Sihir Pemisah – Dengan Izin Allah (Part 3)

#CeritaNasa. Untuk part 3 ni…. panjang sikit. Aku paksakan diri juga rajin menaip demi korang semua. Ok untuk yang tanya cerita ni betul ke fiksyen… cerita ni betul! Hanya nama yang digunakan dalam cerita ni dan lokasi tepat, tempat laki aku kerja di sabah tu sahaja yang aku tukar. Lain-lain semua adalah kisah benar. Memang tak lebih untuk peringatan dan pengajaran kepada korang semua. Hidup ini singkat untuk kita saling membenci. Ingatlah bahawa “Dalam setiap kesusahan, Allah sediakan kesenangan.”

Tahun 2014…
“Tuan di mana? saya nak pulang duit ni. Saya ada di bawah blok tuan. Siapa perempuan pakai baju putih tiga orang duduk dekat tangga tingkat satu tu? Rambut dia menutup wajah. Siapa tu tuan? Saya tak sedap hatilah. Saya balik dulu.” Aku lepas baca tu aku tengok Yusuf, tapi Yusuf suruh aku diam. Weh!!! Ko ingat kita dalam wayang tengah tengok insidious? Conjuring? Annabelle? Nak diam??? Mestilah aku risau dan takut, boleh pula Yusuf suruh aku diam dulu

“Tuan? siapa perempuan pakai baju putih di tangga tu?.” Reza mesej sebelum bateri habis dan aku tak sempat balas. Ikutkan hati, aku nak cakap dengan Reza, tu sedara orang bawah. Yelah… mana tahu kot-kot Reza tegur, benda tu ikut dia pula. Selamat sikit laki aku. Benda tu adalah apa yang penyihir tu hantar sebenarnya. Tiga ekor jembalang dowh….. Tapi tak baik aniaya orang beb. Walau korang terdesak macam mana pun, jangan lah bagi aniaya orang ya…. ingat! Setiap perkara yang berlaku adalah apa yang ditetapkan Allah. Kita cuma berusaha untuk ke arah kebaikan. Peace yo!

“Ok! saya tak akan pulang semula pada yang menghantar, tapi saya akan buang benda ni.” Tiba-tiba ustaz tu bersuara. Tapi memang mana-mana ustaz pun tak akan pulangkan benda tu semula. Itu tandanya kita tak sama seperti mereka si penjahat.

Dia bawa tujuh biji telur tu dan minta kebenaran untuk balik. Dia kata telur tu akan dibuang di hutan. Jagnan lah mana-mana orang jumpa bawa balik dan goreng. Mampus! Ustaz tu kata selepas ni akan ok. Lepas ustaz tu balik, kitaorang tak pernah lagi bercerita pasal ni. Alhamdulillah…. semua jadi elok, Yusuf tak pernah sakit lagi aku adalah insan paling happy. Hubungan kami erat bertambah mesra. Setiap hari dia imamkan solat aku, memang rasa bahagialah. Tapi tak sampai sebulan pun beb! Orang tu hantar balik. Haaa! Ni aku nak beritahu korang. Kalau penghantar tu adalah sihir, biasanya dia akan tahu bila kita berubat, dia akan tahu jika ‘benda’ yang dia hantar tu tak berkesan. Ingat tu! sebab tu kalau dah sihat, jangan sesekali korang berbangga dan bercerita yang korang dah sihat apa semua. Diam jeee sebab kalau orang tu dapat tahu…… habislah korang. Dalam kes ni aku pun tak tahu macam mana orang tu tahu kami dah ok.

Sebulan selepas tu aku tengok Yusuf berubah lagi. Muka dia kembali pucat. Aku syak ni mesti orang yang hantar tu tak puas hati ni, yelah dia yang menghantar, tentu sahaja dia tahu benda tu tak berkesan ke… berkesan ke… kan?. Satu hari ni, Masa Yusuf pergi kerja masa tulah Joe call. Korang ingat lagi tak Joe? Ke korang ingat dia dah m**i? Dia hidup lagi bhai. Korang jangan buat sinopsis sendiri sebelum aku habis cerita.
Ok! masa ni aku fikir nak jawab ke tidak, nak jawab ke tidak, tapi aku kan tak nak lah buat pasal lagi, lagipun dah setahun lebih dah kes tu berlaku, tak akan lah si Joe ni jahat lagi, berburuk sangka tu tak baik, aku dah pesan awal-awal lagi kat korang masa mula-mula aku tulis cerita ni. Jangan berburuk sangka pada sesama kita, jangan sesekali! kita cuma perlu berhati-hati sahaja. Mana tahu dia nak minta maaf ke apa ke kan? Jadi aku pun jawab.

“Nas? Macm mana life?.”

“Ok, alhamdulillah,”

“Bahagia ke?.” Aku tak adalah fikir buruk, sebagai kawan mungkin dia nak tanya je kan? Aku cakap aku bahagia, biasalah ada masalah tu. Dia tanya laki aku mana apa semua, semua ok je, dia pun minta maaf pada aku, so aku rasa tak adalah aku nak fikir buruk pasal Joe ni, dia dah bersungguh minta maaf dan katanya nak kahwin, haa baguslah, kahwin juga si hawau ni, ingatkan masih tunggu aku.

