Sihir pemisah oleh vavi sondol Pura.
Jumaat 19/4/2019
Aku berborak dengan Din, Syaz dan Shida masa tengah nak masukkan markah Final Exam students. Tiba-tiba msuk psl PhD Din. Tiba-tiba msuk bab nasi cepat basi. Singkatkan, Din diagnos aku terkena sihir pemisah. Allah, cuak gila Aku Rasa. Aku rasa tak boleh terima. Sebab bagi aku sihir something yang mustahil aku akan kena. Hari jumaat, aku mcm tak percaya tapi aku percaya akhirnya. Terus solat hajat moga Allah kuatkan aku. Lutut ketar, badan mcm nak demam. Lepas solat aku diberi kekuatan oleh Allah. Dari seram jadi geram.
Siapa nak kacau aku? Siapa nak jeles dgn aku? Bila renung balik, Yes. Something wrong with my marriage. Selain simptom nasi basi dan cepat berulat, perkara lain yang buat aku percaya ialah sejak dua tiga bulan ini, period aku tak teratur. Selama 26 tahun aku hidup, aku tak pernah period tak teratur. Aku punya cuak smpi aku syak aku ada kanser pangkal rahim. Antara simptom lain, aku kerap rasa panas dengan suami aku. Malas nak bersama. Dan paling best, suami aku curang dengan perempuan bernama Pura. Curang menggunakan WeChat. Saling tukar gambar tak senonoh dan mesej mcm orang tengah hangat bercinta. Paling aku sedih, suami aku hantar lagu yang aku suka dekat Pura. Lepas itu, bila Pura tak sihat, dalam msg tu suami aku caring gila. Aku migrain dia buat tak tau pun. Dan 2 3 bulan ini aku selalu ada suicide thought. Lepas itu, aku selalu nak drive pergi mahkamah untuk bercerai. Btw, aku dah ada 2 org anak. Sorang girl 3 tahun, Yah and boy 1.5 tahun,Fiq.
Malam tu aku cerita dekat suami apa y din diagnos. Dia mcm nk percaya dan tak percaya. Tapi lebih kepada takut dan terkejut itu yang aku boleh nampak. Ajak dia berubat darul syifa dekat dgn rumah aku. Mula2 dia okay. Sampai je dia xnk n kebetulan kami sampai mlm tu malam zikir. So ustaz y dkt pintu tu tunjuk tnda tutup. So kami balik. Mlm tu tido dkt rumah mil. Aku rasa x puas hati. Aku pergi balik darul syifa n dia tggl dkt ruman mil dgn anak kami.
Sampai Darul syifa, aku bgtau ustaz. Ustaz mulakan rawatan. Ustaz letak tgn dkt kepala sambil baca ruqyah, aku terus menangis tp xtau sebab apa. Rasa mcm angin dlm badan aku keluar sekali. Nama Ustaz tu Ustaz Saman. Tapi aku dpt Rasa mcm nk muntah, tapi x dpt nk muntah. Aku minta balik sbb aku takut nk balik sorang2. Masa tu dah pukul 11.30 dan aku drive sorang. Dlm kete aku rasa tenang n bdn ringan. Habis rawatan aku balik bawa air sekali. Aku tgok fiq n yah blum tidur. Aku baca 3 qul 3 Kali, ayat kursi n surah Al fil. Sebelum ni mmg susah aku nak habiskan semua ni. Solat n puasa terasa berat sgt. Alhamdulilah. Aku boleh habiskan semua bacaan.
Sabtu 20/4/2019
Pagi bangun aku rasa ringan. Aku bgun awal sbb aku join utk jd panel interview. Spnjg di tmpt iv hati masih tak tenang. Aku teruskan bacaan. Plg byk aku baca surah Al fiil. Dekat perkataan ‘tar’ aku tekankan. din bgtau utk pulang blik sihir. Aku doa moga Allah tnjukkan kekuasaanya pada si penyihir. Btw 2,3 bulan ni aku sllu skit dkt belikat. Sllu pening n muntah mcm ada angin. Skrg da kurang sikit.
