ayahnya telah menemui seorang bomoh untuk membuat hidup Farah dan ibunya tidak aman.

Cik Siti merupakan seorang ibu saudara Farah telah datang ke rumahnya dan membawa makanan yang telah dijampi oleh bomoh tersebut untuk tunduk kepada mereka dan memberikan semua harta kepada mereka.

Ibu Farah (Cik Ida) telah terima dan makan tanpa menyiasat terlebih dahulu. Dia telah disihir oleh mereka.

Keesokan harinya, semua adik-beradik arwah ayah Farah telah datang ke rumah Farah untuk mendapatkan harta. Cik Ida telah dikawal oleh mereka.

Apabila mereka meminta semua harta ayah Farah, mudah sahaja Cik Ida ingin memberi. Mujurlah waktu itu ada Paksu (adik ibu), seorang ustaz perubatan Islam datang untuk menjenguk kakaknya itu.

Ketika Paksu tiba di rumah mereka, Paksu berasa amat panas seperti ada sesuatu yang tidak kena disebabkan kedatangan adik-beradik ayah Farah.

Paksu terkejut Cik Ida memegang sejumlah wang yang banyak untuk memberikan kepada adik-beradik ayah Farah. Paksu percaya itu semua wang tinggalan ayah Farah. Paksu lihat ibu Farah seakan-akan disihir untuk tunduk kepada mereka.

Lantas, Paksu terus masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Cik Ida lalu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menyedarkan Cik Ida.

Cik Ida tersedar dengan perbuatannya itu lalu beristighfar sebanyak yang mungkin.

“Sanggup korang buat macam ni hanya kerana harta. Harta itu tidak boleh dibawa m**i pun,” kata Paksu kepada adik-beradik ayah Farah.

“Itu harta abang aku, aku nak harta dia. Harta dia banyak.” kata Cik Siti.

“Kerana harta, kau sanggup sihir kak ipar kau. Kau tau tak kau sudah mensyirikkan Allah SWT?” kata Paksu.

Cik Siti terus merampas wang yang berada di tangan Cik Ida. Cik Ida tidak sedar dan membiarkan sahaja diperlakukan sedemikian.

Paksu merampasnya pula lalu menolak Cik Siti hingga rebah di lantai lalu membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Cik Ida terus menyedari perbuatannya dan terus beristighfar.

Cik Siti terus keluar dari rumah itu tanpa sepatah kata dan diikuti oleh adik-beradiknya yang lain.

Beberapa hari kemudian, Cik Siti datang ke rumah Cik Ida pada tengah-tengah malam. Waktu itu dia datang menabur beras di sekeliling rumah Cik Ida.

Beras yang ditabur itu adalah untuk menyeru jin untuk memasuki rumah Cik Ida dan mengambil semua harta di dalam rumah itu. Seekor jin yang menyerupai seekor kucing hitam telah menyelinap masuk ke dalam rumah Cik Ida.

Waktu itu, Cik Ida terjaga lalu dia ternampak seekor kucing berlari datang ke biliknya. Mata kucing tersebut berwarna merah dan sedang mengejil ke arahnya.

Cik Ida tahu itu bukan seekor kucing kerana ada asap yang berwarna hitam menyeliputi kucing itu. Lebih kurang macam harimau bayang dalam kartun BoBoiBoy. Hahaha.

Cik Siti terkejut dan kucing itu lenyap. Sehingga keesokan harinya, Cik Siti tidak dapat tidur.

Keesokan harinya, Cik Siti terkejut kerana wangnya semua sudah lesap. Keadaan rumahnya tunggang langgang seperti ada orang yang menyelinap masuk ke rumahnya, padahal dia sudah kunci pintu semalam.

Cik Siti menelefon Paksu untuk memberitahu perkara itu. Dalam 10 minit, Paksu tiba. Rumah Cik Ida dengan Paksu tidaklah jauh sebatu pun, dekat aje.

Semasa Paksu tiba di rumah Cik Siti. Paksu ternampak banyak beras yang terabur di sekeliling rumah Cik Ida. Yang menghairankan, Cik Ida tak nampak.

“Kak Da, nampak tak ada beras bertaburan depan rumah kak?” tanya Paksu

“Apa kau merepek? Sebutir beras pun Kak Da tak nampak,” jawab Cik Ida.

Tiba-tiba, terasa setitik air mengalir jatuh ke atas kepala Paksu. Dia melihat ke atas dan dia ternampak seekor jin bertenggek elok dekat atas bumbung rumah. Lantas, dia terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan jin tersebut hilang entah ke mana. Kadang-kadang, Paksu ni boleh nampak benda ghaib kerana dia ada belajar ilmu ghaib untuk membantu orang yang kena ganggu.

“Kak Da, rasanya ada orang hantar benda untuk menumpang dekat rumah kak,” kata Paksu.

“Astaghfirullah, Kau tahu tak siapa punya angkara?” tanya Cik Ida.

“Apa yang boleh saya katakan, orangnya membuat seperti ini kepada kak kerana mahukan harta-harta kak. Siapa? Saya pun tak tahu,” jawab Paksu.

Cik Ida berfikir siapakah yang begitu kejam berbuat demikian kalau bukan Cik Siti. Namun, dia tidak mahu menuduh tanpa sebarang bukti.

Malam itu, Cik Siti datang ke rumah Cik Ida dengan masakan yang dimasak oleh Cik Siti. Mesti ada udang di sebalik batu.

Paksu masih berada di situ. Dia melihat Cik Siti datang bersama kuih-muih.

“Assalamualaikum Kak Da, Ni orang ada nak bagi sedikit kuih ni, makan la,” kata Cik Siti.

Cik Ida mahu menyambut huluran Cik Siti namun dihalang oleh Paksu. Cik Ida melihat mulut Paksu terkumat-kamit membaca sesuatu.

Tiba-tiba, kelihatan ulat yang begitu banyak keluar dari kuih-muih tersebut. Cik Ida terkejut manakala Ckk Siti tidak senang duduk seperti cacing kepanasan.

“Apa yang kau nak buat kat aku, Siti?” tiba-tiba Cik Ida naik angin melihat apa yang berlaku.

“Aku nak bagi kau mampus dan harta-harta abang aku semua akan jatuh ke tangan aku,” jawab Cik Siti.

“Sanggup kau buat macam ni dekat aku? Aku ni kak ipar kau, bukannya orang lain. Tu Farah tu anak buah kau, d***h daging kau,” maki Cik Ida kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku.

“Ada aku kisah? Aku cuma nak harta abang aku!”  jerit Cik Siti.

“Kau berambus,” Cik Ida menghalau Cik Siti.

Cik Siti berlalu pergi.

Cik Ida menangis kerana kecewa dengan tindakan Cik Siti itu. Paksu cuba mengenangkan hati Cik Ida.

Selepas beberapa hari, Cik Ida terdengar berita bahawa rumah Cik Siti telah dimasuki pencuri. Habis duit, handphone dan sebagainya telah lesap dicuri.

Cik Siti sedar bahawa itu adalah Kifarah kepadanya kerana inginkan sangat harta abangnya. Dia menyesal dan bertaubat. Dia juga telah meminta maaf kepada Cik Ida atas kesalahannya.

Tamat. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Sihir Harta”

  1. cik siti tu cik ida ka..perubahan watak tetiba ke dik..adoi..btw cikta xbest walaupun fiksyen, should b kalau fiksyen cita lagi best..hambar..

    Reply
  2. banyakkan membaca dan belajar penulisan cerita seram. sangat lemah dan banyak kekurangan untuk sebuah cerita fiksyen. harap xpatah semangat dan teruskan berusaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.