“Nas, aku nak tanya sikit ni? Kalau laki ko asyik kerja je mesti korang tak ada masa untuk bersama kan? Lagipun dia tu larat ke? Mesti penat.” Huish! Soalan cepu emas ni? Kenapa Joe nak tanya hal dalam rumah tangga aku. Aku pun habiskan perbualan pasal bakal bini dia dan off. Gila!! Ingatkan dah berubah. Tapi dia nak kawin tu aku rasa dia berubah kot cuma mulut macam bontot ayam. Dia kahwin dengan janda anak dua dan dia masih mesej aku sibuk nak tanya khabar. Ok aku angkat panggilan dia sekali tu je dan lepas tu aku blcok lagi. Sebelum ni aku unblock semua panggilan. Yelah dan setahun lebih malas lah nak simpan dendam. Jadi lepas block tak dapatlah dia mesej aku lagi. Padan muka! Cari pasal…

Satu malam tu aku tidur, aku tengok Yusuf tak ada di sebelah, aku raba sebelah memang tak ada. Masa ni aku tidur depan tv. Bila aku duduk, aku toleh sekeliling, aku terperanjat laki aku duduk bersila dekat atas tempat kepala aku berbaring. Dia tengok aku tajam, muka dia pucat semula macam sebelum ni. Sudahhh… apahal lagi ni. Korang tahu tak disebabkan dah banyak sangat kejadian pelik aku tengok dan dengar, keadaan Yusuf masa tu aku dah tak takut dah. Dah tak sempat nak takut. Serabut tu lagi utama dari takut.
Aku tanya apahal pukul 3 pagi dia bersila atas kepala aku? tapi dia suruh aku tidur je. korang gila ke nak tidur dah kalau laki korang tengok korang dari atas kepala korang. Bersila lagi, dengan muka pucat dengan mata membulat. Lama weh dia buat macam tu. Aku ni dah penat nak melayan lagi kerenah benda ni. Bila dia balik rumah je, start matahari terbenam, dia akan mula berubah jadi orang lain. Aku suruh dia tidur dia tak nak, aku tarik juga dia baring sebelah dan aku tidur. Aku tidur menghadap tempat lain masa tu. lepas tu bila aku pusing kat dia semula, dia tengah tengok aku lagi, masih macam tadi, mata tenung and membulat.
Kali ini aku duduk bersila pula, aku tengok dia balik, dia tenung aku, aku tenung dia balik. Aku tak bekelip. Apa yang Yusuf buat pada aku, aku buat pada dia, aku melawan weh! Benda ni nak main-main ke hapa? Tak lama lepas tu laki aku tidur, barulah aku boleh tidur, huh! Lega. Kalau buat pertandingan, mesti aku menang, sebab aku bekelip sekali je, yusuf berkelip tiga kali. Walaupun aku rasa macam empat kali dia kelip. Kali ketiga mata dia dah berair, dia tak nak mengalah juga!

Dan beberapa bulan selepasnya, macam biasa dia sakit perut lagi. Disebabkan dia ni jenis yang pendiam, kadang-kadang aku tak tahu dia tahan sakit ke dia tahan berak. Sama je mukanya beb. Merah-merah, berkerut-kerut kan? Sebolehnya Yusuf ni tak nak menyusahkan aku. Cuma setelah beberapa bulan, kali ni Yusuf sedikit berubah perangai. Sebelum ni dia boleh handle. Tapi kali ni aku tengok lain macam. Aku bagi air yang dibacakan surah Al fatehah pun tak jalan. Ayatul kursi pun tak jalan. Selalu ada reda sikit lah, tapi kali ni tak beb! Yusuf? Dia tak baca apa-apa, dia tengok je aku buat apa.

“Abang ni kenapa? Apa masalahnya lagi?.” Aku tak sengaja termarah sebab aku dah letih nak hadap. Mana tidaknya, aku dah rasa aku tinggal dengan orang lain dah. aduhaiiiii. Walaupun aku cakap bersabar itu adalah yang terbaik dalam menghadapi ujian Allah… aku juga manusia, ada masa aku gagal diuji, ada masa aku boleh betahan, dan kalau korang nak tahu, keluarga kami di kampung tak tahu langsung apa yang kami alami sepanjang di Sabah ni. Setakat sakit perut yang dulu tu jelah, lain diaorang tak tahu. Yusuf suruh rahsiakan, tak nak keluarga risau. Aku tanggung berdua je dengan dia.

“Abang nak minum tak air ni!.” Yusuf masih diam lagi, tak bercakap, dia pegang dada dan kepala dia. Sakit tu merebak-rebak pula, mula perut, dada, kepala.

“Kalau tak nak minum sudahlah!! Biar je sakit tu! susah sangat!.” Haaa itu dia perempuan punya marah, tak fikir dosa pahala, padahal baru je aku cakap nak jadi isteri solehah.

“Diamlah!.” Tiba-tiba laki aku segah. Beb!!! Selama aku kenal dan kawan dengan dia dari tahun 2006 sampailah 2014. Sekalipun dia tak pernah tinggi suara. Tak pernah!! Ingat lagi, aku pernah buat suprise dengan menghantar belon dan mercun sambut besday dia dekat kedai makan tempat dia kerja… masa tu aku dalam proses nak ngurat dia… lepastu dia kene buang kerja sebab serbuk mercun tu kena dekat pelanggan situ. Siap pakej kena marah lagi…. Tapi dia tak pernah marah aku, tak pernah!! Tak pernah mengeluh!! Masa ni aku terperanjat besar. Hui! Orang dah tengking aku, aku pun hilang sabar. Aku pergi tengking dia balik, entah apa je yang aku cakap.