Ahad 21/4/2019
Sama mcm semalam, aku tak dapat nk luangkan masa dgn family sbb aku join utk jd panel interview. Tp spnjg kat sana aku ttp baca Al fiil utk pulang blik sihir. Mula dari pagi Sabtu aku dah amalkan selawat, alfatihah 7 Kali, ayat qursi 7 Kali, 4qul 4 Kali, albaqarah 102, Al fiil. Subuh n maghrib. Aku niat sbgai pelindung. Smbil baca, bygkn muka ank2 n suami. Masa ni suami n ank2 ke PD ngn adik ipar.
Isnin 22/4/2019
Aku ke tempat kerja mcm biasa. Tp masih x sedap hati. So aku teruskan bacaan. Al fiil x tggl n teruskan. Pagi Isnin mata suami aku merah. Aku tgok ada mcm biji2 putih kecik dlm mata. Ada lebih kurang 7 biji. Dua2 belah mata. Aku ckp, sbb mndi dkt PD kot mlm td. Air masuk mata. Sakit sgt dia kata. Dia ajk teman g klinik. Aku ajk g klinik dkt dgn tmpt kje aku. Tapi dia xnk sbb jauh. Dia kata, xpela. Dia g sndri. Dr bg ubat titis. Bila dia letak, sgt pedih dia kata.
Smpi tmpt kerja aku teruskn buat amalan. Aku free sbb semua kerja marking dah siap.
Pukul 5 ptg nk blik, aku teringat dkt sorang pakcik ni. Dia buta tp dia boleh tlg scan. Kwn aku bg no pakcik ni. Pakcik K. Pkcik K bgtau aku y mmg ada org hntr. Dia tuju dkt suami aku y utama n aku. Masa ni aku mcm nk lempang je sape y buat aku. Dia hntr just sebut nama or mungkin melalui gmbr fb. Dia hntr dekat mata supaya masing2 menyampah n nmpk keburukan.
See! Kebetulan suami aku sakit mata pg td! Padahal x bgtau pun pkcik k y suami aku sakit mata. Subhanallah. Terkejut aku. Dan kebetulan mata anak aku fiq ada ketumbit n dah lama tak hilang2. Adakah ini kebetulan?
Naluri aku bgtau mungkin aku da buat bacaan, so gguan tu dah panas n keluar. Merah menyala mata suami aku.
Mlm tu aku terus ajk suami aku darul syifa. Aku ckp, nk buta? Nk smpi berpisah ke baru nak berubat? Aku baca surah Alfiil dan aku sembur dkt tgn. din ckp bca surah ni klo nk tumbuk org, sembur dkt tgn. Penumbuk jd padu. So aku pegang suami aku, suami aku ikut je walaupun mulut dia membebel. Aku doa, ya Allah tunjukkanlah pada suami aku. Alhamdulilah dia ikut ke darul syifa.
Yah n fiq tggl dkt rumah dgn sil. Smpi dkt sana, ada Ustaz F. Bdnnya besar. Mula2 ruqyah suami aku. Masa Ustaz pegang ibu jari, dia berdecit sikit. Ustaz kata dia clear.
Turn aku. Ustaz ruqyah, rasa mual semua ada. Masa picit ibu jari kanan,ok. Bila kiri, mnjerit aku. Sakit sgt. Mcm renjatan elektrik n sakit sgt. Aku rasa nak balik. Aku takut. Ustaz suruh keluar, dia xnk keluar. Ustaz pegang ibu jari aku, selamba je aku bukak. Bukan kekuatan aku. Ada je jin y keluar. Tapi masih Ada taiko dia kt dlm bdn aku. Ustaz syak mcm saka sbb kuat n mcm dah lama atau sebati. Mmg belah ayh aku ada, saka silat. Tp hati aku kata mcm bukan saka.
Ustaz tanya. Da mnd air syifa? Ya Allah, aku bole lupa. Aku minum sekali je. Aku nk mnd, ltk ats meja, last2 lupa. Bijak dia ‘game’ kn aku. Aku menyirap. Bengang betul dgn penyihir tu. Ustaz kata, patutlah susah. Blik nnt mndi n minum ! Ustaz ni agak garang.
