Silent Reader

Husni meneliti setiap inci tubuh yang terbaring di lantai. Rupa fizikal mayat tersebut amat menggerunkan, tak seperti kes2nya yang terdahulu. Mayat lelaki yang berusia awal 30an tersebut kelihatan kering, mengerekot dengan mulut ternganga dan mata terbeliak ke atas.. seolah2 baru melihat satu kejadian yang maha dahsyat. Husni memicit2 kepalanya, dahinya sedikit berkerut apabila meneliti laporan yang baru diterimanya daripada salah seorang staf di kawasan kejadian. Mayat tersebut baru sahaja meninggal sekitar 4 jam yang lalu. Aneh!

Dia bergerak menuju ke dalam bilik mangsa. Biliknya kelihatan tidak terurus, lebih2 lagi di atas meja. Penuh dengan kertas yang dironyok dan plastik makanan ringan. Husni merapati meja, mana tau sekiranya terdapat bukti lain yang boleh dikaitkan dengan kes kematian kali ini. Dia membelek komputer riba milik mangsa. Rupanya mangsa merupakan seorang blogger. Husni meneliti secara rawak setiap entry yang dihasilkan mangsa. Kebanyakannya berkisar isu peribadi yang kronik. M**i, b***h, mampos dan m**i lagi, terlalu banyak perkataan carut yang tak mungkin difikirkan oleh manusia waras. Mungkinkah mangsa mempunyai masalah mental? Tekanan jiwa mungkin? Itu hanya andaiannya semata2. Taakulan awal sebagai pegawai yang ditugaskan menyiasat kes ini.

‘Tuan, hmm saya ada menjumpai diari milik mangsa di atas katil’, kata seorang staf yang bertugas sambil menyerahkan diari milik mangsa kepada Inspektor Husni.

Dia membelek2 diari tersebut secara rawak dan sedikit perlahan tatkala menuju ke penghujungnya.

‘Inspektor Zamri saya minta awak rekod diari ini di bawah barang kes. Saya perlukannya untuk siasatan terperinci. Oh ya komputer riba milik mangsa juga dan saya nak awak cari maklumat tentang seseorang yang dikenali sebagai Perempuan Malam’, kata Husni sebelum stafnya Inspektor Zamri beredar meninggalkannya sendirian.

Dia memegang kemas diari yang baru diterimanya walaupun pada hakikatnya jantungnya berdegup semakin kencang. Ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.. ada sesuatu di dalam diari itu

**********

‘Zaki’,

Itulah yang terpacul di mulutnya tatkala meneliti profil penuh mangsa. Husni yang baru selesai mandi terus terjun baring di atas katil sambil tangannya mula menyelak halaman muka pertama diari milik Zaki.

Dia membaca baris demi baris ayat yang disusun di dalam diari tersebut. Ternyata bunga2 bahasa yang digunakan mangsa sangat cantik.. sesuai digelar seorang penulis. Dia terpaksa menyerahkan komputer riba kepada staf bawahannya untuk menjalankan siasatan lanjut. Dia tahu Koperal Zamri takkan menghampakannya kerana selama ini kebanyakan kes berjaya diselesaikannya hasil bantuan daripada Koperal Zamri.

Kini tinggal dirinya dan diari mangsa. Jam menunjukkan pukul 9 malam, masih banyak masa untuknya menghabiskan isi kandungan diari tersebut dan dia tahu pasti ada bukti yang ditinggalkan mangsa di situ.

16 Mac 2012

Yeah akhirnya! Kini aku bergelar seorang blogger. Aku gembira dapat menaip, aku gembira dapat berkongsi cerita. Aku tahu mereka pasti sukakannya..

Husni meneruskan ke muka berikut. Setiap muka surat di bacanya tanpa ada tertinggal satu pun. Dia sendiri ralit membaca seolah2 sedang membaca novel. Dia sudah terlupa apa yang sedang dibacanya itu hanyalah sebuah diari milik seorang lelaki yang telah m**i.