“Kau boleh diam tak!! Ni semua kau punya pasal lah! Kalau kau tak menggatal dengan mana-mana jantan dulu tak adalah aku kena macam ni!!.”

“How dare you!!.” Ternganga kejap aku. Ok kali kedua aku terperanjat, dia tak pernah guna ‘kau’ ‘aku’ bila bercakap dan dia tak pernah mengungkit apa-apa pun dari kesalahan aku selama ni. Lepas cakap tu Yusuf muntah, keluar lah warna hitam dan rambut-rambut halus macam biasa. Dia lari ke tandas dan duduk di sana.

“Aku serabutlah!! Aku serabut!! Bodoh!! Sial!!.” Dia membebel dalam tandas sorang-sorang, dia baling gayung dia marah dan memaki tak tentu pasal. Aku jadi takut. Aku tak pernah alami benda yang kali ini. Lepas muntah tu dia terhuyung hayang keluar tandas, lepas tu dia tidur menjauh, dia tak nak dekat aku langsung. Benda ni berlarutan sampai beberapa bulan yang kami dingin. Dingin yang sedinginnya, aku banyak diam dan dia pun diam, kami tak berbual, aku tengok dia macam tak terurus, serabut dan kalau korang nak tahu dia adalah sorang yang sangat pengemas dan smart. Jadi perubahan tu aku pelik, masa ni lah tingkat atas rumah aku dok baling-baling barang, dengan guli dengan semua benda nak dihempas. Aku ditinggalkan Yusuf sorang-sorang di rumah. Dia serabut nak balik jumpa aku sebab dia rimas dan katanya dia panas! Aku pun memang keje mengamuk je setiap hari.

Yusuf selalu nampak benda-benda pelik. Dia pernah cakap masa dia mandi ada orang tendang pintu bilik air tiba-tiba. Aku rasa Yusuf banyak berimaginasi lah. kalau benda tu tendang bilik air sekalipun, tak terperanjat ke benda tu menengoknya? Lepas tu dia cakap Ada orang tinggal dekat bilik belakang. orang tu selalu berdiri, tengok dia lepas tu dia kata dalam rumah tu bukan aku dan dia je, ada orang lain. Aku tak tahu nak percaya ke tidak. Kerja dia sedikit merosot, selalu kene marah, kes banyak terbengkalai. Reza siap tanya aku apa masalah Yusuf sampaikan teruk sangat kerja dia. Beb! Yusuf pukul suspek dia, lepastu dia kena tahan polis, masuk mahkamah atas kes mencederakan, dapat surat amaran, gaji dia kene p****g half selama tiga bulan berturut-turut. Aku je yang kuatkan diri untuk gagah walaupun masa tu aku kadang sedar dan tak sedar apa aku buat.

Satu malam tu aku tiba-tiba pegang pisau. Masa tu habis semua kerusi sofa aku carikkan, aku tak sedar bila aku buat tapinya bila aku sedar, pisau dah di tangan aku dan tangan aku sakit. Aku tengok rumah aku berselerak, tilam koyak rabak, sofa hancur, habis barang dalam rumah terbalik. Dalam waktu ni, Yusuf dah tak mengimamkan aku lagi, dia tak nak! Dan aku perasan dia dah tak solat macam biasa. Dia cukup serabut. Dia tak mengaji, dia tak solat, dia pun aku tengok macam betul tak betul je dah.

Yusuf balik malam tu tengok aku pegang pisau. Rumah selerak, dia marah aku kenapa jadi macam tu. Aku tengking dia balik. Beb aku angkat pisau tu nak b***h dia, dia tahan tangan aku, dia jerit kat muka aku, aku tendang dia. Kalaulah pisau tu tertikam dia, aku rasa sekarang ni korang tengok muka aku di akhbar kerana m******h dan tentu sahaja korang akan cakap aku isteri yang jahat tanpa tahu punca. Sebab tu bila aku dengar cerita pasal pembunuhan aku tak cepat menghukum, kita tak akan tahu kenapa benda tu berlaku. Jangan cepat bersangka buruk, itu pesan aku…. Korang tahu tak, laki aku tolak aku lepas tu pisau tu dia buang kat luar. Dia ambil pistol dekat belakang pinggang dia, dia pegang.

“Kau apa masalah kau Nas??.” Yusuf tengok aku, mata dia merah, berpeluh-peluh. Aku menangis la… yelah dia ada pistol aku ada apa? Lepastu dia tiba-tiba ketawa.

Weh!! Aku pandang kiri kanan, siap tengok cermin, muka aku macam tapir ke? Dia ketawa dia cakap satu bahasa yang aku tak pernah dengar. Bahasa macam orang asli gitu. Bahasa yang aku tak cam. Tapi kejap je. aku terkejut juga.

“Kau nak aku tembak diri aku sendiri ke!.” Tengking Yusuf pada aku. “Kalau kau nak aku tembak diri aku, aku boleh buat!.” Masa ni laki aku dah buka sarung pistol, dia pegang pistol tu menggigil. Dia cuma letak dekat perut. Aku rasa dia cuba kontrol diri sendiri antara sedar dan tidak apa yang dia buat tu.

