Sihir Kelam Bulan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Ini pertama kali aku menulis di Fiksyen Shasha. Selama ni aku hanyalah seorang pembaca setia or silent reader, tapi rasa nak kongsi pengalaman diri sendiri yang mungkin tak seram sangat tapi pada aku ianya adalah satu pengajaran. Mungkin juga pengalaman aku ni, boleh jadi panduan untuk korang semua, Insya-Allah.

Harap admin siarkan, Insya-Allah.

Nak intro sikit, tak banyak pun. Nama aku Chenta, masih single dan bekerja di Selangor. Aku dah berumur dah tapi bak kata orang ‘age is just a number’, orang kata la, tapi aku tetap ikut slogan ni, just nak sedapkan hati. hahaaa.

Kisah ni bermula tahun 2009, waktu tu aku buat keputusan nak bertunang dengan seorang duda. Masa bertunang tu, ujian bertunang, Masya-Allah, sangat-sangat hebat. Dapat tahu
pulak dia belum ceraikan isteri padahal dia bagitahu aku dia dah cerai. Memang mengamuk parents aku masa tu sebab Mak dan keluarga dia siap datang lagi masa pinang aku. Bila dah kantoi dia pujuk, dia cakap dah confirm memang dah cerai. Aku minta bukti, ya, dia memang dah bercerai (baru cerai masa tu). Tapi hubungan kitorang panas, tak boleh jumpa. Mesti aku naik angin. Aku jadi panas baran tahap cipan. Cakap pun kadang-kadang kurang ajar sangat. Bila teringat balik, selalu tertanya, kenapa lah aku jadi macam tu.

Dalam usaha nak kumpul duit, dengan emosi aku yang kadang-kadang macam singa betina ni, ku teruskan jua niatku untuk selamatkan hubungan kitorang. Sehinggalah tahun ke-3 kitorang bertunang (memang lama pun. Parents aku dah bising). Aku di uji lagi, kali ni memang hebat, dia ada hubungan dengan seorang perempuan dari Indonesia. Masa tu sesapa yang menikah dengan foreigner ni memang glamor lah… semua nak cari jodoh dari seberang.

Aku buat keputusan untuk putus tunang dan sejak tu, bermulalah episode yang pelik dalam hidup aku. Aku mula mimpi yang bukan-bukan. Aku mimpi jatuh bangunan, mimpi binatang berbisa, aku mimpi ular, banyak ular. Ular pulak macam-macam jenis dan bentuk. Ada yang panjang, ada yang kontot. Mimpi kaki buruk, tangan buruk. Buruk tu macam kaki aku ber lepuh-lepuh, berbentuk bulat dan ada nanah dan air bisa yang mengalir keluar dari lepuh-lepuh tu. Daging kaki aku merah macam kena bakar. Selalunya bila bangun, badan aku akan sakit macam kena tusuk pisau. Bahu aku akan mengeras dan macam kena cucuk-cucuk juga. Sakit kepala tak yah cakap la. Mood swing, Asyik menangis, pastu selalu minta Allah ambil nyawa aku. Aku rasa dunia aku kelam, bercinta dan rancang nak kahwin tak jadi. Ada jejaka yang nak aku, aku tak nak. Yang aku nak pulak, tak nak aku.

Aku memang tak bagitahu parents aku ye pasal gangguan ni sebab aku keliru dengan diri aku. Aku tak boleh fikir dengan betul. Aku rasa aku normal tapi orang normal tak kan selalu menangis bila waktu asar ke maghrib, bila aku nak pergi berubat, aku jadi malas. So tak pergi berubat. Pada tahun 2016 dengan bersemangat dan azam aku nak pergi berubat, entah semangat apa merasuk nak pegi time tu. Aku buat keputusan nak berubat dengan seorang Pakcik. Pakcik ni cara berubat dia adalah menggunakan Khadam. Pelik dah masa tu, tapi aku ikut je. Member aku yang temankan pun dah berkerut muka. Pakcik tu cakap ada orang tutup jodoh aku, dia buat bagi aku ni macam kelam bulan, sekejap cerah sekejap gelap. Aku tak tahu maksudnya apa kelam bulan tu. Pakcik tu cakap lagi, orang tu memang ikat aku supaya aku tak de jodoh. Kalau nak ada jodoh, kena berubat, aku kena cari pelanduk untuk di buat kenduri. Mana nak cari pelanduk tengah-tengah bandar. Tak kan aku nak kipnap kat zoo lak kan. Pastu dia bagi 2 pilihan, pilihan pertama mandi tanpa seurat benang dan dia akan buang semua sial. Pilihan ke-2 cari air kolah masjid, dan dia akan tawarkan air tu dan mandi di rumah. Sudah tentu lah pilihan yang ke-2 itu menjadi pilihan ku……….. agak2 lah yang pertama tu walaupun result nye sepantas kilat. No way.