18 Jun 2012

“Hari ni aku cuba buat entry lain. Sekadar cabar diri sendiri walaupun aku tak tahu apa hasilnya nanti. Aku cuma harap reader aku suka. Kalau tak suka.. aku takkan teruskan. Aku janji ”

20 Jun 2012

“Seronok bila aku terima komen2 positif. Trimas Iqbal, trimas Hanif, Mankete, PM dan yang lain. Lepas makan kang sesi utuk aku terjah korang plak. Jaga2 hehehe”

4 Julai 2012

“Hahaha siot Mankete menganjing aku dalam entry dia. Kalau nak diikutkan aku, nak je aku bahan balik. Nasib la PM pujuk kaw2. Lembut sikit ati den ngeh3”

15 Julai 2012

“1st wish aku terima harini. Trimas PM sebab wish my birthday. huhu”

8 September 2012

“Hari ni aku nak kena siapkan entry. Almost 2 week tak bukak lappy, final exam. Sori my silent reader.. janji saya tak buat lagi. Hope awak suka ngan entry baru saya ni”

Husny membaca sambil tangannya pantas menulis.. menulis apa sahaja maklumat yang ada. Dia tak mahu tertinggal walau satu pun. Sesekali tingkap biliknya terpukul oleh langsir bujang yang tak terikat. Dia bingkas bangun dan segera menutup tingkap. Di sepanjang susur jalan perumahannya.. kelihatan rumah2 yang ada semakin gelap tak berlampu. Jam di dinding hampir menunjukkan pukul 11 malam. Dia lantas kembali ke katil meneruskan pembacaannya.

12 Disember 2012

“Aku penat. Tapi dia masih mahu aku menulis. Kalau aku tak menulis, dia mengamuk.. Please gimme some break! Cilakak”

15 Disember 2012

“Aku tak bukak lappy dari semalam. Apa nak jadi pun jadilah. Suhu badan aku makin panas.. aku terpaksa ponteng kelas hari ni. Bangsat!”

20 Disember 2012

“Aku tak kenal siapa yang kol aku tadi? Ganggu tido aku. Gila punya orang!!”

Semakin lama isi kandungan diari semakin kusut. Sudah nampak garis putus2 yang dicarinya. Dia sudah dapat melihat mana puncanya. Zaki semakin dihimpit masalah. Kegilaan apakah yang menyelubungi arwah Zaki? Sesekali kedengaran angin kencang menderu di celah2 ruangan tingkap yang tidak kemas ditutup. Husny masih memaku matanya pada mukasurat2 yang hampir berakhir

2 Januari 2013

“Takkan lah dia? Mana dia dapat nombor aku? Setiap hari kot mesej paksa aku buat entry! Siapa dia pun aku sendiri tak kenal.. Psycho! Ai ada kang aku buat laporan polis ni kang. Kalau aku jumpa awal wajib aku b***h!”

3 Januari 2013

“Comel m**i di depan pintu rumah. Apa yang dah berlaku ni setan betul la. Lepas tu dengan tapak kaki berdarah masuk rumah aku. Sial lahanat ko jangan ingat aku takkan berdiam diri!!”

5 Januari 2013

“Aku dengar tapak kaki kat pintu masuk bawah. Bila aku jengah dari atas takde siapa di situ. Esoknya bila aku sapu lantai aku dapati ada helaian2 rambut bertaburan atas lantai. Aku tau bukan rambut aku.. sebab ia panjang”

10 Januari 2013

“Aku dengar lagi bunyi tapak kaki. Tapi kali ini kedengaran sehingga di bahagian tengah2 tangga. Ada seseorang di situ. Aku tak mahu tau siapa..”

12 Januari 2013

“Kali ni aku betul2 dengar tapak kaki itu berbunyi betul2 di hadapan pintu bilik aku. Aku tak mampu berbuat apa selain selimutkan diri sendiri. Demam aku semakin panas. Dan ketika itulah pintu bilik aku diketuk.. tak2 dihentak beberapa kali dari luar..”

Tiba2 dengan tak semena2 pintu bilik Husny diketuk. Dia amati betul2, bukan dari luar tingkap tetapi bunyi itu datangnya dari arah pintu yang betul2 setentang dengannya. Dia melepaskan diari Zaki ke sisi katil, melangkah perlahan menuju ke pintu. Dia yakin hanya dia seorang sahaja di rumah itu memandangkan rakan serumahnya Yasir pulang bercuti di kampung.