“Kau nak b***h aku kan Nas?!!!.” Marah Yusuf. Aku menangis weh masa tu dah tak tahu nak buat apa. Aku bajet masa tu samaada dia m**i atau aku m**i malam tu. Semua benda dah hilang kawalan. Yusuf pegang pistol, peluru hidup!! dia Pegawai penyiasat, memang setiap anggota disediakan satu pistol, memang dia ada sebut “Allah… Allah… Allah…” aku pun sama beb. Aku nampak dia cuba lawan. Tapi benda yang orang hantar tu kuat sangat! Tidak ada kuasa selain Allah, tidak ada kekuatan selain Allah, tapi aku dan Yusuf manusia biasa, tak lepas dari masalah jiwa. lepastu tiba-tiba Yusuf pandang beranda rumah, dia kata dia nak terjun dari tingkat tiga tu. Aku tarik kaki dia, aku tarik lengan dia, aku minta maaf, tapi aku pun tak sedar bila aku pegang pisau tu pada mulanya, bila aku sedar aku tengok rumah aku dah hancur, mana laki aku tak mengamuk. Masa ni laki aku terduduk melutut, dia lepaskan pistol tu. Aku pun apalagi campak jauh-jauh.
“Abang… ingat Allah… Ingat Allah…” Itu je yang aku pesan. Aku pegang muka dia, berapa kali aku belai rambut dan cium pipi dia, nak bagi bertenang. Aku peluk dia, Sebab aku tahu orang yang hantar tu memang bertujuan buat aku macam tu. Tapi aku tengok laki aku ni dah hilang kawalan sepenuhnya. Macam benda tu pula kontrol dia. Mana tidaknya dia berubah 100%. Bukan diri dia lagi dah bro!

“Astagfirullah…astagfirullah…astagfirullah….” Sambil aku peluk dia tu. Tu jelah yang dia dan aku cakap tak sudah.

Habis bab tu, hal lain pula berlaku, ada satu malam tu, tiba-tiba laki aku kejut aku perlahan-lahan dia duduk mencangkung depan aku dia pegang bahu aku, tanya aku nampak tak apa yang dia nampak. Memang tak lah…. dia duduk menghadap aku dan membelakangi pintu depan, kami tidur di ruang tamu je sebab tak nak masuk bilik, kawasan belakang dah seram bagi aku. depan je yang selamat. Satu rumah aku orang tu kontrol. Soalan yang dia tanya tu aku dah jawab berapa kali dah. Penat aku jawab soalan yang sama. Memang aku tak nampak sebarang makhluk di rumah aku tu. Dia je yang nampak.

Mata dia dah sedikit bengkak sebab tak dapat tidur, waktu malam je, dia mula tak boleh tidur, sakitlah, muntahlah dan apa sahaja. Aku ni sampai dah tak larat nak layan, aku biarkan je. Dah dua tahun lebih beb dia macam tu, last sekali aku tidur, aku biarkan je dia sorang-sorang tahan sakit, berguling ke, muntah ke, aku dah tak nak tahu dah. Aku tidur je. Aku dah penat. Aku sumpah dah tak larat nak hadap!! Setiap hari aku tak tidur pasal benda ni.

“Nampak tak yang berdiri dekat pintu tu?.” Tanya Yusuf Pada suatu malam, aku baru je habis basuh pinggan. Rumah dah macam tongkang pecah! Dia tanya aku macam tu pukul 2.30 pagi. Pagi hanat! 2.30 pagi bukan petang. Yusuf tanya macam tu? aku cakap dengan dia aku tak nampak apa-apa. muka aku selamba. Sebab dah lali dengan soalan tu.

“Benda tu tengok abang… nampak tak?.” Yusuf tanya aku sekali lagi sebab dia nampak benda tu selalu. Dia dah bergenang air mata dah, aku layankan, tengok balik pintu tu, aku memang tak nampak apa yang dia nampak,. Dia je yang nampak semua tu, dah banyak kali dia cakap pasal benda warna hitam dan berbulu tebal. Matanya merah. Laki aku huraikan benda yang dia nampak dekat belakang dia tu.

Nak jaga hati dia, aku cakap je itu teddy bear dan ajak dia tidur. Kalau korang tanya aku takut ke tak? sumpah aku dah tak ada perasaan tu lagi. Hahaa! mana taknya kalau dah laki aku sendiri pun macam hantu aku nengoknya.

Laki aku suka bersendiri, dia tak layan aku, dan aku pun malas nak kacau, muka dia pucat, tiap malam tak tidur, dia mengigau, cakap yang bukan-bukan, selalu terkejut malam-malam sebab dia kata nampak benda pelik, dan sebenarnya aku selalu bermimpi ada orang bersetubuh dengan aku dan orang tu tak ada wajah, selalu aku bermimpi, tapi aku tak cerita pada Yusuf sebab tak nak dia tertekan, dia pun dah cukup tertekan aku tengok. Kadang-kadang dia akan suruh aku selimutkan dia, suruh aku bacakan apa-apa surah dia nak dengar, eh! Dia yang pandai tiba-tiba dia jadi tak pandai pula. Satu surah pun dia tak boleh baca dan sebut. Solat? Dia dah macam orang hilang ingatan. Dia memang tak solat, dia tak tahu dah nak solat. Aku ajar pun tak guna sebab dia tak layan. Kerja?? Baik berhenti je lahhh. Masa ni pegawai dia dah tahu pasal ni, so diaorang bagi masa pada Yusuf untuk bertenang, aku pun dah cerita masalah yang berlaku, jadi mungkin diaorang ni simpati kot, tak adalah kena apa-apa tindakan.

Sumpah weh! Masa ni aku rasa laki aku dah tak betul! Aku dah redha je kalau Yusuf ni gila disebabkan buatan orang. Aku rasa aku duduk dengan hantu dan orang gila. Yang mana aku pun dah tak tahu perasaan aku. Memang perilaku dia buat aku rasa macam tu. Dalam masa yang sama aku pun tak sedar kalau aku dah mengalami tekanan jiwa juga, cuma tak nampak sebab aku banyak kontrol keadaan, yelah laki aku dah macam tu, kalau aku pun melilau tak ke aku dan dia saling berbunuhan macam yang hampir berlaku sebelum ni? Aku dah lah berdua je di sabah tu, mana kami ada saudara mara, nak tak nak, kami jaga sesama sendiri je.
Kadang-kadang dia tiba-tiba akan menyelit dekat aku sebab dia kata dia nampak ada benda hitam besar nak hempap dia. Pistol dia memang aku selalu sorokkan, kelopak peluru dia tu aku simpan. gila ko!! Kalau jadi macam malam tu lagi, bersepai otak aku oii! disebabkan aku wataniah, jadi aku tahu lah pasal senjata. Bila dia keluar rumah bekerja, dia nampak normal, tapi nanti balik dia nampak macam orang yang psiko. Dan macam-macam lah yang aku tak larat nak cerita, korang bayangkan jelah kenapa aku boleh kata dia tu macam orang gila.

Satu malam tu, Aku bangun nak pergi bilik air, macam biasa laki aku duduk tak tidur. Duduk tegak peluk dua kaki dia, tapi tak bercakap, diammm je. aku malas lah nak layan dah. lagipun bukan kali pertama aku tengok. Laki aku tarik kaki aku, dia suruh aku peluk dia, apa jadah tiba-tiba suruh peluk bagai, petang tu baru aku bertekak dengan dia, kadang-kadang aku guna perkataan aku kau je dengan dia. Sayang tu memang sayang tapi macam dah tak bermakna rasanya, yelah masing-masing buat hal masing-masing. dia pun dah macam tengok aku ujud tak ujud je dalam hidup dia. So pedulik lah ko sana!

“Peluk abang… abang takut…” Pinta Yusuf tiba-tiba malam tu. Dia sedikit bertenang malam ni. Ok! masa ni aku kesianlah kan, dah berapa kali dia macam tu, malam ni dia minta seakan merayu so aku pun peluk dia, dia peluk aku sungguh-sungguh, masa ni aku rasa aku kenal dia macam kali pertama aku kahwin dulu. Setelah dua tahun lebih, malam ni dia peluk aku bersungguh seperti mana dulu masa baru berkahwin, tak pernah weh aku rasa dia peluk aku bersungguh macam tu sebab kan masalah yang melanda ni. Dia menangis. Minta maaf. Dia suruh aku doakan dia, dia suruh aku peluk dia. Dia belai rambut aku dan dia cium aku berkali-kali.

“sayang… jangan tinggalkan abang ye… abang sakit ni…..” Yusuf merayu sangat masa ni. Dia kata dia tak boleh kawal lagi benda-benda ni, dia tertekan, dia rasa dia kadang-kadang sedar dan kadang tidak. Sepanjang bergaduh tu tak payah cakaplah weh perkataan cerai tu memang dah selalu keluar dari mulut aku. Masa ni aku menangis, memang aku peluk dia bersungguh. Diapun peluh aku betul-betul… macam lama sangat kitaorang tak jumpa. Ya Allah sayangnya aku pada dia masa ni…. Masa ni perasaan cinta tu datang balik. Aku tahu Yusuf sayang aku, cumanya benda yang orang hantar ni buatkan dia keliru dengan diri dia sendiri. Macam aku dulu berperang dengan perasaan.

Ok, lepas baru je kami nak bersayang-sayang, nak pegang-pegang… dia muntah balik, sakit, berguling menjadi-jadi pula aku tengok dah. Perasaan aku?? dah tak ada dah. Semua bercampur, aku dah tak tahu dah nak cakap apa. Aku biarkan je dulu laki aku tergolek dan mengerang dekat lantai. Jangan kata aku jahat pula! Sebab aku memang dah tak tahu nak buat apa, dua tahun aku hadap dengan pelbagai ubat dan ustaz, tapi masih sama. Ko rasa? Apa yang ko boleh buat lagi?

“Sayang… tolong abang… sakit nya ya Allah…” Itu je last yang aku dengar. Laki aku merayu sakit beberapa kali. Dia minta aku tolong dia, tapi aku pun tak tahu nak tolong apa beb. Dia menangis dan merayu suruh aku tolong. Aku nak tolong apa!!! rasanya macam aku nak menjerit. Perut dia macam ada orang tarik-tarik, aku bayangkan senggugut tapi lagi teruk, lepastu dada dia panas. Dia sakit dada dan perut sekaligus. Lepastu muntah. Bermacam cara dia nak hilangkan sakit, berdiri, berlari, hentak kepala, terbaling, tertonggeng, terguling semua dah buat, tapi masih sama. Doktor tak bagi ubat tahan sakit lagi, sebab dah overdose. Akan effect anggota badan lain nanti. Aku cuma duduk je, sebolehnya aku akan jauhkan diri aku dari dia. Aku tak sentuh dia, Last sekali, laki aku terbaring tak gerak dah.