Selesai rawatan aku balik. Suami aku pucat sbb seram tgok aku melawan Ustaz tu n masa rawatan tu aku Ada dirasuk. Aku dgr tp xley kontrol bdn aku. First time aku kena. Ya Allah. Hebat kuasamu. Skrg bru aku rasa apa y org lain pernah kena n rasa. Subhanallah.
Smpi umh mlm fiq menangis2. Baca bacaan y aku ckp kat ats, bru dia cool down.
Bila da main anak, aku menyirap. Aku nekad aku nk balas balik sialan ni punya angkara. Aku fikir, this is war. I need weapons n defences.
din selalu ckp perlawanan antara haq n batil, akhirnya haq akan menang. Haq ialah kebenaran. Kebenaran menggunakan ayat alquran mukjjzat Dan pertolongan Allah semata.
Aku borak dgn Mil. Mil aku bg satu amalan. Amalan waqiah. Tp sblum ambil amalan tu kene sucikan diri. Istifar, selawat, zikir lailahailallah semua 100 x. Mil aku she is not an ordinary person. Tiap kali aku pndg wajah dia, aku dpt rasa dia ahli syurga. Aku mengaku, aku menantu hantu, tp she still nice to me and I don’t think she is the culprit.
Oh ya, ckp psl culprit, aku dpt mimpi. Kalau nk tau siapa sialan itu, korang boleh amalkan selawat, alfatihah, alfil n niat nk nmpk. Mimpi aku nmpk muka dia berlipstik merah. Yes. Pura. Aku nmpk Pura. Ada malam lain aku nmpk dia nk amek laki aku n ank2 aku. Sialan punya betina sundal. Matilah kau dlm keadaan hina sehina2 nya klo ko cuba anta lagi. Kalo ko insaf, aku redha n doakan ko dpt hidayah.
Ok sambung balik masa lepas rawatan, fiq ni mmg jenis kerap bgun sbb dia masih menyusu. Sejak jumaat lepas, bdn dia bila malam suam2. Pukul 4 aku bgun, ambil air syifa sapukan dkt badan dia. Dekat mata y ketumbit tu aku baca lebih n sapu. Baru dia mcn tenang n tidur lama. Kesian anak mummy. Moga Allah lindung fiq n yah. Mummy x de kuasa. Allah maha berkuasa.
Subuh aku bgun n teruskan bacaan.
Selasa
23/4/2019
Ada meeting. Aku terserempak din. He said you look happy ceria. Aku mcm blur. Selama ni aku x happy ke? Haha. Oh sbb jumaat lps mse kiteorg borak dia bgtau muka aku xde seri. Mungkin sbb sihir tu.
Aku cerita sikit psl din. Kiteorg part timer kt sini. Jrg jumpa dgn dia sbb dia geng lain aku geng lain. Jumaat lepas je kiteorg lepak skli nk bljr cara isi mrkh. Ada 4 org dlm bililk kwn sorg lagi. Dia tgh buat PhD ada kaitan dgn black magic n dia kebetulan borak psl tu n dia rasa something wrong dgn aku.
Dia ajk aku jmpa skli ngn kwn sorang ag. Pergi bilik dia. Dia kata muka aku naik seri mungkin sbb rawatan tu. Lps tu aku cerita psl diagnos Ustaz. Ustaz kata more to saka. Tp pkcik K kata sihir pemisah. Tp din kata simptom aku more to sihir pemisah. Mcm selsema n batuk. Sgt lain.
din pun cerita y sejak jumaat lepas, dia kene kacau. Tp dia cool je sbb dia ada amalan. Kuangjaqqqq!! Kesian kwn aku. X psl2 dia kena. So dia bgtau teruskn berubat n jgn lupa mndi dgn air syifa Tu.
Ptg nk blik aku kol pkcik K. Dia kata Jin ni cunning. Masa bwk suami aku g darul syifa, mungkin Jin tu tggu kt luar darul syifa. Sialan punya Jin. Ketaq lutut ke dgn Ustaz F?? Ehh menyirap btul aku rsa.
Balik rumah aku mndi dgn air darul syifa. Baca selawat n fatihah. Aku pelik sgt. Kenapa air ni mcm suam2. Bila aku pegang suam. Air syifa dkt rumah mil aku pun sama. Aku ada 2. Senang letak dkt rumah mil n aku.
