Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia. Semoga anda semua dalam keberkatan dan kerahmatan Allah swt. Terima kasih kerana sudi menyiarkan pengalaman aku merawat dengan izin Allah swt. Tanpa Dia tidakkan aku disini menulis dan berkongsi maklumat dan pengalaman yang terlampau cetek. Mudah-mudahan kita semua menjauhi dan dijauhkan dari bahaya amalan khurafat ini.
Kali ini aku ingin berkongsi tentang kes yang berlaku sekitar 2017. Dimana seorang janda yang telah berkahwin baru, tetapi suami lamanya tidak berpuas hati dan mengupah bomoh orang asli untuk mengenakan sihir pemisah kepada dia dan suami baru. Kejadian berlaku di johor bahru dan pasangan ini telah menderita selama 2 tahun dari berkahwin.
Maimunah seorang janda, punca dia bercerai kerana si suami seperti menanggung bangkai hidup setiap hari semasa masih suami isteri. Bekas suaminya hanya sibuk dengan aktiviti memancing setelah dikenakan VSS di sebuah syarikat di ibu negara. Oleh itu selama beberapa tahun sehingga bercerai, bekas suami Siti hanya sibuk dengan aktivitinya tanpa usaha mencari kerja. Oleh itu Siti membuat keputusan untuk meminta cerai dan walaupun secara fasakh. Akhirnya mereka bercerai dan Siti telah menemui cinta baru. Kemudian Siti telah menemui cinta baru dengan suami orang dan berkahwin menjadi isteri no 2.
Masalah bermula apabila bekas suami sering dating ke rumah Siti menemui anaknya tanpa pengetahuan Siti, sehingga memasuki rumahnya diam-diam. Oleh itu suami baru Siti menyerang bekas suaminya dengan kata-kata kesat serta report polis. Disini, suami baru Siti bukan saja guna kata kesat malah menjatuhkan maruah bekas suami dengan membuka aibnya pada orang kampung. Bekas suaminya tidak berdaya melawan kerana suami baru Siti orang kaya dan berpengaruh dalam bisnes di sekitar Johor Bahru. Oleh itu dia hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi dengan perasaan yang kecewa, sedih dan penuh amarah.
2 minggu lepas kejadian, Siti dan suaminya sudah mula merasai rasa yang tidak selesa di rumah baru mereka. Sering Nampak kelibat, rasa diperhatikan dan gangguan barang di rumah bergerak sendiri. Nfsu syahwat mereka sesame sendiri juga tidak berfungsi bila berada di dalam rumah tersebut.
Apa sahaja yang dibincangkan akan menjadi pergaduhan. Tetapi jika bukan dalam kawasan rumah mereka macam biasa dan boleh bersama sebagai suami isteri . Oleh itu mereka sering bermalam di hotel jika ingin bertemu dan memadu kasih. Pernah beberapa kali Siti dan suaminya ternampak kelibat nenek kebayan yang hodoh ya amat, bergigi tajam dan Panjang kuku serta rambut, hanya mencangkung di dalam rumah. Hilaian suara nyaring dan gelak tengah-tengah malam dan macam-macam lagi. C cukup dengan itu, barang didalam rumah bergerak sendiri tanpa da angiin mahupun getaran.
Lantas seperti biasa bila team dan aku memulakan rawatan aka ada barang yang diperlukan seperiti limau purut, sirih, pinang, kapur, air, buluh kuning( untuk pagar), bunga 3 warna, garam kasar, lada hitam jika perlu. Kami tidak menggunakan sebarang kemenyan, setanggi dan colok kerana itu makanan jin dan akan mengganggu sesi rawatan yang mengikut syarak. Salah satu cara nak kenal perawat yang gunakan jin nak berubat kebiasaannya akan gunakan medium asap-asap begini dan elok dielakkan.
Pertama sekali barang ni semua akan di ruqyahkan dahulu untuk kegunaan merawat. Ayat yang digunakan Al Fatihah, Yaasiin 9, Surah Al Ankabut dan beberapa p****g ayat dari Surah Al jin dan Al Baqarah. Mula saja rawatan pesakit mula meraung dan menjerit, yang si isteri meraung kerana ari-arinya telah di pacak paku oleh penyihir pada patung yang digunakan. Si suami pula dikabur pandangan mata dari melihat rupa si isteri yang sebenar.