Memang kaw-kaw lah weh orang tu ‘belasah’ laki aku dua tahun ni. Sampai lembik aku tengok. Tu tak kira hilang ingatan! Separuh gila! Nak b***h diri lagi! Sampai lunyai dowh aku tengok si Yusuf! selagi tak tumbang, selagi tu orang tu santak kasi kat laki aku. Tahap dewa dewa kesultanan lama punya dendam ni aku rasa. Kesumat! Paling dasyat! Entah apa yang dia sakit hati ntah, nak kata aku ada b***h keturunan dia tak ada, tapi dendam dia ya rabbi…. Aku tak tahulah kalau ada orang yang kena lebih dari laki aku, tapi apa yang aku tengok dan lihat, aku rasa dah cukup teruk

Aku cuma datang dekat bila Yusuf dah tak sedar. Aku tak tahu dia pengsan sebab sakit tu… Masa tu memang aku belai wajah dia, aku menangis dan cium dia. Aku letak tangan dia kat bahu aku seperti mana suami isteri yang tidur dalam dakapan, aku teringin weh! Dan Macam biasa Reza akan bantu, hantar ke hospital. Yes! Muka dia lagi dekat wad sana. Sakit apa? tak tahu, just bagi ubat dan balik. Akhinya aku dan Yusuf ambil keputusan untuk berpisah. Lagipun keluarga dah setuju setelah aku ceritakan semuanya pada mereka. Kami mengalah??? Ya! Kami mengalah kalau itu mendatangkan kebaikan buat kami berdua! Berpisah bukan bercerai!! Cuma berhenti hidup bersama untuk seketika bagi memberi ruang antara kami, memberi ruang untuk diri, mencari cara untuk perbaiki. Aku tak nak duduk sebumbung lagi, sebab aku tak nampak hubungan kami berjaya.

Dan Yusuf pun dah letih kena macam tu bila aku dekat dengan dia. Jadi dia pun dah tak sanggup nak tanggung sakit tu Dia suruh aku balik semenanjung. Dia cuma nak cari jalan macam mana nak kawal masalah ni, disebabkan apa yang berlaku dah terlalu teruk, dia tak nampak jalan lagi, semua ustaz dan air penawar dah buat, solat mengaji apa semua, tapi tak juga berjaya. Duduk bersama tak mendatangkan apa-apa makna selain sengketa. Mak aih ayat aku!!! Tapi aku percaya, Allah tak akan datangkan kesusahan tanpa kemanisan selepas itu. Itu yang aku pegang, dan aku percaya semua perkara berlaku dengan izinnya, bukan kerana kekuatan manusia.

Hujung 2014…
Sekali lagi Yusuf kena perkara yang sama, Sepanjang di hospital ni aku jaga dia, aku risaukan satu perkara je, siapa nak jaga Yusuf kalau dia sakit nanti? Mampu ke Yusuf tanggung sorang-sorang? Tapi aku dah tak sanggup nak duduk serumah dengan dia ni lagi. Dan kalau tak cuba dan ikhtiar macam mana kita nak tahu cara yang berkesan? Aku tak habis-habis mengeluh. Aku tengok muka Yusuf yang tengah tidur dekat atas katil hospital masa tu aku kesian sangat. Aku tak sangka pula perkahwinan aku tak bahagia. Malah menyakiti dia pula. Aku sayangkan dia, tapi kalau bersama, akan menyebabkan dia tak gembira, sakit selalu macam ni, apa ertinya aku jadi isteri dia ye tak? Kadang aku rasa down dan bercerai tu cara terbaik supaya dia tak sakit. Itulah yang aku fikir masa ni. Aku cuma tak nak laki aku sakit tu je! Aku tengok balik muka laki aku yang pucat. Langsung tak bermaya, tak macam Yusuf yang aku kenal.

“Sayang akan balik dan tengok abang nanti…” Aku pegang tangan dia, cium dan salam. Aku baring dekat bahu dia walaupun dia tak sedar. Aku harap sangat dia tahu yang aku sentiasa tunggu dan maafkan dia, aku sentiasa sayang dan tak nak berjauhan dengan dia. Masa ni aku nangis lagi, tak tahulah berapa banyak air mata aku, Aku tak nak kacau dia, biarlah dia rehat, lagipun doktor dah bagi ubat tidur kan. Aku sebenarnya dah penat dan aku tahu Yusuf pun dah penat….

Esoknya sebelum aku balik, Aku bawak semua baju dan barang aku masuk dalam beg, Anggota Yusuf yang akan hantar aku ke lapangan terbang. Yusuf masih lagi di wad. Dia banyak tidur dan rehat, hari ni dia tunggu aku sebab dia tahu aku nak balik. aku cuma bisik dan beritahu dia aku nak balik rumah mama, dia angguk tu je.

“Abang cintakan sayang tau!.” Dia pegang pipi aku, dia cubit hidung aku yang tak mancung ni. Haha!! Aku cium dia banyak kali.