Lepas aku mndi, blkg bdn aku keluar mcm j*****t kecik2. Igt x aku ckp aku sllu skit blkg? Mgkin dia keluar. Lps Tu kaki aku y kene tekan dgn Ustaz F pun da kurang sakit. Kalau x sakit gila. Pakai stokin pun skit ibu jari tu.
Suami pun aku pksa dia mnd. Mata masih merah. Mata aku pun rse mcm kering n x selesa.
Rabu
24/4/2019
Pergi kerja mcm biasa. Amalan bacaan x tggl.
Jumpa iddin. Bgtau psl mmpi pasal Pura. Iddin try masuk no fon suami kat fb. Taraa boleh dpt gmbr suami aku. So x mustahil Pura punya angkara sbb walau dia xtau kiteorg duk mana, still bole anto guna gmba. Tnjuk gmba Pura dkt Iddin, dia kata ‘muka mcm bomoh’.
Khamis
25/4/2019
Bgun tahajud n doa. Fiq asyik ngis. X ckup tdo. Smpi ofis tdo lama gila. Blik trus mnd. Aku perasan something wrong dgn yah. Dia x suka mnd dgn air tu. Yah ni klako sikit. Umur 3 taun. Dia kata sakit mata la. Xyh mnd air tu. Panas. Hmm aku da seram. Tp geram pun ada.
Ohya. Mknn kt umh pun da kurang basi. Klo dulu ltk kjp da berulat. Terkejut sgt. Subhanallah. Allah menolong aku.
Lupa nk bgtau jumaat mlm suami Ada azan rumah n pagar dgn ayat qursi. Mungkin kne pggil Ustaz pagar sekali lagi.
Jumaat
26/4/2019
Aku masih dlm rawatan mndi air syifa. Doakan aku kuat ye. Doakan keluarga aku. Aku akn mengaku klh tp bukan dgn bnda syirik. Air syifa dah x panas bila aku pegang. Sejuk ja. Sebelum ni subuh2 pun suam tau. Skrg da x suam. Alhamdulilah. Mungkin keadaan aku semakin baik.
Doakan din juga. Dia nk abeskn PhD n nk kawen. Tapi mak dia tidak suka future wife dia. Doakan dia eh. Tq mmbca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hmm..
Kadang-kadang manusia ni lagi senang salah jin dari diri sendiri…mudah tuduh orang buat dari sedar kelemahan diri …apa beza penghantar sihir (kalau wujud la – which i highly doubt about it) dan pembalas sihir?
Mungkin ramai yang tak sedar…setiap amalan yang korang terima atau ambil dari orang perlu diteliti kesahihannya…amalan tu bergantung pada niat, amalan yang bagus bercampur dengan niat yang salah, jangan terkejut ada benda lain yang datang/jadi …ko buat zikir sebut kalimah tauhid, beribu, berpuluh ribu, jangan terkejut dapat pendamping yang akan bawak kau dalam kesesatan, mungkin sebab niat asal ko berzikir dah salah…nak beramal, cari guru, guru boleh tolong pantau…
Mimpi ada banyak jenis…mimpi mainan tidur, mimpi mainan syaitan, mimpi petunjuk Allah…berhati-hati dengan mempercayai mimpi …ada pernah jumpa orang yang ko boleh request nak jumpa orang yang dah meninggal…member aku rindu parents dia, dia minta kat orang tu dia nak jumpa parents dia, dia dapat mimpi tu, tapi bagi aku, betul ke tu parents dia…
Kalau perawat islam sebenar, dia biasanya takkan cakap buatan orang atau siapa yang buat …dia mesti bimbang mudharat yang lebih besar dia nak tanggung…fitnah orang & putuskan silaturrahim…
Sebaiknya, kalau betul ada gangguan…berubat/buang lepas tu ikut sunnah macammana nak dinding diri dari gangguan…in sha Allah selamat …
Wallahu a’lam…
Bckp lbh mudah dri diri sndiri mngalaminya..bgi aku amalan2 tu xbtentangan pun..dan dia pun brubat bnyk tmpat..slagi xbtentangan dgn syariah islam wajib kt brubat..walaupun dia niat nk hntr blik sihir tu bknlah niat utk suka2..tp supaya org tu trima pngajarannya..
