Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada admin kerana sanggup menghantar kisah saya yang tidak seberapa ini.
Aku Adlina. Panggil Lina. Kisah kali ini mungkin membuatkan kalian meremang. Kisah ini ini juga telah mencecah belasan tahun dahulu di mana ketika itu umurku 15 tahun. Tingkatan tiga.
“Lina! Lina!” seseorang sedang memanggil namaku dari arah belakang.
“ya? Ada apa Sara?” soal aku kepada seorang gadis bernama Sara.
“jemputlah datang ke rumah aku. Kita buat slumber party!” ajak Sara.
Aku hanya senyum dan membuat isyarat ‘okey’. Setelah meminta kebenaran dari kedua orang tuaku, Ibu bapaku mengizinkan dan tanpa berlengah aku bersiap-siap sebab dah tak sabar untuk kakiku menuju ke rumah Sara. Aku gembira. Begitu juga Sara yang mendapat tahu bahawa aku boleh datang ke rumahnya melalui telefon bimbit. Ibu bapa Sara tiada di rumah kerana bercuti di luar Negara. Hanya Sara dan kakaknya sahaja. Sara juga menjemput Tiqah dan Aisy. Tiqah dan Aisy juga jadi untuk datang.
Kami bertiga datang ke rumah Sara pada pukul 7.30pm. Rumahnya amat cantik dan kemas. Sara juga sudah menyediakan tempat untuk dibuat Slumber Party. Sara anak orang kaya. Di rumahnya ada microfont, bola disco dan sebagainya. Berada di rumahnya ibarat duduk di kelab malam.
Kakak Sara yang bernama Nina menonton televisyen tanpa mempedulikan kami. Kami menyanyi, mekap, menari, berlakon ( Sara mempunyai kamera sendiri ) dan sebagainya.
Tidak lama selepas itu, rumah Sara jadi blackout. Kami mulai cemas. Tiba-tiba Kak Nina menjerit dengan nada yang sangat kuat. Kami terkejut seraya mencari Kak Nina dalam keadaan gelap.
“ jangan pegang akulah! Lepas!” kedengaran suara Kak Nina sedang meronta-ronta.
Aku fikir salah seorang rakanku memegang tangan Kak Nina. Tapi ternyata tidak. Kesemua sahabatku termasuk Sara tidak menyentuh Kak Nina langsung. Malah, mereka tidak menjumpai Kak Nina di mana-mana tapi Kak Nina masih sepertinya meronta-ronta sambil menangis dan sepertinya sedang kesakitan.
“tolonglah.. lepaskan aku! Sakit..” suara Kak Nina semakin sayu dan lama kelamaan tidak kedengaran lagi.
Mujur lah tidak lama selepas itu, keadaan kembali cerah. Kami segera bergegas mendapatkan Kak Nina dan ternyata dia telah pengsan. Terdapat kesan merah pada pergelangan tangan Kak Nina. Bentuknya seperti dipengang erat oleh seseorang yang tidak dapat dikenal pasti. Tanpa membuang masa, Sara memanggil ustaz yang merupakan jirannya. Ustaz Razif datang dengan segera memandangkan rumah mereka dekat.
Setibanya di depan pintu rumah Sara, Ustaz Razif terkejut seraya mengucapkan kalimah ‘Astaghfirullahhalazim’. Mungkin ustaz Razif mengesyaki sesuatu tentang makhluk ghaib.
“Tolonglah kakak saya ni, ustaz. Masa blackout tadi, kakak saya tiba-tiba meraung minta dilepaskan. Saya takutlah apa-apa terjadi dekat kakak saya.” Terang Sara penuh harapan.
Ustaz Razif hanya mengangguk tanda faham. Matanya tertumpu pada pergelangan tangan Kak Nina.
“ada makhluk nak bawa dia pergi ke tempat lain. Tapi tak sempat..” jelas Ustaz Razif.
Kami berempat membuat muka terkejut. Makhluk? Tapi mengapa Kak Nina juga makhluk tu nak bawa pergi? Kenapa tidak jiran sebelah? Pelik..
“kakak kamu ni duduk berseorangan tanpa pengawasan ibu bapa. Tadi dia duduk sorang-sorang kan?” kata Ustaz Razif.
Kami mengangguk.
“lain kali, jangan bagi dia duduk sorang-sorang sebab tempat ni keras..” sambung Ustaz Razif.
Setelah Ustaz Razif memulihkan Kak Nina, dia pun belalu pergi meninggalkan kami berlima. Kami pun membuat slumber party di ruang tamu dan membuat aktiviti seperti kanak-kanak riang.
-TAMAT-
cite apa ni anat
hahaah
Hahahahaahah
hahahha . ni cerita apa? rugi aku je baca
hahahahahha,aduuuuu… tak pernah lagi jumpa cerita sebosan ni..
pebenda sia
Kenapa dia tak bawa lari yang berparti tu?
and kenapa pulak makhluk tu kena ambil jiran sebelah pulak?
wsap abg syg. 0173729578.
hahahaha so simply🔰
La… Ingatkan nak insaf ke apa
Sambung party lg rupanya 😂
Sabar aku yg membacanya
1 lg cerita bodo nk mampus bbnu. Admin x buat keje.
Admin dpt rasuah dari pnulis ni. Haha. Trpengaruh dngn pnulis. Hti2 admin lpas ni pnulis si sara ni ajak admin join party kt ruma dya. hahaha!
Budak2 baru nk up…haha
rumah tu keras sbb..?
bkn ruma keras tp si sara dan kwn2 nya yg keras nk buat party liar, hahaha! Mmg liar bdk ni..aku dpt siap kau. Huhu..
Font = teks /abjad
ya ampun cerita apa nie…aku dahlah takde mood skali baca cerita ni rasa nk flip table je
hahahahaduhaii.!!. .knpe dn mngape dn ape kne mngne ngn jrn sbelah dn dh knpe dn mngape plak lg. .keh3. .t.t. .
kihkihkih..yg keras tu ustaz,bukan rumah tu sbb tu dia sound jgn duduk sorang2…join skali ler party buih tu
Microfont? Font saiz micro ye dik 🤭
Hahahahaahah
Aduuu sakit perut Cik Yah ketawa, baca komen komen kat atas ☝️
Aku dh buang masa 5min baca citer ni… Aduiii…..
Ayat last – “Kami pun membuat slumber party di ruang tamu dan membuat aktiviti seperti kanak-kanak riang” .
KO RASA?????
Nak bosan ke nak marah ni?
Dorang mmang kanak2 riang pun.. kan umur 15… 😂😂😂