Assalammualaikum wbt kepada semua. Jika ditakdirkan Admin siarkan cerita aku ni, bersyukur yang amat. Thanks admin dah publish cerita aku. Kalau ikutkan ini kali ketiga aku send cerita ni tapi tak tahu lah lepas ke tidak. Maybe sebab cerita aku ni tak bagus kot, sebab tu admin tak boleh nak post. Guyss aku bukan penulis yang mahir maka penulisan sastera ku tidaklah begitu sempurna. Tambahan lagi di mata anda semua.
Sedikit pengenalan, aku berasal dari negeri sembilan, bersekolah agama di negeri sembilan juga pada tahun 2007 hingga 2011 dan baru sahaja bekerja di salah sebuah syarikat separuh kerajaan dan separuh swasta di Kuala Lumpur. Alhamdulillah rezeki bekerja aku dapat di tempat aku praktikal dulu. Okay jom start membaca.
Aku dibesarkan dengan cara anak perempuan tetapi perangai aku sejak kecil amatlah kasar seperti lelaki. Nama aku pun kalau boleh aku nak tukar acah-acah macam nama lelaki la. So sebagai tanda puas hati, aku letak nama aku Farhan. Time aku sekolah rendah kan, perangai aku macam lelaki so mak abah aku masukkan aku kat satu sekolah di negeri sembilan dalam daerah jempol. Ala berdekatan dengan serting, kalau sape yang tau, ade kedai kak dah dan acik boroi tu ape ek lupe la.
Selepas aku dimasukkan kat sekolah tu, bermula la zaman misteri. First aku masuk situ, aku dah kene taw. okay aku cerita dulu ye, sekolah aku takdelah misteri sangat yang misterinya ASRAMA tu je. Cerita yang pertama – aku satu dorm dengan kak ayu, kak ayu ni sangatlah putih macam cina amoi tu tapi dia seorang yang pendiam, dia tak banyak bercakap kecuali dengan orang yang dia rapat. Kebetulan aku duduk katil atas dia katil bawah so kira macam rapat la dengan dia tapi time tu baru form , so aku paksa rela la duduk katil atas.
Akak tu nak kata psycho pun ade sikit la. Mane taknye, dia malam-malam pakai bedak sejuk, dah la muka dia tu dah putih tambah pulak dengan bedak sejuk mata sepet, wooo jadi package macam hantu taw. And akak tu suka sangat cerita benda-benda hantu ni kat aku. Pernah sekali dia pakai bedak sejuk, dia datang kat aku dia cakap “farah farah, macam hantu tak akak? takut tak?” Dia gelak depan aku dengan gigi dia yang dah serupa macam hantu tu wei..
Tapi aku buat cool je la sampai satu hari tu, dia ajak aku pegi basuh baju malam-malam. Memang budak asrama kalau boleh nak basuh baju malam sebab air banyak dan tak de orang waktu malam. Setiap hari aku akan pergi dengan akak ni taw basuh baju. Sedikit info, aku duduk dorm atas sekali, dorm 7 ke 8 x silap and toilet belah kanan hujung. Situ memang tempat dia and macam biase la mane-mane toilet, creepy sikit.
Okay sambung balik, nak jadi cerita malam tu aku pun nak basuh baju sebab dia ajak kan. So aku pun gerak dengan dia dah pukul 1 lebih time tu. Tibe-tibe dia cakap kat aku, farah pegi dulu nanti akak datang, ade baju akak tertinggal la. Aku pun jalan je la dulu kan, tak de aku nak fikir bukan-bukan, tapi alangkah takutnye aku apabila kak ponti terbang sebelah aku kat udara. Dengan kain putih menggerbang, rambut panjang sampai kaki dia pandang dan senyum kat aku taw. Aku time tu menggeletar la ape lagi, tapi peliknye time tu even aku takut, aku tetap gerak ke toilet dan tunggu depan pintu toilet tu. Lama gak la baru akak tu datang, macam akak tu tau je aku nak kene malam tu.
Cerita kedua- aku ni memang suka jejak hantu tak tahu la ape kena dengan aku ni. Tapi kalau ade orang yang kene rasuk ke ape ke aku akan ada terpacul kat situ. Sampai la satu hari ni, sama jugak kat sekolah tu. Ada la hamba Allah ni cakap kat aku, kalau kau nak tengok benda tu kan, kau tenung lama-lama kat tempat yang dikatakan ada benda tu. Maka aku dengan excited nye berbuat la seperti yang demikian, pada suatu malam aku berdiri di depan dorm 6 tak silap dan betul-betul menghadap KHB.
KHB ni aku gambarkan sikit ye, asrama aku menghadap jalan dan depan asrama aku belah kiri ada padang dan belah kanan ade bilik KHB which means bilik kemahiran hidup. Dulu dekat bahagian bawah asrama aku ade pokok besar tapi sekarang pokok tu dah kene tebang so kepanasan la tanah di situ.
Ha sambung balik, so dorm 6 ni terletak di tingkat 3 bersebelahan dengan bilik air la. Aku pun tunggu kawan aku sebenarnya kat situ tah ape dia buat dalam dorm 6 tu. Tak lama lepas tu, aku dapat idea la nak tengok benda tu, aku pun tenung la kat KHB tu belah tingkat atas. Tibe-tibe, aku rasa aku kat dunia lain. Dengan tiba-tiba pintu belah atas tu terbuka, lalu keluarlah sup bunjut dari pintu tu dengan meloncat loncat. Aku terkejut la sebab tak percaya dengan apa yang aku nampak, tapi aku diam lagi.
Sampai la aku tenung je sup bunjut tu, dia tenung aku balik. Time tu baru aku sedar yang aku dah terkena, ape lagi berlari la aku ke tingkat 2 dorm 2 tak silap. Time aku lari tu, aku still pandang benda tu tau, yang peliknya aku berlari dia pun meloncat. Aku stop benda tu pun stop. Dari situ aku fikir, aku tak boleh main-main dengan benda tu. Lepas aku sedar yang aku dah terkena, ape lagi aku baca la ape yang patut dan paling penting ayat kursi. Lepas aku dah baca semua tu, benda tu macam tau-tau je. Dia pun loncat ke pintu dia keluar tadi and pintu tu tertutup sendiri.
Cerita ketiga- Macam biasa bile hari sukan, kan ade lari-lari kat luar dari kawasan sekolah kan. Ha merentas desa. Jadi, pada hari sukan tu, semua orang kene la berlari dan jalan yang kitaorang kene lalui adalah tepi rumah orang dan juga tepi kubur orang Islam.
Nak dijadikan cerita, ada la seorang kakak ni nama ape tah dah lupa la, namakan jela Suhaila k. Akak ni penat berlari sebab dia pun macam tembam macam comel kan so dia berhenti la kat tepi kubur tapi bertentangan la, bukan betul-betul tepi kubur tu. Lepastu, dia berlari balik macam biasa. Malam tu, tibe-tibe je dia buat perangai. Dia gelak-gelak dengan kawan-kawan dia kat bilik AJK atas, lepastu dia pandang tingkap luar terus dia menangis. Aku tak tau ape-ape mulenye lepastu akak AJK tu datang, nama dia kak Asma. Dengan bawak yasin kat tangan, dia cakap “siapa nak tolong akak, tapi siapa yang kuat semangat la”.
Aku dengan serta merta angkat tangan dan ikut akak tu. Tapi sebelum tu aku dah baca ayat kursi awal-awal, yela risau kang kene kat aku pulak kan. Aku pun pergi la tengok akak tu, dia dah teruk rupenye. Dia gelak-gelak tak sedar diri time tu, lepas tu bermula la sesi soal menyoal. “nama kau siapa?” suhaila tu jawab “INA”. Semua orang terkejut and automatically bawak Suhaila tu turun bawah kat warden sebab dah tau Suhaila tu dah kena rasuk.