Oleh sebab itu nafsu tiada bila melihat isteri. Si siteri mula mengilai dan menjerit berselang seli. Kami semua bertungkus lumus merawat dengan memohon pertolongan Allah swt. Akhirnya kami Berjaya mendapatkan pemati sihir bekas suaminya. Jin yang di tugaskan untuk menjalankan sihir Berjaya di tangkap dan kami sempat berdialog.
Perawat : Assalamualaikum, jika kau Islam jawab?
Jin : Sejahtera, siapa kau?
Perawat : Apa agama kau?
Jin : Tiada. Apa kau mahu a aku tgh buat kerja.
Perawat : Aku dipanggl membantu sebab kau buat onar. Kau di suruh tuan atau tidak?
Jin : Aku bertuan. Dia bagi aku makan
Perawat : Siapa tuan kau, dia buat ke atau di upah buat sihir?
Jin : diupah sama seperti aku. Apa kau mahu bodoh?
Perawat : aku nak gangguan di berakhir, kau dan tuan kau mesti berundur. Jika x aku mohon Allah binasakan kau dan tuan kau, nak?
Jin : hahahaha , cubalah jika boleh.
Kami pun sambung lagi ruqyah dan seksa secara ghaib pada jin yg sihir ini. Setelah 2 jam lebih akhirnya jin itu mengalah dan berikan pemati sihir. Syarat nak matikan sihir ialah :-
Korek 4 lubang di penjuru laman rumah, akan jumpa 4 bungkusan putih berisi tulang b**i, paku payung, serbuk besi dan jarum karat. Ambil dan siramkan dengan air mawar dan air bacaan yaasiin pada barang itu dan baru bakar. Ambil andang pinang dan bungkus dengan kain putih serta hanyutkan di sungai. Semua ini harus dilakukan pada malam jumaat bulan mengambang. Oleh itu kamipoun memulakan proses dan ia mengambil masa selama 10 hari nak tiba malam jumaat bulan mengambang.
Sementara itu pesakit di nasihatkan duduk tempat lain untuk mengelakkan gangguan makin teruk. Kami dapat tahu bahawa bekas suami siti mengupah bomoh orang asli di kuala kubu bahru untuk mengenakan sihir ini hasil dari kajian selidik dan alamat yang kami terima.
Walau sihir telah dimatikan malam itu, tapi kesannya bukan serta-merta hilang Ia ambil masa untuk pulih sepenuhnya dari segi emosi dan fizikal. Oleh itu peringatan saya pada pembaca sekalian, kita hendaklah jaga adab dalam kelakuan dan berbicara sesama makhluk. Tiada siapa yang tahu apa isi hati dan apa orang lain akan buat demi nak puaskan nafsu amarah, cemburu, dengki dan hasad.
Antara sihir dan amalan yang susah diubati tapi x mustahil adalah :-
Ilmu buah gorek
Minyak pengasih cenuai 1001 malam
Susuk emas
Jangan pernah goyang tauhid kita pada Allah dan teguhkan iman. Godaan iblis,syaitan dan jin xkan pernah putus.
Maaf pada ramai yang komen di fb FS minta info saya, bukan saya xnak tapi saya ada kekangan masa nak attend semua kes merawat kerana ini hanya saya buat sebagai part time bila diizinkanNya. Saya pasti ada ramai lagi perawat yang tinggi ilmunya dari saya di luar sana jika saya x sempat nak membalas komen dan email tuan/puan.
Wassalamualaikum wbt.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
thank for sharing tuan. nak lagi.