Dah berubat, okay sikit tapi tak lama. Jadi balik, malah makin teruk. Dulu aku tak suka sangat duduk dalam bilik, tapi sejak dari berubat tu, aku suka berkurung dalam bilik. Lepas tu aku selalu nampak bayang hitam melintas. Kadang-kadang bayang putih. Makin jadi penyedih, tak boleh dengar lagu sedih, jiwa rasa macam sayu pilu gitu. Tak dengar lagu pun dah sedih.. Badan makin rasa bisa-bisa. Sebabkan tak tahan menanggung derita dan duka lara akibat putus cinta over and over again, akhirnya aku bagitahu parents aku. Tu pun setelah aku mimpi aneh. Aku mimpi seorang budak remaja lelaki, kulit dia putih, seputih bedak sejuk, mata bulat dan berwarna hitam (dah macam hantu Ju-on, tapi aku confirm bukan ye), melekap kat dinding bilik aku (aku menyewa di apartment. Bilik aku bilik kecik, ada jurang pemisah diantara rumah sebelah. Kalau buka tingkap akan ada jarak dengan rumah sebelah). Di dinding bilik aku tu, ada ruang untuk keluar sebesar pintu rumah, jadi aku pun jenguk la dari ruang tu. Aku jenguk sebab aku nak tengok budak tu, bila ku pandang dia, dia menangis, aku pun rasa sedih jugak. Sedih punya sedih, tiba-tiba aku rasa macam nak terjatuh, cepat-cepat aku undur ke belakang, so aku terselamat dari jatuh bangunan. Budak tu makin menangis teresak-esak. Terus aku terjaga dari tidur dan dada aku berdebar ya amat. Aku jadi makin keliru.

Bulan 3 2018, mak aku paksa aku minta cuti dan berubat. Seminggu jugak aku ambik cuti untuk pulang ke kampung desa halaman tercinta. Sampai hari nak pergi berubat dengan seorang Ustaz yang baik hati ni, aku jadi panas, rasa marah, tak nak pergi. Tapi mak aku paksa, sebab aku ni anak yang mendengar kata, aku ikut juga. Mula-mula sampai, aku dah rasa cuak, panik dan takut. Ustaz tu minta aku duduk berhadapan dengan dia. Kain batik yang mak aku bawa sekali, dia selimutkan kaki aku, selepas tu dia baca ayat Ruqyah. Badan mula rasa bergoyang dan rasa sedih sangat-sangat. Ustaz tu tekan tapak kaki kiri aku dengan ibu jari dia. Lemah lembut je dia tekan tapi sakitnya, Ya Allah…… Tuhan je yang tahu. Meraung aku kt situ, dah macam budak-budak kecik tak dapat mainan. Rasa macam nak terajang ustaz tu pun ada jugak. Nasib ku kuatkan semangat melawan. Lepas berubat, Alhamdulillah, tak mimpi lagi tapi rasa bisa badan tak kurang. Masih sedih dan menangis tapi tak selalu, masih juga rasa tak mahu hidup.

Hinggalah pada bulan ni, aku berjumpa Ustaz Salleh (dia bagi izin mention nama dia), dia scan aku. Bila scan dia bagi tahu ada seorang lelaki berdendam dengan aku, sebab aku dah malukan dia dan lelaki tu tercabar egonya kerana kata-kata kasar aku. Dah lama dia berdendam. Dah berbelas tahun. Setiap 8 bulan sekali dia akan pergi jumpa bomoh untuk top up. Hantar benda-benda jahat pada aku dan dia benci aku sebab aku yang putuskan hubungan. Dia nak hancurkan hidup aku, supaya aku tak berteman, rezeki sempit dan merana. Ting!! ting!! terus teringat bekas tunang aku. Allahu Akbar… dah lama la peristiwa mencengkam kalbu tuh berakhir! dia dah kahwin pun dengan perempuan Indonesia tu. Dah ada anak (yang aku dapat tahu masa tu). Apa yang dia tak puas hati lagi? Aku tak ganggu dia, aku tak berdendam dengan dia sebab bagi aku ni takdir dari Yang Esa.

Aku pun mulakan rawatan dengan Ustaz Salleh, dia minta aku selawat Nabi sentiasa. Aku mandi air limau, dari 4 jenis limau yang berbeza. Lepas mandi, dada aku rasa sesak, susah
nak bernafas tapi setelah Ustaz Salleh buang kulit-kulit limau mandian aku, baru aku rasa tenang. Pernafasan lancar. Bekas tunang aku guna kan 2 bomoh yang berbeza, setiap bomoh
hantar 5 jin untuk ganggu aku. Bomoh- bomoh yang dia sanggup buang duit untuk tengok aku menderita tu seorang dari Indonesia dan seorang lagi bomoh India. Astaghfirullah.