Dude…ko baca tak cerita dia? Dia jumpa ustaz-ustaz diorang kata more to saka…member dia & sorang pakcik tu kata sihir…pakcik boleh scan aku cakap ko….siap kata laki dia kena sihir, bila gi darulsyifa laki dia clear je….dah mana datang citer laki dia kena sihir tu? Kan tak memasal fitnah pulak…
Pasal amalan tu, terpulanglah…aku cuma bagi peringatan…kalau niat tak betul lurus, bimbang jin, syaitan & iblis yang ambil kesempatan…sebab benda ni aku pernah lalui…
Aku bukan cakap tanpa pengalaman…aku ada juga kehilangan orang tersayang angkara sihir…tapi satu family aku takde niat nak balas, hanya mahu kesembuhan…akhirnya, aku dapat berita orang tu sengsara lama & seksa waktu sakarat…mungkin Allah bagi balasan…
Wallahu a’lam…
Sokong sangat pendapat hang menda la lu,untuk amalan zikir tu boleh rujuk silang pada ustaz2 lain..ambik pendapat depa walau depa bukan perawat
Berusaha+niat untuk berubat tu wajib tp bila dh bersalut amarah dendam tu dh menyimpang dgn konsep berubat..segala masalah tu hanya asbab ujian dan peringatan untuk diri kita insan yg terlupa
Tak pernah kena boleh la sembang mudah?? tu bukan alasan untuk menghukum
ramai yang tak tahu dan tak sedar ada amalan zikir, dibuat dengan niat yang salah boleh memudharatkan…diorang akan tau bila kebetulan terjumpa perukyah sebenar…
sebenarnya ramai juga tak sedar, kalau hidup jauh dari cara islam, jin boleh tumpang sekaki dalam rumah, silap-silap dalam diri pun ada jin…kadang-kadang tak perlu sihir pun kalau orang tu nak jadi baran, berubah hati atau sakit (mostly aku rasa sebab diri dan persekitaran)…tapi aku tak pernah nafikan sihir dan ilmu hitam…cuma perlu disahihkan, jangan sesukahati menuduh…jangan ditanya pada perawat yang menyamar (yang gout pun boleh discan kena kencing jin, kaki yang kencing manis pun boleh dikata kena sihir/santau), semua akan dikait dengan jin…
kembali pada cara hidup islam…in sha Allah akan selamat…gangguan nak masuk pun susah…
Bila yang bagi nasihat tak ikut selera penulis je kiranya orang tu tak pernah kena ke? Mungkin yang bercakap macam tu tak pernah kena dan tak pernah sedar…hidup kat sini sekejap je, kat sana yang abadi, ko nak layan amarah lepas tu sengsara kat sana buat apa…kalau dia dah pernah rasa, sepatutnya dia sedar…
Wallahu a’lam…
Pedih betul nasihat.. Boleh kot nasihat sahaja tanpa triggered.
Contoh kalau emak awak kena macam penulis ni, berilah nasihat seperti memujuk. Kan lebih lembut dan mudah diterima.
Kesian kawan dah kena sihir teruk2, pakej anak2 kena lagi. Ibu mana tak geram dan tertekan. Tambahan, penulis ada cakap penah fikir nak b***h diri. Cuba kita tahan diri supaya komen tidak beremosi. Peace.
