Sihir Murahan Part 1.

Hi semua pembaca FS. Aku Nini. Yang haritu ada post pasal nenek kebayan tu. Ada jugak aku terbaca komen yang cakap itu jin gelandangan. Taktau lah. Sebab selepas berubat yang first time, ada jiran bagitau. Sebenarnya nenek tu belaan orang. Lepas tu dibuang. Dah tu dia masuk rumah orang yang duduk belakang rumah kami. Then orang tu pulak berubat dengan bomoh mana entah, ditanya nya nenek tu siapa tuan kau. Nenek tu pun cakap tuan aku duduk dekat rumah depan ni. So bomoh tu hantarlah benda tu kerumah kami.

Tapi kali ni aku bukan nak post pasal nenek kebayan tu dah. Nenek tu kacau sampai setakat tu je. Sebab tak lama lepas kejadian tu kami sekeluarga pindah ke negeri lain. Negeri nun diseberang laut. Tak perlulah aku mention negeri mana. Kali ni keluarga kami diuji cukup-cukup. Keluarga aku sebelum ni Alhamdulillah. Bahagia. Tapi bagi aku ini semua kesilapan dari diri kami.

Benda ni terjadi bila lebih 2 tahun kami stay disana. Mula2 petanda yang aku dapat. Aku keluar bilik air ada kala jengking hitam berkilat depan pintu. Nasib baik aku tak terpijak. Kali kedua sebelum aku pergi sekolah. Betul2 depan pintu. Untuk makluman, rumah kami tu memang tak logik sangat kalau ada kala jengking hitam berkilat secara tiba2. Petanda lepastu, boxer ayah aku hilang. Next hubungan mak ayah aku panas. Asyik bergaduh je. Mak aku orang yang mula2 sedar perkara ni. Yelah, dia ada abang yang tau jugak pasal sihir ni. Dia ajak ayah berubat. Ayah taknak. Dia cakap takde apa. Last sekali yang akhirnya buat ayah aku berubat ialah bila aku sakit. Sakit gatal2 dekat kulit.

Mula2 aku kena tu, bila aku pegi toilet seluar dalam aku ada kesan hijau2 macam lumut yang dekat kayu. (sori pembaca lelaki) Tapi aku takde penyakit keputihan. (makan lah pil manjakani. Bagus) Boleh korang imagine tak? Pergi toilet nak kencing tengok seluar korang yang baru pakai tiba2 ada hijau2 lumut. Serius geli. Aku tukar baru. Bila malam pulak memang aku tak boleh tidur. Tergaru2 satu badan sampai menangis2. Merayu dengan ayah tolong pergi berubat. Puas sapu ubat. Sampai dekat celah ketiak siku pelipat segala luka. Luka pulak macam kena hiris dengan pisau. Nampak daging. Tapi tak berdarah. Dia berair je. Bernanah pun tak. Tak lama lepas tu mak dan kakak pun kena. Sumpah sakit gila. Pergi klinik hospital diorang tak dapat detect sakit apa. Gatal dan sakit dia hanya Allah tahu. Nak gambarkan sakitnya tu mau makan 2-3 post. Time tu aku selalu menangis Ya Allah. Apa salah aku. Seksanya sakit macam ni.

Puas merayu last2 ayah aku ikhtiar berubat. Jumpa la seorang pakcik ni. Rupanya kami terkena sihir. Sihir ni agak popular di kawasan tu. Malah barang sihir ni siap ada dijual di pasar pagi didalam botol2. Dengan harga berpatutan. Kira kalau orang yang hati busuk nak gi kenakan orang. Mereka boleh je pergi beli dekat pasar. Ambik dan terus guna. Macam kau beli sos. Dan ada banyak jenis. Tak tipu. Sihir dia ni senang je, dia guna benda2 kotor yang dicampur dijampi dan sapu pada pintu rumah atau mana2 tempat yang biasa kita pegang. Lepastu bila kita pegang then kita akan terkena. Dia ada beberapa jenis gatal2. First, gatal2 then kau garu sampai luka teruk dan m**i. Yang lainnya, kau tak tergaru tapi daging kau reput dari dalam tanpa sedar then kau m**i. (ini ada kes kawan ayah aku kena. memang dah arwah.) Lagi satu, bila kau garu je terus berdarah dan tercabut kulit nampak daging. Ni yang pakcik tu explain lah. Yang kami kena ni yang first tu.