Sekarang aku rasa Alhamdulillah. Masih di peringkat pemulihan. Ustaz Salleh ada pesan, sentiasa solat di awal waktu, sentiasa berzikir dan sentiasa solat sunat.

Antara Zikir yang boleh di amalkan selepas solat : Ya Rahman, Ya Khaafidhu, Ya Rahim,

Selalu amalkan solat Sunat selepas solat Fardhu, solat Dhuha dan solat Tahajjud.

Sebelum tidur baca Surah Al-Waqiah. Baca juga 3 Qul dan Ayatul Kursi sebagai pendinding diri sebelum tidur dan sebelum keluar rumah.

Minta pada Allah supaya diri di jaga dan sentiasa dalam lindungan Allah dari orang yang berniat jahat. Hanya Allah yang menjaga kita.

Maaf, terlalu panjang cerita aku ni sebab aku tak nak buat part 2. Kekangan masa untuk aku menulis. Terima kasih admin sebab siarkan. Pesan aku kat korang semua, especially
girl-girl out there, berhati-hati ye. Jaga perkataan, berhati-hati bila berbicara. Kadang-kadang sebab kata-kata ni boleh binasakan diri. Kata-kata tak boleh di tarik balik. Jangan sampai
jadi macam aku, sebab terlalu marah, aku cakap apa yang aku rasa, tak fikir dulu. Doakan aku ye korang, semoga aku kembali sihat, di kurniakan jodoh yang terbaik dan sentiasa
dilindungi Allah. Kudoakan juga untuk korang, semoga di permudahkan segala urusan korang. Aamiin.. Kalau ada yang berminat untuk berubat dengan Ustaz Salleh, boleh pm ye..
Assalamualaikum.

Chenta

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.7]

35 thoughts on “Sihir Kelam Bulan”

  1. teruk betul die balas yer smpai 2 bomoh sekali…\
    semoga awak sembuh kembali sihat .lepas nie berhati2 lah kite tak tahu hati budi org..

    Reply
  2. Moga dapat kesembuhan seperti sedia kala
    Teruk punya manusia, atas dunia kau boleh la seksa orang
    Tunggu m**i nanti dia pulak merangkak mintak ampun

    Reply
  3. Lebih kurang sama cerita nya, selalu mimpi mengandung, menyusukan baby. melahirkan baby pun pernah. ada yang kata sihir pemisah. ada kata saka. tapi dah check keturunan takda bela saka. selalu jugak dulu bila ada orang nak, aku taknak. tapi bila aku nak, orang tu taknak pulak. dah berubat dekat sorang ustazah ni, katanya ada benda yang halang dari dapat jodoh. so berubat la aku, mandi bunga, buat ruqyah semua. alhamdulillah, dah selamat bertunang & tak lama lagi nak kahwin dah. InsyaAllah, Allah tolong. kita kena berusaha je, ikhtiar. tapi satu je kena ingat, jangan buat orang benci kita. kita taktau kadang kadang org tu boleh dendam dan buat bebukan dekat kita secara halus.

    Reply
  4. Antara Zikir yang boleh di amalkan selepas solat : Ya Rahman, Ya Khaafidhu, Ya Rahim,

    Selalu amalkan solat Sunat selepas solat Fardhu, solat Dhuha dan solat Tahajjud.

    Sebelum tidur baca Surah Al-Waqiah. Baca juga 3 Qul dan Ayatul Kursi sebagai pendinding diri sebelum tidur dan sebelum keluar rumah.

    Minta pada Allah supaya diri di jaga dan sentiasa dalam lindungan Allah dari orang yang berniat jahat. Hanya Allah yang menjaga kita.
    Thanks for the advice. By the way I’m single too. Hehe

    Reply
  5. Yer.. Wanita yg terkena sihir atau diminati jin jantan mmg wajahnya kelam dan susah jodoh.. Kecuali berusaha utk berubat hingga pulih.. Usaha diri sendiri juga penting dan saya setuju dgn kata ustad salleh tu.. Solat awal waktu.. Solat sunat..zikir selalu dan mengaji tiap hari.. Bila istiqamah amal perkara diatas insyallah jin setan sihir akn pergi dgn sendiri..pertolongan Allah mengatasi keja syaitan jin dan iblis.. Moga awak sembuh dan dikurniakan jodoh yg soleh.. Rajin2 la tahajud dan doa ya.. Saya pernah alami kes spt awak cuma cara je lain.. Mmg ramai kata saya berwajah kelam ketika itu.. Huu

    Reply
  6. Semoga kamu cepat sembuh dan sentiasa buat amalan yg dipesan.ustaz salleh tu…
    *Gila gak x ko ni..2 bomoh dia hentam ko..tak boleh blah bomoh india pun ada…neraka betol si setan ni…hisshhh

    Reply
  7. Xkata la, bff aku pun kena teruk..sihir dari guadaloupe..org yg buat tu nk bff aku m**i, tp org tu dh m**i dulu..masalahnya lani sapa nk pi sana buang patung yg ditanam tu?