“Sayang cinta abang lagi lebih.” Kata aku

“Abang lagi lebih.” Yusuf tak nak mengalah

“Takkk sayang lagi tinggi, lagi lebih, lagi besar tau….” Aku depakan tangan aku, biar dia nampak macam mana aku sayang dia. Aku ketawa dalam menangis. Yelah memang kami sayang antara satu sama lain. Dan sebelum aku balik, aku peluk dia…. aku menangis, kesat hingus kat baju yang dia pakai tu. tinggalkan sikit kenangan.

“Puan, jangan risau nanti saya tengokkan tuan.” Kata Reza, dekat lapangan terbang. masa ni aku iyekan jelah, anggota jaga dengan isteri jaga mana sama… Tapi aku tawakal je. Lepas dia hantar aku, aku pesan kat Reza jangan tinggalkan Tuan Yusuf. Aku tengok je seluruh tempat tu. Rasa sayang nak tinggal suami di sini sorang-sorang. Tapi aku kuatkan semangat juga. Aku pandang kereta Reza yang semakin menjauh.

Memang aku marah!! Marah sangat!! aku janji, siapa pun yang hantar pada aku benda ni, aku tak akan mengalah!! Aku tak akan diam!! Yusuf hak aku, aku tetap akan pastikan dia hak aku!!! kau tunggu… kau tunggu… Dengan muka senyum keji, aku berpaling dan masuk ke ruangan berlepas.

Kisah pada part ke 4, kisah antara aku dan ikhtiar akhir aku dalam mencari penawar. Itulah kesilapan aku yang paling besar. Nauzubillah… “Anta dosa besar adalah syirik iaitu mempercayai kekuatan selain Allah.”.
Dari aku kenal Yusuf tahun 2006 masa aku sekolah dulu, hidup dia cuma belajar dan kerja. Dia orang susah. Sebab tu dulu dia tak layan cinta. Dia nak tumpu pada keluarga. Masa aku mengurat dia dulu dengan bermacam benda gila yang aku buat, aku tak pernah tahu pun yang dia malu diatas setiap perbuatan aku. Dia mengadu dengan mak dia rupanya.

Dia tak ada kawan, dia selalu cakap dia cuma ada aku je, aku cinta pertama dia dan aku perempuan gila sebab aku buat benda bodoh untuk mengurat dia. Aku dah banyak menyakiti dan memalukan dia. Jadi apa yang orang ni buat memang mencabar aku betul!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#ceritaNasa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.3]

60 thoughts on “Sihir Pemisah – Dengan Izin Allah (Part 3)”

    • Sy pun berfikiran sama..tp dorang tak nak susahkan family.. tp lepastu masa nak berpisah..penulis ni ada cerita sume kat family diekn

      Reply
      • betul. tapi masa tu pun dah teruk sgt sampai penulis buat kepurusan utk berpisah kejap dengan suami. sepatutnya dalam keadaan mcmni pasangan yang dalam masalah macam ni tak boleh tinggal jauh dari family yang terdekat. ni cuma pandangan saya ..

        Reply
  1. Ya Allah… Sedihnya… :'( Terlalu besar dugaan.. Terlalu kejamnya orang yang hantar sihir pemisah tu.. Allahu.. Speechless.. Be strong!!!!!!!!!

    Reply
  2. sedih..aku hrp penulis kuat kan semangat..
    aku cam pelik jgk nape penulis xnak bgtau family ms mula2 da start sakit tu..
    bg aku bnd besar mcm ni x elok simpan..baik mntk pndgan family..
    mana tau family blh tlg..

    aku harap jodoh penulis & yusuf kekal..bertabah bro..

    **1st time cikbambam komen dgn seriuss..

    Reply
  3. Beb. Sedihnya! ???. Begenang ayaq mata aku ni haaaa.

    Haihh! Serius aku tak faham! Rajin pulak kn org mcm tu pegi jumpa bomoh santau bagai. Amendeeelah! Ingat main2 ke nyawa org nih? ???

    Aku nk tahuu sgt! Sape senarnya yg buat ko dgn Yusof ni. Please sambung lagi. ???

    Reply
  4. aku dulu kena.. sangat stress bila suami sakit tak tahu apa puncanya.. bermula tiba2 je lepas setahun kawen.. memula tak heran la husband tak balik2 dua hari.. sebab dia mmg selalu outstation kan.. tetibe ada kwn2 husband hanta balik uma mengamuk2.. they ol jumpa husband dekat masjid tengah makan tanah.. bermula dari itu la husband sakit mcm2.. panas la.. sakit dada sakit perut.. keluar masuk bilik air.. berendam dalam tab berejam2.. menjerit la meraung.. yaAllah stress sangat.. malam2 dia tak tdo aku pon tak dpt lena sebab takut dia buat bukan2 sebabnye penah satu malam aku tdo pastu terjaga dia tengah pandang aku sambil pegang kayu stanby nak pukul pastu tanya kau sape cmne kau bleh masuk dlm uma aku.. mengigil kot.. berubat hospital ustaz ramai tak jalan.. last sekali pendekkan cite ada jumpa satu ustaz dia ckp kuat korang kena ni.. ada yg nak pisahkan korang.. dia ckp dia cuba tapi sama.. tapi cmtu gak.. last2 aku tak tahan aku bincang gn husband time dia waras.. sbb husband banyak masa dia tak waras bejalan sana sini dok dlm longkang la tak pakai baju kua.. then aku mintak becerai.. dia setuju.. kita cerai kat mahkamah.. tak lama tu husband sihat terus.. sihat yang betul2 sihat.. kita cerai tak lama.. 8bulan je.. pastu nikah senyap2 yg tahu cuma parents aku je.. keluarga suami semua tak tahu sampai sekarang.. kitorang masa becerai dulu anak satu.. skang dah 3 ontheway lagi sorang.. alhamdulillah buat masa ni bahagia walaupun hidup dalam persembunyian.. harap2 bahagia la sampai hujung nyawa kitorang.. aku doakan yang sama buat penulis.. kita kuat..

