SIHIR PENGANTIN

Assalamualaikum readers, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ni. Aku tak tahu la cerita ni seram ke tak. Tapi dalam hidup aku, aku jarang berhadapan dengan alam mistik ni.

Cerita nya macam ni..

Aku bekerja sambilan sebagai jurugambar perkahwinan, dan kita sedia maklum , selalunya majlis nikah akan diadakan pada sebelah malam.

Pada awal tahun 2015 (aku tak ingat tarikh nya) aku dapat job di satu area perkampungan di pahang. Kawasan kampung tu agak terperosok jauh kedalam. Nak pegi sana pun ambil masa 4 jam dari Kuala lumpur, bab jalan tak payah cakap la, memang teruk, berbukit bukau dan berbatu.

Majlis pernikahan pengantin ni berlangsung pada hari jumaat malam.
Aku tumpang di rumah mak long aku, yang terletak dalam 1 jam dari rumah pengantin. Majlis pernikahan pengantin start pada pukul 9malam (lepas isyak) , jadi pukul 730pm aku dah gerak dari rumah maklong aku.

Semasa dalam perjalanan, keadaan jalan gelap gulita, tak ada lampu jalan, hutan tebal.. Kereta pulak tak banyak, cuma kadang-kadang je berselisih dengan kereta dan lori. Aku dah mula rasa takut (sebab aku ni memang penakut gila wei) . Nak pasang radio, tak boleh, sebab tak ada siaran. Jadi aku cucuk pendrive je, dengar lagu.

Aku sampai kat rumah pengantin pukul 8:45PM.
Sewaktu aku melangkah masuk dalam rumah pengantin (SITI) , aku dah rasa lain macam. Seram sejuk. Tapi aku buat biasa je. Aku terus masuk bilik pengantin, pengantin tengah bersiap lagi. Selesai memperkenalkan diri. Aku tengok muka pengantin ceria saja. Memang la ceria , nak kawin kot..

Lepas tu, tetiba datang mak saudara pengantin (SITI), hulurkan air kosong pada pengantin. Mak saudara pengantin cakap “minum air ni, paksu kau dah baca-baca”. Waktu tu aku tetiba blur… Apa maksud baca-baca.

Disebabkan aku mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dalam erti kata lain suka menyibuk. Aku pun tanya la pengantin “kenapa nak kena baca-baca”

Cerita pengantin (SITI):

Siang tadi, semasa Siti sedang kemas-kemas bilik nak susun barang hantaran, tiba-tiba cermin kaca meja solek pecah. Retak seribu. Siti terperanjat dan terus rebah. Dan tak sedarkan diri. Apa yang diberitahu oleh keluarga siti, semasa tak sedarkan diri, Siti meracau-racau memanggil nama “Ismail” (bukan nama sebenar). Untuk pengetahuan pembaca FS, ismail merupakan bekas kekasih Siti.

Namun nasib baik Paksu Siti yang merupakan seorang ustaz ada membantu menyedarkan siti kembali dari di rasuk.

Berbalik pada cerita majlis pernikahan.

Majlis berlangsung dengan baik dan lancar, aku pun buat keje aku macam biasa. Selepas selesai majlis, aku pun nak beransur pulang, jam menunjukkan pukul 12am. Perasaan aku nak dalam perjalanan balik tu, Tuhan je yang tahu. Seram sejuk aku. Keadaan jalan pulak berkabus. Segala doa dan ayat pelindung aku baca.

Aku pura-pura berani, sambil melayan alunan lagu. Tapi nasib aku tak baik, tetiba lagu tu terhenti, tetiba keadaan sunyi menyelebungi dalam kereta aku, perjalanan jauh lagi ni.. Aku cuba “on” off” radio aku, cabut dan cucuk balik pendrive. Dengan harapan lagu tu ada balik.

Tetiba, dalam samar-samar kabus , aku nampak ada seekor binatang duduk di tengah jalan. Binatang tu seakan-akan kura-kura, tapi besar sedikit, tapi yang peliknya ekornya panjang. Aku terus mengelak daripada langgar binatang tu. Waktu tu jantung aku dup dap dup dap. Ketakutan aku pada waktu tu sampaikan muka dan tangan aku berpeluh. Padahal duduk dalam kereta ada aircond.

Alhamdulillah aku sampai rumah dalam keadaan selamat dan “one piece”, hahaha,…

Bila dah sampai rumah maklong aku, aku masuk, mandi dan terus bukak laptop aku. Sebab aku kena “transfer” semua gambar yang aku ambik tadi dalam laptop dan harddisk, bila dah selesai transfer, aku check gambar tu. Tetiba Allahu menggigil badan aku bila tengok, gambar yang aku ambik, muka pengantin perempuan (Siti) semuanya jadi hodoh. Muka siti seperti bernanah dan membengkak. Semua gambar yang aku ambil hasilnya sama. Muka siti seperti seorang nenek tua yang bernanah, membengkak dan mata merah.

Aku terus tutup laptop, dan lari ke bilik sepupu aku. Aku tidur dengan dia malam tu. Sumpah aku tak berani nak tidur sorang-sorang.

Bila hari dah siang.. Aku chec handphone aku, ada 11 misscall dari siti.
“ah sudah, aku tak sedar dia call, sebab aku tidur lewat semalam. Memikirkan pasal gambar tu”

Aku pun call balik siti

Siti menjawab panggilan aku dengan nada sedih.
Aku tanya siti ada apa hal call,
siti tanya pada aku, “adakah gambar yang aku ambik semalam, ada apa-apa masalah tak”
aku menjawab dengan jujur, kerana siti seolah-olah dah dapat agak tentang perkara ni.
Siti beritahu aku, kesemua gambar yang diambil malam tadi, dari handphone atau camera, tak kira sesiapa pun, semuanya dapat hasil yang sama. Muka siti bernanah, membengkak dan mata merah.

Siti ceritakan cerita sebenar pada aku, menurut paksu siti, Ismail telah menghantar sihir kepada siti, kerana cemburu siti akan berkahwin.

Hurm.. Semoga kita dijauhi dari sifat jahat begini.

Sekian

linda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

7 thoughts on “SIHIR PENGANTIN”

  1. Kesian siti…gambar kawen kot
    xpelah..buatlah gambar baru dengan suami lepas kawen.. Aku pun xda gambar mase kawen juga, jurugambar lari.. Dah bayar tp xdapat pun gambarnye..hew hew hew

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.