Maaf puan…mungkin bagi puan pedih…tapi saya rasa puan setuju tiada satu pun perkataan kesat atau makian yang saya guna…puan dah bandingkan ayat saya dengan ayat penulis? Saya rasa ada beza cara ayat saya dengan ayat dia…
Tak perlu puan beri contoh sekiranya terjadi dikalangan ahli keluarga saya…memang saya pernah lalui…tapi saya bertuah mempunyai emak yang sabar dan tabah…dugaan yang diterima sangat hebat, tapi ayat emak semasa sering jumpa perawat (ramai – ada yang ikhlas, ada juga yang memang mencari duit dari kesusahan orang), cuba ikhtiar bagi kesembuhan & jangan pulangkan semula, biar Allah yang membalasnya…Alhamdulillah, walau kehilangan orang tersayang (mungkin cara Allah memudahkan cara pemergiannya dan dipermudahkan hisabnya nanti), dalam kesedihan terselit kegembiraan pabila melihat allahyarham tenang dan tersenyum sebelum dikebumikan dan proses pengkebumian yang sangat mudah…
Saya tulis dengan ikhlas…sekiranya ada terasa, mohon maaf itu cara saya menyampaikan…sekiranya ada kebaikan, ambil dan tinggalkan setiap keburukan sebab itu adalah dari kelemahan saya…dan saya tulis bukan dalam keadaan beremosi dan tidak berbunga-bunga…
Wallahu a’lam…
Suami isteri kena sama2 banyak kan amalan utk dinding diri dan keluarga.. Zikir jgn tinggal.. Setan jin akan pergi dgn sendiri bila diri sendiri ada nur krn beribadah
Susah nk paham.. Jalan crita berterabur.. Hope sis n fmly akn sembuh dr sgala sihir…
May Allah ease everything . Semoga sentiasa dalam lindunganNYA . Harap si PURAcendana tu sedar , dosa menyekutukan Allah itu besar . Neraka kirim salam .
assalam..amalan al waqiah mcm mana? tak habis cerita lagi..tq..
Penulis bawa bertenang.. Hidup kena sentiasa pandang ke bawah. Pandang orang lain yang lebih teruk dari kita.. Kalau penulis sekeluarga terkena sihir, ada ramai lagi orang yang terkena seperti awak. Boleh baca kat dalam FS ni.. Banyak.. Malah ada yang lebih teruk lagi dari ni.. Kita ambil ibrah dari semua ujian yang Allah SWT berikan. InsyaAllah akan lebih tenang.
Saya doakan penulis dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
too many short form. i’m an old school reader so kind of difficult to ‘hadam’ the story.
semoga Allah merahmati penulis.
bila dah sembuh jgn tinggal amalan tu..sbb perangai mnusia ni bila sihat xingt tuhan..bila sakit baru mencari tuhan..setiap penyakit ada penawar nya..teruskan beristiqomah..haq pasti akan peroleh kemenangan..janji Allah itu benar
Berapa jug dah air sirap dia..
Menyirap sokmo.. 😁
Btw klu betul family penulis diganggu sihir, semoga berjaya pulih seperti sedia kala
Guna serbuk bidara. Buat utk minum. Letak sedikit sahaja dlm air suam.Ruqya dng ayat2 falaq, an nass, kursi dan surah yg mengandungi ayat sihir. Ia pahit jng letak gula. Boleh guna utk mandi juga.
akak kalau bleh bahasa tu tolong jaga ya sbb budak2 mcm sya ni yg bnyak yg suka baca FS tk elok guna bahasa kesat mcm tu mohon maaf skiranya trsinggung dgn teguran harap bleh perbaiki :”)
Alahai. Dr. Fadhilah Kamsah pon ade suruh ikhtiar utk berubat kalau ada gangguan. Kita ni hidup dlm dunia yg parallel and mmg ada org yg menggunakan amalan ilmu hitam ni. Cuma sy setuju hal “membalas dendam” dan seumpanya. kita boleh berubat buang saka, sihir dan etc. Tp balasan tu biar lah Allah yg tentukan. Xperlu niat mcm “m**i dlm keadaan sehina2 nya” ya kak. Akk penulis terkena sihir pemisah, yg ada petunjuk org yg hantar atau saka yg ustaz darulsyifa bgth. Sy dan pasangan terkena jin asyik yg tersuka kat kami. Suami terkena dgn jin asyik betina dan isteri terkena dgn jin asyik jantan. Smpai tahap bermimpi bsetubuh dan sakit bahagian kemaluan. bkn tu je, mereka cuba memisahkan kami suami isteri dgn cara bg perasaan benci dan baran taktentu pasal. Smpai buntu knp tibe2 benci dan mrh teramat kat pasangan. mohon doakan kami semua yg diuji begini. Btw, boleh ke penulis kongsi number kwn yg boleh brubat tu and darulsyifa mana puan pergi ye? Dan kalau boleh tahu, mcmana keadaan kluarga puan skrg?
asik mencarut s*alan je penulis ni.