Info menarik 👍
Siti ke Maimunah..? Mana satu namanya ni
Maaf typo, namanya siti maimunah. dipendekkan panggil siti sahaja
Salam Tuan…
1. Boleh bagitau apa keperluan/sebab kena tgu malam jumaat bulan mengambang?
2. Saya rasa cukuplah kita mengaitkan bangsa lain dengan sihir, santau atau ilmu hitam.. rasanya xde keperluan sebut bomoh ‘orang asli’… ataupun contoh selalu disebut sihir bomoh ‘siam’ (even ianya benar)… seolah2 orang melayu je yg baik.. yg selalu teraniaya… orang melayu pun ramai yg amal ilmu khurafat tapi xde pulak kita cakap santau pawang ‘melayu’ bagai… secara kebetulan sahaja mereka terpilih.. semua bangsa sama je… ada baik.. ada yg kurang… kesian dgn bangsa2 yg dikaitkan tu… padahal hanya sebilangan kecil je yg amal ilmu macam tu…
Kau terasa apehal??..memang realitinya macam tu…memang ada sihir org asli and sihir siam…open minded sikit la woi…bila masa penulis cakap semua org asli ada sihir macam tu..jgn nk terasa sngt la..
Sbb open minded la aku cakap camtu… just tegur sbb kita ni sama je.. yg beza cuma agama & kepercayaan.. korang dok cakap sihir siam.. sihir orang asli bagai tu x fikir ke pasal orang siam orang asli yg warak.. alim.. siap founder skolah pondok tu rasa? X fikir ke? Just cakap sihir dari ‘si polan’ x boleh ke? Besar pahala.. besar rahmat ko dapat kalau ko jaga perasaan orang.. jaga maruah orang… hahaa… aku melayu tulen seperti tertera dalam ic.. dan aku memang terasa bila saudara seagama aku even dia orang asli.. siam.. cina.. india dll… dikaitkan dgn benda x elok… wokeh…
wassalamualaikum wbt tuan/puan. pertama sekali saya ingin minta maaf jika penulisan saya memberi persepsi dan tanggapan yang kurang enak pada sesetengah lapisan masyarakat. Ini cuma tanggapan umum saja.
1. bulan mengambang itu hanya petua kerana dalam setiap ilmu ada petu ,pantang larang dan amalan. setiap satu ada garis panduannya. bergantung kpd seseorang itu dan ilmuannya atau atas keperluan sesuatu hal itu sendiri. seperti jika bulan mengambang tidak elok untuk merawat orang yang ada sakit mental atau otak dengan bacaan ruqyah jika ia berpunca dari gangguan jin. Tappi jika ada gangguan saka/leluhur lagi afdal rawatan sewaktu bulan mengambang. Ini hanya sebagai contoh sahaja.
2.Sihir itu umum dan tak terhad pada sesuatu kaum, bangsa, agama, kedudukan geografi dan bahasa. Ada sesetengah ilmu sihir yang di asakan oleh sesuatu kaum atas amalan yang di lakukan sejak turun temurun. Dan bahasa melayu itu universal dalam rumpun melayu itu sendiri. Bahkan orang asli juga dalam kategori orang melayu jika diikutkan dari sejarah, dan ketebaran penduduk melayu itu luas sejak zaman dahulu lagi. Cuma apa yang sy nak sampaikan disini bukan hendak menjatuhkan sesuatu tempat, kaum,agam dan bangsa tetappi lebih kpd sifat educational. Jika ada pembaca yang mengalami kejadian seperti yang pernah diberitahu saya, mungkin mereka boleh dapat gambaran awal apakah kesanny, simprom dan implikasi kepada pesakit itu sendiri.
sekali lagi saya memohon maaf atas segala khilaf saya di dalam penulisan ini. Inshaa Allah saya akan komited dan usah alagi ke arah kebaikan untuk penulisan yang akan datang dalam menjaga sensitiviti pembaca sekalian.
semoga maju jaya. wassalamualaikum wbt
Terima kasih atas pencerahan tuan… haha.. maklumlah.. noob saya ni…
Okeh.. satu lagi perkara..
Cth.. saya mempunyai tanah yg luas.. sawah dusun bagai… bagi memudah kan pengurusan dan pengusahaan tanah tu saya dapatkan bantuan beberapa ekor jin.. hahaa… okeh… apa pendapat tuan? Salah tak perbuatan saya tu?