Ketukan itu tak terlalu kuat.. tak terlalu lemah tapi berterusan. Dada Husny berombak deras sambil tangannya mula memulas tombol pintu. Dia harap di balik daun pintunya itu bukan apa yang sedang difikirkannya ketika itu.

.. Dan sebaik sahaja dia menguak daun pintu dilihatnya.. kosong di situ. Tiada siapa apatahlagi tanda2 ada orang sedang melarikan diri sejurus berjaya menakutkannya. Di amatinya setiap pelusuk ruang tamunya yang gelap. Tiada apa yang mencurigakan. Pintu biliknya kembali ditutup kemas.

Sekembalinya Husny ke katil, dia melihat sesuatu yang tak masuk dek akal. Sesuatu yang tak pernah lagi berlaku pada dirinya. Pada muka terakhir diari yang dibacanya tadi.. dia pasti yang arwah telah tamatkannya tetapi kini, di hadapan matanya dia melihat ada baris2 tulisan baru yang tidak kemas tertulis di situ.. dan terus tertulis tanpa ada satu mata pena di situ..

“Jangan cuba ganggu kami..”

“Zaki milik aku…”

“Biarkan kami bersamaaaa berduaa..”

Tulisan itu terhenti, sama seperti jantung Husny. Husny terjelopok ke lantai kaku. Dia tak mampu lagi menghadapi sekiranya ada babak ngeri yang bersambung lagi selepas itu. Cukuplah apa yang dia telah dilaluinya. Walaupun tiada bukti.. sekurang2nya dia tahu Zaki m**i disebabkan ‘itu’. ‘Itu’ yang tak dapat dibuktikan dengan tolak tambah, mahupun fakta dan penterjemahan daripada akal yang waras.

**********

Husny dalam perjalanan ke Pagoh, kampung halaman kelahiran ibunya. Dia melabuhkan pandangannya jauh2.. lebih jauh daripada apa yang ada di hadapan matanya. Apa yang diceritakan oleh Koperal Zamri pagi tadi benar2 menggangu fikirannya sehingga dia terpaksa meminta cuti rehat yang agak panjang.

“..Saya terlelap sebentar di hadapan laptop mangsa. Laptop tu betul2 di hadapan saya. Tiba2 saya terjaga bila mendengar ada orang menaip pada laptop tersebut. Saya terkejut, saya ingatkan anak saya datang mengacau. Tapi bukan dia.. Bukan anak saya tuan”, Koperal Zamri berhenti di situ membuatkan Husny berkerut2 untuk mengetahui perkara selanjutnya..

“Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri ada sepasang tangan pucat runcing yang keluar daripada skrin laptop sedang menaip sesuatu. Terkejutnya saya sehingga saya tak mampu berdiri. Tulisannya berbunyi agar saya berhenti mengganggu dia dan Zaki dan sekiranya saya teruskan juga, saya akan m**i sepertimana mayat Zaki ditemui tempohari”, ujar Koperal Zamri. Husny tergamam.. Hendak percaya atau tidak, dia sendiri telah laluinya semalam.

“Dan untuk pengetahuan tuan setelah kami jejaki melalui ip address dan akaun.. kami menjejaki seorang individu yang merupakan seorang balu tetapi yang menjadi persoalan dia telah ditemui m**i 5 tahun yang lalu dan yang tinggal hanya komputer rosak akibat kebakaran di rumah tersebut”, Husny sekali lagi terdiam..

Kini telah hampir 7 tahun kejadian tersebut berlaku tetapi kedengaran cakap2 belakang yang mengatakan blog milik Zaki masih aktif menghasilkan entry. Walaupun tidak selalu.. cuma usah sesekali ditanya siapa yang mengendalikannya.. tiada siapa yang mampu menjawab persoalan itu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
Afzalsukasuki

24 thoughts on “Silent Reader”

  1. “” Sial lahanat ko jangan ingat aku takkan berdiam diri!!””

    bukan ke maksud “takkan berdiam diri” tu zaki akan diam?rasanya ayat y betul “jgn igt aku akan berdiam diri”..betulkn sy jika sy salah..

    tp citer ni best..sgt misterius..well done!lagi2 kisah det.husni ni..hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.