    Reply
      • adik.. akak tak tahu sampai sekarang siapa yang buat dik.. dan akak tak mahu pon bersyakwasangka pada sesiapa.. jauhkan lah dari hati akak.. akak takut sangat kalau akak terfitnah orang.. sebab mata akak taknampak benda2 mcmni.. yang pasti akak dan suami anggap ini ujian buat kami.. untung nya suami akak dari seorang yg tak pernah solat dah solat.. dan kitorang pasangan yg sangat cintakan hiburan dan duniawi.. semua tu kitorang lupakan.. kita anggap ni jalan Allah bagi untuk kita kembali pada DIA..

        Reply
    • Selagi x bercerai selagi tu bnda tu dok ganggu kan…
      Berat sungguh dugaan akak… Allahuu…
      Moga2 lepas ni Allah sentiasa lindungi akak dari pbuatan keji manusia…
      Cukup la sekali… Syer baca pun dah tak tahan inikan lagi org yg mengalami…

      Reply
      • iyelah dik.. akak masa tu muda sangat lagi.. tak tahan kena kacau n tak lalu nak hadap kerenah husband bila dia sakit n tgh tak waras tu.. segan pon ye kadang2 dia tengah hujan p sapu sampah depan uma jiran tak pakai baju.. gn pintu uma asik kena ketuk 24jam.. rimas..

        Reply
    • Tindakan terbaik tu akak.. Senyap-senyap aje bahagia.. Semoga terus bahagia dan berada dalam lindungan & rahmat Allah.. ?

      Reply
    • tq semua untuk doa kalian.. aku berharap ending penulis kt part last mcm aku jugak la.. seksa wei berpisah gn husband sebab benda bangang keje manusia hati kotor.. act aku sama mcm penulis da lame2 husband asik sakit da tak lalu nk layan n taktau ape nk buat.. memula air yg dibaca tu buat sakit kurang.. lama2 takda effect malah makin menjadi.. yg buat aku takut memalam ada je dia ckp ada itu la ada ini.. penah satu mlm pintu kena ketuk then wangi satu rumah.. meloncat aku atas riba laki padahal laki tgh sakit.. kuang3x

      Reply
    • abg dudo raso kona gn kau berdasarkan cito kau ni . abg dudo harap kau bahagio hingga akhir hayat . ingat lah ALLAH tu lebih bekuaso dari segalo Makhluk . tetibo abg dudo serius pulak ari ni . tabik spring . toingtoingtoing .

      Reply
  5. Ujian itu hadiah dari Allah dan diuji kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
    Saat kita sedang diuji, bersyukurlah dan tetapkan iman.
    Best crita ni. Patiently waiting for Part 4.

    Reply
  6. Bertabahlah wahai penulis..kuatkan semangat..doa yg byk kepadaNya..usaha selalu..harap jodoh berpanjangan yg sentiasa berpanjangan utk kalian.hati aku rasa terkilan dgn perangai org yg hantar2 benda yg x baik ni.apa yg dengki sgt dgn org sampai buat mcm tu.kurang kasih syg atau terencat akal.patut org mcm ni yg patut “goal” awal2..bak kata pepatah..kecik2 x nak mampus,dah besar mendengki kat org..tu je la makanan hidupnya..aku doakan yg terbaik utk penulis..aamiin..

    Reply
  7. semoga penulis tabah dan kuat…. x kira zaman apa skalipon mmg wujud bende2 sebegini.. kerana dengkinya manusia terhadap manusia lain itu tidak akan habis… semoga Allah merahmati kita semua…. amin yarabbal alamin…

    Reply
  8. Cerita mcm ini x layak di rate.. Buat penulis bertabahlah yer.. Santau2 ni d zaman teknologi makin bnyk d gunakan..

    Reply
  9. Sempat lagi sis buat pertandingan lawan mata tu ye,meiyo pun tak berkelip mata membaca.. Hihihi..paling risau masa korang gaduh nak b***h m******h ya tuhannnnn,sampai cenggitu sekali! Sedih sangat & kagum dengan kekuatan cinta korang.. Berdasarkan senyuman keji sis meiyo rasa sis lawan balik orang tu dengan cara tak elok..apa-apapun kita tunggu sambungannya di part 4!! Cerita tak habis lagi, tapi meiyo kasi lima bintang!!
    p/s: jarang tau meiyo kasi lima, selalu empat je.

    Reply
  10. Allahurabbi… sedih baca beratnya dugaan. Terdetik juga rasa takut dengan golongan yg suka sihir2 ni. Semoga dipermudahkan urusan.

    Reply
  11. Melayu dan sihir x dpt dipisahkan..takut plak aku baca… awatlah ampa dengki sgt..dh buat dosa plak tu… org cr pahala.. mesti dh murtad ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.