Terima kasih kerana mengutarakan soalan yang begitu lazim ini. Walaupun ini adalah pengetahuan am dan saya yakin jika Tuan seorang yang bersyahadah dan beragama Islam, pastu tuan tahu hukum hakam basic apa akan jadi jika mendapatkan bantuan jin/ makhluk selain Allah dalam apa jua perkara. Dalam soalan ini adalah berkenaan syirik dan ia terbahagi kpd syirik kecil dan besar. Mengikut hemat pandangan saya melalui Al Quran surah Al-Maidah ayat 72 dan Al-Kahfi ayat 110, ada menerangkan tentang persekutukan Allah swt. Saya pasti tuan orang yang ada 4 hidayah jika masih bersyahadah. Hidayah pertama dengan lahirnya Baginda Nabi Muhammad saw, kedatangan Islam, Al Quran dan akal/iman. Ini adalah hidayah yang ALlah kurniakan pada hambaNya untuk berjalan di alam ini. Saya pasti tuan tahu bahawa jika syirik tidak akan bau syurga apatah lagi hajat nak memasuki syurga. Sedangkan Nabi Muhammad saw di tawarkan bantuan oleh golongan jin islam semasa perang badar pun Nabi tolak, semasa Nabi saw di hina dan di baling batu di kepala semasa berdakwah hingga malaikat Jibril a.s menawarkan bantuan nak lemparkan gunung ke arah orang yang mengejek dan menyakiti Nabi saw pun di tolak mentah2, malah meminta Allah hidayah umatnya dengan mendoakan mereka. Sedangkan Nabi saw penghulu/rahmat sekalian umat di alam tidak meminta selain dari Allah swt. Jadi wajarkah kita nak berkelakuan sedemikian. Saya mendoakan supaya tuan tidak berbuat dan x berniat untuk melakukan apa2 pekerjaan yang syirik dan sia2. semoga kita m**i dalam husnul khotimah .. amin…
salam tuan,
tumpang bertanya, kebelakangan ini sy ada bermimpi ular. dah 3 kali,, mimpi pertama sy nampak bnyak sngt ular hitam panjang tp tk nmpk kepalanya, mimpi ke 2, ular sawa hitam yg sngt2 besar, sy ada try sentuh kemudian ular tuh merenung sy, mimpi yg 3 , ular kecik berwarna putih jenih.. sy kerap mimpi ular nih sejak pregnant nih. itu tanda gangguan jin ke? mohon nasihat.
wassalamualaikum wbt puan. sila beri email dan saya akan balas.
[email protected] ini email sy tuan.
sila cek inbox anda
cerita lagi….melalui cerita ni dpt ilmu baru….thanks….yg baik diambil sbgai amalan yg buruk buang jauh2…
inshaa Allah cik… nantikan 5 lagi buah tangan dari saya, hanya menunggu team FS approve saje Inshaa Allah. antara tajuknya adalah:
mengintai dimensi lain
hijab a.k.a kasyaf
jangan pandang belakang sungai chongkak
sparring silat rimau
sihir siam lagi dan caranya…
salam tuan,
saya pernah bermimpi menerima bayi lalu dalam mimpi tu saya sering bermain dan tidurkan bayi itu. Pagi esok saya menceritakan mimpi ini kepada ibu saya. Ibu saya memarahi saya kerana menerima bayi itu dan tidak melawan itu. Kerana dia selalu beranggapan itu ada berkaitan dengan saka. Patutkah saya percaya??
wassalamualaikum wbt cik. bagus pertanyaan cik ini kerana masyarakat melayu kita terlalu skeptikal bila selalu mimpi tgk mayat,kubur, terima bayi dan mcm2 lagi dan selalu dikaitkan dengan sihir/saka/santau dan macam2 lagi.
disini saya nak menerangkan tentang perkara ini. Tidak semuanya punca dari Saka/santau dan sihir. Jangan terlalu mudah percaya dengan tanggapan sesiapa sahaja termasuk perawat sekalipun. Kerana kita tidak boleh sesuka hati main tuduh semua punca dari perkara ghaib. Kita kena semak beberapa perkara sebelum terus assume ini semua permainan jin syaitan.
seperti :
aktiviti gaya hidup kita bagaimana?
solat cukup x?
selalu pulang lewat ke rumah tengah malam?
ada x kita baca doa tidur setiap kali?
doa mohon mimpi yang benar dari Allah swt?
Boleh jadi mimpi yang selalu dialami itu hanya mainan syaitan nak menyesatkan kita?
Tidur dalam keadaan wuduk x?
Cek balik keturunan ada x sejarah membela, jangan terus serkap jarang.
Jika nak tahu mimpi tu benar, lagi elok buat isthikarah kerana petunjuk Allah x pernah silap.
Ada x kita cakap atau buat perkara yang khurafat tanpa sedar walau kecil sekalipun?
Jika terasa diri macam di perhatikan atau ada yang nak mendampingi selalu amalkan zikir memuji Allah swt setiap hari tanpa jemu, selawat ke atas Nabi saw dan sebagainya selmaa 40 hari sekurangnya, jika lebih lagi bagus. Sebab semua yang berlaku takdirNya.
kita manusia ni boleh spend kerja overtime, lebih masa shopping, depan tv, tgk hp layan FB, instageram, lepak mamak dan socmed yang lain2 tapi nak buat solat sunat zikir tiada masa. Itulah alasan yang selalu diguna pakai. Bila adda menghadapi seperti gangguan ghaib baru kita terhegeh2 mencari perlindungan Allah swt. Disini bukan saya nak menyalahkansesiapa, tapi itulah lumrah umat Nabi Muhammad saw akhir2 zaman ni.. Kita cuba ubah gaya hidup kita ke arah Islamik dan tidak terlampau mengejar dunia ynag hanya pinjaman dan penuh tipu daya dan tapak ujian untuk ke alam akhirat nanti.
kita rule out dulu mana2 sebab sakit moden barulah kita boleh menyiasat ke arah ghaib pula..
Wallahua’lam
Wah best cerita Tuan perawat ni.seronok baca.walaupun sya tak berapa faham..
sebb sya bukan islam..
teruskan berkongsi pengalaman tuan di masa akn datang.
salam tuan syed..
semenjak ni sy sering alami perkara2 kurg myenangkan
dan susah sy memberitahu di sini…
salah 1 saya sering sakit belakang dan merasa marah apabila masuk ke kawasan tempat kerja sy (kawasan kilang bas)
dan banyak lagi perkara2 sy alami.
adakah ini sihir atau pun ganguan jin?
wassalamualaikum wbt.. sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected]
cter yg best dan hrp kita jgn lah aniaya org dengan sihir
itu sebab garis yang memisahkan antara keimanan dan kebatilan tu sangat nipis..salah niat dan langkah sikit dah boleh ke arah syirik..mudah2an kita semua tidak tergolong dalam kesyirikan
Maaf tuan, saya ingin berubat boleh email saya [email protected]
Salam tuan,
Email tuan bounce. Boleh minta semula email tuan.
Email saya [email protected]
Assalamualaikum wbt. ustaz. sy nk mntk prtolongn n pndapat mngenai rumhtgga adik sy. baru ini dpt tahu y mereka trkena sihir pemisah dri org asli. maaf jika trslah bhasa. bagaimana untuk mngatasinya ustaz? Baru sebulan habis pantang bayi pon masih baru sebulan. suaminya tdak kisah dngan istri n anak. kesian si sitri. n suami mintk utk selesai di makamah maksud untuk bercerai dngn istri tanpa sebab musabab? bagaiman tu ustaz?
aslkm, soalan saya adakah pasangan suami isteri yang terkena sihir pemisah ini bila akhirnya bercerai, apakah sihir terbabit juga pergi dari pasangan tersebut? ataupn sihir juga ganguan2 ini masih terus tetap menghantui mereka..?
Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar LemalPasir Mas-Kelntn. tolong mesej tel.tempat rawatan, email kepada saya : [email protected]
saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar LemalPasir Mas-Kelntn. tolong mesej tel.tempat rawatan, email kepada saya : [email protected]