    Reply
  8. tapi biadap jugak jantan tu. dia yg curang ada pompuan lain, dia pulak yang dendam lebih2 just sbb kena maki? dia serius bodoh amat ke tak tau kenapa kena maki? tak kira la teruk ke tak ke, kes nya dia curang dgn awak la kan. of course la siapa yg tak marah and mengamuk. itu normal reaction. yg dia tu dah kenapa?

    Reply
  9. sy pernah lalui semua tu.. selama 1 thun sy berubt untuk pulihkan diri .
    hantr pulak bukan sikt2 bukan sorng tp 2 orng yg sy kenali ..
    nasib berubt kne btl dgn orngnye dan kne serasi dengan kite ..
    so berhati2 bile berkwan atau bercinta .. jaga lah bahsa dan perbuatan.
    semoga ada kesembuhan buat saudari ..

    Reply
  10. Sye pernah jugak laluii…kerana mulut jugakk..slama nie sye dpt rse dlm diri sye dikawal dn kalo marah memng xingt dunia…akhirnye Allah gerkkan hati utk brubat dpt tau ade saka keturnn dan org dengki…ustz tu kate benda2 nie yg mnghalang rezeki dan jodoh…memng even sye pun rse xde sape yg nk dekati sye n jika ade sye pulk ade plbagai alasan utk xnak brkawn dgn lelaki…rezeki pun trase sempit dan lmbt…doa kan juga sye sembuh..ustz yg ubtkn sye kate saka kturnn xlei buang tpie mohon pd Allah dipersmbuhkan sebbb dh jdi drh dging…wallahualam..
    Dn smpt ustz tubnasiht jika ade brg2 besi,tembaga lame,emas yg xpakai duk smpan je baik jual sebb benda2 tu ade khadam sendiri n jadi rumah pde bnda dlm bdn sye…

    Reply
    • ‘ustaz’ tu kata saka tak boleh buang? tu bukan ustaz. Aku rasa dia tu jenis saka jugak. Allah boleh bagi apa yg Dia kehendaki, Allah boleh tarik apa yg Dia kehendaki. Mohon la doa banyak2 dgn Allah supaya saka tu dapat dibuang. Tapi pompuan ni ramai memang jenis tak jaga mulut. Takde saka pun kadang2 mulut macam puaka.

      Reply
  11. Bersgguh dia habiskan duit utk tgk org merana…x fhm aq org yg hati x baik kat org nii…..harap insaf lah dia dri main mnde2 kotor cmtu…

    Reply
  12. Ko pegi jumpa pakcik yg mengubat dgn khadam? Memang patut la dia suruh ko mandi bogel. Entah2 air kolah masjid tu pun bukan air kolah tapi air pili bomba mana dia angkut.

    Nak buang hantu atau sihir bukan harapkan orang lain sebenarnya. Diri sendiri kena kuat dan ikhtiar dekatkan diri dengan Allah. Kalau takde ilmu agama, belajar ilmu agama. Bukan cari ustaz semata-mata nak berubat. Belajar jadi soleh. Syaitan tu takut kalau orang yg sakit dekatkan diri dengan Allah. Setakat jumpa orang alim tu syaitan tak takut. Silap2 ustaz tu yg kena goda.

    Reply
  13. sebab itu la setiap permulaan kita nk bekerja atau apa mesti bismillah dgn selawat inshaAllah dijauh kan dari perkara2 buruk..cerita best layan even pnulis kata pnjang tak terasa pon panjang sbb bila baca sronok nk tahu kesudahannya n bgus sbb stuju dgn apa yg pnulis kata hdup ni pling penting mulut tu kena jaga kalau boleh jgn suka2 bgi kata kesat sbb kita tak tahu hati mnusia ni brdendam mcm mna muka nmpak okay hati yg brdendam ni spe jer yg tahu kan..so make sure lbih baik kita berbaik dgn org even ada yg cuba brtinddak kejam dgn kita,dunia ni sementara dan Allah tu Maha Adil ada bahgian msing2 nnt di akhirat 🙂 thnks for sharing!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.