Bile turun bawah, ustazah pun cakap la, “kenapa masuk dalam badan dia, dia minta maaf ye “. INA tu pun balas balik, “yela aku masuk sebab dia pijak kepala aku kat kubur tadi, sakit”. Rupenye benda tu dah follow dia since kat kubur tadi time dia stop sebab penat tu. lepastu dia cakap lagi, “toilet kotor ade pad dalam lubang, sebab tu aku kacau dia’.
Ustazah pun cakap la kan, “okay kami bersihkan sekarang”. Lepastu kitorang pergi la check kan, semua toilet bersih je takde ape-ape pun. Ustazah cakap la kat dia kan “eh toilet semua dah check takde ape-ape pun”. Dia boleh cakap macamni, “eheheheh aku tipu je”. Ya allah time tu nak marah rasenye. And paling takut bile dia gelakkan kitorang dia cakap “ahahahha baca ayat kursi pun salah tajwid” weii sumpah rasa macam nak tampar je hantu tu. Lepas tu ustazah terus call ustaz and ustaz pun datang. Benda tu terus takut tak tahu kenapa. Macam biase la bile kene rasuk kan, letak bawang ni bawang tu, minyak ni minyak tu lepastu baru akak tu macam okay sikit.
And ustazah terus call parent akak tu bawak akak tu balik. Lepas jadi benda tu, akak tu terus duduk luar tak duduk asrama dah. Seriau agaknye kan. Aku pulak, bile dah tolong tu kan, disebabkan badan dia punye tenaga kan kuat, aku letak la lutut aku kat kaki dia sebab nak tahan dia dari menyerang.
Tapi lepas aku angkat kaki aku, kaki aku macam cramp and ade benda meresap masuk. Terus aku cakap kat senior aku, time tu aku form 4 lagi. Senior aku baca-baca and hembus kat kaki aku, terus hilang rasa meresap tadi. Nak dekat 2 3 pagi jugak la baru siap kes rasuk tu. Dah abis je, semua dah reda, masing-masing nak balik dorm la. Tapi sebab takut punye pasal, akak AJK bawah bagi tido bilik diorang beramai-ramai dan esok tu aku balik la bilik aku.
Ha ye tau mesti semua tanya, siapa pulak INA tu kan. Ina tu seorang budak perempuan duduk kat toilet atas sekali sebelah dorm 7. Dengar kata dulu dia m**i kat toilet tu sebab dia mengandung so dia b***h diri kat situ. Tapi kesahihannya masih tidak diketahui lagi ye.
Sampai sini cerita aku kali ni. Yo den cakap noghori ha, cumo dalam ceghito den tak leh la nak koba macamtu nanti semua orang tak paham lak kan. Kang ado lak yang koba den lupo daratan lak kan, ajet-ajet cakap kl padahal orang nogori. Selamat membaca. Admin, please publish k. Ni kali ketigo den hantar tak lopeh ni tak tau la.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kg mertuo den kek Sorting Tongah, haaa tu yoo nk kobar…
Hahahahahhaa…
Ekau boyish mak pak ei antar poie sogamo…
Akk ni boyish mak plak x bg belajar silat…
Kobar eii Nnt den ni kojo nk belasah oghang yooo…
Blom belajar silat pn dah abih tanggal pintu toilet kono torajang…
Adeeehhh camtu plak pikir eii…
laaaa esey duduk tikir yo. Dokek naaa dah tu Kak Yulie. Maun konal kalau jumpo ni.
Iyoooo…
Mak mertuo oghang situ…
Umah eeii sobolah surau tu yooo…
Akk dok Johor…
G ar check pesbuk akk kot kang kona koo…
Kali ketiga baru admin publish???
