Sihir Pelaris Dalam Makanan

Assalamualaikum 🙋 admin dan pembaca fs. Aku memang pembaca setia koleksi fs ni dan kali ni aku nak cerita pengalaman yg aku sendiri alami. Walaupun tak seseram pengalaman korang. Okey jomm mula! 😉

Kejadian ni berlaku baru lagi dalam seminggu yg lepas. Masa ni matlamat nak balik terengganu (kampung halaman) sebab nak berubat adik no 1 aku yg kena buatan org.

Isnin
Kami sekeluarga bawak adik ke rumah tmpt nak berubat tu. Bila sampai sana dah siap buang apa yg patut pd adik aku tu. Makcik (bukan bomoh tau. Tapi dia ni bidan yg boleh berinteraksi dgn “benda” mcm tu) tu panggil sorang2 keluarga kami utk tgk kot2 ada “benda” yg menumpang ke ape kan. Selepas aku tiba giliran mak aku. Tetiba mak aku rasa sesak nafas teramat sgt. Sbb mak aku ni jenis lemah semangat.

Rupa2nya memang ada “benda” tu duduk kat dlm bdn bahagian pinggang. Lepas dah buat tu mak aku pengsan jap. Selepas settle semua tu makcik tu ckp “benda” tu dapat dari hospital (mak aku kerja hospital) mak aku ni keje bhgn unit sajian tmpt tu dekat dgn forensik. Malam tu antara kejadian yg agak menyeramkan bagi kami sekeluarga. Masa aku tgh mandi tetiba rasa meremang semacam jee dlm hati aku terdetik jgn la “benda” tu tunjukkan muka time tgh mandi nii.

Adik aku still lagi kena kacau dengan “benda” tu seolah olah nak masuk dlm mulut adik tapi dia cecepat tutup. Dalam masa yg sama mak pulak perasan ada pelesit melekat kat gantungan baju.

Mak pandang dia tapi meremang semacam je terus mak capai fone pasang ayat ruqyah taklama lepastu pelesit tu pun terpusing2 hinggalah hilang taktau ke mane. Tak lama lepastu adik aku yg no 2 ketuk pintu bilik mak ayah aku masa tu semua org dah tido termasuk aku. Dia mengadu kat mak aku dia ckp ada benda bisik2 kat telinga dia. Dan dlm masa yg sama mak aku dgr sesuatu mencakar cakar dinding terlompat beliau mendapatkan ayah aku hihi. Malam tu terus adik aku kejut suruh pasang ayat ruqyah sbb ayat tu ada dlm fone aku dgn mak aku jee. Dan surah tu berulang ulang laa sampai ke pagi.

Ayah aku buat keputusan utk bwk kami jumpa sorang ustaz ni pulak. Sbb dgr nya ustaz ni boleh berubat secara batin. Sesampainya di sana. Ustaz tu suruh aku, mak & adik (yg penah berubat sblm ni) ustaz tu ckp kami ni terkena melalui makanan dia ckp lagi kedai yg letak pelaris (koranh mesti tau kan ape tu pelaris aku malas nak terang definisi dia he he he) kedai tu dekat dgn rumah dan owner dua berbangsa indon.

Kami mmg terus target 1 kedai ni sbb yg kami boleh syak kedai ni layanan dia agak teruk (sombong) suasana persekitaran pun agak kotor tapi org ramai semacam!! Tapi bila fikir2 balik aku takpenah makan situ. Dan fikir2 lagi barulah teringat adik aku ada bungkus makanan pd 1 malam then kami semua makan kat umah! Ustaz tu ckp lagi ada 7 ekor JIN yg ddk kat anak tekak kami2 ni. 2 ekor kat mak, 2 ekor dlm tekak aku, 3 ekor ddk kat adik aku no 1 tu (maybe dia regular customer tu yg dpt lebih sekor tu hihi)

Masa berubat tu aku dengar la sikit2 ustaz tu berinteraksi dgn “benda” tu ustaz tu suruh jin mengucap dan kembali ke jalan kpd Allah swt. Tapi disebabkan jin ni bukan yg org tuju kat kita betul2 just terkena je dia hanya menurut je sbb kalau yg kiriman org tu lagi kuat sbb dia ada tuan kan. Eh jap! Korang mesti tertanya tanya knape kami bertiga je kena kan? Knape ayah dgn adik aku no 3 tu tak kena.

Sebabnya time tu dorang takde kat rumah dan adik aku no 2 tu ada dgr org bisik2 kat telinga dia tu sebab jin tu mungkin dok jilat2 muka dia hisap ibu jari dia fuhhh seram siot! Jadinya kami bertiga jela yg makannye. Dan bersyukur jugak sebenarnya sepanjang alami perkara cmtu mende tu takde tunjuk kan rupa2 mereka. Kalau tak mau demam seminggu dua huhu. Tapi ayah ada jgk tanye ustaz mcm mane rupa dia. Ustaz tu ckp “benda” tu berbulu dan ala2 mcm kingkong laa bdn dia byg kan 7 ekor tu. Dan 2 ekor dok menumpang pd aku tu tgh mandi pun dorang ikut eee seram kalau pikir balik. Entah ape laa yg kami makan mende2 kotor beli dari kedai tu. Huhu.

Lepas jee balik dari rumah ustaz tu perasaan lega selega leganya yg tak pernah kami rasa sblm ni rasa tenang jee sampai sekarang. Alhamdulillah. Kalau tak sblm ni kusut semacam je pikiran. Aku tanye balik mak aku kanpe mak dgn adik je kena kacau mende tu sedangkan aku pun ada jgk benda yg menumpang tp takde rasa pape.

Mak ckp dia dgn adik mmg lemah semangat. Mcm aku pulak dalaman aku dan semangat aku kuat tapi mende tu cari kelemahan lain yg ada padaku cthnye emosi. Yaa mmg aku lemah sikit bab emosi dan mmg aku perasan sejak akhir2 sblm berubat tu aku asyik rasa nak marah tak tentu pasal je. Dan slalu jadi mangsanya tunangku pantang dia buat salah sikit habis naik angik 1 badan nasib baik laa dia jenis penyabar. Maaf kan saya tau awak hihi.

Okey la tu jee kisah yg aku nak cerita. Maaf laa kalau panjang berjela. Sekian. (SNNSZ)

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *