Solat Bersama Bunian

Satu hari dalam tahun 1998 aku telah diminta oleh seorang kawan untuk membantu membawa keluarganya dalam urusan peminangan disebuah kampung dipendalaman Negeri Perak .

Aku yang ketika itu masih bujang dan kebetulan bercuti panjang selepas bekerja shift malam merasa sangat kasihan dan belas untuk membantu.

Selalunya selepas berkerja shift malam aku tanpa lengah bergegas ke stesen bas untuk pulang ke kampung diselatan tanah air .

Rakan serumah aku ini yang baru dikenali ditempat kerja bukan sahaja tidak mampu untuk memandu kereta malah tidak memiliki lesen pun.

Dia sangat berharap aku dapat membantu memandu sebuah kereta yang beliau sewa berserta minyak yang telah diisi penuh .

Mengenangkan aku “free “ pada minggu tersebut aku hanya mampu mengiakan permintaan dan hajat itu

Nak dijadikan cerita disaat akhir. Dia tidak dapat bersama aku dalam perjalanan ke Kg , katanya dia kena balik dahulu disebabkan banyak kerja yang perlu diselesaikan .

Petang itu selepas memberikan maklumat ringkas mengenai alamat dan kedudukan kampung , secara kasarnya dapat lah aku mengagak kedudukan kampung tersebut .

Tahun 1998 . kemudahan seperti talipon bimbit adalah sangat rare . Jauh sekali dengan waze atau google map . kemudahan seperti ini tidak pernah wujud pun pada ketika itu.

Kerana masa yang agak panjang diberi kepada aku . Aku tidak bercadang untuk bertolak awal .Lagi pun tentu aku akan merasa kekok apabila bertemu dengan orang orang baru yang tidak aku kenali

Aku mencongak congak – perjalanan daripada Pulau pinang ke Kg Pendalaman itu akan mengambil masa sekitar 2-3 jam .

Sekitar pukul 4.30 petang selepas menunaikan solat asar aku menjinjing sebuah beg pakaian dan memasukkan ke dalam bonet kereta . Aku memang telah menjangkakan akan bermalam dikg itu sebelum ke majlis peminangan pada sebelah pagi nya .

Perjalanan pada petang itu agak lancar namun sesekali bunyi guruh yang kuat menandakan hari akan hujan .

Menyedari aku akan maghrib ditengah jalan aku menekan pedal minyak sambil meningkatkan kelajuan kereta tersebut .

Namun menjelang berakhirnya waktu maghrib aku masih berada diatas jalan . dan lebih sadis kini aku berada betul betul di tengah tengah belantara yang tidak berpenghuni .

Aku meneruskan perjalan kalau kalau terserempak dengan kampung atau surau berdekatan .

Tiba tiba hujan renyai renyai turun . aku masih memandu berseorangan sambil mata liar memerhati kalau kalau bertemu dengan surau atau masjid .

Hujan semakin lebat . aku akhirnya pasrah dan memasang niat untuk membuat jamak takhir dirumah sahabat itu nanti…

Tiba tiba didalam kegelapan malam “and nowhere” tidak semena mena aku ternampak seakan cahaya yang menerangi sebuah bangunan yg akhir nya aku ketahui sebagai sebuah surau lama .

Bersegera aku memasang signal lalu masuk keperkarangan surau tersebut .

Surau tersebut adalah sebuah surau lama daripada binaan kayu . Ia berbentuk Panggung dimana ianya bertiang tinggi . disebelah bawahnya kelihatan pangkin tempat duduk dan tungku memasak .

Aku tercari cari tempat wudhu . tiada kolah atau paip air disurau tersebut .

Dikaki tangga seorang jemaah berjubah putih sekitar 60an memberi isyarat kepada sebuah tempayan dan ceduk . Fahamlah aku rupanya mereka mengambil wudhu melalui tempayan itu .

Kalau aku masih ingat . Tempayan itu betul betul terletak ditepi cucur atap surau yang mampu menadah air hujan.

Seusai berwudhu aku bersegera menaiki tangga yg aku rasa agak tinggi juga untuk ke ruang solat .

Demi memasuki ruang solat aku melihat sekumpulan jemaah ( dalam 10 orang) berjubah putih kekuningan berkain kasa , berjanggut , berserban dan agak sebaya sedang membuat saf .