Ok la. Cite best jugak.
haah kali ketiga baru publish. Susah betul nak share. Kene polish lg kot.
SUP BUNJUT TU APE?
Cik Cong…
Hehehehehhe…
OHHH. HAHA. TQ KAK YULIE.
Lahhh Mel bayangkan sup bunjut yang memang buat sup tu! Tapi besar, ada mata, lompat2. So Mel gelak je. Writer ni imagination je ke. Mel gelak2. Hahaha rupanya Mel salah faham
Klu mmg sup bunjut baik tgkp sok lusa kdri sonang nk buek sup tulang…
Hahahahahha…
Hahaha gelak guling2. Sbb sllu org pggil gula2? xtahu byk nme glamour ???
Dia suka pakai bedak sejuk? Mungkin dah terbiasa pakai bedak sejuk tu. Pada aku biasa biasa je. dan cara dia cakap tu mungkin bergurau je kot dgn kau. Tp xtau lah sbb yg kena tu kau kan.
Hi Faz !
Okay aku dah pandai ! Kbye !
Weh serious lah tukar dp kau MIka! Tak suka betul aku tengok hahaha. Apa yg kau pandai? Pandai komen dah ke pandai cari aku?
Zzzzz
Nak jugak lah. Zzzzz
Dah2 Mika gerak apa benda hanat sepahkan comment orang. Dah dah jom jadi diri sendiri balik
Ak pergati korang dua ni…. erm erm sorang nk jd paz sorang nak jd mika mcm2 hal korang ni hahahahah……
Emangnya lu dua org mmg kurang kerjaan…???
Lagian tukar-tukaran nama…
yup bro yang kene aku, tu pasal aku rasa psycho. tambah lagi akak tu jenis pendiam and tak ramai kawan, that’s why aku fikir macamtu. hehehehe
den tau skola kau ni.. dokek2 gn kampung den kek felda pasoh nun.. akak den skolah situ ok yo.. takdo polik2 pon..
iyo skrg mungkin la takdo apo-apo. dulu, kau tak tengok. Akak kau pun mungkin tak tau or tak suka involve kot dalam hal-hal mistik. Btw, thanks for the comment ya.
Boring! Seriously boring! patutlh hantar 3 kali bru approved. Mmg boring, tak hbs baca, awal crita dh boring.
cube kau hantar cerita kau, kite tengok boring ke tak. hhahahahha
I tahu I x pandai menulis, suka membaca..I sedar crita I buat boring, tu yang I tak tulis crita. X payah nak hahhaa sgtlh..kalu crita boring cam nie, x yah nak tulis lglh..
Best wei cerita hang dik.. kelia tak..
terima kasih.
Faz n mikael ni kalau komen rasa nk gelak baca komen korang dua. Boleh korang join rajalawak?
Okela.seram..tp akak punya feel tu cam terkurangsampaian sikit.ceta best da ni..lau polish2..gilap2..ofkos lg clear n mmg mpi ngeri diorg2 yg bc ni.?niway best.tulis lg.xper…kipidap?
.
terima kasih untuk comment kak. Nanti saya cuba polish lagi.
sampai ati nau admin buat cik farah tunggu lama.. awat sampai percubaan ke 3 bru lepas ni.. den baco ok yo..
thanks Singkong & keju. biasa la cerita kurang menarik, admin lambat la approve. 🙂
Banyak nya “taw” kak..?
dak dak wecet
Kan..Akak pun bukan budak wicet.tp sebab bc komen2 budak wicet akak jd terjebak..semua nk double u..y…y jadi gini..rosak bahasa..adehh??
Haha..budak wicet x pe lagi..still bole improve kan bahasa..?
wahhh . ..saya suka!!saya sukA!!.hahhaha
best cite ni…xtaw la nape xlepas..adeh…pandai gak benda tu..siap ejek salah tajwid
balik2 cte org m**i sb peknen n b***h diri/d*****h.