Bermula sesi rawatan, kami disuruh mandi limau dan santan setiap hari. Semua. Satu keluarga. Mula2 mandi limau tu aku rasa macam dilemaskan. Tak boleh bernafas. Macam nak m**i. Setiap kali nak pergi berubat tu aku mesti takut gila2. Waktu mula2 pergi mandi, kerusi yang kami duduk semua kemek. Macam orang berat 200kg duduk. Sampai patah. Tapi family aku kecik2 je orangnya. Tapi bila dah masuk kali ke5 rawatan dah ok dah sikit. Siap dapat ubat sapu lagi. Ubat sapu tu bukan krim tau. Tapi kapur dengan kunyit hidup. Cicah kunyit tu kat kapur and then sapu kat tempat luka gatal. Sekali lagi, bayangkan. Luka gatal berair yang nampak daging ditonyoh dengan kunyit campur kapur. Picit j*****t pun mengalir air mata. Hanya Yang Maha Kuasa tahu macam mana aku menangis tiap2 hari sampai kurus kering tulang. Sakit teramat sangat.

Lepastu, dah kurang sikit gatal2. Tapi aku tak boleh pejam mata untuk tidur langsung. Pejam je mata aku dengar orang bersembang. Macam dekat pasar. Selama seminggu aku alami benda tu. Stress gila. Sampai menangis2. Kuat nangis jugak aku ni. Then aku merayu nak tidur sebilik ngan mak ayah. Bila duduk dalam bilik diorang aku tenang. Takde bunyi. Tidur lena sampai pagi. Kakak aku steady takde kena teruk macam aku. Aku ada tanya pakcik tu. Kenapa aku je kena paling teruk. Sampai dengar bunyi. Sampai satu badan luka gatal2. Dia cakap sebab dekat aku dah ada pintu untuk makhluk2 ni keluar masuk. Kira dalam badan aku pernah ada jin. Kata dia la. Wallahua’lam.

Cukup setengah tahun berubat, kami dah okay. Sangkaan kami lah. Jadi kami pun pindah ke Kuala Lumpur pulak. Ada rumah dekat sini. Rumah ni kami tinggal lama. Dalam 5-6 tahun tak berpenghuni. Bila balik. Macam2 gangguan. Tapi anggapan kami cumalah gangguan jin2 yang menetap sementara. Kami pun try halau. Sampai lah. Terkantoi. Ayah aku ada bini lain. Macam takde kaitan dengan kisah kami kan? Tapi ada kaitan. Aku rasa macam panjang dah aku type ni. Nanti aku sambung ye. Maaf kalau stop tiba2. Aku nak cari kekuatan dan susun ayat untuk cerita macam mana sikap seorang manusia boleh mengundang jahanam kepada yang lain. Sekali lagi, aku ingin tegaskan. Cerita ini bukan cerita rekaan. Tapi ini yang betul2 jadi. Tiada tokok tambah. Aku sendiri sampai sekarang macam tak percaya. Tapi aku taknak dah rasa sakit tu. Cukuplah sekali.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nini

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

13 thoughts on “Sihir Murahan Part 1.”

  1. Kat sabah kau berpindah ne.. Dn benda tu bukan sihir tp semaik iaitu caMpuran bbrpa bahan2 gatal sprti miang rebung, air mandi mayat, air bateri dll..

    Reply
    • ka;lo bukan sihir da kenapa pulak die bole denga2 org sembang la ape la bile nak tdo? satu lg cmne bole aed kala jengking bagai.. sihir daaaaa

      Reply
  2. Aduuiiii…
    Senangnye nk ngenakan org ekk, semudah beli ikan kat pasar…
    Nauzubillahuminzallik…

    “Kami pun try halau. Sampai lah. Terkantoi. Ayah aku ada bini lain…”

    Mak aaiii…
    Saspennye…
    Camne leh kantoi tu…
    Bilenye ayahnye kawen lain, bkn ke korg dh siap pindah jejauh smpi seberang laut bagai…
    Cepat sambuuunngggg…
    X sabar…!!!

    Reply
  3. kalau ikot cerita kau ni, yg gatal2 tu bukan sihir, tp tu virus tradisional..hahaha, nama virus tu kalau aku tak silap “SUMAI”. virus tu mmg dibuat dari benda2 yg kotor, salah satu bahan nye air mayat(org yg dah m**i disimpan mayat nye sehingga berair), penawarnya pun daripada air mayat, dan mayat tu mesti mayat sama.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.