Assalamualaikum pembaca FS.Aku dikenal sebagai Nia. Seni silat di dalam masyarakat melayu sangat tidak asing lagi. Majoriti orang mlayu tulen sangat memartabatkan seni silat Melayu. Namun, ada batasnya dalam mempelajari ilmu begini. Jangan sampai ada yang bercanggahan dengan batas agama.Aku seorang remaja perempuan yang suka buat sesuatu lebih dari biasanya.Orang tuaku telah menghantar aku mempelajari seni silat seawal umur 7 tahun. Dan aku telah usai menamatkan silatku pada usia 15 tahun. Kemudian, secara sembunyi aku menjerumuskan diriku mempelajari silat pusaka batin. Iya memang berat dan bahaya.
Pernahku tanyakan pada orang tuaku, mengenai silat pusaka batin, dan jawab mereka “Tak perlu pun semua tu, belajar untuk skor dalam pelajaran lebih baik. Cukup ada asas dan kemampuan untuk pertahankan diri, bukan untuk lebih dari itu” kata ayahku.
Aku sangat tidak setuju dan secara rahsia aku menjerumuskan diri.Tiada pergerakkan yang asing smpai la pada suatu malam jumaat, ketika aku berumur 16 tahun waktu itu. Aku menyatakan hasratku kepada Pak Bil. Pak Bil ialah guru silatku waktu itu. Beliau berkata seni ini untuk lelaki sahaja. Untuk orang dewasa yang ada kepentingan sahaja dan untuk orang yang sanggup. “aku sanggup Pak Bil” ujarku. Pada awalnya ada beberapa amalan-amalan yang harus aku lakukan. Jadi aku bersungguh sungguh untuk melaksanakan syarat-syarat tersebut. Contohnya,jika malam itu bulan purnama, aku tidak boleh makan berdarah di siang harinya. Selain itu, aku harus memastikan batu sungai yang ku anggap sebagai lambang semangat terus basah tanpa kering dan harus berada di simpananku. Kerana ini, aku jadi baran, pemarah,tapi aku menyedari, segala perbuatanku menjadi pantas dan kadang kala aku melihat benda aneh seperti lokasi kejadian kemalangan, aku melihat mangsa itu merayau rayau di lokasi kemalangan. Pernah juga aku balik ke kampung, aku terlihat penuh manusia tergantung di pokok pokok sawit,kadang-kadang ada yang menegurku sehingga aku mengamuk seorang diri.. terngiang-ngiang lagi katanya, masaku sudah sampai dan kita akan menjadi rakan.Wajahnya sangat menyeramkan dan suaranya sepertiku. Pernah juga aku membetulkan tudung di cermin hendak ke sekeolah di waktu pagi, kemudian mahluk itu keluar dari cermin. paling seram ketika aku pulang dari sekolah, aku menaiki motorsikal.Aku melihat setiap kali aku menoleh cermin sisi ada benda berterbangan mengikutiku.makin lama makin mendekat sehingga pandanganku tidak melihat apa-apa dan mendengar perempuan berbisik dan gelak yang menyeramkan. Lalu aku berhentikan motor di bahu jalan. Mujur tiada kemalangan yang berlaku.
Pernah juga beberapa kali aku melihat manusia kehulu kehilir tingkap rumah sedangkan rumah ku tingkat 7. Hal ini berlanjut sehingga aku berumur 18. Ketika aku memasuki alam pembelajaran di IPT, aku merasa asing dari orang lain. Iyalah, kawan kau sedang bergelak ketawa melihat drama Korea kau melihat benda lain yang menyirsir rambut kawan kau. Jadi aku mengambil keputusan untuk menjarakkan diri dari orang ramai. Kerana kesannya ialah mahluk itu akan menganggu aku ketika aku bersorangan. Aku betul sudah tidak tahan dan aku berhenti belajar. Aku kembali duduk dengan keluarga dan bekerja. Akibat terlampau sibuk sehinggakan syarat-syarat ilmu batin itu tidak aku penuhi. Pada hari itu, di waktu malam aku pulang kerumah, aku melihat selempang yang di anugerahkan oleh Pak Bil hangus terbakar.
Sejak itu aku jadi lebih baik. Tidurku tenang, orang sekeliling seperti normal dan Aku menyambung semula pelajaranku ketika berumur 19.Baru aku mengetahui, yang kedua orang tuaku yang mengubatiku secara rahsia. Mereka merasakan aku aneh dan mencari penawar untuk masalahku sebelum semuanya terlambat. Manakala akur janji aku dengan pusaka itu telah aku batalkan sebelum aku memasuki alam pembelajaran semula. Bagaimana kisah ini terimbau kembali kerana, pada minggu lepas aku melihat ada mahluk hodoh ditingkap jiranku, namun mahluk itu tidak menyedari aku dapat melihatnya. Dan sesudah itu aku mengalami demam panas seminggu dan baru sembuh hari ini.Kesimpulannya, janganlah taksub kepada sesuatu melainkan kepada ALLAH S.W.T.
alhamdulillah, sama la dengan aku jugak. terlampau kejarkan ilmu batin yang belajar dari ‘ustaz’, last last kesannya tanggung sendiri sampai sekarang. tapi dah pergi berubat dengan ustazah, dah buang segala mana mana benda yang ada dekat badan.
Syukur tiade apa2 yg berlaku… And thk you sudi baca cerpen saya..
Seram. Lebih seram lagi jika m**i tak sempat bertaubat. Allah..
padu….
Macam sama je pengalaman kita cuma bezanya saya takut nak buat perkara yg mak atau ayah dah larang…
Hehe….
Apa pun, terima kasih kerana kongsi pengalaman.
beraninya awakkkk
Min, Pm no awek gambar silat
Bertuah dpt parent yg prihatin.. Kebanyakan kisah parent x peduli dan bila ank semakin teruk baru kelamkabut berubat sana sini.. Tahniah utk parent adik.. Moga adik sihat..
setuju sgt yg ni,slalunya keadaan dah rumit baru bertindak 🙂
sampai skang masih ada lagi dengan saya… nak buang syg.. hahahahaa
tak takut ker???
kadang2 seni pertahankn diri ni dah tak asing kalau seseorang tu dah trlmpau taksub smpai snggup menyekutukan Allah memang itu sifat mnusia kalau dah ikut hawa nafsu nk brkuasa snggup buat apa sahaja..cerita nice! but psal amalan tu,hee yg tu kita sama 🙂 cuma bezanya aku kongsikn amalan aku tak lari dari pegangan ajaran sunnah dan kitab Al-Quran inshaAllah semuanya takat ni baik2 sahaja #HarimauBerantai
Tak berape seram
Then apa jadi bila awak belajar silat tu selain kena ganggu? awak jadi semakin kuat ke? saya pon pesilat juga.
aq pun sama.n aq pun belajar juga dan aq tahu ilmu ni memang ada cuma tok guru aq x semudahnya memberi sesuatu ilmu kepada org yg belum layak.n dia sangat hebat walaupun dah berumur 90 ke atas tapi kekuatan dia seperti org yg berumur 40 tahun cuma kadang2 dia penat adatlah dah tua.dia x membela tau dia cuma mempunyai ilmu yg sangat dalam dan x kan pernah habis ilmu silat ini dalam persilatan tanah baru chemandi.