Mereka meninggalkan betul betul satu ruang kosong dibelakang imam dan mempersilakan aku untuk memenuhinya .

Aku kini berada didalam satu saf bersama sama dengan para jemaah berjubah putih .

Seingat aku – aku lah satu satunya jemaah yang memakai jeans sambil diapit oleh jemaah jemaah yang pelik ini.

Imam mengangkat takbir sambil membaca doa iftitah dan Fatihah .

Walau pun didalam solat . mata dan fikiran aku bagaikan Photography yang menangkap gambaran apa yang sedang berlaku …

Ketika rukuk aku menyedari aku sedang berdiri diatas tikar mengkuang , dihadapan iman kelihatannya sebuah lampu gas yang tergantung menyala …

Surau ini tiada elektrik rupanya … bisik hati aku …suasananya seakan akan satu keadaan ditahun tahun 40an atau 50an …

Selepas memberi salam aku bersegera berinsut kebelakang untuk menyambung solat isyak secara jamak qasar …

Jemaah tersebut aku perhatikan sedang berwirid dan berdoa .

Tidak seorang pun daripada mereka meninggalkan surau sehinggalah aku selesai solat .

Selesai berdoa ringkas . Imam menghampiri aku . aku masih dapat membayangkan senyuman itu …

Dia bertanya aku nak kemana pada malam malam ini dan berseorangan .?

Katanya dia tidak pernah nampak aku sebelum ini ?

Aku mengucapkan syukur dan terima kasih kerana akhirnya bertemu juga dengan sebuah surau untuk tumpang menunaikan solat walau pun telah sampai ke akhir waktu …

Imam hanya tersenyum apabila aku menyatakan arah tujuan dan kampung yang hendak aku tujui .

Masih segar pesanan beliau “ kampung itu tidak berapa jauh dari sini …. dalam 30-40 minit insyaaallah akan sampai … dia menambah …pandu berhati hati . hari pun sudah malam dan hujan ….

Kami mendoakan anak akan sampai dengan selamat …..

Sebenarnya keluarga sahabat aku sudah mula risau … sudah hampir pukul 10 malam kelibat aku masih tidak kelihatan.

Dengan berpandukan naluri aku akhirnya sampai keperkarangan rumah sahabat . kerana itu lah satu satunya rumah yg kelihatan agak meriah dengan lampu di Kg Pendalaman itu .

Ibunya bersegera menjemput aku makan sambil berkenalan dengan keluarga mereka .

Seorang Pak Haji ( Pak Long kpd sahabat tadi ) bertanya sudahkan aku menunaikan solat .

Dengan confident aku memberi tahu sekejap tadi aku solat di surau kayu dalam 30 km dari sini …

Semua ahli keluarga yang sedang menghadap aku makan kelihatan tercengang dengan pengakuan tersebut …

Mereka bertanya “ surau mana ?? … aku menjawab ala yg dua tingkat itu …

Esoknya selepas selesai urusan kenduri . Pak Long menghampiri aku sambil membisikkan . Pak Long buka apa …. Pak Long rasa kalau nak balik biar lah siang siang ni …. kalau tidak pun tidur ajalah semalam lagi dirumah Pak long …. tak elok berjalan malam seorang seorang …

Barulah aku akhirnya mengetahui ..bahawa surau yg aku cerita kan itu tidak pernah wujud …

Orang orang kampung dan aku sendiri sewaktu melintasi kawasan tersebut disebelah siang mendapati tiada apa disitu melainkan hutan tebal…

Namun pengalaman berada di alam ( ????) sambil bersolat dan berbual adalah satu pengalaman yang unik dalam hidup aku .

Benarkah aku telah kembali ke tahun 50an ? atau aku di permudahkan oleh allah dengan niat untuk menunaikan solat dalam perjalanan tersebut .

Kenapakah imam dan jemaah bersolat Maghrib diakhir waktu ? adakah mereka sememangnya menanti kehadiran aku ?

Allah jua yang maha mengetahui.

5 comments

    1. mujur saya tidak menerima perlawaan pak imam untuk bertandang ke rumah selepas usai solat . jika tidak … esok nya mungkin keluar berita mengenai orang hilang dalam paper….

  1. perjalanan dgn niat yg baik insya allah akan dapat yg baik juga, yg penting penulis xlupa tanggungjawab utk menunaikan solat, sbb itu dipermudahkan utk bersolat, mrk pun makhluk allah juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *